Rabu, 23 April 2025

BIODATA PENCERAMAH TERKINI

 BIODATA PENCERAMAH; KURSUS KEPIMPINAN PENGETUA DAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI PAHANG

 

Text Box:  

RAMLI BIN YAHYA


Mendapat pendidikan awal di Terengganu dan menghadiri Kursus Perguruan Asas di Maktab Perguruan Mohd. Khalid, Johor Bharu pada tahun 1985-1987.  Menyambung pelajaran di Universiti Putra Malaysia 1994-1997 dan memperoleh Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Melayu dan menyambung pelajaran di peringkat Master dalam bidang Bahasa dan Linguistik Melayu di universiti yang sama pada tahun 1999.  Menjadi guru di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Felda Neram 1, Kemaman, Terengganu bermula 1988 hingga 1994 dan di Sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang, Batu Pahat, Johor pada 1997 hingga 2012.  Beliau merupakan Guru Cemerlang Bahasa Melayu Gred DG44 bermula dari tahun 2005 hingga tahun 2012 dengan Gred DG54.  Seterusnya ditawarkan ke jawatan Pegawai SISC+ (School Improvement Specialist Coach) Bidang Bahasa di Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat bermula 2012 hingga 2023.  Mendapat Anugerah Munsyi Dewan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 2001 dan Sijil Certified Coach, Institut Aminudin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2019.  Bidang kepakaran beliau ialah Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Pengurusan KPdPc Abad Ke-21, Pengurusan Bimbingan dan Pementoran (Coaching dan Mentoring), dan Pengurusan Headcount dan Dialog Prestasi Sekolah, Pengurusan Kepimpinan dan Kualiti Guru.  Pernah memegang jawatan Timbalan YDP Majlis SISC+ Malaysia, Timbalan YDP Majlis Guru Cemerlang Johor, dan Ketua Unit SISC+ PPD Batu Pahat.  Beliau kini bertugas sebagai Koordinator Pendidikan Zon 2 (Daerah Raub dan Lipis), Program Irfan@Pahang, Yayasan Pahang.  Kini sedang berkhidmat di SMA AL-FALAH, BATU TALAM, RAUB, SMA AL-TAUFIKIAH AL-ASRIAH, TANJUNG BESAR, BENTA, LIPIS, DAN MAAHAD TAHFIZ AR-RUSHD, TANJUNG GAHAI, SUNGAI KOYAN, LIPIS.

Sabtu, 21 Julai 2018

REUNION MPMK-GANU 2018, KUALA TERENGGANU (18818)


MPMK – Satu Arca Memorabilia II

(buat teman yang jauh di mata dekat di hati)

Maktab Perguruan Mohd Khalid,
Jalan Abdul Samad, 80100 Johor Bahru.


Telah memorikan satu perjalanan yang jauh
Telah memorikan satu pertemuan yang dekat
Telah mendekatkan satu pertemuan yang rapat
Telah mendekatkan satu perjalanan yang singkat
Telah memahatkan seribu kenangan yang ketat
Telah memahatkan sejuta pengalaman yang hebat
Itulah
MPMK satu arca memorabilia.

MPMK
Dari ruang legar kantin, kita menjamu selera
Dari ruang blok papan, kita menadah tinta
Dari ruang bilik pengetua, kita menitik kota kata
Dari ruang rimas bilik pensyarah, kita melunas setia sekata
Dari ruang Dewan Besar, kita berjanji mengukir arca jaya
Dari Pintu Pagar, kita meneropong jauh merentas Selat Tebrau
Itulah
MPMK satu arca memorabilia.

MPMK
Kita mengenal dunia bermula di sini
Kita menapak juga bermula di sini
Kita menggapai cinta dan cita juga bermula di sini
Kita menikmati kejayaan ini juga bermula di sini
Kita menyalakan obor pendidikan negara juga bermula di sini
Kita menjadi semakin dewasa sebenarnya juga bermula di sini
Itulah
MPMK satu arca memorabilia.

MPMK
Kami berhimpun semula di sini

Bersama angin timur Laut China Selatan
Jauh dan dekat,

Utara dan selatan
Timur dan barat

Pulau dan daratan
Mengikat satu janji satu ikatan
Merapat satu pertemuan satu harapan
Melunas seribu kerinduan seribu kecintaan
Menabur sejuta pengalaman sejuta keikhlasan


Marilah

Kita menadah tangan kita menyusun doa

Buat sahabat yang pergi meninggalkan kita

Selama-lamanya…Sahabatku;
Terima kasih sudah menjadi teman terbaikku
Terima kasih sudah menjadi sahabat karibku
Terima kasih sudah menjadi sebahagian dari jalan hidupku

Terima kasih sudah mememorabiliakan kenangan ini untukku
Maafkan semua kesalahanku
Maafkan segala kekuranganku

Sahabatku
Tidak ada yang mesti ditangisi
Karena kami tidak akan jauh, kami tetap di sini

meniti kenangan indah yang telah kita lewati bersama

meniti keceriaan yang telah kita ukir bersama

meniti tawa dan tangis yang telah kita tabur bersama

meskipun kita berada di dimensi berbeza

Sahabatku

Cinta dan kasih kami

takkan pernah lekang oleh perjalanan masa

takkan pernah pudar detik demi detik

takkan pernah pudar hari demi hari

takkan pernah pudar bulan demi bulan

takkan pernah pudar tahun demi tahun

Sahabatku

Semoga kalian tenang dan bahagia di sana

Semoga Allah menjaga mu dengan penuh kasih sayang-Nya

Semoga temanmu di sana orang yang dicintai Allah


MPMK,

Kami berhimpun lagi di sini
Mengukirkan intan dan permata

Buat teman yang masih setia bersama kita
Mengeratkan silaturahim dalam satu gelungan kejap
Untuk melangsai segala kenangan abadi

Untuk melerai kerinduan di hati

Di bumi Terengganu Darul Iman

Kami pacakkan bendera keakraban persahabatan kami
Itulah,
MPMK satu arca memorabilia.





RAMLI BIN YAHYA
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT

JLN ZAHARAH, 83000 BATU PAHAT, JOHOR.

0197949799
ramli.y@moe.gov.my


http://ramlibinyahya.blogspot.com

Rabu, 29 Jun 2016