Khamis, 7 Mac 2013

BIODATA



RAMLI BIN YAHYA, dilahirkan pada 1.6.1963 di Kampung Geliga, Kemaman, Terengganu.  Mendapat pendidikan awal di SK. Kuala Kemaman, Kemaman dari 1970 hingga 1975.  Dalam Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (1974) beliau tidak mendapat keputusan yang baik dan semua mata pelajaran mendapat gred C.  Menyambung pelajaran di peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Chukai, Kemaman dari 1976 hingga 1980.  Beliau mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran pada tahun 1978 dan mendapat keputusan 4 Kepujian dan 3 Lulus.  Pada 1979 beliau telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah dan Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu dan Persatuan Agama Islam. Pada 1980 beliau telah dilantik sebagai Ketua Murid dan Kapten Asrama Putera SM Chukai Kemaman.  Beliau juga telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun yang sama dan mendapat 5 Kepujian dan 3 Lulus dengan pencapaian Bahasa Melayu mendapat peringkat Gred 7 (Lulus) sahaja.  Beliau mengambil peperiksaan SPM Bahasa Melayu Kertas Julai pada 1981 (masih Gred 7 - Lulus), 1982 (Gred 7 - Lulus) dan 1983, akhirnya mendapat Gred 6 (Kepujian).  Pada 1985 beliau telah diterima masuk ke Maktab Perguruan Mohd. Khalid, Johor Bahru dan mengambil Kursus Perguruan Asas dalam bidang Pengajian Melayu – Pengajian Sekolah Rendah (PSR-PM) sehingga 1987.  Beliau telah mendapat Pangkat Cemerlang.  Bermula Januari 1988, beliau telah mula menjadi guru terlatih dan mengajar murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di SK. Kampung Baharu Felda Neram 1, Kemaman hingga Jun 1994.  Pada 1990 dan 1991 beliau menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu Pengayaan Bahasa Melayu di Institut Bahasa Melayu Kuala Lumpur dan Kursus Perguruan Khas Bacaan dan Penulisan Bahasa Melayu di tempat yang sama dengan mendapat keputusan Pangkat Cemerlang.  Beliau juga telah mengambil peperiksaan STP dan STPM sebagai calon persendirian sebanyak 7 kali antara 1985 hingga 1994.  Bermula Julai 1994 hingga Julai 1997 beliau telah  melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa di peringkat Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama) di Universiti Putra Malaysia.  Beliau telah dianugerahkan Anugerah Dekan oleh Fakulti Pengajian Pendidikan UPM 1994.  Bermula 16.9.1997, beliau ditempatkan di SMK. Senggarang, Batu Pahat, Johor.  Pada masa yang sama juga beliau telah menyambung pelajaran di peringkat Master secara luar kampus dan berjaya memperoleh Master Bahasa dan Linguistik Melayu di Fakulti Bahasa Moden UPM pada 1999.  Sepanjang mengajar di SMK. Senggarang, beliau telah mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan satu hingga tingkatan enam.

PERKARA YANG SANGAT DIBANGGAKAN SEPANJANG DI SMKS
1.    Memperkenalkan Program GELIGA Bahasa Melayu sejak 2001 hingga kini.
2.    Memperkenalkan Buletin Memorabilia SMKS
3.    Menjadi Jurulatih Utama BM Tingkatan 4 dan 5 peringkat daerah dan negeri 2000
4.    Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2001
5.    Menerima Anugerah Munsyi Dewan, DBP 2001
6.    Menerima Anugerah Guru Cemerlang Bahasa Melayu Gred DG44 2006
7.    Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010
8.    Menerima Anugerah Guru Berprestasi Tinggi 2011

HASIL PENULISAN
1.    Cerpen Kehilangan dalam Antologi “Kehilangan” terbitan Badan Book Store, Johor. 1993
2.    100 Hari Menjelang SPM terbitan Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2004
3.    Kecaknaan Mahathir dalam Salam Buat Mahathir terbitan PGI Cipta Sdn. Bhd. 2005
4.    Cerpen Mencakna Impian dalam Antologi Terima Kasih Tuhan” terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2008
5.    Cerpen Memorabilia dalam Antologi “Memorabilia” terbitan Tree Q Communication (M) Sdn. Bhd. 2009
6. Cerpen Semarak Kasih dalam Antologi ‘Selagi Masih Muda’ terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2010
7.    Cerpen Mengulitlah Mayang dalam Antologi ‘Selamat Pagi Cikgu’ terbitan MDK Intelek Enterprise Sdn. Bhd. 2011
8.    Cerpen Hati Guru dalam Antologi Taman Kasihku terbitan Percetakan Maju Jaya Sdn. Bhd. 2012

Dalam bidang penulisan, beliau berjaya menghasilkan banyak cerpen yang menggarap dunia kehidupan manusia yang terdiri daripada  himpunan pengalaman pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, seorang nelayan, seorang guru, seorang ahli masyarakat dan sebagainya.  Masih menaruh harapan untuk menghasilkan sebuah novel kisah perjalanan jauhnya dari Pantai Timur yang kaya dengan  tari lembut  tarian Ulit Mayang ke Selatan Tanah Air yang begitu kaya dengan gerak geri Kuda Kepang.



FALSAFAH HIDUP

“AKU MEMINJAM MASA UTK BELAJAR MENARI SEPERTI KUDA KEPANG, WALAUPUN KUTAHU JIWA INI TETAP MENARI SEPERTI ULIT MAYANG, BIARLAH ALUNAN INI MENJADI SATU MEMORABILIA PERJALANAN JAUHKU SEBELUM SINGGAH DI PANGKALAN CITA BERSAMA SEBUTIR GELIGA YANG TERPAHAT DI HATI”

MOTO KEHIDUPAN

“UNTUK MENGGAPAI SATU TITIK SINAR DI HADAPAN PASTI MEMERLUKAN SATU ANJAKAN DARIPADA BEBERAPA TITIK BAYANG DI BELAKANG”

JAWATAN YANG DIPEGANG HINGGA 2013
1.    Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Pandan Jaya 2
2.    Yang Dipertua Majlis Guru Cemerlang Batu Pahat
3.    Timbalan Yang Dipertua Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor
4.    Penasihat Majlis Guru Cemerlang Batu Pahat


IKHLAS DARIPADA:

RAMLI BIN YAHYA

6 ulasan:

  1. Salam.kenapa buat bio? cikgu dah bersara ke? apapun rindu zaman belajar dengan cikgu
    >aryiana< ex student 5G 2009

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aryiana; awak kat mana sekarang? ...biodata ini sekadar catatan memorabilia je...saya masih ada 7 tahun lagi untuk berkhidmat dengan kerajaan (doakan cikgu sekeluarga sentiasa sihat)...cikgu masih di PPDBP

      Padam
  2. Salam Aryiana; pelajar 4 Bestari 2013 memerlukan biografi saya untuk satu tugasan dan pameran di pusat sumber. Jadi, untuk memudahkan semua pelajar berkenaan saya meminta mereka memuat turun biografi ini daripada blog saya. Insya-Allah, saya akan bersara pada 1.6.2023.

    BalasPadam
  3. 1.6.2023?masih lama lagi.. ok la tu :P zaman pon dah moden kan sekarang :D penggunaan teknologi

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum. Saya tidak tahu samada cikgu Ramli adalah org yg sedang saya cari atau bukan tapi wajahnya seiras. Saya pernah mengenali seorang guru yg bernama cikgu Ramli ketika menghadiri Hari Sastera Nasional pada tahun 80an di Pahang. Saya berharap inilah cikgu yg saya kenal itu.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum cikgu. Masih berada di PPDBP ke

    BalasPadam