Selasa, 9 Jun 2009

BM MODEN DAN BM PASCAMERDEKA

BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA

NAMA: HALIMAH BINTI MOHD SIRI ( 6 ATAS BESTARI )
GURU : EN. RAMLI BIN YAHYA

1.0 PENDAHULUAN

BM moden pascamerdeka mengutamakan perancangan bahasa iaitu usaha memupuk bahasa ke arah taraf yang lebih maju. Perancangan bahasa telah dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) setelah ditubuhkan pada 22 Jun 1956. DBP berperanan untuk memajukan bahasa kebangsaann dan kesusasteraan, mencetak dan menerbitkan buku, menyusun dan menerbitkan kamus dan menyeragamkan sebutan,ejaan dan istilah.

1.1 PERANCANGAN BAHASA MELAYU

Perancangan BM terbahagi 2:
ü Perancangan taraf
ü Perancangan korpus bahasa

PERANCANGAN TARAF

Selepas kemerdekaan perlembagaan persekutuan perkara 152 menetapkan BM sebagai bahasa kebangsaan.
BM melambangkan identiti dan kedaulatan Negara. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan juga BM sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan.

PERANCANGAN KORPUS BAHASA
Perancangan korpus bahasa bermaksud pembinaan bahasa. Korpus bahasa terbahagi kepada pengekodan dan pemupukan bahasa.

PENGEKODAN BAHASA
Pengekodan bahasa bermaksud penyeragaman iaitu proses menghasilkan satu variasi bahasa standard dari aspek ejaan, tatabahasa, istilah dan perkamusan.

EJAAN
Penyatuan sistem ejaan rumi antara Malaysia dengan Indonesia telah menghasilkan system ejaan baharu.
DBP telah menerbitkan risalah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu untuk rujukan masyarakat.
MBIM dan kini MABBIM telah menghasilkan Daftar Ejaan Baharu:
ü Terdapat 26 huruf iaitu melambangkan 6 huruf bunyi vokal dan 26 bunyi konsonan.
ü Vokal a,i,e,o,u melambangkan 6 bunyi vokal yang mempunyai
e-pepet dan e-taling.
ü Terdapat huruf diftong iaitu gabungan 2 huruf vokal yang disebutkan sebagai satu bunyi.

Huruf diftong
sebutan
contoh
ai
/ai/
aidilfitri, ghairah, pantai
au
/au/
aurat, saudara, harimau
oi
/oi/
Boikot. sepoi


TATABAHASA
Melibatkan penyeragaman dari segi morfologi dan sintaksis.
contohnya, dalam bidang morfologi
ü imbuhan pen- + perkataan “tolak” = penolak
Menerima imbuhan asing seperti maha-,pra-,anti-, -wan, dan –man
ü Contohnya maha- + perkataan “siswa” = mahasiswa
Dalam bidang sintaksis
ü Contohnya; akhbar itu dibaca oleh beliau. Ganti nama diri ketiga hadir selepas kata kerja pasif.

ISTILAH
1. Pembentukan istilah dilakukan oleh Jawatankuasa Istilah (JKI)
2. Pembentukan istilah kemudiannya diletakkan di bawah Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM)
3. JKTBM menghasilkan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu dan dijadikan asas untuk menggubal istilah.
4. Antara istilah yang dibentuk ialah bidang media, falsafah. sains sosial, sains asas dan kesusasteraan.
ü Contohnya;
ISTILAH
BIDANG
Psychology
Ilmu jiwa
Mathematic
Ilmu hisab
geomorphology
Kaji bumi

PERKAMUSAN
Penyusunan kamus yang dilakukan oleh DBP melibatkan kamus ekabahasa, dwibahasa dan istilah.
Bertujuan untuk merakamkan kosa kata BM Moden.

PERKAMUSAN
CONTOH
Ekabahasa
Kamus Dewan
Dwibahasa
Kamus dwibahasa Inggeris- BM
Pelajar
Kamus BM edisi pelajar
Istilah
Kamus istilah kimia KBSM


PEMUPUKAN
Pemupukan bermaksud usaha untuk mengembangkan bahasa agar saling menterjemah dengan beberapa bahasa moden lain. Dilaksanakan dengan pemupukan beberapa istilah dalam bidang teknikal.

1.2 FUNGSI BM MODEN

Secara umumnya BM Moden berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, dan bahasa ilmu.


BAHASA KEBANGSAAN

Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan perkara 152. Bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan kaum. Bahasa Kebangsaan melambangkan identiti yang sama bagi semua kaum.

BAHASA RASMI

Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan untuk urusan rasmi Negara. BM digunakan dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran, perundangan, pendidikan dan perusahaan.

BAHASA ILMU

Bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam bidang pendidikan. Melalui Dasar Pendidikan Negara, bahasa kebangsaan telah digunakan sejak tahun 1981 di semua peringkat persekolahan. Bahasa melayu digunakan untuk mengungkapkan pelbagai ilmu.

BAHASA PERPADUAN

Bahasa perpaduan bertujuan untuk menyatukan dan memberikan identiti masyarakat Malaysia. Peranan bahasa melayu sebagai bahasa perpaduan disalurkan menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan