Isnin, 29 Jun 2009

AKTIVITI KUMPULAN P&P : SATU CADANGAN

KUMPULAN : 1

Baca petikan yang telah diedarkan kepada semua ahli dalam kumpulan anda kemudian sila selesaikan tugasan di bawah:

1. Senaraikan DUA kata adjektif dalam petikan tersebut dan bina ayat yang lengkap daripada kata tersebut.

2. Anda ingin menghadiahkan sebuah sajak kepada ibu anda sempena Hari Ibu tahun ini. Tulis sajak itu selengkapnya.

3. Apakah pendapat orang tua-tua tentang ‘ibu’ dalam petikan ini.
……………………………………………………………………………………………...............................

KUMPULAN : 2

Baca petikan yang telah diedarkan kepada semua ahli dalam kumpulan anda kemudian sila selesaikan tugasan di bawah:

1. Senaraikan DUA kata berimbuhan apitan dan bina ayat yang lengkap daripada kata tersebut.

2. Senaraikan LIMA jasa yang telah dilakukan oleh ibu anda yang tidak dapat anda lupakan hingga hari ini.
3. Apakah yang telah disaksikan oleh penulis tentang ketabahan seorang ibu?
………………………………………………………………………………………….................................

KUMPULAN : 3

Baca petikan yang telah diedarkan kepada semua ahli dalam kumpulan anda kemudian sila selesaikan tugasan di bawah:

1. Senaraikan DUA kata berimbuhan awalan dan bina ayat yang lengkap daripada kata tersebut.

2. Kalau anda sebagai seorang ibu, senaraikan LIMA perkara yang anda akan lakukan untuk menambahkan kasih sayang antara ibu dan anak.

3. Mengapakah penulis ingin membalas segala kepayahan dan keperitan ibunya?
…………………………………………………………………………………………….............................

KUMPULAN : 4

Baca petikan yang telah diedarkan kepada semua ahli dalam kumpulan anda kemudian sila selesaikan tugasan di bawah:

1. Senaraikan DUA kata kerja dan bina ayat yang lengkap daripada kata tersebut.
2. Anda baru sahaja dilantik sebagai Menteri Pembangunan Keluarga dan Wanita. Senaraikan LIMA perkara yang anda akan lakukan untuk mengangkat martabat ibu-ibu di negara kita.

3. Apakah yang dilakukan oleh penulis sempena Hari Ibu dalam petikan ini?
……………………………………………………………………………………………............................

KUMPULAN : 5

Baca petikan yang telah diedarkan kepada semua ahli dalam kumpulan anda kemudian sila selesaikan tugasan di bawah:

1. Senaraikan DUA kata sendi nama ‘di’ dan bina ayat yang lengkap daripada kata tersebut.

2. Anda telah berjaya mencapai cita-cita anda dan memiliki kerjaya yang baik. Senaraikan LIMA perkara yang akan anda lakukan untuk membalas jasa ibu setelah anda berjaya dalam kehidupan.
3. Apakah nasihat penulis kepada kita untuk menyatakan penghargaan terima kasih kepada ibu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan