Rabu, 9 Mac 2016

CATATAN 2016

Sudah lama aku tidak menulis di ruangan ini;
Rakan-rakanku...
Hari ini aku teringatkan kenangan silam yang pernah mengajar erti hidup ini;
1.  Zaman kanak-kanak sebelum sekolah rendah - aku mandi pantai Kg. Geliga, Kemaman (rumahku hanya 100 meter dari gigi air Laut China Selatan.  Rakan-rakanku, Agil, Che Ahmad, Yusuf, Azmi... sentiasa bersama pagi, petang, dan malamnya pula kami di Surau Hijau, Kg. Geliga...destinasi terakhir pertemuan seharian...seronok sangat.
2.  Zaman sekolah rendah - belajar dari darjah 1 hingga darjah 6 di SK Kuala Kemaman.  Rakan-rakanku Jamil, Adnan, Razali, Abdul... pagi sekolah, petang main bola tepi pantai, malam ke surau, cuti sekolah main...main...main.  Seronok sangat.
3.  Zaman sekolah menengah - belajar tingkatan 1 hingga 5 di SM Chukai.  Rakan-rakan Abdullah, Rahim, Ghazali, Ridzuan...masih suka main...main.  Tingkatan 4 dilantik pengawas sekolah.  Agak dah baik dan rajin sikit kot.  Tingkatan 5 jadi Ketua Pelajar SMC 1980 dan Kapten Asrama Putera SMCDah jadi ketua, dah tak boleh main...main lagi..banyak juga perkara lucu berlaku (nanti cerita lain kali ya!) tapi yang ini boleh share:  masa Hari Sukan Sekolah dan Daerah...aku kena baca ikrar sukan (penonton ramai juga...pelajar, ibu bapa, pegawai-pegawai di peringkat daerah, guru-guru...tengah-tengah baca ikrar...aku terlupa:  Pengarah Pendidikan Negeri tengok aku, aku tengok PPN...lama juga aku diam...semua orang diam..aku teringat dalam baju ada teks ikrar tu...aku buka, aku baca semula..kelakar kan!...Lebih seronok lagi Percubaan SPM aku dapat 9A tapi SPM sebenar aku tak dapat kredit BM...hanya P7 (sekadar lulus sahaja) percubaan dapat A...ambil lagi Julai Paper 1981...dapat P8, ambil lagi Julai Paper 1982...dapat P7, ambil lagi Julai Paper 1983...dapat C6: barulah kredit BM dan terus minta maktab perguruan...Sedihnya ketika itu...
Sejak 1984 hingga 1990 aku ambil STPM 7 kali...tapi tak pernah lulus...hujung tahun aku, Jamal, Zubaidi akan ke SMK Sultan Ismail...ambil STPM...dalam 7 kali tu...yg baik sikit ialah gred A untuk BM dan  B untuk Pengajian AM...yang lain gagal atau lulus sebahagian... teruknya aku!
4.  Zaman maktab perguruan...aku belajar di MP Mohd. Khalid JB... rakan ku...Razali, Wan Zul, Rosli...ambil Pengajian Melayu/Sekolah Rendah...mulalah belajar sungguh-sungguh...akhirnya jadi guru pelatih cemerlang...dan dilantik jadi guru sekolah rendah di SK Kg. Bahru Felda Neram 1, Kemaman...sekolah tu dibuka pada masa aku datang melapor diri...jalan tanah merah, air perigi, letrik malam je ada...sabor je lah...
5.  Zaman bekerluarga...kahwin juga aku akhirnya...dapat orang Johor...duduku di kuarter guru...aku sambung belajar di UPM (PBMP) 1994...belajarlah sungguh-sungguh.  Jual kereta untuk sambung belajar sebab gaji separuh...masa tu gaji RM824.00 (separuh RM412, tolak pinjaman perumahan RM300.00, tolak KGMMB dan potongan lain...baki RM40.00 je...jual lah kereta Proton Saga...gunalah untuk belajar dan ulang alik dari UPSI (tahun pertama di UPSI) dan tahun kedua di Serdang ke Kemaman.  Alhamdulillah tamat 1997 untuk Bacelor Pendidikan (dapat anugerah dekan lagi) dan smabung Master Bahasa Melayu dan Linguistik dan bergraduat pada 1999.
6.  Zaman mengajar di sekolah menengah...kawan-kawan bertambah Omar, Yasin, Rahman, Jumaan...mengajar di SMK Senggarang sejak 1994 hinggalah 2014.  Banyak juga pengalaman di sini.  Banyak juga buka yang dihasilkan, cerpen pun banyak...modul pembelajaran banyak juga...Dulu cita-cita nak jadi Pengetua di SMK Senggarang...rupanya tak jadi...
7.  Aku di PPD Batu Pahat...Januari 2014, aku ditawarkan bertugas di PPD sebagai Pegawai SISC+ Bahasa Melayu...tak terima kena marah, kalau terima terpaksa tinggal kawan-kawan di SMKS...akhirnya terima...rupanya makin ramai kawan yang aku temui dalam kerjaya baharu ini.  Dah 3 tahun rupanya aku di sini...
Rakan-rakanku, dalam 7 zaman ini - ada berita gembira, ada berita sedih yang aku lalui...aku kehilangan ayah, ibu, kedua-dua abangku yang telah pergi lebih awal daripadaku untuk mengadap Ilahi.  Berita gembiranya, aku mampu sampai ke tanah suci dengan izin-Nya buat pertama kali dalam hidupku.  Aku juga sangat berpuas hati dengan kerjayaku dan aku ingin terus memberikan khidmat bakti ini hingga ke hujung nyawa.  Rakan-rakanku dekat dan jauh...aku rindu padamu.  Terima kasih isteriku, anak-anakku, dan cucuku...Terima kasih semua...








Tiada ulasan:

Catat Ulasan