Sabtu, 13 September 2014

LATIHAN MINDA UNTUK CALON PT3 DAN SPM 2014 - PEMANTAPAN TATABAHASA


PILIH SALAH SATU JAWAPAN YANG PALING TEPAT
 
1. "Antara kami tiada ________ yang perlu diragui, hanya sekadar kawan biasa," kata Encik Zawawii kepada isterinya.
1.         mana-mana
2.         siapa-siapa
3.         bila-bila
4.         apa-apa
2.       "Kalau ada ________ bahagian yang rosak, boleh saya tolong baiki," kata Raveer menawarkan khidmatnya.
1.         mana-mana
2.         apa-apa
3.         bila-bila
4.         siapa-siapa
3.       Untuk __________ awak begitu bersusah payah membantu Rohana?
1.         mengapakah
2.         siapakah
3.         apakah
4.         bilakah
4.       Kerana merajuk, Ashikin bertekad untuk tidak ke rumah Sulaiman sampai _______.
1.         mana-mana
2.         bila-bila
3.         siapa-siapa
4.         apa-apa
5.       __________ agaknya ekspedisi kita ini akan berakhir ke puncak Gunung Tahan itu?
1.         Mengapakah
2.         Siapakah
3.         Bagaimanakah
4.         Bilakah
6.       _____________ awak akan bertolak dari Kuala Lumpur?
1.         Bagaimanakah
2.         Berapakah
3.         Manakah
4.         Bilakah
7.       Kemudahan awam yang disediakan di negara ini boleh digunakan oleh _________ sahaja.
1.         siapa-siapa
2.         apa-apa
3.         mana-mana
4.         bila-bila
8.       Rumah Siti adalah yang ke __________ jika dari sini?
1.         berapakah
2.         manakah
3.         apakah
4.         siapakah
9.       Pencuri itu kehampaan kerana tidak ada ______ yang berharga ditemuinya di rumah di atas bukit itu.
1.         bila-bila
2.         siapa-siapa
3.         apa-apa
4.         mana-mana
10.    "Saya tidak kisah sangat ___________ kumpulan pun saya boleh masuk," kata Zambri kepada kawannya Ahmad Fuad.
1.         apa-apa
2.         siapa-siapa
3.         mana-mana
4.         bila-bila
11.    ________ pun tidak mengetahui bahawa selama ini Azman menghidap penyakit barah.
1.         siapa-siapa
2.         mana-mana
3.         apa-apa
4.         bila-bila
12.    __________ nama perempuan jelita di sebelah rumah kamu itu?
1.         Bagaimanakah
2.         Mengapakah
3.         Siapakah
4.         Apakah
13.    "Jikalau kamu ada ___________ masalah dalam pelajaran, hubungilah saya," pesan cikgu Hamsiah.
1.         mana-mana
2.         siapa-siapa
3.         bila-bila
4.         apa-apa
14.    _____________ antara kamu yang tahu menyanyi lagu "Putera Puteri"?
1.         Manakah
2.         Siapakah
3.         Apakah
4.         Berapakah

15.    Yang _________ satukah perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tadi?
1.         apa
2.         bila
3.         mana
4.         siapa
16.    "Di dalam Makmal Komputer ini ada _________ buah komputer, Wei Lee?" tanya Cikgu Faridah.
1.         mana
2.         berapa
3.         apa
4.         siapa
17.    "Apabila berkawan, pilih _______ yang boleh dijadikan teman buat menumpang senang dan susah," pesan ayah kepadaku.
1.         apa-apa
2.         bila-bila
3.         siapa-siapa
4.         mana-mana
18.    ___________ manusia memerlukan amalan pemakanan yang seimbang?
1.         Siapakah
2.         Apakah
3.         Bagaimanakah
4.         Mengapakah
19.    __________ orang yang akan datang ke Majlis Graduasi malam nanti?
1.         Berapakah
2.         Bilakah
3.         Siapakah
4.         Bagaimanakah
20.    “______ dokumen yang sudah tidak diperlukan, awak buang sahaja ke dalam tong sampah," kata Encik Muthuvelu.
1.         apa-apa
2.         mana-mana
3.         bila-bila
4.         siapa-siapa
21.    Lori yang dipandu oleh Ah Leong _____________ kerana terlanggar pembahagi jalan ketika melalui selekoh yang tajam itu.
1.         terbalik
2.         berbalik
3.         membalik
4.         membaliki
22.    Abang kedua Amin bekerja sebagai ___________ tetamu di sebuah hotel terkemuka di Langkawi.
1.         menyambut
2.         penyambut
3.         bersambut
4.         sambutan
23.    Penduduk Kampung Sentosa bergotong-royong _________ sungai di kampong mereka untuk mengelakkan banjir.
1.         mendalam
2.         kedalaman
3.         mendalami
4.         mendalamkan
24.    Kamal _______ apabila disuruh oleh ibunya membersihkan halaman rumah.
1.         meradang
2.         merengek
3.         merenguh
4.         merungut
25.    Beberapa ekor kerbau sedang ________ di dalam sawah.
1.         berkabung
2.         berkubang
3.         bertelagah
4.         bergaduh
26.    "Walaupun bukan pada musim perayaan, rumah saya sentiasa _____________ kepada orang ramai," kata wakil rakyat di kampung saya kepada penduduk kampung.
1.         pembukaan
2.         membuka
3.         berbuka
4.         terbuka
27.    Para pengunjung begitu tertarik oleh ________ air Perigi Hang Tuah itu.
1.         keputihan
2.         kekeruhan
3.         kejernihan
4.         keharuman
28.    Ahmad ______________ seribu bahasa apabila ditanya oleh guru matematiknya.
1.         terbisu
2.         berbisu
3.         pembisu
4.         membisu
29.    Sekolah yang mempunyai pelajar yang berbilang kaum disarankan supaya mengamalkan nilai saling __________ dalam kehidupan seharian.
1.         mengasihi
2.         mengamati
3.         menyayangi
4.         menghormati
30.    Pertandingan sayembara puisi di dewan itu ____________ hingga pukul 12.00 tengah malam.
1.         terlarut
2.         berlarut
3.         berlarutan
4.         dilarutkan
31.    Mary telah dinobatkan sebagai _____________ yang paling cemerlang kerana berjaya menggondol sepuluh pingat emas yang dipertandingkan dalam acara balapan kegemarannya.
1.         olahragawan
2.         olahragawati
3.         peragawati
4.         peragawan
32.    Bubur gandum yang panas itu ___________ sehingga membasahi dapur.
1.         membuak
2.         melimpah
3.         merembes
4.         menumpah
33.    Tan Sri Zulkarnain sangat ______________ akan nasib mangsa banjir yang terpaksa tinggal di khemah sementara.
1.         bersimpati
2.         berkasihan
3.         bersedihan
4.         bergusaran
34.    Mak Limah sering __________ di sekeliling rumahnya supaya nampak cantik dan kemas.
1.         dirumputkan
2.         merumputkan
3.         merumput
4.         berumput
35.    Setelah berlari 10 kilometer, para pelajar meminta agar guru mereka membenarkan mereka berehat kerana _______________.
1.         keletihan
2.         kelesuan
3.         kehausan
4.         kepanasan
36.    Lagu 'Negaraku' dan lagu sekolah _____________ oleh pelajar setiap kali perhimpuan rasmi.
1.         nyanyian
2.         dinyanyikan
3.         nyanyi
4.         menyanyi
37.    Kakak _____________ surat dari abang yang belajar di luar negara itu untuk ayah kerana mata ayah sudah kabur.
1.         membaca
2.         dibaca
3.         membacakan
4.         bacaan
38.    Tuan Pengetua mengucapkan ______________ tahniah kepada para pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan yang lalu.
1.         tinggi
2.         meninggikan
3.         ditinggikan
4.         setingi-tinggi
39.    Pelbagai golongan ___________ telah menghadiri Simposium Intelek Melayu yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka hujung minggu lalu.
1.         hartawan
2.         dermawan
3.         bangsawan
4.         cendekiawan
40.    Badan Pencegah Rasuah sentiasa berusaha untuk menangani ____________ rasuah dalam kalangan kakitangan kerajaan.
1.         penggiat
2.         kegiatan
3.         ketergiatan
4.         menggiatkan

Rabu, 18 Jun 2014

KEMAHIRAN PENUTUP DALAM PDP BERKUALITI



Kemahiran Penutup
1.0 OBJEKTIF
Di akhir pengajaran pelajar dapat mempelajari dan memahami:
1.1. Penutup Kognitif dan sosial
1.2. Prinsip- prinsip penggunaan kemahiran penutup
1.3. Kesan penutup ke atas pengajaran- pembelajaran.
1.4. Objektif kemahiran penutup.
1.5. Komponen kemahiran penutup.
1.6. Cara pengendalian pengajaran mikro.
2.0 KEMAHIRAN PENUTUP.
Untuk menentukan bahawa pengajaran guru itu berkesan dan berjalan lancar, kemahiran penutup pelajaran sama juga pentingnya dengan kaedah memulakan pengajaran. Penutupan pengajaran yang baik akan meninggaalkan kesan yang berkesan dilubuk hati para pelajar.
2.1.Ia merupakan bahagian akhir sesuatu pelajaran.
2.2.Aktiviti-aktiviti rumusan, pengukuhan dan penilaian biasanya diadakan dalam
bahagian penutup ini.
2.3.Oleh itu, guru boleh menggunakan bahagian ini untuk membantu pelajar-pelajar mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru sahaja dipelajari dengan merumuskan semua isi penting atau memberikan aktiviti susulan kepada mereka
2.4.Di samping itu, guru juga boleh menggunakan bahagian penutup ini untuk menilai pencapaian objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.
2.5.Hasil penilaian akan digunakan untuk membuat pengubahsuaian terhadap
pelajaran yang berikutnya.
2.6.Terdapat dua jenis penutup iaitu penutup kognitif dan penutup social.
2.6.1.Penutup Kognitif
- Bertujuan untuk mengukuhkan segala isi pelajaran dan kemahiran yang telah dipelajari.
- Ia boleh digunakan sebagai aktiviti susulan, rumusan dan pengukuhan.
2.6.2. Cara melaksana.
- Membuat rumusan atau kesimpulan tentang apa yang telah
dipelajari melalui aktiviti mencatat isi-isi penting di papan tulis atau papan gulung.
- Memberikan kerja bertulis dalam buku latihan atau lembaran kerja kepada pelajar-pelajar.
- Memberikan aktiviti pengayaan kepada pelajar-pelajar.
- Menyoal pelajar-pelajar tentang isi-isi penting yang telah dipelajari.
2.6.3. Penutup Sosial.
- Bertujuan untuk memberi satu perasaan pencapaian kepada pelajar-pelajar supaya mereka ingin terus belajar.
- Penutup sosial ini biasanya dilakukan dengan menggunakan teknik peneguhan
- Misalnya ;
“Murid-murid telah boleh menyelesaikan semua masalah luas dengan memuaskan. Dalam pelajaran yang akan datang, cikgu akan mengajar kamu topik isipadu”
3.0. PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN KEMAHIRAN PENUTUP
3.1.Aktiviti penutup haruslah sesuai dengan objektif, isi pelajaran dan kemahiran
pelajar yang baru dipelajari pada peringkat perkembangan.
3.2.Aktiviti rumusan, aktiviti pengukuhan atau aktiviti susulan harus dirancang
dengan teliti supaya penutup kognitif dapat dilaksanakan dengan licin dan berkesan.
3.3.Di samping penutup kognitif, penutup sosial juga harus disediakan untuk
peringkat akhir pelajaran.
3.4.Kecuali aktiviti pengukuhan atau aktiviti susulan yang hendak dijalankan
dalam kelas, tempoh masa untuk melaksanakan penutup kognitif dan penutup sosial tidak harus melebihi 5 minit.

3.4.Aktiviti penilaian juga boleh diadakan pada peringkat penutup dengan tujuan
untuk mengukur hasil pencapaian objektif pelajaran.
4.0 OBJEKTIF-OBJEKTIF KEMAHIRAN PENUTUP.
4.1 Menarik perhatian pelajar terhadap apa yang baru dipelajari supaya
mereka mendapat satu gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh.
4.2 Mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru dipelajari dengan merumuskan fakta-fakta penting atau memberikan kerja bertulis.
4.3. Mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan di kalangan pelajar dengan menggunakan teknik peneguhan.
4.4.Menggunakan aktiviti penilaian untuk menilai pencapaian objektif pelajaran serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki pelajarannya pada masa depan.
4.5 Dengan adanya bahagian penutup ini, aktiviti-aktiviti susulan akan dapat
diadakan supaya pelajar diberi peluang mengaplikasikan konsep dan kemahiran yang mereka baru pelajari.
5.0 KESAN PENUTUP KE ATAS PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
-Jika objektif-objektif penutup dapat dicapai dengan memuaskan, maka beberapa
kesannya dapat diperlihatkan seperti berikut :-

5.1 Melalui aktiviti susulan, pelajar-pelajar dapat mengukuhkan kemahiran atau konsep yang baru dikuasai.
5.2 Dengan menggunakan kesimpulan kognitif, pelajar-pelajar dapat membuat rumusan terhadap fakta-fakta penting yang dipelajari.
5.3 Dengan menggunakan kesimpulan sosial, seperti memberi pelajar suatu perasaan pencapaian, mereka telah dimotovasikan supaya terus berusaha dan mencuba.
5.4 Melalui aktiviti penilaian, guru dapat mentafsirkan pencapaian objektif pelajaran yang ditentukan. Keputusan penilaian ini akan membolehkan guru membuat pengubahsuaian untuk rancangan pelajaran yang akan datang.
6.0 KOMPONEN –KOMPONEN KEMAHIRAN PENUTUP.
6.1 Kemahiran penutup mengandungi dua komponen yang utama iaitu komponen perkaitan kognitif dan komponen perkaitan sosial.
7.0. CARA PENGENDALIAN PENGAJARAN MIKRO
7.1 Guru pelatih yang memilih latihan penguasaan kemahiran penutup dalam sesi pengajaran mikro harus merancang aktiviti penutup yang berasaskan andaian bahawa pelajar-pelajar baru sahaja selesai menguasai satu-satu konsep atau kemahiran.
8.0 BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN PENUTUP
.
Komponen dan Kriteria Kemahiran Penutup
Ada
(sesuai)
Ada
(Tidak sesuai)
Tidak
ada
Perkaitan kognitif



1. Membuat rumusan
2. Mengulangi isi-isi penting
3. Menjalankan aktiviti penilaian



4. Mencadangkan aktiviti susulan



5. Menjalankan aktiviti pengukuhan



Perkaitan sosial



1. Menimbulkan perasaan pencapaian pelajar



2.Memberi peneguhan posoitif



3. Mewujudkan perasaan ingin tahu



4. Memotivasikan perasaan ingin belajar



5. Mengaitkan dengan pelajaran yang akan datang



Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan

Rabu, 14 Mei 2014

KECEKALAN DIRI DALAM SISC+ BM

Bulan Mei 2014 - Banyak aktiviti bengkel bimbingan yang telah dirancang oleh Unit Akademik PPD Batu Pahat dan SISC+ BM PPD BP untuk guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah di daerah Batu Pahat.  Antaranya:
1.  Pembugaran Tatatbahasa BM kepada 144 orang guru sekolah rendah pada 10.5.2014
(Penceramah: Encik Ramli Yahya)
2.  Majalah Dalam Kelas - Guru Kreatif Pelajar Aktif kepada 100 orang guru sekolah menengah pada 15.5.2014 (Penceramah: Encik Ramli Yahya)
3.  Pembugaran Tatabahasa BM kepada 100 orang guru sekolah menengah pada 22.5.2014 (Penceramah: Encik Ramli Yahya)
4. Majalah Dalam Kelas - Guru Kreatif Pelajar Aktif kepada 144 orang guru sekolah rendah pada 24.5.2014 (Penceramah: Encik Ramli Yahya)

Menyampaikan ceramah, berkongsi ilmu, berbincang dari hati ke hati melalui pertemuan ini menjadi pemangkin kejayaan PPPM.