Rabu, 29 April 2009

RENUNGAN KEHIDUPAN 1

ASAL USUL SOLAT & MAKSUD BACAAN DALAM SOLAT
Renungan kita bersama mudah2an kita berdua redha d murahkan rezeki...amin
ASAL USUL SOLAT

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam. Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat. Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan . Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya . Rakaat ketiga :- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah. Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas. ASAR: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu: Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan. Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut . Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam. Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .
MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu: Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa. Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya. Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun.. Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun . Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat semoga dengan memahami bacaan akan membuat kita lebih khusuk dalam solat. Allah Maha Besar (Takbiratulihram) Doa Iftitah Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. Al-Fatihah Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. Bacaan ketika rukuk Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku... Bacaan ketika Tahiyat Awal Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. Bacaan ketika Tahiyat Akhir Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Doa Qunut Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. "Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
SAMPAIKANLAH, WALAU SEBARIS AYAT

Ahad, 19 April 2009

MAKSUD LOGO HARI GURU


PENGENALAN HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

LOGO HARI GURU
Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.
Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

IKRAR GURU MALAYSIA

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung

Perlembagaan negara
Kami mengamalkanPrinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

TEMA-TEMA HARI GURU MALAYSIA

TEMA HARI GURU MALAYSIA

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

SENI KATA LAGU HARI GURU 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa

Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa

Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa

Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Jumaat, 17 April 2009

SENARAI AHLI JAWATANKUASA TAMAN PANDAN JAYA 2, RENGIT, BATU PAHAT, JOHOR.

SENARAI PEMIMPIN
JAWATANKUASA INDUK TAMAN PANDAN JAYA 2, RENGIT 2008-2010

PENASIHAT
EN. AZIZ JAAFAR BIN KHAMIS
PENGERUSI
EN. RAMLI BIN YAHYA
TIMBALAN PENGERUSI
EN. JAMAL BIN SABIRIN
SETIAUSAHA
EN. AZMAN BIN KHAMBALI
NAIB SETIAUSAHA
NORIZAM BIN TIMYATI
BENDAHARI
EN. NOR’AZLAN BIN ZAKARIA
NAIB BENDAHARI
EN. SURADI BIN AHMAD
PENGERUSI BIRO
PENDIDIKAN
EN. HALIM BIN HASHIM
KECERIAAN
EN. SAMSUDDIN BIN JOHAR
KAUM CINA
EN. ENG TARA
WANITA
PN. NOR KHAIRANI BT. HUSSIEN
PN. ROZAWATI BT. ROSALI
PN. HAZIDAH BINTI MOHAMED
KESELAMATAN
EN. HAFFIZ BIN HATIM
SUKAN & SOSIAL
EN. AZMAN BIN BACHOK
KETUA BLOK
2/1
EN. AHZALI BIN LATIF
2/2
EN. HAMDAN BIN KHAMIS
2/3
EN. ZAINI BIN JAAFAR
2/4 & 2/5
EN. ISHAK BIN MOHD. YUSOF
******************************************************


Selasa, 14 April 2009

KABINET MALAYSIA 2009


Datuk Seri Najib Razak Perdana Menteri & Menteri Kewangan
Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri & Menteri Pelajaran
MENTERI
Tan Sri Dr Koh Tsu KoonMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan dan Prestasi)
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen)
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancangan Ekonomi)
Senator Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir BaharomMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Datuk Ahmad Husni HanadzlahMenteri Kewangan II
Datuk Seri Hishammuddin Hussein Menteri Dalam Negeri
Datuk Mustapa MohamedMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiMenteri Pertahanan
Datuk Anifah Aman Menteri Luar Negeri
Tan Sri Bernard DompokMenteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Datuk Seri Mohamed Khaled NordinMenteri Pengajian Tinggi
Datuk Noh OmarMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Seri Maximus Ongkili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Seri Dr Ng Yen YenMenteri Pelancongan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Douglas Uggah Embas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Ong Tee Keat Menteri Pengangkutan
Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Liow Tiong Lai Menteri Kesihatan
Datuk Peter Chin Fah Kui Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Datuk Shaziman Abu Mansor Menteri Kerja Raya
Datuk Seri Dr Rais Yatim Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Datuk Dr S Subramaniam Menteri Sumber Manusia
Datuk Ismail Sabri Yaakob Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Seri Shafie ApdalMenteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Kong Cho HaMenteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Ahmad Shabery CheekMenteri Belia dan Sukan

TIMBALAN MENTERI
Datuk Liew Vui Keong Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk S K Devamany Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Ahmad Maslan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
T Murugiah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Chor Chee Heung Timbalan Menteri Kewangan
Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein Timbalan Menteri Kewangan
Jelaing anak Mersad Timbalan Menteri Dalam Negeri
Datuk Wira Abu Seman YusofTimbalan Menteri Dalam Negeri
Datuk Mukhriz Mahathir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Jacob Dungau Sagan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad Timbalan Menteri Pertahanan
Datuk Lee Chee Leong Timbalan Menteri Luar Negeri
Senator A Kohilan Pillay Timbalan Menteri Luar Negeri
Datuk Hamzah Zainudin Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
Datuk Saifuddin AbdullahTimbalan Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Dr Hou Kok Chung Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
Datuk Johari Baharom Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Rohani Abdul Karim Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Fadillah Yusof Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Seri Sulaiman Rahman Abdul Taib Timbalan Menteri Pelancongan
Datuk M SaravananTimbalan Menteri Wilayah Persekutuan
Tan Sri Joseph Kurup Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Abdul Rahim Bakri Timbalan Menteri Pengangkutan
Datuk Robert Lau Hoi ChewTimbalan Menteri Pengangkutan
Senator Datin Paduka Chew Mei Fun Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin Timbalan Menteri Kesihatan
Noriah Kasnon Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Datuk Yong Khoon Seng Timbalan Menteri Kerja Raya
Datuk Joseph Salang Gandum Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Senator Heng Seai Kie Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Senator Datuk Maznah MazlanTimbalan Menteri Sumber Manusia
Datuk Tan Lian HoeTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Datuk Joseph Entulu anak Belaun Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Hassan Malek Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Lajim Ukin Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Datuk Razali Ibrahim Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Wee Jeck Seng Timbalan Menteri Belia dan Sukan
Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran
Datuk Dr Wee Ka Siong Timbalan Menteri Pelajaran



Isnin, 13 April 2009

DEFINISI SINTAKSIS

ANI BINTI AMBO (TG6AC)
NURHIDAYAH BINTI NASERAN (TG6AC)
NAMA GURU: ENCIK RAMLI BIN YAHYA
=================================================================
Sintaksis
§ Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
§ Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Ayat
§ Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
§ Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah
§ Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah.
§ Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
· Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat.
Subjek Ayat
Predikat Ayat
Frasa Subjek
Frasa Predikat
Rumus Pola Ayat
Ahmad mengulang kaji tatabahasa
Frasa Nama
Frasa Kerja
FN + FN
Cikgu ke sekolah
Frasa Nama

Frasa Sendi Nama
FN + FS
Fatimah amat rajin
Frasa Nama
Frasa Adjektif
FN + FA
Ah Chong seorang usahawan
Frasa Nama
Frasa Nama
FN + FN

Frasa
§ Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
§ Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
§ Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS
§ Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu
frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.

Binaan Ayat
Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur.
Perhatikan contoh di bawah:
Subjek
Subjek
Bah. Ayat
Unsur
Bah. Ayat
Unsur
Ah Tian guru senaman

Tipah membeli gula

Suara ketua pengawas itu serak-serak basah

Munainady menoreh getah

· Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa subjek dibina oleh frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Ayat Dasar dan Ayat Terbitan
Perhatikan ayat berikut:
Pelajar itu membaca buku.
Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku).
Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain.
Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut:
Pelajar tingkatan enam itu membaca buku. (tingkatan enam menjadi penerang kepada pelajar, iaitu subjek ayat)

Pola Ayat Dasar
Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri.
Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS)
Lihat contoh berikut:
Subjek Ayat
Predikat Ayat
Frasa Subjek
Frasa Predikat
Rumus Pola Ayat
Jamilah pengurus sumber manusia
Frasa Nama
Frasa Nama
FN+FN
Atan budak pandai
Frasa Nama
Frasa Adjektif
FN+FA


Sabtu, 11 April 2009

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI BM GURU BUKAN OPSYEN DAERAH BATU PAHAT

Pada 11 APRIL 2009, Kursus Pemantapan Pedagogi Bahasa Melayu untuk Guru-guru Bukan Opsyen Bahasa Melayu telah diadakan di Institut Perguruan Malaysia Tun Hussien Onn, Batu Pahat yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kurikulum Daerah Batu Pahat, Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat. Pengurusan Panitia Bahasa Melayu, SMK. Datin Onn Jaafar, Batu Pahat telah diamanahkan oleh JKD BM dan Kesusasteraan Melayu menganjurkan kursus berkenaan telah melaksanakan tugas itu dengan cemerlang. Seramai 115 orang peserta telah menghadiri kursus berkenaan daripada 25 buah sekolah menengah di seluruh daerah Batu Pahat. Ceramah pertama telah disampaikan oleh Encik Ramli bin Yahya, Guru Cemerlang Bahasa Melayu dari SMK. Senggarang yang juga Munsyi Dewan, DBP telah menyampaikan tajuk Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Sekolah Menengah dan ceramah kedua disampaikan oleh Puan Nursidah Ab. Hamid, Guru Cemerlang dari SMK(P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat bertajuk Pengajaran Lisan, Bacaan, dan Penulisan Bahasa Melayu. Pada majlis penutupan rasmi, Tuan Haji Mohd. Daud bin Tukiman, Pengetua SMK. Datin Onn Jaafar merangkap Pengerusi Pengelaoa kursus ini mencadangkan agar lebih banyak elemen kemahiran pengajaran bahasa dapat didedahkan kepada peserta kursus agar menambahkan keyakinan diri guru-guru untuk terus menjadi pendidikan yang cemerlang di bilik darjah. Encik Mispan bin Karsan, Setiausaha JKD Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu wakil rasmi Pengerusi JKD BM dan Kesusasteraan Melayu merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak pengelola, penceramah, dan semua peserta yang sudi menjayakan program JKD. Semoga kursus ini dapat memberikan impak segera dalam mencapai keputusan cemerlang Bahasa Melayu di semua peringkat peperiksaan awam di daerah Batu Pahat.

Jumaat, 10 April 2009

SEMANTIK - PERIBAHASA

NURUL ASHIKIN BINTI ABDULLAH (TG6AC)
NORAFIZA BINTI MOHD HALIL (TG6AC)
NOORAINI BINTI HASSAN (TG6AC)
NAMA GURU: ENCIK RAMLI BIN YAHYA
===================================================================

PERIBAHASA
PENGERTIAN
· Suatu kiasan atau bunga bahasa dalam kata-kata yang mampu menggambarkan sesuatu maksud yang tertentu.
· Menurut Za’ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengari, dan indah perkataannya.


SIMPULAN BAHASA
· Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya.

· SIMPULAN BAHASA YANG BERKAITAN DENGAN TUBUH BADAN
· Hati batu – Orang yang degil atau keras hatinya.
· Dahi licin – Rupa paras perempuan yang cantik dan bersih.
· SIMPULAN BAHASA YANG BERKAITAN DENGAN HAIWAN
· Kambing hitam – Orang yang terlalu nakal
· Lembu kenyang – Orang yang degil dan malas, tidak kisah dengan kehidupan orang lain.
· SIMPULAN BAHASA YANG BERKAITAN DENGAN TUMBUHAN
· Bunting padi – Betis pere,puan yang cantik
· Betik jantan – Orang yang berani dan gagah perkasa.

PERUMPAMAAN
Menurut Za’ba, perumpamaan berasal dari bahasa kiasan.
Membawa makna tersurat dan tersirat.
Terdiri daripada dua jenia, iaitu :-

PERUMPAMAAN YANG DISEBUTKAN PERBANDINGANNYA
Seperti air di dalam kolam – Orang yang tenang, sabar dan baik
Laksana jentayu menantikan hujan – Sangat merindui seseorang
PERUMPAMAAN YANG TIDAK DISEBUTKAN PERBANDINGANNYA.
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain – Pekerjaan yang susah, jika dilakukan selalu akan menjadi senang.
Jong pecah, yu kenyang – Dalam keadaan kelam-kabut ada juga orang mendapat kesenangan.

PEPATAH
Berasal dari patah-patah perkataan.
Memberatkan sifat ringkasnya dan bijak susunan perkataannya.
Ada gula adalah semut – Sesuatu tempat yang menjadi tumpuan orang ramai mencari rezeki.
Bakarlah air, ambil abunya – Sesuatu yang mudah diperolehi.

BIDALAN
Sebahagian daripada peribahasa yang sering kali disebut.
Berfungsi sebagai nasihat, peringatan, dan sebagainya kepada masyarakat.
Mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran yang sangat berguna.
Jangan buat kerbau tanduk panjang – Jangan masuk campur hal orang lain.
Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa – Semasa hidup, elok melakukan kebaikan untuk diri sendiri dan juga masyarakat.

KIASAN
Ungkapan yang menghuraikan sesuatu perkara dengan mengiaskannya dengan perkara lain, sama ada dengan menyebutkan bandingan itu atau denagn tidak menyebutkan bandingan.
Tujuannya adalah untuk menjelaskan lagi sesuatu maksud.

KIASAN YANG MENYEBUT BANDINGAN
Masam bagai nikah tak suka – Tidak beras senang hati seperti orang yang dipaksa berkahwin.
Duduk seperti kucing, melompat seperti harimau – Orang yang pendiam tetapi cepat dan tangkas membuat kerja.
KIASAN YANG TIDAK MENYEBUT BANDINGAN.
Puteri lilin – Perempuan yang tidak tahan dengan bahang matahari.
Ayam tambatan – Orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan atau oarang yang banyak pengalaman.







KATA-KATA HIKMAT
Merupakan hasil pemikiran bijak pandai dan tokoh-tokoh tersohor.
Mengandungi pengertian yang mendalam, iaitu sebagai suatu peringatan di samping menjadi panduan dalam kehidupan.
Cth:-
Bahasa dan bangsa itu tiada dijual atau dibeli – Budi bahasa itu perlu dijaga tidak kira miskin atau kaya.
Bertangguh itu pencuri masa – Orang yang suka menangguhkan kerja akan merugikan diri sendiri.

PERBILANGAN
Mengikut Za’ba, perbilangan ini seakan-akan bidalan dan pepatah.
Berbeza sedikit dari segi susunannya.
Disebut satu persatu seperti membilang dan isinya hampir-hampir menjadi undang-undang tetap kerana diterima kebenaran dan kebijaksanaannya.
Cth:-
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah – Setiap orang harus mentaati adat dan perlu diingatkan bahawa kita juga akan mati.
Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati – Budi bahasa seseorang tidak dapat dibayar dengan wang ringgit melainkan mengenangnya
sehingga ke akhir hayat.

SEMANTIK - MAKNA

SITI HASRINA BINTI JOHARI (TG6AC)
SYAFIQAH NADZIRA BINTI MASTURA (TG6AC)
NAMA GURU: ENCIK RAMLI BIN YAHYA
=================================================================

DEFINISI SEMANTIK

· Semantik dalam bahasa inggeris (semantics)
· Dalam bidang linguistik semantik ialah mengkaji makna dalam sesuatu bahasa.
· Berasal dari bahasa yunani “sema” maksudnya tanda / lambang.
· Semantik juga dapat diertikan sebagai ilmu yang menyelidiki paduan tanda-tanda / lambang-lambang yang menghasilkan bahasa serta ertinya.
· Istilah semantik (semiotic,semilogi dan semasiologi).
· Bahasa terdiri dari kumpulan ayat , manakala ayat terbina daripada rentetan kata.
· Semantik dapat ditakrifkan sebagai kajian tentang makna morfem,kata.frasa ,dan ayat dalam sesuatu bahasa.

KONSEP DAN MAKNA

· Konsep dan makna sesuatu kata dapat dianalisis dengan berdasarkan tiga komponen.
· Kata (sama dalam bentuk bunyi atau tulisan) konsep atau makna (bentuk abstrak yang tercipta dalam fikiran) dan rujukan.(benda konkrit yang dirujuk),
· Setiap kata (tanda linguistik) mengandung dua unsur iait yang diertikan (singnified) dan yang mengertikan (signifier).
· Diertikan bermaksud konseo atau makna yang didukung oleh kata.
· Mengertikan pula bermaksud kata yang terbentuk daripada fonem-fonem bahasa berkenaan.
· Terdapat hubungan yang wujud antara kata (dalam bentuk lambang bunyi) dengan makna kata tersebut.
· Contohnya, apabila seseorang itu menyebut kata kucing, maka secara automatik dalam fikirannya akan terbayang haiwan yang dinamakan kucing itu.
· Hubungan antara kata dengan konsep dan konsep benda yang dirujuk adalah bersifat langsung.
· Manakala kata dengan benda yang dirujuk adalah bersifat tidak langsung.

PENGGOLONGAN KATA DALAM BM

PENGGOLONGAN KATA DALAM BM
OLEH:
ENCIK RAMLI BIN YAHYA
===============================================================

1-Huraikan pengolongan kata dalam Bahasa Melayu-
-Kata nama
-Kata kerja
-Kata adjektif
-Kata tugas

Kata nama
- Ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama.
- Lazimnya menamakan orang, tempat, benda, atau konsep.
- Contoh
Penentu
Kata Nama
Penerang
Beberapa orang
Semua
Segala
Keempat-empat buah
Tiap-tiap

Mahasiswa
Kambing
Perkakasan
Bas
Bangunan

ekonomi
Jantan
komputer
pelancong
tinggi

Penggolongan kata
Kata nama khas.
- Mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (intitusi) dan sebagainya.
- Dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Kata nama khas hidup manusia.
- perkataan yang merujuk kepada manusia contohnya:
- Fatimah, Mhutusami.
- Boleh didahului oleh nama panggilan @ gelaran. Contohnya:
- Prof. Amad, Senator Fatimah.
- Kata gelaran si dan sang boleh juga digunakan bagi kata nama am yang sudah diberi pengertian khas. Misalnya:
- Si mati, si berhutang

Kata nama khas hidup bukan manusia.
- Merujuk benda-benda yang hidup tetapi bukan manusia, seperti malaikat, haiwan, tumbuh-tumbuhan. Contohnya
- Jibrail, Tompok, Belang, Kancil, Hevev Brasilia, Ananas comosus.
- Boleh merima kata panggilan atau gelaran misalnya:
- Sang Lamri, Sang Kancil.
Kata nama khas tak hidup.
- Terdiri daripada perkataan yang merujuk kepada benda-benda yang khusus tetapi bukan hidup misalnya, nama benda, institusi, negara, tempat, bangsa dan sebagainya. Contohnya:
- Melayu, Toyota, Proton Saga, Akta Kolej dan Universiti.

Kata Nama Am.
- Merujuk kepada benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Contohnya:
- BENDA: Alam, dunia, cekerawala, pohon, orang.
- PERKARA: iklim, cahaya, roh, udara, hisapan
- KONSEP: kedamaian, perpindahan, keadilan.

Kata nama am hidup manusia.
- Merujuk manusia iaitu bersifat hidup, dan mendukung makna nama am. Contohnya:
- Guru, bayi, pelayan, ketua, ibu

Kata nama am hidup bukan manusia.
- Merujuk benda-benda hidup bukan manusia dan mendukung makna nama am. Contohnya:
- Gajah, burung, cacing, pokok, malaikat.

Kata nama am tak hidup institusi.
- boleh dikenalpasti melalui kehadiran perkataan kepada dan daripada sebelum kata nama institusi demikian.

Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama
Kata nama am institusi

Kepada
Daripada

Sekolah
Hospital
Lembaga
Majlis
Pertubuhan
Universiti
Persatuan
Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit.
- Kebanyakannya merujuk tempat.
- Didahului oleh ke dan dari
- Contohnya:
Frasa Sendi Nama
Sendi nama
Kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit


Ke
Dari

Rumah
Padang
Jalan
Bandar
Negeri
Bumi
Cakerawala
Sungai

Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang.
- Merujuk benda-benda yang tidak hidup, bukan institusi dan abstrak sifatnya tetapi boleh dibilang, yakni dapat disertai oleh kata bilangan. Contohnya:
Frasa nama
Bilangan
Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak berbilang

Satu
Tiap-tiap

Senyuman
Hisapan
Bayangan
Pendapat
Rancangan
Gangguan.


Kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak tak berbilang.
- merujuk benda-benda yang bukan hidup, bukan institusi, abstrak sifatnya, dan tidak dapat dibilang. Contohnya:
- angin, hawa, iklim, kecantikan, keadilan, ketibaan, angkasa kesungguhan.

Kata ganti nama
- ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am.

Kata ganti nama tunjuk.
- menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk itu

Kata ganti nama diri
- Kata ganti nama diri Tanya:- apa, siapa, mana
- Boleh mengalami proses penggandaan untuk membawa maksud rujukan tidak tentu atau penegasan.:-
- Apa – apa-apa, mana – mana-mana, siapa – siapa-siapa (sesiapa)

- Kata ganti nama diri orang.
- Pertama :- saya, aku, patik, kami dan beta.
- Kedua :- anda, engkau, awak, dan kamu
- Ketiga :- ia, dia, mereka, dan –nya

Pembentukan Kata nama
- dibahagikan kepada empat bentuk:
- (i) kata nama tunggal
- (ii) kata nama terbitan
- (iii) kata nama majmuk
- (iv) kata nama ganda

Kata nama tunggal
- tediri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan demikian boleh masuk kedalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh:
- yu, ru, wang, pam, bumi, kata, Allahyarham, busjaket, overdraf, tudung, wanita, tempurung, belantar, cenderawasih, malaikat, demokrasi, sandwich, poskod.

Kata akronim tergolong ke dalam kata nama tunggal –ialah percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan.
(i) kata akronim cantuman huruf dan suku kata awal perkataan.
- LUTH – Lembaga Urusan dan Tabung Haji.
- ABIM – Angkatan Belia Islam Malaysia
- IPTAR – Institut Penyiaran Tun Abdul Razak.

(ii) kata akronim cantuman huruf awal perkataan.
- Perilitan – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.
- Proton – Perusahaan Otomobil Nasional
- Mara – Majlis Amanah Rakyat.
- Halaju – hala laju

(iii) kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan.
- tadika – taman didikan kanak- kanak
- pawagam – panggung wayang gambar
- kugiran – kumpulan gitar rancak
- cerpen – cerita pendek.

(iv) kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan yang mengikuti.
- asbut – asap kabut
- jentolak – jentera tolak
- debunga – debu bunga
- purata – pukul rata
- jalurah – jalan lurah

- terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan –lazimnya disebut penjodoh bilangan.
- segugus bintang, seutas tali, sebiji telur, sekaki payung, serawan jala..


Kata Nama Terbitan.
- Kata nama terhasil daripada proses pengimbuhan, iaitu proses menggandingkan imbuhan-imbuhan kata nama pada kata-kata dasar.
- Terdapat empat jenis imbuhan kata nama yang yang boleh berganding dengan lima jenis kata dasar – empat jenis imbuhan itu ialah awalan, akhiran, apitan, dan sisipan.
- Lima jenis kata dasar yang menerima imbuhan pula ialah:
(a) akar
- tapa – pertapaan
- tawa – tertawa

(b) kata tunggal
- laut – lautan
- syor – pengesyoran

(c) kata terbitan
- berangkat – keberangkatan
- berkesan- keberkesanan

(d) kata majmuk
- daya serap – daya serapan
- ibu bapa – keibubapaan

(e) rangkaian kata
- tidak adil – ketidak adilan
- salah guna – penyalahgunaan

Awalan kata nama
- Awalan-awalan yang membentuk kata nama dalam bahasa Melayu ialah:
(i) peN-
(ii) pe-
(iii) peR-
(iv) ke-
(v) juru-

Akhiran kata nama
(i) hanya satu iaitu –an

Apitan kata nama
(i) peN-…-an
(ii) pe-…-an
(iii) peR-…-an
(iv) ke-…-an

Sisipan kata nama
- ada tiga bentuk sisipan kata nama.
(i) Sisipan –el-
- tapak – telapak
- kangkang – kelangkang

(ii) Sisipan –er-
- kuping – keruping
- gigi – gerigi


(iii) sisipan –em-
- kuning – kemuning
- kuncup – kemuncup

Perbezaan penggunaan peN-…-an dengan peR-…-an
- Untuk mengenal bentuknya dengan melihat bentuk kata kerjanya.
- Umumnya yang menggunakan peR-…-an berasal daripada bentuk kata kerja yang menggunakan awalan beR-
- Manakala kata nama yang menggunakan apitan peN-…-an berasal daripada bentuk kata kerja yang menggunakan imbuhan meN-…-i/kan.

Kata nama majmuk.
(i) kata nama majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas.
- guru besar, tengah hari, tepian gelanggang, balai raya.
- Terdapat juga – Menteri Besar, Duta Besar, Raja Permaisuri.

(ii) kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah.
- graf terarah, program bahasa, analisis teks, mogok umum.


(iii) kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa.
- cakar ayam, lipas kudung, anak emas, bulan madu.

Bentuk yang telah mantap.
- antarabangsa
- bumiputera
- jawatankuasa
- kakitangan
- kerjasama
- warganegara
- olahraga
- pesuruhjaya
- setiausaha
- sukarela
- suruhanjaya
- tandatangan
- tanggungjawab
- matahari

Pengimbuhan kata nama majmuk.
- terbahagi kepada dua bentuk iaitu:
(i) kata majmuk yang menerima awalan atau akhiran tetap dieja berpisah.
- terima kasih – berterima kasih
- ulang kaji – mengulangkaji

(ii) kata nama majmuk yang menerima apitan dieja secara bercantum.
- lipat ganda – melipatgandakan
- tanggungjawab – dipertanggungjawabkan
- surat khabar – persuratkhabaran

Kata nama ganda
(i) Penggandaan penuh
- penggandaan kata nama tunggal
(a) penggunaan kata nama tunggal tanpa imbuhan
- ayat – ayat-ayat
- budak – budak-budak

(b) penggandaan kata nama tunggal dengan imbuhan –an
- sayur – sayur-sayuran
- tepi – tepi-tepian

(ii) Penggandaan kata nama terbitan
- ketua – ketua-ketua
- pelatih – pelatih-pelatih

(iii) Penggandaan kata nama majmuk
- kertas kerja – kertas-kertas kerja
- rumah sakit – rumah-rumah sakit
- setiausaha – setiausaha-setiausaha
- jawatankuasa – jawatankuasa-jawatankuasa

Penggandaan separa.
- Melibatka suku kata pertama dalam kata dasar. Bunyi-bunyi vokal dalam suku kata pertama perkataan itu mengalami perubahan menjadi vokal tengah, iaitu e pepet.
- Langit – la-langit – lelangit
- Siku – si-siku – sesiku.


Penggandaan berentak.

(i) Penggandaan berentak yang mempunyai vokal yang serupa tetapi konsonan yang berbeza
- sayur – sayur-mayur
- kuih – kuih-muih

(ii) Penggandaan berentak yng mempunyai konsonan yang serupa tetapi vokal yang berbeza
- kayu – kayu-kayan
- bukit – bukit-bukau

(iii) Penggandaan berentak bebas yang tidak melibatkan cirri-ciri persamaan bunyi.
- anak – anak-pinak
- sedu – sedu-sedan

Aspek makna penggandaan
- terdapat sekurang-kurangnya lima aspek makna di sekitar penggandaan kata nama:

(i) gandaan sebagai penanda jamak
- meja – meja-meja

(ii) gandaan sebagai penanda nama haiwan
- biri-biri
- rama-rama

(iii) gandaan sebagai penanda makna kesamaan atau keserupaan
- langit – langit-langit/lelangit
- siku – siku-siku/sesiku

(iv) gandaan sebagai penanda kepelbagaian jenis
- sayur – sayur-mayur
- kuih – kuih-muih

(v) gandaan sebagai penanda tidak tentu.
- apa – apa-apa
- siapa – siapa-siapa




KATA KERJA

- Ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Contoh:
- Ali tidur.
- Mereka sedang membaca buku

Penggolongan kata kerja.
- boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama:
(i) kata kerja tak transitif
(ii) kata kerja transitif

(a)Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.
- Ialah kata yang boleh berdiri sendiri:
- Semua orang pulang.
- Boleh ditambah unsure keterangan.

(c) Kata kerja tak transitif berpelengkap.
- mesti diikuti oleh pelengkap. Contoh:
- keadaan bapanya beransur baik.
- Mereka tidak berbuat jahat.
- Pelengkap ini boleh terdiri dpd beberapa jenis:-
(i) kata adjektif sebagai pelengkap
(ii) frasa sendi nama sebagai pelengkap
(iii) kata nama sebagai pelengkap.

Kata kerja transitif.
- Kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya
- Contoh:- murid-murid sedang membaca buku.

Dibahagikan kepada dua jenis:
- KKT aktif
* menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran –kan atau –i.
- KKT pasif
*buku itu sedang dibaca oleh murid-murid.

Pembentukan kata kerja.
- kata kerja tunggal
· terbentuk tanpa imbuhan

- kata kerja terbitan
· terhasil dpd proses pengimbuhan.
- awalan kata kerja
(i) meN-
(ii) beR-
(iii) teR-
(iv) di-
(v) mempeR-
(vi) dipeR-

- akhran kata kerja.
(i) –kan
(ii) –i

- apitan kata kerja.
(i) meN-…-kan
(ii) beR-…-kan
(iii) beR-…-an
(iv) di-…-kan
(v) meN-…i
(vi) di-…-i
(vii) memper-…-kan
(viii) memper-…-i
(ix) ke-…-an
(x) diper-…-kan
(xi) diper-…-i

· Dapat dibezakan 3 jenis.
(i) kata dasarnya boleh menerima awalan meN-, di-, atau beR-
- boleh juga menerima apitan meN-…-kan, di-…-kan, beR-…-kan

(ii) kata dasarnya hanya dapat menerima apitan men-…-kan, di-…-kan, atau
ber-…-kan dan tidak dapat menerima awalan meN-, di- atau ber- sahaja.

(iii) boleh menerima awalan ber- sahaja

- Sisipan kata kerja.
- Bentuk-bentuk perkataan yang terdiri dpd kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat dijadikan kata kerja melalui proses pengimbuhan.
- (i) sisipan –el-
- (ii) sisipan –er-
- (iii) sisipan –em-


- kata kerja majmuk
· terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas atau lebih


- kata kerja ganda
· Penggandaan penuh
- menggadakan keseluruhan kata dasar
- gelak – gelak-gelak
- geleng – geleng-geleng
- lazimnya digunakan dengan awalan kata kerja

· Penggandaan separa
- penggandaan separa di belakang kata dasar:- berlari-lari, mencari-cari.
- Gandaan separa di hadapan kata dasar:- kejar-mengejar, tolong-menolong

· Penggandaan berentak.
- konsonan:- bolak-balik, susup-sasap
- bunyi vokal:- tungkus-lumus, cerai-berai
- berentak bebas:- ulang-alik.

· Makna bentuk penggandaan
(i) perbuatan yang berulang-ulang
(ii) perbuatan berpanjangan
(iii) perbuatan bersungguh-sungguh
(iv) perbuatan berbalasan

KATA ADJEKTIF

Frasa adjektif
Keterangan

Kata adjektif

Keterangan
Kata Bantu
Penguat
-
-
-
-
Masih
-
-
-
-
Masih
-
Sangat
-
-
-
-
Sangat
Amat
-
Sungguh
Tinggi
Pandai
Baik
Lain
Kecil
Gelap
Lain
Banyak
Banyak
Merdu
-
-
Sungguh
Sekali
Lagi
Benar
-
-
Sekali
Sekali


Jenis kata adjektif
- Kata adjektif sifatan atau keadaan
- Kata adjektif warna
- Kata adjektif ukuran
- Kata adjektif bentuk
- Kata adjektif waktu
- Kata adjektif jarak cara
- Kata adjektif perasaan
- Kata adjektif pancaindera

· pembentukan kata adjektif
- tunggal
- *terdiri daripada hanya satu perkataan atau bentuk kata tunggal

- terbitan
- * terdiri daripada satu kata dasar yang menerima imbuhan.

- Ganda
- * diterbitkan melalui tiga cara:-
- Penggandaan penuh: besar-besar, kecil-kecil
- Dapat menerima apitan ke-…-an: kekuning-kuningan
- Penggandaan separa: besar-besaran, gila-gilaan
- Penggandaan berentak: kacau bilau, kontang-kanting
- Majmuk
- Terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih membawa makna tertentu:-
- Merah jambu, hijau daun, biru laut, panjang tangan, besar kepala(kiasan)

Kata adjektif dalam bentuk perbandingan.
(i) darjah biasa – sederhana, terang
(ii) darjah bandingan
- bandingan yang sama -dengan awalan se-
- bandingan yang berbeza ,menggunakan kata peguat lebih atau kurang.
(iii) darjah penghabisan –
(a) se- + kata adjektif + gandaan + kata nama
(b) ter- + kata adjektif
(c) paling + kata adjektif
(d) kata adjektif + sekali
(e) ter- + amat, sangat + kata adjektif
(f) amat, sungguh, sangat + kata adjektif + sekali.



KATA TUGAS

- Kelompok dasar kata tugas.
(i) kata penyambung ayat
- kata hubung gabungan
- kata hubung pacangan.
*keterangan,komplemen relatif.

(ii) kata praklausa
- kata seru
- kata tanya
- kata perintah
- kata pembenar
- kata pangkal ayat


(iii) kata prafasa
- kata Bantu
- kata penguat
- kata penegas
- kata nafi
- kata pemeri
- kata sendi nama
- kata arah
- kata bilangan


(iv) kata pascakata
- kata penekan
- kata pembenda

Kata hubung pancangan.
- menyambung klausa-klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk

Kata praklausa
- sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa iaitu kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat

Kata prafasa
- sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa. Sama ada frasa nama, frasa kerja, atau frasa adjektif.
- Mendukung tugas-tugas maksud yang terkandung dalam hayat seperti tugas membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah dan membilang.

Kata pascakata.
- dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu bentuk yang hadir selepas perkataan iaitu –nya
- berfungsi sebagai penekan dan pembenda.
- Bentuk demikian antaranya ialah:-
- Sesungguhnya, nampaknya, lajunya, dan datangnya.

2.Huraikan definisi dan contoh – kata majmuk, kata terbitan, kata tunggal dan kata ganda
dalam Bahasa Melayu.

kata majmuk
ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu.

Contohnya ialah:-
Bahasa Melayu –
- air mata, meja makan, kerani kanan, bendahari kehormat, sudut tepat

Bahasa Inggeris
- red tape, ice cream, midnight blue, cane sugar, honey-bee, duty-free

Bahasa Tagalog
- bagongtaoun “tahun baharu”

· kata terbitan
- ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan, baik awalan, sisipan, akhiran atau apitan.
- Contohnya dalam Bahasa Melayu.
(i) mendukung (men+dukung)
(ii) dipukul (di+pukul)
(iii) makanan (makan+an)
(iv) biarkan (biar+kan)
(v) mengakui (meng+aku+i)
- Contohnya dalam bahasa Inggeris
(i) quickly (quick+ly)
(ii) impolite (im+polite)

kata tunggal
- bentuk yang terdiri daripada hanya satu bentu dasar, tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan. Boleh dibahagi kepada dua

(i) kata tunggal yang merupakan unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat.
- boy!
- Who?
- Itu?
- Bakal!
- Saya.


(ii) jenis kedua ialah kata tugas iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.
- the boy
- very clever
- a baby
- di mana?
- Untuk siapa?
- Ke Johor.

- kata akronim tergolong juga didalam kata tunggal. Ialah perkataan yang diterbitkan melalui gabungan singkatan beberapa perkataan.

- Mara – Majlis Amanah Rakyat.
- pawagam – panggung wayang ganbar
- NATO – North Atlantic Treaty Organisation
- Motel – motor hotel.

Kata ganda
- bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda nama tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
- Contohnya:
- Kanak-kanak
- Lelaki
- Bertubi-tubi
- Membohong-bohongi
- (bahasa Tagalog)
- Malakas lakas (agak kuat)
- Susulat (akan menulis)
- Wagaling-galing (berhati baik)
- (bahasa Inggeris)
- Goody-goody (terlalu baik)
- Criss-cross (silang menyilang)
- Walkie-talkie (telefon radio yang kecil dan ringan)

SINTAKSIS - PROSES PENERBITAN AYAT

NORAZWA BINTI RAHIMAN (tg 6ac)
SITI NAZIRAH BINTI SAMSUDIN (tg 6ac)
NAMA GURU : ENCIK RAMLI BIN YAHYA
============================================================================
KONSEP AYAT TERBITAN
v Struktur permukaan berpunca daripada suatu ayat yang lain kecuali menyerupai ayat dasar.Wujud pada peringkat struktur dalaman dan wujud dalam bentuk yang serupa.
v Proses gramatis melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah struktur memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.Proses transformasi mengakibatkan pengguguran,penyusunan dan perluasan.

TAJUK: PROSES PENERBITAN AYAT
PROSES PENGGUGURAN
v Pengguguran unsur-unsur daripada binaan ayat pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan tidak lagi wajib.
Pengguguran FN sebagai subjek.
Kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah. Contoh,awak semua pergi dari sini = pergi dari sini.
Pengguguran subjek serupa dalam kata majmuk. Contoh,Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar = dia sangat pandai kerana rajin belajar.
Pengguguran frasa predikat.
FK yang serupa. Contoh, Adik Ali belajar di England dan sepupunya belajar di England.= Adik Ali dan sepupunya belajar di England.
FN yang serupa. Contoh, Bendera Malaysia lambing negara dan lagu kebangsaan lambing Negara = Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lanbang Negara.
FA yang serupa. Contoh, Adik saya sangat rajin.Adik Ali sangat rajin = Adik saya dan adik Ali sangat rajin.
Frasa Sendi Nama yang serupa. Contoh, Dua masih di kampung dan isterinya masih di kampung = Dia dan isterinya masih di kampung.
Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat.
Pengguguran oleh FN dalam ayat pasif. Contoh, Dia dipukul oleh bapanya = Dia dipukul.
Pengguguran kata bantu yang serupa. Contoh, Dia boleh menyanyi dan dia boleh menari = Dia boleh menyanyi dan menari.
Penggunaan FN sebagai objek yang serupa. Contoh, Daud memukul penjahat itu dan Daud menumbuk penjahat itu = Daud memukul dan menumbuh penjahat itu.
Penggunaan FN sebagai objek selepas KK yang membawa makna adjektif. Contoh, kejadian itu sunguh menakjubkan kami = kejadian itu sunguh menakjubkan
Pengguguran FN yang menduduki frasa relatif.

Contoh, Orang tua itu bapa saya.Orang tua itu memakai serban = Orang tua yang memakai serban itu bapa saya.
Pengguguran KN yang berfungsi sebagai inti dalam FN
FN penerangan bukan daripada kelas KN.KN boleh digugurkan. Contoh, kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan = Bersenam boleh menyihatkan badan.

PROSES PENYUSUNAN SEMULA
Ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu.
Mengakibatkan perubahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan.
Tidak membawa perubahan pada makna ayat.
Penyusunan semula.
Berlaku melalui proses transformasi pasif. Contoh, Ali memendang bola itu = bola itu di tendang oleh Ali.
Penyusunan semula FN sebagai objek
Mengandungi objek tepat dan objek sipi. Contoh, Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku = Ali menghadiahkan sebuah buku kepada Ahmad.
Penyusunan semula melalui ayat songsang.
Mengandungi keterangan tempat,masa, syarat dan musabab. Contoh, Orang tua itu pergi ke sungai =Ke sungai orang tua itu pergi.

PROSES PELUASAN
Penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu disebut peluasan ayat.
Peluasan FN sebagai subjek
Diluaskan melalui pemancangan ayat relatif. Contoh, Budak itu adik saya.Budak itu membaca buku = Budak yang membaca buku itu adik saya.
Peluasan frasa predikat
FN direlativisasikan berfungsi sebagai subjek.Ayat akan di pancangkan. Contoh, Ali mengusik budak itu.Budak itu cantik = Ali mengusik budak yang cantik itu.
Peluasan dengan kata hubung.
Proses pengabungan ayat melibatkan 2 konstituen yang sama.
Menggunakan kata hubung seperti dan,tetapi,kerana, jika dan walaupun.menghasilkan ayat terbitan bersifat peluasan. Contoh, Ali pergi ke sekolah.Osman pergi ke sekolah = Ali dan Osman pergi ke sekolah.
Peluasan melalui proses komplementasi
Proses pengubahan ayat menjadi FN dan memancang pada ayat yang lain menghasilkan peluasan kepada ayat. Contoh, Dia melaporkan sesuatu.Ali sakit tenat = Dia melaporkan bahawa Ali sakit tenat.

SINTAKSIS - POLA AYAT DASAR

NOR AZEILLA BT MOHD SANI (TG6AC)
FATIN NABIHAH BT JAMALUDEN (TG6AC)
NAMA GURU: ENCIK RAMLI BIN YAHYA
===================================================================
POLA-POLA AYAT DASAR

· Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.
· Dapat menjadi ayat dasar pada ayat-ayat lain.
· Daripada pola-pola ayat dasar itu terbit ayat lain iaitu:

>AYAT TUNGGAL >AYAT PANJANG
>AYAT MAJMUK >AYAT AKTIF
>AYAT PENDEK >AYAT PASIF

4 pola ayat dasar:

~Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
~Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
~Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
~Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)

Contoh pola ayat di atas adalah:

FN + FN; FN + FK; FN + FA; FN + FS
Pola Ayat
Subjek
Predikat
FN + FN
Abang
>Abang sulung saya
Doktor
>Doktor haiwan
FN + FK
Pelajar
>Pelajar-pelajar Tingkatan 5
Berhimpun
>Berhimpun di dewan besar
FN + FA
Anjing
>Anjing peliharaan jiran saya
Garang
>Sangat garang
FN + FS
Bapanya
>Bapanya yang baru bersara
di hospital
>dirawat di hospital daerah

BIDANG SINTAKSIS - TINGKATAN 6 BMK1

NORAIN BINTI SIJAN (TG6AC)
SITI MAIMUNAH BINTI HASAN (TG6AC)
NAMA GURU: ENCIK RAMLI BIN YAHYA
====================================================================
DEFINISI,JENIS, DAN CONTOH FRASA
Frasa
§ Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
§ Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
§ Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS
§ Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu
frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.
Frasa Nama
Ingat, frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau atau beberapa perkataan. Jika terdiri daripada beberapa perkataan maka inti frasa hendaklah kata nama.
Contoh: Bas awam, Basikal adik, Basikal Raleigh Contoh di atas, inti frasa ialah bas dan basikal. Kata yang menyusul ialah penerang frasa.
Frasa Kerja (FK)
1. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai intinya.
2. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat.
3. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif.
4. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja (lihat nota kata kerja)
Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah:
Frasa Kerja Transitif
Frasa Kerja Tak Transitif
(i) (kata bantu) + kata kerja + objek + (penerangan) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.
(ii) (kata bantu) + kata kerja + objek tepat + objek sipi + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada
Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
Frasa kerja tak transitif berpelengap
(i) (kata bantu) + kata kerja + (keterangan)
Tanda kurungan menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada
(ii) (kata bantu) + kata kerja + (penerang) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.
(kata bantu) + kata kerja + pelengkap + (penerang) + keterangan
tanda kurung menunjukkan unrus yang boleh ada atau tiada.

Frasa Adjektif
Frasa Adjektif sebagai frasa endosentrik berintipati kata adjektif. Frasa adjektif boleh menjadi predikat.
Sebagai unsur keterangan, FA hadir setelah kata kerja atau FK, manakala sebagai unsur penerang FA hadir setelah kata nama atau FN.
Contoh:
Subjek
Predikat
Nota
Penguat hadapan
Kata Adjektif
Penguat Belakang
Ahli Gusti itu sungguh handal
Ali sangat pandai
Awak hebat betul

Frasa sendi nama
Frasa sendi nama wujud bersama frasa nama dan mungkin diikuti oleh kata arah sebelum frasa nama.Frasa ini boleh didahului oleh kata Bantu.Oleh kerana sifatnya eksosentrik, ia hanya wujud bersama frasa nama.
Contoh:
Subjek
Predikat
Frasa sendi nama
Kata bantu
Kata sendi nama
Kata arah
Frasa nama
Alias dari arah selatan Tanjung Malim
Rombongan sekolah akan ke Menara Kuala Lumpur
Kedai Pak Abu di depan masjid



ISI TEKS UCAPAN JKD BM

Isi Penting Teks Ucapan oleh Puan Hajah Jananainah binti Haji Parkan, Pemangku Pengetua SMK. Senggarang, Batu Pahat Merangkap Timbalan Pengerusi JKD Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Batu Pahat.
di
Majlis Perasmian Penutup Kursus Pemantapan Pedagogi Bahasa Melayu kepada Guru-guru Bukan Opsyen Bahasa Melayu dan Guru-guru Baharu Daerah Batu Pahat Anjuran JKD Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu 2009.

1. Ucapan jutaan terima kasih kepada Pengetua SMK. Datin Onn, Batu Pahat dan Pengurusan Ketua Panitia Bahasa Melayu SMK. Datin Onn yang telah berjaya menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan cemerlang.
2. Bagi pihak JKD Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, kita telah berjaya menjalankan semua aktiviti koakademik pada tahun 2009 ini. Kita juga telah berjaya menghantar semua peserta yang menang di peringkat daerah ke Karnival Bahasa Melayu di Kota Tinggi pada minggu lepas. Kini kita sedang melaksanakan program pembinaan item untuk peperiksaan setengah tahun dan gerak gempur mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu di peringkat PMR, SPM, dan STPM.
3. Hari ini, sekali lagi kita telah berjaya melaksanakan satu program besar dalam aktiviti JKD Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Kursus Pemantapan Pedagogi Bahasa Melayu untuk Guru-guru Bukan Opsyen dan Guru-guru Baharu. Pengisian kursus memperlihatkan kepentingan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa Bahasa Melayu dan penguasaan aspek lisan, bacaan, dan penulisan Bahasa Melayu.
4. Dalam slot pertama bertajuk ”Pemantapan Tatabahasa dalam Proses Pengajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu” oleh Encik Ramli bin Yahya. Guru-guru telah didedahkan dengan pengetahuan tatabahasa sebagai elemen penting dalam penguasaan bahasa Melayu. Pengetahuan tatabahasa ini bukan sahaja untuk proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah, malah boleh meningkatkan penguasaan ilmu bahasa dalam diri semua guru dan pengguna bahasa di samping menambahkan keyakinan diri guru untuk terus berhadapan dengan tahap dan ilmu pengetahuan pelajar yang semakin bertambah dalam aspek tatabahasa. Begitu juga dengan slot kedua bertajuk ”Kemahiran Lisan, Bacaan, dan Penulisan Bahasa Melayu” oleh Puan Nursidah binti Ab. Hamid telah memberikan input pengetahuan kepada kita untuk mengajarkan aspek lisan (kemahiran mendengar dan bertutur), aspek bacaan, dan aspek penulisan.
5. Walaupun kita tidak dapat memuatkan semua elemen seperti kaedah penulisan karangan, penulisan rumusan, penulisan ringkasan, komsas, dan kajian novel, insya-Allah, pihak JKD Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu akan menganjurkan kursus ini pada masa akan datang.
6. Sekali lagi pihak JKD Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Pengetua dan barisan kepimpinan Panitia Bahasa Melayu SMK. Datin Onn selaku urus setia Kursus Pemantapan Pedagogi Bahasa Melayu, Guru-guru Cemerlang Bahasa Melayu (Majlis Guru Cemerlang Daerah Batu Pahat), Pengurusan Institut Perguruan Tun Hussien Onn (IPTHO) yang telah memberikan kemudahan untuk menjayakan kursus ini dan Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat yang telah memberikan sokongan padu untuk merealisasikan kursus ini sehingga berjaya. Terima kasih kepada semua peserta kursus yag telah memberikan kerjasama untuk menjayakan program ini dari awal hingga akhir. Sekian, terima kasih.

BIODATA PENCERAMAH

BIODATA PENCERAMAH
RAMLI BIN YAHYA
GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU
SMK. SENGGARANG, BATU PAHAT, JOHOR.


o Mendapat Sijil Perguruan Asas – Pengkhususan Pengajian (Pengajian Melayu) di Maktab Perguruan Mohd. Khalid, Johor Bahru tahun 1985.

o Mendapat Sijil Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu – Pengkhususan Pengayaan Bahasa Melayu di Institut Bahasa, Kuala Lumpur tahun 1990.

o Mendapat Sijil Perguruan Khas Satu Tahun – Pengkhususan Bacaan dan Penulisan Bahasa Melayu di Institut Bahasa, Kuala Lumpur tahun 1991.

o Mendapat Bacelor Pendidikan – Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa sebagai Bahasa Pertama di Universiti Putra Malaysia, Serdang, tahun 1997.

o Mendapat Master Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia tahun 1999.

o Jawatan sampingan di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan:

Jurulatih Utama Bahasa Melayu Tingkatan Empat dan Jurulatih Utama Bahasa Melayu Tingkatan Lima di Bahagian Perkembangan Kurikulum dan menjalankan tugas rasmi dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Munsyi Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pengerusi Majlis Guru Cemerlang Batu Pahat.

o SEKIAN, TERIMA KASIH.

Khamis, 9 April 2009

TAHNIAH, BARISAN KABINET BAHARU 2009 MALAYSIA

TAHNIAH, kepada semua YB yang telah dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri dalam barisan jemaah menteri Malaysia. Tahniah kepada YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia yang telah membariskan pemimpin muda dan pemimpin senior yang bakal memacu negara ke jalan yang lebih lurus dan cemerlang. Kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, saya mengucapkan tahniah atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Malaysia. Gabungan tiga YB dari Johor menerajui Kementerian Pelajaran Malaysia kali ini sangat dialu-alukan. Tahniah buat YB Dr. Wee. Kepada YB. Dr. Mohd. Fuad Zarkashi, saya mengucapkan sekalung tahniah atas segala perjuangan yang kini telahs membuahkan hasil dengan pelantikan sebagai Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Saya cukup yakin gabungan dua tokoh politik yang tidak asing dalam dunia pendidikan ini mampu mengangkat martabat pendidikan negara ke peringkat yang lebih cemerlang. Sebagai pendidik, saya berbangga atas pelantikan kedua-dua tokoh ini. Tahniah sekali kepada semua YB yang terpilih membarisi kabinet baharu negara, kepada YB yang tidak terpilih dalam barisan kebinet ini, saya berharap mereka terus memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat. Keikhlasan dan Kejujuran Pemacu Kesempurnaan Hidup Dunia dan Akhirat. Selamat Maju Jaya kepada semua Menteri Kabinet Baharu Negara Malaysia 2009.

Rabu, 8 April 2009

KETUA KITA PEMIMPIN KITA

Sejak saya menjadi penjawat awam sebagai guru sekolah rendah di salah sebuah sekolah daerah Kemaman, Terengganu awal tahun 1988 iaitu SK. Kg. Baharu Felda Neram 1, Kemaman, Terengganu. Barulah saya tahu rukun dan cara bekerja sebagai kakitangan awam. Ketika itu, Encik Mohd. Zin bin Mohammad sebagai Ketua Jabatan saya yang pertama (Guru Besar saya yang pertama). Sebagai guru baharu ketika itu, saya banyak memerhatikan gaya kepimpinannya. Kepimpinannya hebat dan banyak memberikan panduan bekerja yang baik kepada kakitangan bawahannya. Mungkin juga, sekolah itu baru dibuka pada tahun pertama saya di sekolah itu. Seronok saya mengajar di situ. Di sebuah kawasan felda (KETENGAH) yang baharu. Saya patuh kepada ketua saya. Hari pertama persekolahan hingga guru besar pertama berpindah ke Chukai, Kemaman, saya menjadi guru nombor SATU yang datang awal ke sekolah. Guru besar yang kedua, Encik Abd. Wahid bin Kassim. Guru besar termuda di daerah Kemaman ketika itu. Ketua bermotivasi tinggi. Saya seronok bekerja di bawah beliau. Sedia memberikan kepercayaan untuk menguruskan kurikulum dan kokurikulum. Banyak saya belajar tentang pengendalian peperiksaan UPSR. Saya patuh kepada ketua saya. Saya masih menjadi orang nombor SATU datang awal ke sekolah hingga beliau berpindah ke Paka, Dungun. Encik Ramlan bin Ramli datang mengetuai kepimpinan baharu di sekolah itu. Hebat dalam pengurusan pentadbiran. Banyak saya belajar tentang pengurusan pentadbiran dan kerja-kerja pejabat. Saya patuh kepada ketua saya. Saya juga tetap menjadi orang nombor SATU datang awal ke sekolah hinggalah saya menyambung pelajaran di peringkat ijazah. Kalau boleh nak selalu datang awal ke bilik kuliah di UPM. Budaya datang awal saya bawa pula apabila mengajar di SMKS, Batu Pahat. Puan Hajah Alimah binti Ghani, telah banyak membimbing saya menjadi guru sekolah menengah yang baik. Telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk memimpin Panitia Kesusasteraan Melayu dan mengajar kelas peperiksaan. Banyak menasihati saya agar menjaga kerjaya guru dengan baik dan cemerlang. Saya patuh kepada ketua saya. Saya telah meneruskan gaya bekerja saya untuk menjadi orang nombor SATU datang awal. Saya berjaya memupuk budaya datang awal dalam tempoh yang singkat sahaja. Persaraan Puan Hajah Alimah Ghani diganti oleh Tuan Haji Selamat Mansor. Gaya kepimpinan yang bercorak pengagihan sedikit kuasa kepada guru lain telah memberikan impak yang baik dalam meneruskan kepimpinannya. Banyak perkara yang boleh kita pelajari daripada beliau. Ramai guru yang berjaya dinaikkan pangkat dalam tempoh pentadbiran beliau. Bagi saya, amanah telah diberikan kepada saya untuk memimpin Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Persatuan Melayu. Malah menjadi Penyelaras Majalah Semarak. Saya patuh kepada ketua saya. Sepanjang kepimpinan beliau juga, saya tetap menjadi orang nombor SATU yang duduk di bilik guru membuat kerja rutin guru. Persaraan Tuan Haji Selamat Mansor telah diganti oleh Puan Hajah Hawa binti Haron. Beliau banyak menurunkan kuasa ke peringkat bawahan untuk menjayakan apa juga bidang akademik, kokurikulum, dan aspek disiplin. Kaedah ini berjaya mewujudkan suasana yang baik dan sentiasa mengekalkan kedudukan selamat. Sepanjang beliau di SMKS, banyak kejayaan tercatat sama ada di peringkat daerah, negeri, dan kebangsaan. Semasa beliau di sini, tugas dan amanah yang diberikan kepada saya makin berat. Saya patuh kepada ketua saya. Saya masih menjadi orang nombor SATU datang awal di sekolah. Persaraan beliau telah membawa kehadiran sebutir permata ke SMKS. Tuan Haji Hassan bin Topit. Pengalaman yang banyak daripada beberapa buah sekolah menengah Batu Pahat, Johor Bahru, dan Mersing telah dibawa bersama. Daripada sekolah harian biasa hingga sekolah berasrama penuh. Pengalaman terkumpul itu telah dicurahkan sepenuhnya dalam pentadbirannya sebagai Pengetua Cemerlang Pertama SMKS. Saya menjadi pemerhati yang paling rapat dengan gaya kepimpinan beliau. Cukup berbeza dengan apa yang telah dibawa oleh pemimpin sebelum ini. Berkomitmen tinggi, Berprosedur, Berintegriti, Tegas dan Berprinsip, Berilmu, dan Bermaklumat. Mungkin ini sebahagian sahaja pemerhatian yang dapat saya catat. Saya banyak belajar daripada pemerhatian ini. Daripada kehebatan menyampaikan ilmu, maklumat, dan pengalaman kepada kamib di sekolah hingga ke pentas daerah, negeri, dan kebangsaan. Perkongsian ilmu tidak diabaikan. Setiap kali mesyuarat, ada mesej baharu perlu diterjemahkan oleh guru. Terlalu seronok mendapat ketua seperti beliau. Hari ini, saya tidak lagi menjadi pemerhati kepada sikap ketua saya itu, tapi sebahagiannya saya menterjemahkan dalam pengurusan sekolah. Saya patuh kepada ketua saya. Sepanjang beliau di SMKS, saya kekal menjadi orang nombor SATU datang awal ke sekolah hinggalah beliau berpindah ke SM Sains, Bandar Penawar, Kota Tinggi. Kami kehilangan santapan jiwa yang pernah dibawa oleh beliau. Tempoh setahun belum cukup untuk mengubah pejal jiwa yang baru tersiram air penawar. Insya-Allah, kita pasti akan berjaya suatu hari nanti. Bagi saya, saya kehilangan seorang ketua yang saya anggap rakan perbincangan motivasi pagi bagi meningkat kerjaya diri sepanjang hari. Hingga kini, sekolah saya tak ada ketua lagi. Siapa yang datang, kami telah bersedia untuk menterjemahkan misi dan visi serta tag sekolah yang dibawa oleh Tuan Haji Hassan bin Topit. Saya patuh kepada ketua saya. Saya tetap akan menjadi orang nombor SATU menunggu di pintu pejabat sekolah selagi termampu. Biarpun hujan dan ribut melanda. Saya suka datang awal. Kata arwah ibu saya, menjadi orang nombor SATU banyak kebaikannya. Kenapa saya suka datang awal ke sekolah? Walaupun dulu saya baru berkahwin, walaupun dulu saya ada anak kecil, walaupun dulu saya hanya bermotosikal, dan walaupun kini anak-anak saya sudah besar, saya tetap akan menjadi guru nombor SATU datang awal ke sekolah. Itulah janji saya, selagi saya termampu. Sebabnya, datang awal ke sekolah untuk mencari rezeki seawal pagi ibarat burung keluar pagi mencari makanan untuk anak-anaknya yang kelaparan di sarang...menanti kepulangan ibu bapa membawa rezeki seawal pagi.

Selasa, 7 April 2009

PEMILIHAN KABINET BAHARU - kami tunggu dengan sabar.

Semua pihak sedang menunggu barisan kabinet baharu yang akan diumumkan tidak lama lagi oleh YAB Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-6. Kami juga tertunggu-tunggu barisan kepimpinan yang bakal diumumkan. Yang pasti, barisan kabinet akan datang lebih kecil jumlahnya daripada yang ada pada hari ini, lebih mantap melalui penggabungan beberapa kementerian sedia ada, lebih berwawasan, dan lebih proaktif. Kita perlu bergerak pantas untuk terus maju dalam semua aspek kehidupan tanpa merencatkan sistem nilai dan budaya kita. Ada pihak yang telah, sedang dan akan terus berusaha mencapai kejayaan negara dalam pelbagai bidang. Tak kurang juga pihak yang telah, sedang, dan akan terus berusaha menjaga dan merancang perencanaan agar sistem nilai dan budaya kita terus subur selari dengan kehendak agama Islam sebagai agama rasmi negara. Kepada YB yang terpilih dalam barisan kabinet baharu nanti, kami doakan agar YB dapat melaksanakan segala amanah yang terletak di pundak dengan cemerlang. Begitu juga kepada YB yang tidak terpilih dalam barisan kabinet baharu nanti, teruskan usaha sebagai pemimpin yang telah diamanahkan oleh rakyat untuk membantu mereka. Kami cukup yakin YAB PM mampu membuat keputusan terbaik untuk negara dalam membuat pemilihan kabinet baharu ini.
Daripada:
Pengerusi JK Penduduk TPJ2
Rengit, Batu Pahat.

KAEDAH DAN TEKNIK P&P BAHASA MELAYU: SATU CADANGAN

KAEDAH PEMBELAJARAN YANG LEBIH BERKESAN

Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu 'formula' yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan.

FAKTOR-FAKTOR DORONGAN DALAM PEMBELAJARAN

Mengenal pasti wujudnya 'motivasi dalaman' atau faktor-faktor pendorong di dalam diri maing-masing, misalnya kemiskinan.
Menginsafi akan kepentingan ilmu, tujuan ilmu dipelajari, untuk apa dan hendak ke mana ilmu yang dikumpulkan itu.
Dorongan dari rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
Menginsafi peranannya terhadap masyarakat pada masa hadapan.

LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN

Kesempurnaan kesediaan seseorang dari segi mental, fizikal dan rohani yang mampu mengahadapi peringkat pembelajaran yang baik.
Persediaan mental yang baik ialah persediaan tumpuan fikiran yang sepenuhnya terhadap pelajaran. Pemikiran yang masih bercampur-aduk dengan perkara-perkara lain akan mengakibatkan kebuntuan untuk memberi perhatian yang serius kepada pelajaran. Seseorang pelajar hendaklah menghilangkan ingatannya kepada perkara yang lain, sebaliknya ingatan hendaklah ditumpukan kepada pelajaran sahaja.
Berkhayal kepada perkara lain ialah penyakit yang paling besar bagi seseorang pelajar yang sedang menghadapi pelajarannya. Oleh itu, pelajar hendaklah mengelakkan diri daripada berkhayal semasa belajar.

TEKNIK-TEKNIK PEMBELAJARAN
Suasana / Tempat Belajar
Elakkan suasana yang bising, banyak gangguan, tidak selesa dan sebagainya

Memilih Masa Yang Sesuai
Tidak semua waktu di dalam sehari boleh digunakan untuk menumpukan fikiran pada pelajaran.
Setiap hari persekolahan, peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk menelaah/mengulangkaji pelajaran di samping menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Pada waktu cuti, 4 hingga 5 jam adalah memadai untuk menelaah pada waktu yang sesuai, iaitu pada waktu pagi dan malam.(ingat ! waktu belajar yang sesuai tidak sama antara semua individu)
Menyediakan satu jadual kerja harian walaupun begitu, mungkin jadual tersebut tidak mampu diikuti sepenuhnya oleh pelajar.
Pembaziran masa dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan memperkukuhkan mutu pembelajaran baik secara formal atau informal haruslah dielakkan.

Pembelajaran Di Sekolah
Pembelajaran di sekolah merupakan sumber yang penting serta yang paling baik untuk seseorang pelajar menghadapi pelajarannya, dan segala penumpuan yang maksimun haruslah diberikan serta tidak patut berlaku kecuaian, leka, nakal ketika berada di sekolah.

Membaca, Memahami dan Menghafal
Teknik pembacaan yang baik ialah pembacaan yang menyeluruh bagi pusingan yang pertama. Isi dan istilah-istilah yang penting digariskan. Kalau perlu isi yang digariskan itu dicatat sebagai nota pendek atau ringkas.
Ambil perhatian kepada isi-isi yang penting dan hendaklah dibaca selalu. Kalau perlu setiap isi-isi itu hendaklah dihafal sedaya mungkin terutama apabila hampirnya waktu peperiksaan. (ingat ! hafalan tanpa pemahaman yang kukuh adalah sia-sia).
Menyusun nota dengan teratur dan berkesan dan mempunyai ciri-ciri seperti :-
Mengandungi semua maklumat penting
Bersih dan mudah dibaca
Terkumpul (di dalam fail/Buku Khas)
Ringkas dan padat

Kesungguhan Belajar
Elakkan diri dari faktor-faktor yang boleh membosankan ketika membaca. Jangan sesekali membebankan diri dengan kerja-kerja sekolah yang terlampau banyak pada masa tertentu dan berehat panjang selepasnya.
Kesungguhan belajar mestilah berterusan dari segi semangat belajar dan usaha dari awal hinggalah ke masa peperiksaan.
Sentiasa meningkatkan semangat belajar dari masa ke semasa. Semakin hampir dengan tarikh peperiksaan semakin bersungguh-sungguh untuk belajar dan semakin berkeyakinan dalam menghadapi peperiksaan.
Kesungguhan belajar mungkin boleh dibina melalui kerja-kerja secara berkumpulan. Yang pentingnya carilah teman/rakan belajar yang boleh anda manfaatkan pengetahuan dan kefahaman anda kepadanya dan sebaliknya.
Yakinlah dengan kebolehan yang ada pada diri anda dan kesungguhan anda untuk belajar dan yakinlah dengan pertolongan Allah S.W.T.

LUPAAN DAN INGATAN
Apakah sebabnya kita sering lupa ?
Kerana GangguanMembaca perkara-perkara lain selepas buku pelajaran menyebabkan soal peperiksaan luput dari ingatan.
Tumpuan PerhatianTanpa perhatain yang sepenuhnya ketika membaca menyebabkan perkara tersebut tidak dapat kekal lama.
Faktor MasaMasa yang terlalu lama mungkin menyebabkan anda lupa akan apa yang telah dipelajari.
INGATAN
Manusia lebih senang mengingati sesuatu jika :-
MinatTinggikan minat terhadap perkara yang dipelajari.
PilihanMemilih isi-isi penting untuk diingati bagi peperiksaan.
UlanganSentiasa mengulangkaji, boleh dibuat melalui perbincangan secara berkumpulan, penulisan semula atau pembacaan yang kerap.
AssasiasiMembuat perkaitan dengan sesuatu perkara lain untuk ingatan.
Tubi BelajarDi dalam proses pembelajaran terdapat peringkat seperti :-1. Mendengar untuk pertama kali2. Memahami3. Menggunakannya4. Mencipta yang baru
Jika anda membaca berulang kali, tentunya perkara tersebut akan dapat diingati di dalam satu jangkamasa yang lama.

PERSEDIAAN DALAM LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI PEPERIKSAAN
PERSEDIAAN ASAS
1. Semangat Yang
2. Pembacaan Yang Banyak
3. Kefahaman Yang Jelas
4.Ulang kaji Berterusan
5. Keyakinan Diri

Di dalam menghadapi peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM, satu perkara yang tidak boleh dilupakan ialah persediaan di peringkat awal secara berterusan sehingga tiba masa yang ditetapkan dan akan menjadi lebih berkesan sekiranya kaedah pembelajaran yang betul diamalkan. Namun, ramai juga pelajar yang tidak dapat menghadapi peperiksaan dengan baik walaupun telah menumpukan banyak masa di saat awal hinggalah ke akhirnya. Malahan ramai juga yang pada saat-saat akhirnya menjadi putus asa.Untuk menjawab pertanyaan ini cubalah bertanya kepada diri anda tentang :-
1. Adakah anda telah menghabiskan topik-topik penting ?
2. Adakah anda telah memahami apa yang diajar oleh guru atau dibaca sendiri ?3. Adakah anda menhadapi pelajaran dengan semangat yang tinggi ?
4. Adakah anda berterusan belajar dan meneliti soalan-soalan lepas ?
5. Adakah anda mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan nanti ?

UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN PENGGAL
Ramai pelajar bersikap acuh tak acuh di dalam menghadapi ujian bulanan dan peperiksaan penggal dan ada yang menganggapnya tidak penting. Pada hal ujian dan peperiksaan ini boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan nanti. Akibatnya ramai pelajar yang gagal dan mendapat markah yang rendah di dalam setiap ujian /peperiksaan. Sikap seperti ini hendaklah dikikiskan. Walaupun demikian, seandainya anda gagal di dalam ujian, jadikanlah ia suatu pengajaran untuk lebih memahami dan bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran. Kegagalan di dalam ujian mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti :-
a) Kurang memahami apa yang diajar
b) Tidak mengambil perhatian yang serius terhadap pelajaran.
c) Tidak mengulangkaji pelajaran selepas waktu persekolahan.

KEARAH MEMBENTUK KEYAKINAN
Keyakinan menghadapi peperiksaan hanya boleh diperolehi oleh pelajar yang sudah betul-betul membuat persiapan yang rapi. Antara persiapan yang perlu diberi perhatian ialah :-
a) Habis mengulangkaji topik-topik yang disoal.
b) Mengingati dengan baik nota-nota yang penting.
c) Mengetahui bentuk-bentuk soalan yang akan disoal.
d) Bertawakkal kepada Allah S.W.T.

BEBERAPA PERINGATAN KEPADA PELAJAR
Tidak keterlaluan membaca sehingga kurang tidur.
Belajar dengan hati yang tenang dan lapang. Pastikan semua kerja atau masalah diselesaikan terlebih dahulu sebelum anda memulakan pembelajaran/study.
Disiplinkan diri anda. Pastikan anda tidak membuang masa dengan kerja-kerja yang sia-sia. Tepatilah masa belajar yang anda telah tetapkan dan pastikan anda ada masa untuk merehatkan otak secukupnya. Elakkan daripada memaksa diri anda untuk belajar sekiranya anda letih dan mengantuk.
Elakkan diri anda daripada membaca dan menghafal matematik. Sebaliknya cubalah memperbanyakkan latihan mengira dan memahami formula dan konsepnya.
Berbincang dengan rakan yang lebih memahami dan elakkan daripada sifat malu bertanya.
Elakkan daripada sifat menangguhkan sesuatu kerja yang diberi oleh guru serta jauhkan sikap mengambil jalan mudah dengan meniru kerja kawan tanpa memahami akan maksud dan konsepnya.
Elakkan mengumpulkan nota yang diberikan oleh guru sehingga bertimbun barulah hendak mengulangkajinya.
Sesungguhnya seseorang pelajar akan mencapai tahap penguasaan yang maksimun jika dia mampu mengaplikasikan teknik dan kaedah belajar yang betul. Setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza, janganlah meniru gaya belajar orang lain yang tidak sesuai dengan kita. Nota ini sebagai panduan sahaja, ubahlah ia agar sesuai dengan teknik dan cara anda sendiri. InsyaAllah kejayaan itu milik semua.

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DEFINISI
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa
Teknik main peranan
Teknik permainan bahasa
Teknik latih tubi
Teknik bercerita
Teknik inkuiri
Teknik perbahasan
Teknik kuiz
Teknik sumbangsaran
Teknik soal jawab
Teknik simulasi
Teknik drama
Teknik perbincangan
Teknik forum
Teknik dialog

TUJUAN TEKNIK
Menarik Minat murid
Mengekalkan perhatian
Membangkitkan ras ingin tahu

TEKNIK LATIH - TUBI
Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.
Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.
Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :
Sebutan (accent)
-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.
Tatabahasa (grammer)
-penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.
Perbendaharaan kata (vocabulary)
-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.
Kefasihan (fluency)
-menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.
Kefahaman (comprehension)
-latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.
Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid.
Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

TEKNIK SIMULASI
Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.
Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting.
Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.
Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

TEKNIK MAIN PERANAN
Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.
Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.
Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.
Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

TEKNIK SUMBANGSARAN
Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.
Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.
Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.

Tujuan Sumbang saran
Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid
Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas
Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum.
Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak
Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan
Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.
Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi
Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )
Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik
Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan


TEKNIK PERMAINAN BAHASA
Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.
Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.
Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :
merangsang interaksi verbal pelajar
menambah kefasihan dan keyakinan
menyediakan konteks pembelajaran
bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

TEKNIK SOAL – JAWAB
Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan
Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.
Tujuan utama teknik soal jawab ialah :
Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.
Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.
Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

TEKNIK BERCERITA
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

TEKNIK DRAMA
Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.
Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

TEKNIK INKUIRI
Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.
Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah.
Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.
Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.
Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Pengendalian teknik inkuiri ialah :
Proses mengenali masalah
Mengkaji ramalan
Mengumpul maklumat
Menganalisis
Membuat rumusa

TEKNIK PERBINCANGAN
Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85).
Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.
Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.
Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.
Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.
Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :
Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.
Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.
Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul.
Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.

TEKNIK FORUM
Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal.
Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.

TEKNIK PERBAHASAN
Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah.
Antara manfaat teknik ini ialah :
Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan
Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur
Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.
Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.
Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar.
Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.

TEKNIK KUIZ
Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C).
Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu.
Tujuannya ialah :
Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu.
Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.
Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki.
Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.
Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu :
Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.
Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.

9 PERKARA PENTING MENGAPA KITA HARUS MEMOTIVASIKAN DIRI

1 Motivasi diri sendiri adalah tenaga yang mengangkat diri seseorang itu ke sebarang tahap yang diingininya.
2 Orang yang benar-benar berjaya sentiasa sedar akan tanggungjawabnya dalam motivasi diri sendiri. Dia memulakan dari dirinya sendiri, kerana dialah yang memiliki kunci penggerak dirinya.
3 Alasan yang lumrah yang menyebabkan kegagalan seseorang itu ialah kerana mengabaikan sama sekali tenaga motivasi diri sendiri.
4 Adalah mustahil untuk memotivasikan diri orang lain, sebelum kita belajar memotivasikan diri kita sendiri.
5 Peluang akan berada di mana-mana bagi seseorang yang mengerti dan mengunakan motivasi diri sendiri.
6 Orang yang bermotivasi diri sendiri melibatkan diri, orang-orang biasa hanya berjanji.
7 Pada asasnya apa yang kita perolehi dari hidup ini bergantung kepada bagaimana kita menyesuaikan apa yang kita mahu dengan motivasi diri sendiri.
8 Tenaga motivasi diri sendiri datang dari satu tindakan rancangan peribadi teguh dan pelaksanaan rancangan tersebut dalam kehidupan anda setiap hari.
9 Jika kita tidak dapat memanafaatkan tenaga anda dan potensi anda sendiri maka mental kita akan terlantar sepanjang hayat.

SIFAT KEGAGALAN

KETIDAKYAKINAN KEPADA DIRI SENDIRI
Tidak yakin akan dirinya dan kemampuan untuk melaksanakan usaha atau kerja yang dihadapinya.

SIKAP MELENGAH-LENGAHKAN KERJA
Melengahkan keputusan penting, tidak mahu mengambil risiko dan mengharapkan masalah selesai dengan sendirinya akan memburukkan keadaan.

SIFAT BERPURA-PURA
Sikap egoistik dan memandang status. Sentiasa ingin disanjungi tetapi tidak mahu berfikir dan maju ke hadapan.

SIFAT MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Tidak bertanggungjawab dan tidak mengambil berat tentang apa sekali pun.
Berpuashati dengan apa yang ada tanpa berusaha lagi.

HIDUP TANPA TUJUAN
Tidak mempunyai cita-cita untuk menikmati kehidupan yang lebih bermakna.

SIFAT KEJAYAAN

1. FIKIRAN YANG TETAP
Tetapkan matlamat untuk diri sendiri di dalam satu jangka masa yang ditentukan. Pastikan jangka masa itu matlamat tercapai.

2. PERANCANGAN
Kemahuan hendaklah dirancng terlebih dahulu.

3. SEMANGAT DAN AZAM
Azam yang kuat dan semangat yang kental hendaklah dipupuk dengan sempurna.

4. PERCAYA DIRI SENDIRI
Kepercayaan kepada diri sendiri dan kebolehan sendiri hendaklah diutamakan.