Ahad, 30 Ogos 2009

PERKEMBANGAN PEPERIKSAAN DI MALAYSIA


PERKEMBANGAN PEPERIKSAAN


1956
Unit Peperiksaan ditubuhkan
Peperiksaan Overseas Senior Cambridge (OSC) dimansuhkan

1957
Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE) diperkenalkan
Peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) diperkenalkan
Peperiksaan School Certificate (SC)/Federation of Malaya Certificate (FMC) diperkenalkan

1960
Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) diperkenalkan

1962
Peperiksaan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu (SPPTM) diperkenalkan

1963
Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE) dimansuhkan

1964
Peperiksaan Malaysia Certificate of Education (MCE) menggantikan peperiksaan Peperiksaan Federal of Malaya Certificate (FMC)Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menggantikan peperiksaan SPPTM

1967
Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (PPDL) diperkenalkanKertas peperiksaan bentuk objektif mula digunakan dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran /Lower Certificate of Education (SRP/LCE) dan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (PPDL)Pemprosesan menggunakan komputer diperkenalkan

1968
Kertas tunggal Bahasa Melayu/Malay diperkenalkan dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP)/Lower Certificate Education (LCE) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Malaysia Certificate Education (MCE)

1969
Peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM)/ Malaysia Certificate of Vocational Education (MCVE) diperkenalkan Kertas Bahasa Melayu/Malay ditukar nama kepada Bahasa Malaysia dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran(SRP)/Lower Certificate of Education (LCE)

1970
Kertas Bahasa Melayu/Malay ditukar nama kepada Bahasa Malaysia dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Malaysia Certificate Education (MCE)

1972
Ujian Lisan Bahasa Malaysia bagi peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) diperkenalkanUjian Lisan Bahasa Inggeris bagi peperiksaan SRP diperkenalkanPeperiksaan Sijil Perdagangan Malaysia (SPDM)/ Malaysia Commercial Certificate Examination (MCCE) diperkenalkan

1973
Ujian Darjah Tiga (UDT) dan Ujian Lisan Bahasa Malaysia bagi SPM/MCE diperkenalkan

1976
Peperiksaan Bahasa Malaysia (Julai) diperkenalkan
1978
Tanggungjawab mengendalikan MCE diambil alih oleh Lembaga Peperiksaan daripada Cambridge. Semua murid tingkatan tiga di sekolah menengah di Semenanjung dan Sabah mengambil peperiksaan SRP sahaja

1980
Peperiksaan SPM menggantikan MCE di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah
1981
Peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SPVM) menggantikan peperiksaan Malaysia Certificate of Vocational Education (MVVE) diperkenalkan

1982
Ujian Darjah Tiga (UDT) dimansuhkan

1983
Ujian Lisan Bahasa Malaysia bagi LCE dan Ujian Lisan Bahasa Inggeris bagi SRP dimansuhkan

1985
SRP menggantikan LCE sepenuhnya

1986
Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (PPDL) dimansuhkan. Peperiksaan SPM Menggantikan peperiksaan MCE Sepenuhnya

1988
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diperkenalkan di semua sekolah. Peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) ditukar menjadi Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV)

1992
Kertas Bahasa Malaysia ditukar nama balik kepada Kertas Bahasa Melayu dalam peperiksaan SRP dan SPM

1993
Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menggantikan SRP sepenuhnya mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

1995
Peperiksaan SPM (Julai) bagi mata pelajaran tunggal Matematik diperkenalkan

1996
Peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) diperkenalkan

1997
Kertas Sains Bertulis dan Penilaian Kerja Amali (Peka) dalam UPSR diperkenalkan

1998
Peperiksaan Amali bagi mata pelajaran Sains Tulen dalam SPM diganti dengan PEKA

1999
Peperiksaan SPDM dimansuhkan

2000
Peperiksaan SPM (Julai) ditukar menjadi Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU (U))Sistem Pensijilan Terbuka diperkenalkan di peringkat SPM

2001
Penilaian Tahap Satu (PTS) dimansuhkan

2002
Ujian Lisan Berdasarkan Sekolah (ULBS) bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SPM diperkenalkan dan dimulakan dalam Tingkatan

2003
Mata Pelajaran Vokasional (MPV) diperkenalkan dalam peperiksaan SPMMata pelajaran Matematik, Sains dan Teknikal bagi peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM ditaksir dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

2006
Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) diperkenalkan dan dimulakan dalam Tingkatan 4

7 ulasan:

  1. salam
    sy tgh cari maklumat lengkap perkembangan peperiksaan di malaysia.. kebaikan dan keburukan setiap peperiksaan dan cara penggreddan..
    kalau en.ramli ada sebarang maklumat boleh tak emel kan pada sy.. snwathiqah2@siswa.utm.my

    BalasPadam
  2. Maaflah lambar menulis catatan ni, sebenarnya belum ada lagi kajian terperinci yang dibuat oleh pakar pengukuran dan penilaian pendidikan di negara kita. Saya cadangkan anda buat kaji selidik di sekolah-sekolah menengah untuk mencari jawapan terbaik dan tepat

    BalasPadam
  3. Pada masa saya dahulu, murid tak boleh melangkah ke tingkatan 4 kalau gagal LCE. Bilakah peraturan ini dimansuhkan? saya sedang menulis pengalaman bersekolah. terima kasih. - SN Zurinah Hassan

    BalasPadam
  4. Salam.. Nak tanya.. Bilakah bahasa Melayu mula wajib lulus dalam SPM? Saya sedang buat kajian mengenai Bahasa Melayu..

    BalasPadam
  5. Salam, saya nak tanya bilakah Sijil Vokasional Malaysia diperkenalkan???

    BalasPadam
  6. Salam ...nak tanya .... Ada ke mklumat psalepsal SPM dr 2003 hingga skrg 2020?

    BalasPadam
  7. Nk taye masih ad rekod peperiksaan srp disekolah lama

    BalasPadam