Rabu, 13 Mei 2015

BIODATA RAMLI BIN YAHYA, MEI 2015




LATAR BELAKANG
Beliau telah dilahirkan pada 1 JUN 1963 di Kampung Geliga, Kemaman, Terengganu.  Berpengalaman sebagai seorang pekerja binaan, peniaga buah-buahan, pekerja kilang, dan nelayan.  Telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.  Pernah gagal dalam peperiksaan SPM tahun 1980.  Pernah mengambil Peperiksaan Bahasa Melayu Kertas Julai sebanyak 3 kali 1981, 1982, dan 1983.  Beliau juga pernah mengambil Peperiksaan STP dan STPM sebanyak 7 kali sejak 1984.

PENDIDIKAN
1970 - 1975 - Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Kuala Kemaman, Kemaman, Terengganu.
1976 - 1980 - Mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai, Kemaman, Terengganu.
1985 -1987 - Mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Mohd. Khalid, Johor Bahru, Johor.
1994 - 1997 - Menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Putra Malaysia dan memperoleh Bacelor Pendidikan 
1997 - 1999 - Menyambung pelajaran di pringkat ijazah lanjutan di Universiti Putra Malaysia dan memperoleh Master Bahasa dan Linguistik Melayu

PENGALAMAN DALAM PERKHIDMATAN
1988 - 1994 - Mengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Felda Neram 1, Kemaman
1997 - 2013 - Mengajar di SMK. Senggarang, Batu Pahat
2014 - KINI - Berkhidmat sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coach (SISC+) Bahasa Melayu di Pejabat Pendidikan Daerah, Batu Pahat

HASIL PENULISAN
1.  Penulis cerpen antologi Memorabilia, Terima Kasih Tuhan, Terima Kasih Cikgu
2.  Penulis tetap Majalah Wadah Siswa
3.  Buku Rujukan Sekolah
4.  Penceramah BM untuk sektor awam dan swasta

SEKIAN, TERIMA KASIH.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan