Khamis, 25 Jun 2009

BAHASA MELAYU KUNO

Bahasa Melayu Kuno
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat setempat dikenali sebagai Bahasa Melayu Purba. Bahasa ini kemudiannya dinamakan Bahasa Melayu Kuno setelah mendapat pengaruh India. Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman
kerajaan Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yang bertutur bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu (Kini Semenanjung Malaysia), Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana:
Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding
bahasa Jawa.
Isi kandungan
1 Pengaruh Sanskrit dan Hindu
1.1 Awalan ni- menjadi di-
1.2 Awalan mar- menjadi ber-
1.3 Akhiran -na menjadi -nya
1.4 Ringkasan
2 Batu bersurat dan candi
3 Bahasa Melayu Kuno dan Kerajaan Melayu
4 Lihat juga
5 Pautan luar
//

Pengaruh Sanskrit dan Hindu
Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem
bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi. Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa asing seperti sanskrit diterima. Ini boleh dibuktikan daripada pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang datang dari India, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit. Kesan daripada bahasa sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata Bahasa Melayu Kuno. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya. Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.
Perkaitan antara Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Moden dapat dilihat daripada perkataan perkataan yang kekal daripada dulu sehingga sekarang seperti curi, makan, tanam, air dan sebagainya, serta perkataan yang mempunyai bentuk atau format yang serupa seperti dalam jadual jadual di bawah:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu
vulan bulan
nasyik asyik
mangalap mengambil
mamava membawa
saribu seribu
dangan dengan
vanakna banyaknya
sukhacitta sukacita
ko ke

Awalan ni- menjadi di-
Penggunaan awalan di- dalam Bahasa Melayu Moden sama dengan awalan ni- dalam Bahasa Melayu Kuno dan awalan diper- sama seperti nipar-.
Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu
nimakan dimakan
niminumna diminumnya
niparvuat diperbuat

Awalan mar- menjadi ber-
Awalan ber- dalam Bahasa Melayu moden hampir sama dengan awalan mar- dalam Bahasa Melayu Kuno.
Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu
marvanum berbangun
marvuat berbuat

Akhiran -na menjadi -nya
Akhiran -na yang digunakan dalam Bahasa Melayu Kuno sama dengan -nya pada masa kini.
Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu
vinina bininya
vuahna buahnya

Ringkasan
Secara ringkasnya berikut merupakan ciri ciri Bahasa Melayu Kuno
Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit seperti tatkala, air dan sebagainya
Bunyi b ialah v dalam Bahasa Melayu Kuno. Contohnya bulan ialah vulan
Bunyi e pepet tidak wujud. Contoh: dengan - dngan atau dangan
Awalan ber- ialah mar- dalam Bahasa Melayu Kuno (contoh: berlepas-marlapas)
Awalan di- ialah ni- dalam Bahasa Melayu Kuno (Contoh: diperbuat - niparvuat)
Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua - samuha; saya - sahaya)

Batu bersurat dan candi
Salah satu bukti sejarah bahasa Melayu yang penting ialah batu bersurat. Beberapa batu telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara (alphabet)
Pallawa iaitu sejenis tulisan yanb berasal dari selatan India. Berikut adalah antara batu bersurat yang ditemui.
Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 M. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava.
Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M. Batu
Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M.
Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M.
Batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.
Batu Bersurat Pagar Ruyung (1356 M)
Pengaruh agama
Hindu dan Buddha cukup kuat dalam bahasa dan budaya pada zaman bahasa Melayu kuno. Bahkan banyak candi yang dibina di Alam Melayu yang dipengaruhi oleh budaya Hindu dan Buddha dari India, seperti candi-candi di Lembah Bujang, Muara Takus dan Pagarruyung di Sumatera, dan candi Borobodur dan Prambanan di Pulau Jawa.

Bahasa Melayu Kuno dan Kerajaan Melayu
Bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang diguna pakai dalam kerajaan Melayu kuno. Kerajaan-kerajaan Melayu kuno yang diketahui adalah (tidak menurut sebarang susunan) ialah
Oc-eo
Lembah Bujang
Ko-ying
Kerajaan Funan
Srivijaya
Kerajaan Angkor
Majapahit
Kedah Tua
Melaka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan