Selasa, 9 Jun 2009

MAKLUMAN UNTUK SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5 BESTARI DAN 5 MUTIARA SMKS 2009

Cuti sekolah dah hampir tamat. Mulai hari ini (9.6.2009), para pelajar hanya ada lima hari sahaja untuk menyiapkan tugasan Bahasa Melayu yang cikgu berikan. Bagi pelajar yang dah siapkan tugasan itu, tahniah dan terima kasih. Tetapi kepada pelajar yang belum siapkan tugasan itu, cikgu doakan anda akan diberikan kekuatan untuk menyiapkannya. Semua kerja rumah yang cikgu berikan itu akan dibincangkan pada minggu pertama naik cuti persekolahan nanti. Keputusan Bahasa Melayu peperiksaan setengah tahun yang lalu telah cikgu siapkan. Jika ingin mendapat keputusan segera, sila hubungi cikgu. Cikgu juga ingin menasihati semua pelajar agar sentiasa menjaga kesihatan, keselamatan, dan jangan lupa peperiksaan SPM 2009. Jika anda ingin melihat jadual SPM 2009 sila layari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia atau taip jadual spm 2009 di carian. Sila cetak jadual itu dan rancanglah ulang kaji anda mengikut keperluan peperiksaan. Semoga anda hebat dan ceria sepanjang masa. Saya sangat menyayangi anda. Jumpa lagi. Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan