Rabu, 24 Jun 2009

BM SPM: SATU CADANGAN

Ahad, Jun 14, 2009

SOALAN KBKK - PECUTAN AKHIR BM JUN 2009
Cerpen Virus Zel untuk Abah .

1. Kepentingan komputer dalam kehidupan harian.

2. Cara-cara membantu ibu tunggal di Malaysia

3. Cara-cara anak menangani tekanan akibat perceraian ibu bapa

4. Cara-cara merapatkan hubungan kekeluargaan yang retak.

5. Peranan rakan untuk membantu orang yang bermasalah.

6. Cara-cara mewujudkan keluarga bahagian/ tidak bercerai-berai.

7. Usaha menambah bilangan usahawan wanita di Malaysia.

8. Cara-cara membanyakan usahawan dalam bidang teknologi maklumat.



Cerpen Lambaian Malar Hijau.

1. Kepentingan pemuliharaan hutan.

2. Kepentingan hutan

3. Sebab orang asli kurang mementingkan pelajaran

4. Cara-cara untuk membantu masyarakat orang asli supaya menjadi lebih maju/ moden / mengeluarkan mereka daripada kemiskinan.


Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 02:23 0 ulasan

Baca petikan drama di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

IBU : Eh, duduklah Bang Majid!

MAJID :Ya, ya. Baik, terima kasih. (Duduk) Umar tak datang?

IBU : (Duduk berhadapan) Ya, dia datang tadi, baru juga keluar.Kejap lagi baliklah dia. (Diam sebentar) Apa khabar di kampung?

MAJID : Alhamdulillah, baik semuanya. Nampaknya tahun ini padi jadi benar, tak tertuai kita. Rambutan dah berputik. Tak lama lagi adalah orang memajaknya.

IBU : (Teringat)Bang Majid tentu haus...! (Bangkit berjalan ke pintu, memanggil) Piah!

SAFIAH : (Dari dalam) Yaa! Apa mak!IBU : Bawakan air untuk pakcik kau ni, jauh jauh datang, haus....

SAFIAH : (Masih dari dalam) Nanti kejap, mak! (Diam sebentar) Kopi, ya mak?

IBU : Tengah-tengah hari ini, buatkan air limau sahaja. (Kembali duduk di kerusinya menyambung bual) Kata, kebun yang di baruh tu nak dijual?

MAJID : Begitulah, dah banyak yang menawarnya. Kebun tu pun tak begitu jadi. Dekat sangat dengan hutan. Buah-buah tak bersisa dibaham kera, monyet. (Diam sesaat) Hajat hati kalau dapat duitnya, kami nak ke Mekah.

IBU : (Cepat menoleh memandang Pak Majid, terkejut dan rung) Ya? Syukur kalau begitu.

MAJID: (Senyum memandang bakal besannya) Dik Limah bila pula, takkanlah tak ada rancangan.
(Dipetik daripada Serunai Malam, dalam Antologi Anak Laut,Dewan Bahasa dan Pustaka)

Soalan Konteks :( Jawaban dipilih daripada petikan yang diberi )

Apakah alasan Majid menjual tanahnya di baruh ?
Isi jawapan :

MAJID : Begitulah, dah banyak yang menawarnya. Kebun tu pun tak begitu jadi. Dekat sangat dengan hutan. Buah-buah tak bersisa dibaham kera, monyet. (Diam sesaat) Hajat hati kalau dapat duitnya, kami nak ke Mekah.

1. Sudah banyak orang yang berminat untuk membelinya/ bertanya tentang tanah di baruh itu
2. Kebun itu tak begitu jadi/ hasil kebun itu tidak memuaskan/ hasil tanaman tidak seperti diharapkan.
3. Dekat sangat dengan hutan/ kebun itu jauh dari petempatan Majid/ kedudukan tidak strategik.
4. Buah-buahan tak bersisa dibahan kera dan monyet/ hasil kebun dimakan oleh kera dan monyet sehingga habis.
5. Hajat hati kalau dapat duitnya, kami nak ke Mekah/ Daripada hasil jualan tanah itu Majid ingin pergi ke mekah.

Skema :
Jika "isi cukup" ialah 2,
maka calon boleh mengemukakan dua isi maksimum.
Dicadangkan supaya pelajar memberi lebih isi jawaban kerana ditakuti salah satu jawaban yang diberi tidak tepat/ salah.
Jawab dalam ayat yang lengkap dengan memasukkan predikat soalan.

Majid menjual tanahnya di baruh kerana ..............., ................ dan........................... . ( Pelajar boleh memasukkan tiga isi dalam satu ayat majmuk. )

Soalan KBKK .
Pada pendapat anda apakah langkah-langkah untuk membantu golongan petani di malaysia ?Jawab/ beri isi mengikut skop yang berbeza.

Contoh isi dalam skop sama :
1. Bank/ institusi kewangan sediakan pinjaman mudah
2. Agensi kerajaan sediakan skim bantuan modal untuk petani
Contoh isi mengikut skop berbeza :1. KEWANGAN - agensi kerajaan/ bank/ NGO beri pinjaman kewangan.
2. Agensi yang membantu memasarkan hasil pertanian dengan efektif - FAMA
3. Menghasilkan penyelidikan baka baru hasil pertanian - MARDI
4. Sediakan ruang niaga yang strategik untuk menjual hasil pertanian - peranan MARA dan UDA membeli bangunan dan rumah kedai untuk disewakan.
5. Kursus berterusan - membangunkan modal insan - pengurusan kewangan.

SOALAN KOMSAS :Untuk soalan petikan cerpen/ drama ( S2b iii)... beri fokus kepada perwatakan, nilai dan pengajaran. Tema dan persoalan juga perlu diberi perhatian.
Contoh : 1. Satu nilai daripada petikan drama dan dua nilai daripada drama keseluruhan.
2. Pemikiran dalam drama
3. Perwatakan Safiah dalam petikan dan drama.

PEPERIKSAAN SPM(U) JUN 2009 - TEKS PERLU DIBERI TUMPUAN
Teks yang belum digunakan dalam peperiksaan SPM.
CERPEN
1. Annyss Sophillea
2. Lambaian Malar Hijau
3. Virus Zel Untuk Abah
DRAMA
1. Serunai Malam
2. Kerusi

PROSA KLASIK
1. Sabor

SAJAK
1. Duhai Pentafsir
2. Di Ruang Gemanya
3. Anak Laut
4. Derita Pertama
5. Jalan jalan raya kotaku

PUISI TRADISIONAL
1. Pantun Kiasan
2. Seloka Pak Kaduk
3. Pantun Enam Kerat
4. Syair Kelebihan Ilmu


MEMBERI ATAU MEMBERIKAN

Soalan:Assalamualaikum cikgu Ghalib,Cikgu, antara 2 ayat berikut yang manakah lebih tepat.
i) Perkembangan sektor pelancongan memberi kesan yang positif kepada pengusaha hotel dan chalet.
ii) Perkembangan sektor pelancongan memberikan kesan yang positif kepada pengusaha hotel dan chalet.

Bagaimanakah cara yang mudah untuk membezakan sesuatu ayat itu sama ada perlu ada imbuhan akhiran -kan atau tidak?
Terima Kasih.Drp:Cikgu Fakrya

Jawaban:
Ayat (i) tidak gramatis,
manakala ayat (ii) gramatis.
Untuk mengetahui awalan men- dan apitan men—kan dan me---i dengan tepat, seseorang itu mestilah mengetahui apitan men—kan dan men---i yang mempunyai dua objek. Sebagai contohnya, perkataan memberi sebenarnya berasal daripada apitan me---i, iaitu memberii. Apitan ini memerlukan dua objek, iaitu memberi kucing makanan. Frasa ini boleh diparafrasakan dengan frasa memberikan makanan kepada kucing.Banyak bentuk apitan men—kan dan men—i yang berbentuk seperti ini:
menghadiahi ibu sehelai kain batik --> menghadiahkan sehelai kain batik kepada ibu.
menganugerahi beliau pingat kebesaran---> menghadiahkan pingat kebesaran kepada beliau.
menawari beliau jawatan itu ---> menawarkan jawatan itu kepada beliau.

mengajar (i) mereka Matematik Tambahan --->mengajarkan Matematik Tambahan kepada mereka.
mengirimi kakak sepucuk surat --> mengirim (kan) sepucuk surat kepada kakak.

Kesimpulannya, perkataan yang berapitan me---i yang mempunyai dua objek dalam bahasa Melayu diikuti oleh objek bernyawa atau objek yang tidak bergerak atau lokatif. Perkataan yang berapitan men—kan pula biasanya diikuti oleh objek yang tidak bernyawa atau objek bergerak atau kausatif. Jika sukar untuk memahami rumus di atas, sila fahami rumus yang berikut:Me----i (siapa) (apa) --> menghadiahi (ibu) (sehelai kain batik).Me—kan (apa) kepada (siapa)---> menghadiahkan (sehelai kain batik) kepada (ibu). Sumber : Blog Cikgu Ghalib ...Tuan/puan juga boleh mendapatkan maklumat tambahan daripada Buku Bingkisan Lembar Bahasa Selatan, terbitan DBP Wilayah Selatan yang ditulis Munsyi Dewan DBP WS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan