Sabtu, 23 Julai 2011

ISTILAH 'PARADOKS' DALAM GAYA BAHASA

Assalamualaikum dan salam sejatera,
Tadi ketika aku menyampaikan satu ceramah teknik menjawab soalan Bahasa Melayu SPM 2011 di Institut Pendidikan Guru Tun Hussien Onn, Batu Pahat (23 JULAI 2011) jam 2.00 petang hingga 4.30 petang, seorang pelajar dari SMK. T6, Kluang, Johor telah bertanya maksud perkataan 'paradoks'. Aku tidak dapat menjawab maksud tersebut, aku meminta pertolongan daripada guru-guru yang sama-sama mendengar ceramahku.. Mereka juga tidak dapat memberikan maksud kata 'paradoks' itu. Aku memohon maaf kepada pelajar perempuan itu dan berjanji untuk memberikan jawapan makna 'paradoks' dalam tempoh 3 jam dari sekarang, dan jawapannya akan dimasukkan dalam blog aku. Setelah pulang ke rumah, aku terus mencari makna 'paradoks' daripada pelbagai sumber:
1. Kamus Dewan Edisi Keempat, DBP (2005:1139) - Paradoks ialah sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum.
2. Memahami Istilah Sastera, Karya Bistari (Rahman Shaari,1985:70) - Paradoks ialah lebih mirip ironi. Sesuatu yang asing, iaitu yang kurang meyakinkan walaupun betul pengertiannya.
3. Kamus Puisi, DBP (2005:71) Paradoks ialah gaya bahasa yang hampir sama dengan ironi. bahasa yang digunakan bertentangan atau begitu asing dengan kenyataan sebenar meskipun maknanya betul. Contoh: "benci tetapi rindu"
*Ironi bermaksud satu gaya bahasa yang mana penggunaan bahasa yang maknanya bertentangan dengan kenyataan atau ketidaksesuaian antara harapan dengan kenyataan. Contohnya: "air mata kegembiraan"

Terima kasih.

4 ulasan:

  1. maksud dia, benda yang tak logik, tapi betul..
    benci tapi rindu. mana logik kalau dah benci tu rindu pula.

    BalasPadam
  2. cth: Amin berumur 13 tahun, dia lahir pada 29 feb, walaupun dia hanya menyambut 3 kali hari kelahirannya.

    BalasPadam
  3. sekadar perkongsian...

    paradoks ialah gaya bahasa yang mempunyai pertentangan yang nyata dengan fakta-fakta yang ada tetapi kenyataannya mengandungi kebenaran dengan pendapat umum atau realiti.... cthnya dia kesepian di tengah-tengah keramaian...( Nik Hassan 2007: 95)
    sumber rujukan: Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir ( 2007). Komsas Pegangan Teras Keterampilan. Kuala Lumpur: percetakan Zafar Sdn.Bhd...

    BalasPadam