Sabtu, 27 Julai 2013

BIODATA RINGKAS PENULIS WADAH SISWA






BIODATA
RAMLI BIN YAHYA


       RAMLI BIN YAHYA dilahirkan di Kemaman, Terengganu,  Beliau mendapat latihan pendidikan di Maktab Perguruan Mohd. Khalid, Johor Bahru 1985-1987 dan memperoleh Sijil Perguruan Asas PSR/PM.   Beliau mula bertugas di SKKB Felda Neram 1, Kemaman, Terengganu dari 1988 hingga 1994,  Beliau telah melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pertama dan memperoleh Ijazah Bacelor Pendidikan (PBMP) 1997 dan Master Bahasa dan Linguistik Melayu (UPM) pada 1999.  Setelah tamat pengajian di peringkat ijazah pertama, beliau ditempatkan di SMK. Senggarang, Batu Pahat, Johor sejak 1997 hingga kini.  Beliau dilantik sebagai Guru Cemerlang Bahasa Melayu sejak 2006 hingga kini.  Beliau juga dilantik sebagai Munsyi Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2001.  Beliau banyak terlibat dalam penulisan modul Bahasa Melayu di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan di samping menyampaikan ceramah dan bimbingan peperiksaan awam seperti PMR, SPM, dan STPM, pengajaran dan pembelajaran berkesan, dan pemantapan pengetahuan tatabahasa dalam kalangan pelajar, guru dan kakitangan awam di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan.  Dalam bidang penulisan, beliau  menghasilkan buku rujukan peperiksaan, antologi sajak dan cerpen peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Beliau kini merupakan penulis tetap ruangan Komsas BM SPM majalah Wadah Siswa. 

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh,

    Terpanggil untuk meninggalkan komen setelah melihat biodata ini. Hebat, penulis merupakan super duper senior PBMP rupanya. Kagum melihat kegigihan mendidik anak bangsa, doakan saya juga yang kini memasuki tahun akhir pengajian di UPM.

    Hazlina, PBMP.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih...masih banyak ruang dan peluang yang perlu kita cari dan kita lalui untuk mencapai kecemerlangan diri dalam dunia pendidikan hari ini. Saya doakan anda bijak mencari peluang dan ruang yang sentiasa terbuka...PBMP, sangat berjasa pada kita.

      Padam