Jumaat, 25 September 2009

LATIHAN RUMUSAN SPM 2004: LATIHAN CUTI RAYA

Soalan 1:Rumusan (SPM2004)
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

Dari masa ke masa kita dihadapkan dengan kes-kes pesakit kronik yang merayu simpati orang ramai supaya memberikan bantuan kewangan bagi membolehkan mereka mendapatkan rawatan segera. Kita berbangga kerana ramai dermawan yang sanggup memberikan sumbangan kemanusiaan sumpama ini. Namun begitu, cara ini bukanlah langkah yang terbaik dalam kalangan masyarakat penyayang. Hal ini demikian kerana pesakit-pesakit kronik yang memerlukan rawatan segera terpaksa meminta bantuan daripada individu atau dermawan tertentu. Golongan pesakit kronik ini juga biasanya berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai melalui media elektronik atau media cetak.

Kita percaya bahawa adalah lebih wajar diwujudkan badan khas untuk membolehkan pesakit-pesakit kronik mendapat bantuan kewangan. Badan khas ini juga dapat membiayai rawatan segera supaya mereka tidak perlu membuat rayuan kepada orang ramai. Di samping itu, orang ramai atau badan-badan yang ingin menderma dapat menyalurkan sumbangan secara sistematik kepada badan berkenaan supaya dapat disampaikan kepada pesakit kronik yang memerlukan bantuan. Kita percaya bahawa dengan cara ini, bantuan akan dapat disalurkan secara lebih tersusun, terhormat, dan telus. Pesakit kronik pula tidak perlu memainkan sentimen simpati orang ramai melalui media. Dengan cara ini, gagasan masyarakat penyayang akan dapat dilihat lebih adil, proaktif, dan komprehensif. Semua penghidap penyakit akan memperoleh manfaat dan bukan hanya pesakit kronik yang mempunyai kedudukan tertentu sahaja. Namun begitu, orang ramai yang ingin menyumbangkan derma ini haruslah digalakkan. Langkah mereka akan mengurangkan beban badan yang dicadangkan supaya badan ini dapat menumpukan perhatian kepada golongan yang tidak berupaya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak lain.

Dalam pada itu, kita sedar bahawa telah banyak badan kebajikan dan badan amal, baik yang ditubuhkan oleh kerajaan mahupun yang ditubuhkan orang ramai. Kita harus bersyukur kerana badan-adan ini telah banyak memberikan sumbangan kepada kebajikan rakyat di negara ini. Namum begitu, jika ada dasar penyelarasan yang lebih berkesan, kita percaya lebih banyak anggota masyarakat yang memerlukan bantuan akan menfapat manfaat. Sememangnya kerajaan dan badan-badan amal tidak dapat membantu semua orang yang memerlukan bantuan tersebut. Kita berharap agar penyelarasan yang berkesan akan mampu memberikan manfaat kepada golongan yang berkenaan seluas-luasnya.

Penubuhan badan ini dapat menentukan keperluan bantuan sebenar pesakit dari segi jenis, kos, dan tempat rawatan. Secara tidak langsung, badan ini dapat memastikan bahawa wang yang disumbangkan ktu dimanfaatkan sepenuhnya. Sesusngguhnya, kewujudan masyarakat penyayang yang mampu melindungi kebajikan anggotanya yang daif merupakan salah satu cirri penting sesebuah negara penyayang.
(Diubahsuaikan daripada rencana pengarang Utusan Malaysia, Badan Bantu Pesakit Kronik, 30 Julai 2002)

4 ulasan:

  1. boleh x cikgu tolong ajar saya cara2 membuat rumus dan karangan yg baik..

    BalasPadam
  2. Safwan: Senuah rumusan yang baik:
    1.Dicadangkan 4 perenggan
    2.Isi tersurat dicadangkan minimum 6 isi (isi daripada kata kunci pertama arahan soalan (isi tersurat ada dalam petikan)
    3.isi tersirat berdasarkan kata kunci kedua dalam arahan soalan (isi tersirat perlu dicari sendiri dan tiada dalam petikan)
    4.Penutup perlu ada dua unsur (satu unsur cadangan + agar + harapan daripada cadangan)

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Cigu boleh cikgu menyemak rumusan sya?ini rumusan sya
    Petikan menbincangkan implikasi penubuhan badan khas bagi menbantu pesakit kronik di Negara kita.
    Penubuhan badan khas adalah untuk memberikan bantuan kewangan bagi pesakit kronik untuk membolehkan mereka mendapatkan rawatan segera.Seterusnya orang ramai atau badan-badan yang ingin menderma juga dapat menyalurkan sumbangan secara sistematik.Selain itu gagasan masyarakat penyayang akan dapat dilihat lebih adil, proaktif, dan komprehensif.Disamping itu penghidap penyakit akan memperoleh lebih banyak manfaat.Bahkan lebih banyak anggota masyarakat yang memerlukan bantuan akan manfaat
    Para pesakit tidak tahu bagaimana cara untuk mendapatkan bantuan.Masalah ini juga kurang mendapat perhatian dari pihak swasta.
    Kesimpulannya pihak kerajaan dan masyarakat haruslah menbantu satu antara lain untuk memudahkan pesakit-pesakit kronik mendapat bantuan.
    (116 patah perkataan)

    BalasPadam