Khamis, 16 Julai 2009

PENULISAN KREATIF 2 - SAJAK

PESANAN ABADI Oleh RAMLI BIN YAHYA SMKS, BP.

Pesan pemimpin kepada kita
carilah ilmu kandil kehidupan
di desa
di kota
sememangnya di situ ada cahaya.

Pesan pemimpin kepada kita
jagalah susila milik bangsa
di hati
di mata
sememangnya di situ ada rahsia.

Pesan pemimpin kepada kita
kejarlah cita pasti jaya
di utara
di selatan
sememangnya di situ ada bahagia.

Pesan pemimpin kepada kita
taburlah budi dan jasa
di mana kita berada
kerana
sememangnya di situ ada waadah
antara
kita dan dia.

ikhlas daripadaku:
RAMLI BIN YAHYAGURU CEMERLANG BM
SMK. SENGGARANG, BATU PAHAT.
ramliyah@yahoo.com.my

PENULISAN KREATIF 1 - CERPEN

CERPEN: AKU, DIA DAN DS OLEH RAMLI BIN YAHYA

PELAJAR-PELAJAR Tingkatan Lima Cemerlang masih lagi menunggu di kerusi masing-masing. Di atas meja mereka terletak senaskhah majalah. Majalah pendidikan yang tidak asing bagi pelajar di kelas ini. Sementara menunggu, pelajar membelek-belek halaman majalah. Tidak kurang juga hanya memerhatikan gambar warna yang menghiasi muka depan majalah pendidikan terbitan bulan Jun ini. Kalau dihitung, masuk hari ini sudah tiga kali cikgu mata pelajaran Bahasa Malaysia menggunakan majalah yang sama. Muka surat yang sama. Malah tajuk juga sama. Sama seperti semalam. Sama juga seperti kelmarin. Semalam cikgu berpesan supaya pelajar membawa majalah pendidikan ini. Cikgu akan menghuraikan tajuk pada halaman ini. Halaman yang menarik minat pelajar semua di kelas ini sejak dua hari lalu. Itulah janji cikgu sebelum keluar dari kelas setelah mengakhiri pembelajaran semalam. Pembelajaran yang menyeronokkan. Masa satu jam dua puluh minit berlalu tanpa disia-siakan. Kerana majalah itu jugalah, pelajar masih setia untuk datang pada awal-awal pagi hari ini. Kalau semalam, hampir semua pelajar melibatkan diri dalam aktiviti. Aktiviti mencatat. Mengakses maklumat. Membuat capaian internet. Yang pasti setiap wakil kumpulan telah berjaya membentangkan hasil kumpulan. Ada yang menyampaikan maklumat macam pakar motivasi. Ada yang macam menteri berbahas di parlimen. Ada yang macam ahli panel forum perdana. Dalam setiap pembentangan, ada sahaja unsur kecindan dibawa bersama. Semua orang tak kering gusi semasa pembentangan itu. Suasana di Makmal Komputer Semarak sentiasa riuh-rendah dengan gelak ketawa dan diselang-seli pula tepukan pelajar. Semuanya itu kerana majalah DS.
Hari ini, seperti hari semalam aku dan rakan masih di Makmal Komputer Semarak. Aku duduk di barisan paling hadapan dalam kumpulan yang telah ditetapkan sejak dua hari lalu. Aku bersemangat untuk belajar hari ini. Menunggu seseorang dengan penuh semangat. Halaman majalah DS yang digunakan sejak dua hari lalu aku selak satu persatu. Aku juga sempat membaca sekali lagi petikan yang digunakan cikgu semalam. Petikan sepuluh perenggan aku baca dengan teliti. Empat keping gambar warna di bahagian bawah petikan itu aku tatap satu persatu. Aku sudah tidak sabar untuk menunggu guru Bahasa Malaysia. Juga tidak sabar untuk belajar bersama-sama majalah DS. Lebih-lebih lagi, cikgu Laili telah berjanji sesuatu kepadaku. Berjanji untuk membawa melawat keluar negara hari ini. Mungkin ke beberapa buah negara. Cikgu Laili tidak pernah mungkir. Kita pasti akan ke luar negara besama cikgu Laili. Bersama-sama rakan sekelas. Bersama-sama senaskhah majalah DS.

Aku masih di Makmal Komputer Semarak. Rakanku masih membelek-belek majalah DS. Semuanya bersedia untuk menikmati sekali keseronokan semalam. Tetapi kali ini, d luar negara. Shikin, Amalina, Chee Leong, dan Gunabudi, baru sahaja sampai ke makmal komputer. Mereka juga nampak bersemangat seperti aku. Cerita semalam masih hangat. Masih meniti di bibir mereka. Aku hanya tersenyum apabila namaku juga disebut-sebut dalam perbualan itu.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tiba-tiba terpancul satu suara dari arah pintu masuk Makmal Komputer Semarak. Cikgu Razak muncul di hadapan makmal sambil membimbit sebuah laptop.
“Saya menggantikan cikgu Laili hari ini. Cikgu Laili tidak dapat hadir ke sekolah. Dia mengalami satu musibah,” terang cikgu Razak dengan tenang. Aku terkejut apabila mendengar keterangan daripada cikgu muda itu. Macam tidak percaya. Aku memandang ke arah Amalina. Shikin. Chee Leong dan Gunabudi. Kedua-dua tapak tangan menutup muka seperti tidak percaya dengan kenyataan itu. Suara rakan di belakang juga semacam tidak percaya dengan berita itu.
“Boleh cikgu ceritakan bagaimana kemalangan itu berlaku?” Tiba-tiba terpancul suaraku tanpa terduga. Mataku tepat ke arah cikgu yang baru sahaja sebulan menjagar di sekolah ini. Aku masih berdiri menanti jawapan. Jawapan yang boleh menghilangkan keraguanku. Juga keraguan rakanku yang lain.
“Semasa mesyuarat panitia Bahasa Malaysia petang semalam. Cikgu Laili terjatuh dari kerusi di Bilik Mesyuarat Info-BM. Kepalanya terhantuk tiang batu di tepi tangga. Dia tidak sedarkan diri. Banyak darah mengalir di kepalanya.”
“Saya sendiri yang membawa cikgu Laili ke hospital petang semalam. Bajunya dipenuhi darah. Setakat malam tadi, dia masih belum boleh banyak bergerak. Badannya pun masih lemah. Marilah kita sama-sama doakan agar cikgu Laili cepat sembuh dan kandungannya yang baru berusia dua bulan itu selamat. Jika pelajar berkesempatan, silalah melawat cikgu Laili di hospital,” jelas cikgu Razak dengan nada agak perlahan. Mungkin juga simpati apa yang telah menimpa rakan sejawat itu. Semua pelajar Lima Cemerlang terpaku. Diam. Tunduk. Sedih. Aku melihat wajah Amalina dan Shikin. Pipi mereka basah. Begitu juga dengan Chee Leong dan Gunabudi. Kedua-dua belah matanya hampir merah. Aku tahu mereka sedang menahan rasa sedih atas apa yang berlaku kepada guru kelas yang amat disayangi mereka.
“Oleh sebab cikgu Laili tidak dapat mengajar kamu ketika ini. Saya akan mengambil alih kelas Bahasa Malaysia buat sementara waktu,” cikgu Razak memberikan penjelasan.

Aku hanya diam apabila mendengar penjelasan daripada cikgu Razak. Pelajar lain juga diam. Semangatku dan semangat rakan yang lain berubah serta merta. Kalau tadi, mereka berbual tentang pembentangan hasil kerja semalam dengan gelak ketawa. Ada yang menepuk-nepuk bahu rakan mereka. Tak kurang juga yang bercakap tentang lawatan ke luar negara hari ini. Meraka sudah membuat persiapan rapi untuk ke luar negara. Tetapi hari ini tidak seperti hari semalam. Kemeriahan semalam telah diragut tanpa diduga. Keseronokan semalam hilang sekelip mata. Kini suasana dalam Makmal Komputer Semarak cukup berbeza dari semalam. Semua pelajar membisu. Macam masih tidak percaya dengan berita yang baru didengari mereka. Mereka memandang antara satu sama lain. Majalah DS yang selalu dibelek-belek oleh mereka sejak semalam hanya dibiarkan saja di atas meja.
Dalam kesayuan melanda emosi pelajar Lima Cemerlang, cikgu Razak mengeluarkan pendrive daripada poketnya dan menyambungkan pada laptop. Tidak lama selepas itu, satu paparan terbentuk pada skrin LCD. Gambar Perdana Menteri Malaysia sedang bersalaman dengan seorang pelajar sempena penyampaian hadiah pelajar cemerlang SPM peringkat kebangsaan. Mataku terus terlekat pada gambar seorang pelajar perempuan sedang memegang sekeping sijil penghargaan dan bersalaman dengan Perdana Menteri Malaysia. Pemandanganku kali ini melewati skrin putih yang terpampang gambar pemimpin nombor satu negara bersama seorang pelajar cemelang itu.
“Pelajar yang saya kasihi, sila dengan dengar teliti lagu yang akan saya mainkan ini. Lepas itu, saya akan akan kemukakan beberapa soalan daripada kandungan lagu ini” pesan cikgu Laili dengan suara yang lembut tapi tegas. Pelajar diam.
.
Ibu bapa dan kaum keluarga
Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyanyangi bertegur sapa
Ketulusan ikatan sepanjang usia.

Para guru rakan sekolah
Turut warnai kehidupan kita
Ilmu ditimba pengalaman bertambah
Pergaulan sihat peribadi ceria

Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah mesra dan elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindugi
Bertimbang rasa hormat-menghormati

Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
Budi bahasa budaya kita.


Tiba-tiba dendangan lagu “Budi Bahasa Budaya Kita” yang dinyanyikan oleh penyanyi nombor satu negara masa kini, Dato’ Siti Nurhaliza telah memecah suasana sunyi Makmal Komputer Semarak. Semua pelajar Tingkatan 5 Cemerlang terpaku di kerusi. Lagu ciptaan Pak Ngah atau nama sebenarnya Suhaimi Md. Zain dan lirik pula ditulis oleh Habshah Hassan begitu menghiburkan. Bukan sahaja lagunya merdu, malah klip video yang dipaparkan telah menambahkan daya tarikan siapa sahaja yang mendengar dan menontonnya. Kami sana-sama menyanyikan lagu “Budi Bahasa Budaya Kita” apabila aku meminta cikgu Laili memutarkan lagu itu sekali lagi. Lagu itu berkahir dengan satu tepukan daripada pelajar. Akulah yang mula-mula bertepuk tangan diikuti Chee Leong dan Gunabudi.

“Terima kasih daun keladi kerana telah memberikan kerjasama untuk mendengar lagu tadi. Lagu tadi dirakam oleh cikgu seminggu lalu untuk digunakan dalam pembelajaran Bahasa Malaysia hari ini. Cikgu, sangat meminati lagu ini,” jelas cikgu Laili.
“Soalan pertama saya, apakah yang dimaksudkan dengan budi bahasa dalam lagu tadi?” soal cikgu Laili kepada pelajar. Matanya bergerak ke semua arah dan semua sudut di makmal ini. Cikgu Laili masih menunggu jawapan daripada pelajar.
“Cikgu, izinkan saya cuba menjawab soalan ini,” tiba-tiba aku bersuara di tengah-tengah kumpulan Geliga. Cikgu Laili mengangguk tanda memberikan keizinan. Aiman bangun dengan hormat dan terus melemparkan senyuman kepada cikgu Laili.
“Pada pendapat saya, budi bahasa merujuk kepada adat, tutur kata, tatatertib, tatahidup, kelakuan, sopan santun, amalan nilai murni atau perbuatan baik yang dilakukan kepada diri sendiri dan orang lain.”
“Mengamalkan budi bahasa bermakna kita telah mengamalkan prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Melaluinya, setiap warganegara harus menjaga tatasusila masing-masing dengan tidak menyinggung perasaan sesuatu golongan lain,” sambungku dengan lancar dan yakin. Amalina memandang ke arahku dengan tepat. Shikin juga begitu. Begitu juga Chee Leong dan Gunabudi
“Terima kasih dan tahniah kepada Aiman kerana berjaya memberikan satu definisi budi bahasa dengan tepat,” kata cikgu Laili sambil menyampaikan satu bungkusan jajan kepadaku. Aku menerima satu tepukan gemuruh daripada rakan sekelas setelah menerima jajan daripada cikgu Laili. Cikgu Laili sentiasa memberikan jajan kepada pelajar yang berjaya menjawab dengan tepat soalan yang dikemukakannya. Kalau dibandingkan dengan rakan-rakan lain, akulah orang yang paling banyak menerima jajan daripada cikgu Laili sepanjang tahun ini. Boleh dikatakan setiap kali cikgu menyoal, akulah orang pertama yang akan mencuba untuk menjawab soalan itu. Aku pasti akan mendapat hadiah jajan setiap kali menjawab soalan.
“Di tangan saya terdapat empat sampul surat yang mengandung soalan bagi aktiviti seterusnya. Wakil setiap kumpulan diminta membaca soalan dan menyelesaikan satu tugasan berdasarkan arahan soalan. Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti ini selama empat puluh minit,” jelas cikgu Laili lagi. Setelah memperoleh sampul surat itu, aku terus kembali kepada kumpulan Geliga. Satu kumpulan yang cukup aktif dan sentiasa menang dalam pertandingan di peringkat kelas dan di peringkat sekolah. Aku dan rakan-rakan dari kumpulan ini sentiasa terpilih dalam aktiviti bahasa. Lebih-lebih lagi, Amalina seorang yang pandai mendeklamasikan sajak. Chee Leong pula seorang pemidato yang tidak asing lagi di sekolah ini. Shikin dan Gunabudi pula cekap dalam kuiz Bahasa Malaysia.

“Nyatakan satu adat resam bagi kaum Melayu, kaum Cina, dan kaum India di negara kita. Anda boleh menggunakan semua kemudahan yang ada di Makmal Komputer Semarak untuk menyelesaikan tugasan ini,” aku membaca soalan yang tercatat pada skeping kertas dalam sampul yang diambil daripada cikgu Laili tadi.
“Saya cadangkan Amalina dan Shikin menyediakan slide power-point untuk pembentangan nanti. Chee Leong dan Gunabudi, ditugaskan untuk melayari laman web yang berkaitan dengan adat resam di negara kita. Saya pula akan mencari bahan termasuk gambar yang sesuai dalam majalah DS untuk discankan dan ditayangkan nanti,” aku memberikan pandangan. Semua ahli kumpulan bersetuju dengan pendapat itu. Semua tugas yang diamanahkan terus dijalankan tanpa membuang masa.

“Aim, saya dapat membuat capaian melalui laman web
http://www.dbp.gov.my untuk mencari definisi adat resam,” kata Chee Leong sambil memandang ke arah mukaku. Jari tangannya masih terletak di papan kekunci komputer.

“Saya juga berjaya ni. Laman web
http://www.kekkwa.gov.my boleh membantu kita mencari contoh adat resam masyarakat Melayu, Cina, dan India di Malaysia. Ada gambar warna sekali. Saya rasa maklumat ini boleh membantu kita nanti,” tiba-tiba Gunabudi bersuara sambil tersenyum. Amalina sibuk menyiapkan bahan dalam power-point. Shikin tetap setia di sisi Amalina untuk menyiapkan tugasan ini.

Suasana dalam Makmal Komputer Semarak agak bising sedikit. Tetapi terkawal. Aku melihat cikgu Laili bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan. Dari Kumpulan Permata dia bergerak ke kumpulan Kristal. Dia akan memberikan nasihat dan idea untuk membantu pelajar menyiapkan tugasan kumpulan ini. Tak lama selepas itu, cikgu Laili menghampiri kumpulanku. Chee Leong dan Gunabudi bangun. Amalina dan Shikin bersalaman dengan cikgu Laili. Aku terus mempersilakan cikgu Laili duduk bersebelahan denganku.

“Kami akan menggunakan kemudahan internet, LCD, dan laptop yang ada di makmal ini untuk pembentangan nanti. Kami juga berjaya melayari dua laman web yang telah banyak membantu. Kandungan majalah DS ini juga akan kami gunakan sebagai bahan rujukan kepada pelajar lain apabila pulang ke rumah nanti,” jelasku kepada ckgu Laili. Amalina, Shikin, Chee Leong, dan Gunabudi mengangguk-angguk tanda setuju Cikgu Laili tersenyum. Setuju dengan pandangan aku.

Loceng tamat masa pertama telah berbunyi. Masa yang diberikan kepada setiap kumpulan untuk menyediakan bahan pembentangan telah tamat. Aku melihat rakan-rakan daripada kumpulan lain telah berjaya menyiapkan tugasan ini. Mereka juga nampak ceria dan bersemangat. Mungkin sudah bersedia untuk membentangkan hasil perbincangan.

“Saya meminta ketua kelas ke hadapan untuk mencabut undi bagi memilih giliran kumpulan dalam aktiviti pembentangan ini. Setiap kumpulan hanya diberikan masa selama dua puluh minit untuk menyampaikan isi perbincangan. Semasa pembentangan pelajar boleh mengemukakan soalan dan mencatat maklumat yang disampaikan oleh pembentang,” pesan cikgu Laili kepada semua pelajar.

“Setelah undian dibuat, saya mengumumkan bahawa kumpulan Geliga telah terpilih sebagai kumpulan pertama untuk membentangkan hasil perbincangan ini,” umum cikgu Laili dengan gembira. Semua pelajar bertepuk tangan. Aku dan rakan-rakan daripada kumpulan Geliga merupakan orang yang paling gembira. Diberi penghormatan untuk menyampaikan hasil kumpulan. Semua ahli kumpulan Geliga telah mengambil tempat di hadapan dan menyediakan peralatan komputer. Aku berada di bahagian paling hadapan.

“Berdasarkan slide power-point dan tayangan klik video ini, kita dapati ibu yang baru melahirkan anak dalam adat dan budaya masyarakat Melayu akan ‘berpantang’ selama empat puluh hari dengan mengurangkan makan, gerakan badan, dan tidak mengambil makanan yang sejuk. Ibu juga akan berdiang iaitu memanaskan badan di tepi unggun api atau tungku, diurut oleh tukang urut, dan memakan jamu. Maklumat ini terdapat di mka surat enam belas dalam majalah DS,” terangku dengan jelas sambil mataku memandang tepat ke arah Amalina dan Shikin. Mereka berdua tunduk. Malu tersipu-sipu apabila aku mengulang-ulang perkataan jamu dan bersalin. Chee Leong bangkit mengambil tempatku di barisan hadapan.

“Bagi masyarakat Cina pula, ibu yang bersalin digalakkan tidur dan makan dengan sempurna. Mereka digalakkan membaca buku-buku yang mempunyai teladan yang baik dan melihat benda-benda yang cantik. Pada hari kedua puluh sembilan, bayi akan dicukur dan rambutnya dibungkus dengan kain berwarna merah serta digantung berdekatan bantalnya selama seratus hari sebelum dibuang ke sungai,” Chee Leong menunjukkan bakatnya sebagai pemidato sekolah dengan penuh keyakinan. Chee Leong juga sempat menjeling manja ke arah beberapa orang pelajar perempuan sebangsa dengannya yang ada di dalam makmal. Cikgu Laili hanya memerhatikan sahaja gelagat pembentang dari arah belakang makmal. Dia cukup faham dengan sikap dan tingkah laku pelajarnya. Mereka sekelas terlalu friendly. Macam satu keluarga. Cikgu Laili masih berada di belakang dan memantau perjalanan aktiviti perbincangan ini.

“Saya akan menceritakan sedikit tentang adat dalam masyarakat saya apabila seseorang ibu itu bersalin,” bangun pula Gunabudi dengan penuh semangat sambil menunjukkan beberapa keping gambar bayi dan ibu yang baru bersalin ditayangkan di skrin.
“Apabila seorang bayi dilahirkan, saudara mara dan keluarga terdekat akan diberitahu lebih awal. Selama enam belas hari keluarga ibu yang bersalin tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Selepas upacara memberikan nama kepada bayi itu, rumah akan dihiasi cantik-cantik. Buaian akan dihias cantik dan jiran-jiran dijemput bersama-sama meraikan bayi yang baru dilahirkan itu. Semua maklumat ini kami peroleh daripada laman web
http://kekkwa.gov.my. Manakala gambar itu pula, kami scan daripada majalah DS terbitan bulan ini dan bulan lepas,” Gunabudi memberikan penjelasan dengan ringkas dan padat.
“Rakan-rakan boleh mendapat maklumat lanjut daripada tajuk ini dengan melayari laman web
http://kekkwa.gov.my dan http://dbp.gov.my. Saya mewakili rakan-rakan daripada kumpulan Geliga mengucapkan terima kasih kepada cikgu Laili, Ketua Kelas, dan rakan-rakan kerana telah membantu menjayakan pembentangan ini,” aku bangun sejurus sahaja Gunabudi menamatkan penjelasannya. Tepukan daripada cikgu Laili dan semua pelajar Lima Cemerlang telah memecah kesunyian pagi itu. Pagi yang cukup ceria buatku. Buat rakan-rakanku. Mindaku juga telah melepasi pagi di Makmal Komputer Semarak.

Tiba-tiba bahuku rasa ditepuk oleh seseorang. Cikgu Razak telah berada di sisiku. Aku terkejut. Malu rasanya. Rakan-rakanku yang lain memandang ke arahku. Wajah Amalina dan Shikin masih sayu. Chee Leong dan Gunabudi juga sama. Aku masih lagi di kerusi. Masih bersama-sama cikgu Razak. Gambar Perdana Menteri bersalaman dengan pelajar cemerlang SPM juga masih terpampang di situ. Cerita cikgu Razak masih bermain di mindaku. Mindaku terus bermain dengan emosi suram ini hingga ke penghujung masa. Aku, Amalina, Shikin, Chee Leong, dan Gunabudi merancang untuk ke hospital setelah tamat waktu persekolahan. Aku sudah tidak sabar untuk ke hospital. Tidak sabar untuk bertemu cikgu Laili.

Pintu bilik Wad Lima Selatan, hospital terkemuka itu aku tolak dengan perlahan. Aku terus menuju ke arah cikgu Laili. Di belakangku, Amalina. Shikin, Chee Leong dan Gunabudi. Kami memberi salam kepada cikgu Laili. Cikgu Laili sedikit terkejut apabila melihat aku dan rakan muncul dengan tiba-tiba. Amalina dan Shikin terus meluru ke arah cikgu Laili. Mereka berdua memeluk dan mencium tangan cikgu. Kedua-duanya menangis terisak-isak. Tanpaku sedari air mataku juga membasahi lantai Wad kelas Satu ini. Sudah lama aku tidak menangis. Kali terakhir aku menangis ketika ayahku disahkan meninggal dunia akibat pelanggaran bot nelayan di perairan Selat Melaka lima tahun yang lalu. Setahun selepas itu, ibu pula meninggal dunia akibat sakit jantung dan darah tinggi. Semua kenangan itu aku simpan dalam kamus perdana yang menjadi milik peribadiku sehingga ke akhir hayat.

“Aiman, Amalina, Shikin, Chee Leong, Guna. Terima kasih kerana datang melawat cikgu. Sebenarnya cikgu dah sihat. Esok mungkin cikgu boleh pulang ke rumah. Lusa bolehlah cikgu mengajar kamu semula,” kata cikgu Laili dengan suara yang sedikit perlahan tetapi kaya dengan senyuman. Kedua-kedua belah tangannya memegang erat tangan Amalina dan tangan Shikin. Mata cikgu Laili tepat memandang ke arahku. Hanya sesekali menjeling ke arah Chee Leong dan Gunabudi yang masih lagi mengesat air mata dengan sapu tangan.

“Cikgu dah janji untuk membawa kamu melawat ke luar negara hari ini. Tapi tak dapat. InsyaAllah, esok atau lusa cikgu akan membawa kamu sekelas melawat ke luar negara meninjau adat dan budaya masyarakat Eropah dan Asia Timur selepas melahirkan anak. Cikgu sudah berjaya mendapatkan laman web beberapa buah negara Eropah dan Asia Timur. Ini memudahkan kita ke sana dengan cepat,” jelas cikgu Laili dengan bersemangat. Aku juga sempat melihat senaskhah majalah DS yang pernah dibawa ke kelas semalam berada di atas meja sebelah katil cikgu Laili.

Setengah jam berlalu. Pintu bilik cikgu Laili dibuka. Wajah seorang lelaki segak muncul di dalam bilik dan terus menuju ke katil cikgu Laili. Tersenyum. Matanya tepat memandangku. Lelaki itu terus menuju ke arah cikgu Laili dan menghampirinya. Cikgu Laili terus mencapai tangan lelaki itu. Dia mencium tangannya.
“Ini saya kenalkan, suami cikgu. Cikgu Mizan,” cikgu Laili memperkenalkan suaminya, seorang pensyarah Bahasa Malaysia di Institut Perguruan. Aku terus bersalaman dan mencium tangan cikgu Mizan. Diikuti Chee Leong dan Gunabudi. Aku berbangga dapat bersalaman dan berkenalan dengan suami cikgu Laili. Kami seronok dapat berbual-bual tentang diri masing-masing. Cikgu Mizan seorang yang peramah. Lebih banyak bercakap daripada kami. Seorang yang penyanyang dan baik hati. Sama macam cikgu Laili.
“Cikgu, kami nak minta izin untuk beredar dahulu. Lagipun hari sudah petang. Terima kasih kerana cikgu dapat melayan kami petang ini. Kami sungguh seronok dapat bertemu cikgu hari ini. Kami doakan cikgu cepat sembuh dan dapat mengajar kami secepat mungkin. Kami akan membantu cikgu untuk melayari internet ke luar negara itu nanti,” kataku sambil tersenyum melihat wajah cikgu Laili yang bertambah ceria. Lebih ceria dari tadi. Maklumlah buah hatinya dah sampai.
“Cikgu jangan lupa makan ubat. Jaga baik-baik anak saudara saya yang ada di dalam tu. Kami dah tak sabar untuk mendapat adik,” usik Amalina dan Shikin sambil bersalaman dengan cikgu Laili. Cikgu Laili sempat mencubit manja pipi Amalina dan Shikin.
“Cikgu juga jangan lupa mengamalkan adat dan pantang larang yang kami bincangkan semalam tu,” sampuk Gunabudi sambil memandang cikgu Laili.
“Juga jangan lupa makan jamu dan berdiang, cikgu,” Chee Leong pula mencelah. Cikgu Laili ketawa dan tersenyum. Matanya memandang suami dengan manja sekali. Lepas itu, dia beralih memandangku. Aku tunduk malu. Chee Leong dan Gunabudi sudah bergerak untuk keluar. Amalina dan Shikin mengekorinya. Dari jauh aku mendengar mereka menyanyikan lagu “Budi Bahasa Budaya Kita”. Aku memandang ckigu Laili sekali lagi. Dia tersenyum melihat gelagat anak muridnya yang nakal tetapi pintar.
“Cikgu, jangan lupa bawa balik majalah DS tu” kataku sebelum keluar dari bilik cikgu Laili. Aku sempat bersalaman kali kedua dengan cikgu Mizan yang menemaniku hingga ke pintu bilik. Aku sempat menoleh sekali lagi ke arah cikgu Laili sebelum melangkah keluar bilik. Langkahanku kali ini cukup bersemangat kerana majalah DS masih ada bersama-sama cikgu Laili. Esok aku pasti dapat ke luar negara bersama cikgu Laili dan bersama majalah DS.

BIODATA PENULIS
RAMLI BIN YAHYA, dilahirkan pada 1.6.1963 di Kampung Geliga, Kemaman, Terengganu Darul Iman. Anak nelayan ini telah melanjutkan pelajaran di peringkat sekolah rendah di SK. Kuala Kemaman, Kemaman dan di peringkat menengah di SMK. Chukai, Kemaman. Seterusnya, menyambung pelajar dalam bidang perguruan di Maktab Perguruan Mohd. Khalid (MPMK), Johor Bahru. Setelah itu, melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan memperoleh Bacelor Pendidikan (PMBP). Beliau menyambung pelajaran di Fakulti Bahasa Moden di universiti yang sama, dan berjaya memperoleh Master Bahasa Melayu. Dalam bidang penulisan, beliau pernah menghasilkan cerpen “Kepulangan” (1984), “Pengorbanan” (1985), “Mencari Rahmat” (1987), cerpen “Kehilangan” (1991), “Sebuah Dompet Kulit” (2000) dan cerpen “Satu Memorabilia...2020” (2005). Masih menyimpan satu perasaan besar untuk menghasilkan sebuah novel yang berlatarbelakangkan pengalaman hidup yang bertarikan ulit mayang hingga berjaya menunggang kuda kepang. Beliau merupakan Munsyi Dewan, DBP dan Guru Cemerlang Bahasa Melayu. Kini mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

Rabu, 15 Julai 2009

MANGKUK TERTUA DI DUNIA?

Kepingan-kepingan tembikar yang baru-baru ini ditemukan oleh para pakar ilmu purbakala di Gua Yuchanyan di Cina telah sekali lagi merobohkan pemikiran evolusionis mengenai sejarah. Menurut sebuah laporan di BBC News, usia pecahan-pecahan tersebut yang telah ditentukan dengan menggunakan 40 macam teknik Karbon-14 yang berbeda berkisar antara 17.500 dan 18.300 tahun. Keberadaan periuk setua itu merupakan sebuah kekalahan penuh, dalam istilah evolusinis, karena mereka menyatakan bahwa manusia memulai kehidupan beradab dan menetap pada masa yang mereka sebut sebagai Zaman Batu.
Evolusonis menyatakan bahwa manusia pertama adalah makhluk setengah-kera yang bentuk tubuh dan kemampuan akalnya berkembang seiring dengan perjalanan waktu, bahwa mereka mendapatkan keterampilan baru, dan bahwa peradaban berevolusi disebabkan oleh hal tersebut.Menurut pernyataan ini, yang didasarkan pada ketiadaan bukti ilmiah apa pun, nenek moyang purba kita yang diduga ada itu menjalani hidup sebagai binatang, lalu menjadi beradab hanya setelah mereka menjadi manusia, dan menunjukkan kemajuan budaya seiring dengan bertambah majunya kemampuan akal mereka. Gambar-gambar khayalan dari apa yang disebut sebagai Manusia purba, dengan tubuh yang seluruhnya tertutupi bulu binatang, atau sedang membuat api sembari jongkok di bawah kulit binatang, tengah berjalan di sepanjang tepi wilayah perairan sembari memanggul hewan yang baru saja dibunuh, atau sedang berusaha berkomunikasi dengan sesamanya menggunakan gerakan isyarat dan bersungut-sungut, adalah gambar rekayasa yang dilandaskan pada pernyataan tidak ilmiah ini.amun, temuan-temuan purbakala yang dihasilkan hingga kini dari Zaman Batu, di mana evolusionis menyatakan bahwa “manusia waktu itu baru saja belajar berbicara”, menunjukkan bahwa manusia di masa itu sudah menjalani hidup berkeluarga, melakukan bedah otak dan memahami seni lukis dan musik.Oleh karena serpihan periuk berusia sekitar 18.000 tahun yang ditemukan di Gua Yuchanyan di Cina juga menampakkan tanda-tanda kehidupan yang berperadaban, maka ini pun membantah “urutan zaman-zaman sejarah” karangan evolusonis. Kepingan-kepingan mangkuk ini, yang usianya ditetapkan antara 17.500 dan 18.300 tahun, adalah sisa-sisa peninggalan tembikar tertua yang pernah ditemukan. Menurut pernyataan evolusionis, manusia semestinya belum menjalani hidup menetap di masa yang disebut sebagai Zaman Batu, dan mestinya hidup di gua-gua sebagai pemburu purba yang menggunakan perkakas yang terbuat dari batu. Namun temuan-temuan purbakala secara ilmiah membuktikan justru sebaliknya. Pecahan-pecahan barang yang terbuat dari tanah liat yang ditemukan di Gua Yuchanyan itu secara telak menyingkap ketidakabsahan pernyataan evolusonis, yang sejatinya tidak lebih dari khayalan.Biji-bijian padi juga ditemukan di gua yang sama di tahun 2005. Secara keseluruhan, temuan-temuan ini menunjukkan bahwa manusia yang hidup 18.000 tahun lalu telah bertani dan hidup berperadaban sebagaimana yang dilakukan manusia masa kini. Kemajuan dan temuan seperti ini yang terjadi di cabang-cabang ilmu pengetahuan seperti arkeologi dan antropologi menyingkapkan bahwa “gagasan evolusi budaya dan masyarakat manusia” adalah sesuatu yang palsu. Temuan yang dihasilkan selama penggalian-penggalian purbakala dengan jelas menampakkan bahwa sejarah ditafsirkan oleh para ilmuwan Darwinis berdasarkan prasangka ideologi materialis. Dongeng “Zaman Batu” tidaklah lebih dari upaya kalangan materialis dalam rangka menampilkan manusia sebagai sebuah makhluk hidup yang berevolusi dari binatang yang tidak berakal dan memaksakan dongeng yang mereka yakini ini pada ilmu pengetahuan.

SOALAN SETENGAH TAHUN SBP PANTAI TIMUR 2009

SEKOLAH BERASRAMA PENUH ZON TIMUR

PENILAIAN BERSAMA PERTENGAHAN TAHUN 2009 TINGKATAN LIMA

BAHASA MELAYU Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.


2. Jawab semua soalan.


3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks
Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.


4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak.



Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengawal kes keracunan makanan di sekolah dan punca-punca keracunan makanan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan


Makanan, kesihatan dan pembelajaran saling berkait rapat. Makanan yang berkhasiat dapat menjana kecergasan badan supaya sentiasa sihat. Kecerdasan minda yang pelbagai sebenarnya hasil pemakanan yang berkhasiat. Tetapi, sejak akhir-akhir ini negara kita digemparkan dengan berita kes keracunan makanan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Saban hari ada sahaja paparan tentang kes keracunan di sekolah sama ada dalam media cetak atau media elektronik. Kesal dengan kejadian inilah, Kementerian Pelajaran tidak teragak-agak akan menamatkan kontrak pengusaha kantin jika terbukti mereka bersalah.

Perkara yang berlaku itu mewujudkan kekesalan kepada pihak kementerian dan pelbagai cara telah difikirkan seperti mengedarkan Buku Panduan Khas Pengendalian Kantin Sekolah kepada semua pengusaha kantin sekolah. Pihak kementerian juga bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dengan memohon agar mereka melakukan pemantauan yang berkala di semua kantin sekolah.Pemantauan yang dilakukan perlu teliti dan cermat agar tidak terlepas pandang. Untuk meminimumkan kes keracunan ini juga, pihak sekolah patut memberikan maklum balas keadaan kantin kepada Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing. Selain itu, guru kesihatan yang dilantik oleh pihak sekolah perlu melakukan pemeriksaan terus ke kantin setiap bulan.

Pihak Kementerian Kesihatan juga perlu menggariskan langkah sewaktu pengendalian makanan oleh pengusaha kantin sekolah. Dengan garis panduan ini, setidak-tidaknya memberi pedoman kepada pengusaha kantin untuk mengetahui tatacara yang betul tentang pengurusan kantin sekolah. Kursus-kursus pengurusan kantin sekolah juga patut dilaksanakan memandangkan jika hanya pengetahuan teori sahaja tidak begitu efektif berbanding secara praktikal.

Pihak sekolah juga disaran membuat tindakan susulan jika didapati keadaan kantin tidak memuaskan. Sehubungan dengan itu, pengusaha kantin sendiri perlu mengutamakan kebersihan setiap masa. Soal pemakanan murid amatlah penting kerana murid perlu sihat untuk belajar kerana badan yang sihat dapat menjana minda yang cerdas. Makanan yang berkhasiat penting untuk tumbesaran kita.


(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Fokus, PENDIDIK : Ariff Awang
Majalah Pendidik MAC 2008)






Soalan 2 : Pemahaman

[35 markah]


Soalan 2 (a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata pemantauan yang berkala. [2 markah]

(ii) Nyatakan kebaikan makan makanan berkhasiat? [3 markah]

(iii) Sebagai ibu bapa, apakah yang boleh anda lakukan untuk mengawal kes keracunan di
sekolah anak anda? [4 markah]





Soalan 2(b) — Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SAFIAH: (Terhenti, menjeling masam pada Umar, terdiam seketika, tapi bersemangat semula)
Kalau you bercita-cita hanya nak jadi guru, tak payah masuk universiti pun you
boleh jadi guru. Apa susahnya? Tengok, berapa banyak orang yang boleh jadi guru,
tak payah pandai cakap Inggeris pun boleh jadi guru.

UMAR: (Sedikit kesal)You terlalu memikirkan dirisendiri. I suka jadi guru dan kita pun
memang kekurangan guru.

SAFIAH: (Tak sabar) You ni nasionalis sangat...

UMAR: (Memandang penuh pada Safiah) Ya, nasionalis tak nasionalis, cuba you tengok. Tiap
tahun beribu-ribu murid masuk sekolah, tapi berapa orang guru bertambah? Berapa
orang mahasiswa-mahasiswa yang mahu jadi guru?

SAFIAH: (Cepat geram) You terlalu statis!

UMAR: (Berpaling dari Safiah, perlahan tapi pahit) You terlalu ingin nak main salji sahaja,
mahu duduk-duduk di London atau Amerika (membisu beberapa lama).

SAFIAH: (Terdiam, memandang Umar, kemudian membongkok kehadapan, menyentuh sedikit
tangan Umar, dan berkata dengan nada baru, logik dan lembut) I tahu you nak
berkhidmat dalam negeri, I tahu you bercita-cita nak berjasa kepada bangsa. I hargai.
Tapi I bercakap sebagai tunang you, yang ikut sama memikirkan masa depan
kita...

(Dipetik daripada drama Serunai Malam oleh Usman Awang
dalam antologi Anak Laut.)


(i) Apakah pandangan Safiah terhadap profesion perguruan?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah Umar bersungguh-sungguh hendak menjadi guru? [3 markah]

(ii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan dan dua pengajaran lain daripada keseluruhan drama.
[4 markah]






Soalan 2(c) — Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka sahut Jebat, “Hai Laksamana, bahawa aku tiada takut akan engkau! Kudengar engkau sudah dibunuh oleh Bendahara; sebab itulah maka aku hairan.” Maka kata Laksamana, “Akulah Hang Tuah dititahkan Duli Yang Dipertuan membunuh engkau, kerana aku tiada mati; aku ditaruh oleh Bendahara di Hulu Melaka.”

Setelah Hang Jebat mendengar kata Laksamana demikian, maka ia pun hairan, seraya berkata, "Hai orang kaya Laksamana, keranamulah maka aku berbuat pekerjaan ini! Pada bicaraku, engkau tiada dalam dunia ini lagi. Jika aku tahu akan engkau ada hidup, demi Allah dan Rasul-Nya, tiada aku berbuat pekerjaan ini.” Maka kata Laksamana, “Hai Si Jebat, menyesalkah engkau?” Maka kata Hang Jebat, “Hai Laksamana, sekali-kali tiada aku menyesal dan takut akan mati, tetapi aku sudah tahu akan kematianku ini pada tanganmu, di mana dapat kusalahi lagi? Tetapi tuan hamba lihatlah tikam Si Jebat derhaka ini, empat puluh hari orang Melaka membuangkan bangkai dalam negeri Melaka ini dan tiada menderita bau busuk bangkai. Sepala-pala jahat jangan kepalang; kuperbuat sungguh-sungguh.”

(Dipetik daripada Pertarungan Tuah dengan Jebat dalam antologi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud di mana dapat kusalahi? [2 markah]

(ii) Nyatakan sebab Laksamana hendak membunuh Hang Jebat. [2 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Bendahara mengingkari titah Duli Yang Dipertuan supaya membunuh Laksamana? [4 markah]


Soalan 2(d) – Petikan Puisi

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.


DUHAI PENTAFSIR

Pentafsir, sebenarnya telah lama ku cari
suaramu yang sarat
ke mana jatuhnya gema itu?
Di manakah tempat istirahat
setelah pengembaraan yang penat
di manakah telah kurakamkan
pertemuan matahari, rimba dan lautan?

Senja ini menemuiku
dengan lusuh catatanmu
angin sedang cuba mengoyak-ngoyakkan lembar-lembar buku
sedang aku belum ketemu
surat yang kautuliskan padaku.

telah hilangkah ia
atau kau tidak pernah menulisnya
ah, aku tidak bisa tidur dan melupakan
racun keresahan telah membunuh lenaku
sejak kudahagai penawar dalam lautan nota-notamu
kiranya terdampar dalam angin yang ragu
yang tidak mengenal arah tiupannya
angin tanpa sabar yang telah melunturkan
kehijauan dalam keriangan masa kecilku.

Pentafsir, musim telah terlalu tua
kaca jendela menjadi kelabu
dan aku telah terlalu lesu
untuk menari bersama bayang-bayangmu
senja pun semakin larut
lembar-lembar jadi semakin kuning
apakah aku harus mengebumikan buku-buku ini
di samping pusaramu yang sepi.


Hentikan ejekanmu
biar kupecahkan kaca ini
melihat keluar. Lalu mengenal
rumpun-rumpun yang redup
adalah pengakuanmu, Tuhanku!
yang menjernihkan mataku.


(Dipetik daripada Antologi Kerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004)


(i) Apakah yang dimaksudkan dengan senja pun semakin larut? [ 2 markah ]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah penyajak kehilangan arah tujuan setelah lama hidup?
[ 3 markah ]
(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak.
[ 4 markah ]


Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaanya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
dan nama khas.

(i) indah – endah
(ii) celik – cekik
(iii) hambar – hampar [6 markah]

(b) Tulis cakap ajuk di bawah ini dalam bentuk cakap pindah.

(i) “Tauke, berapakah harga sejambak bunga ros yang berwarna kuning itu?” Kata ibu kepada Tauke Wong.

(ii) “Kamu semua tidak boleh bising dan bercakap-cakap ketika saya sedang
mengajar,” kata Cikgu Amnah kepada pelajar 5 Al-Ittihad.

(iii) “Silalah datang ke rumah baru saya di Taman Beringin jika awak ada
kelapangan,”kata Aliya kepada Sarah.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Makahmah mendapati bahawa keterangan saksi pendakwa adalah tidak mencukupi untuk menyabitkan semua tertuduh.

(ii) Semua ahli jawatan kuasa diharapkan dapat bermain peranan masing-
masing mengikut senarai tugas yang telah diberikan.

(iii) Sebuah pusat snoker telah diserbu dan disita oleh pasukan menguat kuasa
malam semalam kerana disyaki menjalankan kegiatan perjudian atas
maklumat orang awam
[6markah]


(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Sebagai persediaan menghadapi peperiksaan, semua pelajar-pelajar diberikan latihan insentif oleh guru pada hujung minggu.

(ii) Suraya terpaksa memansuhkan rancangan untuk melawat kawannya di
hospital jika hujan turun dengan lebatnya.

(iii)Yuran hendaklah semua penumpang bas bayar sebelum bas itu
memulakan perjalanan.

[6 markah]

(e) Baca peribahasa di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang hampir sama maksud.

(i) Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

(ii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

(iii) Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan

[6markah]



Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang telah anda kaji dalam tingkatan 4 dan tingkatan 5.

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh
(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf
(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii) Julia karya Abu Hassan Morad
(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad


(a) Nilai tanggungjawab terdapat dalam novel yang telah anda kaji. Buktikan pernyataan tersebut.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan persamaan perwatakan watak utama dalam novel tersebut.
[8 markah]



KERTAS SOALAN TAMAT

Selasa, 14 Julai 2009

CATATAN 2: TUN SARDON DAN SEJARAH SMK TUN SARDON, RENGIT


Sardon Jubir, Tun [1917-1985], ahli politik yang Dipertua Pulau Pinang [1975-1981]. Dia lahir pada 19 Mac 1917 di Kampung Sungai Bagan, Rengit, Johor.Sardon mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Melayu Sungai Bagan, Rengit, Johor. Pada tahun 1926, dia belajar di Victoria Bridge School, Singapura dan kemudian Raffies, Institution. Selepas lulus Senior Cambridge pada tahun 1933 bagi mengikuti kursus undang-undang di Middle Temple, London. Sardon mendapat pendidikan yang baik kerana pengaruh bapanya yang mendapat pendidikan agama dari Timur Tengah dan pernah bekerja sebagai usahawan, guru agama dan kadi. Pada tahun 1941, dia lulus dan diterima sebagai seorang peguam. Semasa pemerintahan Jepun, Sardon tinggal di Singapura dan bekerja sebagai majistret dan kemudian menjadi penolong pendakwa raya di Johor Bahru. Apabila Jepun kalah dan British kembali memerintah Tanah Melayu, dia membuka firma guamannya sendiri di Johor Bahru.Sardon berminat dalam politik sejak awal lagi. Semasa di Singapura, dia bergiat cergas dalam Kesatuan Melayu Singapura (KMS). Apabila Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ditubuhkan pada tahun 1946, dia dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Tertinggi UMNO mewakili Kesatuan Melayu Singapura. Pada tahun 1947, dia dipilih sebagai Presiden Kesatuan Melayu Singapura dan jawatan ini disandang bagi tahun 1951 pada Pilihan Raya Majlis Perundangan Singapura pada tahun 1948, Sardon bertanding dan menang sebagai calon bebas. Dia menjadi anggota Majlis Perundangan Singapura bagi bulan April 1951.Sardon dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO pada tahun 1951 dan menjawat jawatan ini selama 13 tahun. Pada Pilihan Raya 1955, dia menang di kawasan parlimen Segamat dan dilantik sebagai Menteri Kerja Raya. Selepas itu, dia memegang jawatan penting termasuk Menteri Kesihatan. Dia pernah menjadi Presiden Malayan Youth Council (MAYC) pada tahun 1958 dan menjadi Ketua Pengakap Malaysia (1963-1975). Setelah bersara daripada kabinet pusat, dia kemudian diletak sebagai wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (1974-1975). Jawatan terakhirnya ialah sebagai Yang Dipertua Pulau Pinang dari tahun 1975 hingga tahun 1981.Kegiatan Sardon dan penglibatannya yang meluas mencerminkan kekuatan semangat patriotismenya untuk memajukan negara dan masyarakat. Sejak muda lagi, semangat kebangsaannya senantiasa membara untuk membebaskan negara dari belenggu penjajahan. Perjuangan rakyat di Afrika Selatan, India dan Indonesia ketika itu kuat mempengaruhi semangat perjuangannya.Dia telah menerima banyak anugerah kehormat. Pada tahun 1981, dia menerima Anugerah Magsaysay dari Filipina kerana kegiatannya dalam pergerakan belia di Asia. Pada tahun 1975, dia menerima gelaran “Tun” daripada Yang di Pertuan Agong. Pada 1981, dia menerima ijazah kehormat Doctor of Law dari Universiti Sains Malaysia.Sardon Jubir meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur.

SEJARAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN SARDON

Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon (SMKTS) dibina pada tahun 1964. Ia dibuka dengan rasminya pada 1 Januari 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rengit. Ia dibina oleh kerajaan negeri Johor atas permintaan orang ramai di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Johor.Luas kawasan sekolah ini adalah lebih kurang 4.32 hektar. Semasa penubuhannya, sekolah ini hanya mengandungi 7 buah bangunan iaitu Blok A yang mengandungi 7 buah kelas dan pejabat. Bangunan Makmal Sains Teras, Bangunan Sains Rumah Tangga, Bangunan Seni Perusahaan, 2 buah bangunan tempat letak basikal, 2 buah rumah guru bertaraf G dan bangunan kantin serta koperasi.Keluasan bangunan yang dibina pada peringkat awal iaitu pada tahun 1963/1964 merangkumi keluasan 2943 meter persegi. Kos pembinaan bagi blok-blok bangunan di atas dianggarkan kira-kira RM 100,000 mengikut nilai wang pada masa itu.Pada peringkat awal, ia menggunakan dua bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sekolah yang dibina ini bertujuan untuk menampung pelajar-pelajar sekolah yang dikenali sebagai “Sekolah Lanjutan Kampung” dan juga menerima pelajar lepasan darjah 6 sekolah rendah dari kawasan Rengit, Senggarang dan Benut. Pada masa itu, sesi pengajaran dijalankan dalam dua sesi iaitu sesi pagi dan petang yang mana telah menerima kemasukan pelajar pertama seramai 480 orang. Tenaga pengajar pada masa itu pula seramai 21 orang diketuai oleh En. Mohd Noor bin Yunus sebagai pengetua dan dibantu oleh En. Azrai bin Hj. Ridzuan selaku guru penolong kanan dan Tn. Hj. Paiman bin Husin sebagai penyelia petang iaitu pada tahun 1965.Pada tahun 1965, bangunan B telah didirikan yang merangkumi 8 bilik darjah, sebuah bengkel elektrik, perpustakaan, 3 buah stor dan 2 buah tandas pelajar dengan keluasan 756 meter persegi sebanyak RM 151,200 telah dibelanjakan untuk pembinaan bangunan ini.Pada tahun 1968, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Menengah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan Rengit. Kemudian pada 22 Julai 1974, sekali lagi nama sekolah ini ditukar dengan nama barunya iaitu Sekolah Menengah Tan Sri Sardon, Rengit. Nama Tan Sri Sardon dipilih bagi mengabadikan dan mengenangkan jasa anak jati Sungai Kluang, Rengit yang terkenal sebagai tokoh politik pentadbiran dan pemerintahan negeri dan juga negara iaitu Tan Sri Sardon bin Jubir.Pengisytiharan secara rasmi nama barunya dibuat oleh En. Ahmad bin Salleh iaitu Pengarah Pentadbiran Johor dalam majlis ucapan dan penyampaian hadiah pada tahun tersebut. Namun begitu, nama ini hanya kekal selama 8 tahun sahaja.Pada tahun 1971, bangunan Blok C telah dibina bagi menampung pertambahan pelajar dengan keluasan 495 meter persegi. Sebuah surau telah dibina pada 1979 dengan keluasan 96 meter persegi yang mana kos perbelanjaannya sebanyak RM 9000.Pada tahun 1980, sebuah bangunan lagi telah dibina mengandungi 3 buah makmal sains tulen dan sebuah bilik perpustakaan yang baru. Pada 6 Februari 1982, Yang Berhormat Dato’ Musa Hitam yang ketika itu Timbalan Menteri Malaysia mengisytiharkan nama baru sekolah ini iaitu kepada Sekolah Menengah Tun Sardon dalam majlis perasmian bangunan baru sekolah ini. Pada tahun yang sama juga, 2 buah rumah guru lagi telah dibina dengan keluasan 576 meter persegi dengan perbelanjaannya sebanyak RM 71,000 bagi setiap bangunan.Pada tahun 1984, Blok D iaitu bangunan setingkat mengandungi 4 buah bilik darjah telah dibina di dalam satu projek iaitu “Projek Kilat”. Pada tahun 1989, Blok E iaitu sebuah bangunan baru setingkat yang mengandungi 4 buah bilik darjah telah dibina melalui “Projek Gotong-Royong” dengan keluasan 396 meter persegi.
Pada tahun 1991, sebuah blok bangunan 4 tingkat mengandungi 10 buah bilik darjah dan 3 buah bilik makmal yang baru telah dibina bagi menampung pertambahan bilangan pelajar dengan keluasan 396 meter persegi.Melalui kajian soal selidik yang dijalankan, kos pembinaan bangunan-bangunan di sekolah ini didapati dan didirikan daripada kerajaan Malaysia dan derma daripada orang kenamaan serta orang ramai.Selain itu, ia juga turut menyediakan pelajaran berbentuk Vokasional Seni Perusahaan, Sains Rumah Tangga dan juga Sains Pertanian. Pada tahun 1967, peperiksaan SRP dan LCE buat kali pertamanya telah diambil oleh pelajar-pelajar sekolah ini.Ini diikuti pula dengan peperiksaan SPM dan MCE pada tahun 1969. Pengajian tingkatan 6 telah dimulakan pada tahun 1988 di sekolah ini. Pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan STPM ini terdiri daripada pelajar-pelajar berkelulusan SPM yang terpilih daripada sekolah menengah yang berhampiran.Kini, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon mempunyai 18 buah blok bangunan termasuk bangunan koperasi yang baru dibina. Bangunan-bangunan ini telah berusia 40 tahun dari tahun 1965 hingga tahun 2005. Manakala jumlah guru sekolah ini telah meningkat kira-kira 80 orang dan kakitangan bukan guru pula lebih kurang 15 orang. Pengetua yang sedang berkhidmat di sekolah ini sekarang ialah Tn.Hj.Sulaiman Bin Rosdi
Semenjak sekolah ini ditubuhkan banyak kejayaan-kejayaan yang dicapai sama ada dalam bidang akademik atau pun ko-kurikulum. Antara kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh sekolah ini adalah:
1. Johan PSS Cemerlang Peringkat Kebangsaan (Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar ) pada tahun 2000.2. Anugerah Sekolah Harapan Negara (Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar ) Pada tahun 20013. Naib Johan PSS Cemerlang Peringkat Negeri Johor (Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar ) pada tahun 20054. Naib Johan Pertandingan Kawat Kaki GO Peringkat Negeri (Pasukan Kadet Bersatu Malaysia) pada tahun 20045. Naib Johan Pertandingan Kawat Kaki GO Peringkat Negeri (Pasukan Kadet Bersatu Malaysia) pada tahun 2006
Dalam bidang akademik telah ramai bekas pelajar SMKTS yang berjaya sama ada dalam kerjaya atau profesion yang mereka ceburi. Pada tahun 2006 sekolah ini telah mencipta sejarahnya yang tersendiri iaituSeorang pelajarnya iaitu NorAmira Bte Hj.Jamil telah menduduki peperiksaan SPM dengan mengambil 19 matapelajaran. Apa yang membanggakan adalah beliau telah mencapai keputusan yang cemerlang iaitu 14 A1 4A2 dan 1A3. Pada tahun yang sama beliau telah dilantik sebagai Duta kepada Gabungan Pelajar melayu Semenanjung (GPMS) atas kecemerlangan beliau.
Sehingga kini sekolah ini akan terus melayarkan bahteranya dengan berazam untuk mancapai keterbilangannya yang tersendiri selaras dengan misi dan visinya.

CATATAN 1: TUN SARDON JUBIR

Sardon Jubir
Tun Sardon Haji Jubir (19 Mac 1917 - 14 Disember 1985) merupakan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 1975 - 1981. Tun Sardon juga pernah menjadi Menteri Kerjaraya dan Komunikasi pada tahun 1971-1975.

Kehidupan Awal
Dilahirkan di Sungai Kluang, Rengit, Batu Pahat Johor,beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Bangan Mukim Sungai Kluang dan Victorian English Primary School di Singapura. Beliau menduduki peperiksaan Senior Cambridge di Raffles Institute pada tahun 1932.
Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang dan disahkan sebagai Barrister dari Middle Temple, London. Beliau kembali ke Singapura pada tahun 1941.
Beliau berkahwin dengan Toh Puan Hajjah Saadiah pada tahun 1944 dan dikurniakan 4 cahayamata.
Tun Sardon juga pernah menjadi presiden bagi Majlis Belia Malaya yang telah diiktiraf secara rasmi pada 9 September 1950 di Pulau Pinang. Tun Sardon berkhidmat dari tahun 1958 - 1961 bagi menggantikan Syed Hashim Abdullah yang berkhidmat dari tahun 1955 - 1957. Beliau digantikan oleh Syed Kamaruddin Syed Bahaldin yang berkhidmat dari tahun 1964 - 1965.

Jawatan
Antara jawatan yang pernah disandang :
1948 Ahli Majlis Tertinggi UMNO
1951 Ketua Pemuda UMNO
1957 Menteri Kerjaraya, Telekom & Pos.
1959 - 1968 Menteri Pengangkutan.
1967 Timbalan Presiden UMNO.
1969 Menteri Kesihatan.
1972 - 1974 Menteri Pengangkutan.
1972 Menteri Komunikasi.
1974 Wakil Tetap Malaysia Di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
1975 - 1981 Dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Anugerah
1958 Anugerah "The Memorial Magsaysay Award".
1970 Anugerah "Gold Medal", anugerah tertinggi untuk pengakap di Korea Selatan.
1971 Anugerah King's Gold Medal for Scouts oleh Raja Thailand.
1972 Anugerah Bintang Seri Paduka Mahkota Kelantan.
1972 Anugerah Bintang Seri Paduka Mahkota Johor membawa gelaran "Datuk".
1974 Anugerah the "Grand Cross of the Order of St. Michael and St. George" oleh Queen Elizabeth II.
1976 Anugerah Darjah Seri Maharaja Mangku Negara membawa gelaran "Tun".
1976 Anugerah Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) membawa gelaran "Dato' Seri".
Sekolah Menengah Tun Sardon , Rengit Johor dinamakan sempena nama beliau

Meninggal dunia
Tun Sardon meninggal dunia pada tahun 14 Disember 1985 dan dimakamkan di Makam Pahlawan di pekarangan Masjid Negara Kuala Lumpur.
Penyandang Terdahulu
Presiden Majlis Belia Malaysia19581961
Penyandang Kemudian
Syed Hashim Abdullah
Syed Kamaruddin Syed Bahaldin

Yayasan Tun Sardon
Gabenor Pulau Pinang
Sekolah Menengah Tun Sardon

HARAPAN DAN CITA-CITA MURNI YB ADUN RENGIT

Hari ini saya berpeluang untuk bermesyuarat bersama-sama YB Tuan Haji Ayub bin Haji Jamil, ADUN Rengit yang begitu popular dengan idea untuk membangunkan masyarakat Rengit melalui pendidikan. Setelah berjaya cemerlang melalui ideanya dan direalisasikan oleh sebahagian besar guru dan ahli masyarakat Rengit, kini beliau cuba membawa satu lagi harapan yang begitu menggunung agar lahir satu dokumentasi berharga tentang Rengit: Sejarah dan Perkembangan. Saya terpaku dengan idea YB. Setelah bermesyuarat hampir sejam di bilik mesyuarat pada 14 JULAI 2009 jam 5.00 petang, akhirnya proses kerja untuk mendokumentasikan pekan bersejarah ini bermula. Tahniah buat YB Tuan Haji Ayub bin Haji Jamil dan Tuan Haji Abdul Rahman bin Hassan Raya serta rakan-rakan atas idea untuk menjayakan program murni warisan bangsa. Saya yakin dokumentasi ini menjadi satu memorabilia buat kita yang amat sayang akan Rengit.

Isnin, 6 Julai 2009

KASIH IBU SEPANJANG HAYAT

Kasih Ibu Sepanjang Hayat

"Bisa saya melihat bayi saya?" pinta seorang ibu yang baru melahirkan penuh kebahagiaan. Ketika gendongan itu berpindah ke tangannya dan ia membuka selimut yang membungkus wajah bayi lelaki yang mungil itu, ibu itu menahan nafasnya. Dokter yang menungguinya segera berbalik memandang ke arah luar jendela rumah sakit. Bayi itu dilahirkan tanpa kedua belah telinga! Waktu membuktikan bahwa pendengaran bayi yang kini telah tumbuh menjadi seorang anak itu bekerja dengan sempurna. Hanya penampilannya saja yang tampak aneh dan buruk. Suatu hari anak lelaki itu bergegas pulang ke rumah dan membenamkan wajahnya di pelukan sang ibu yang menangis. Ia tahu hidup anak lelakinya penuh dengan kekecewaan dan tragedi. Anak lelaki itu terisak-isak berkata, "Seorang anak laki-laki besar mengejekku. Katanya, aku ini makhluk aneh." Anak lelaki itu tumbuh dewasa. Ia cukup tampan dengan cacatnya. Ia pun disukai teman-teman sekolahnya. Ia juga mengembangkan bakatnya di bidang musik dan menulis. Ia ingin sekali menjadi ketua kelas. Ibunya mengingatkan, "Bukankah nantinya kau akan bergaul dengan remaja-remaja lain?" Namun dalam hati ibu merasa kasihan dengannya. Suatu hari ayah anak lelaki itu bertemu dengan seorang dokter yang bisa mencangkokkan telinga untuknya. "Saya percaya saya bisa memindahkan sepasang telinga untuknya. Tetapi harus ada seseorang yang bersedia mendonorkan telinganya," kata dokter. Kemudian, orangtua anak lelaki itu mulai mencari siapa yang mau mengorbankan telinga dan mendonorkannya pada mereka. Beberapa bulan sudah berlalu. Dan tibalah saatnya mereka memanggil anak lelakinya, "Nak, seseorang yang tak ingin dikenal telah bersedia mendonorkan telinganya padamu. Kami harus segera mengirimmu ke rumah sakit untuk dilakukan operasi. Namun, semua ini sangatlah rahasia." kata sang ayah. Operasi berjalan dengan sukses. Seorang lelaki baru pun lahirlah. Bakat musiknya yang hebat itu berubah menjadi kejeniusan. Ia pun menerima banyak penghargaan dari sekolahnya. Beberapa waktu kemudian ia pu menikah dan bekerja sebagai seorang diplomat. Ia menemui ayahnya, "Yah, aku harus mengetahui siapa yang telah bersedia mengorbankan ini semua padaku. Ia telah berbuat sesuatu yang besar namun aku sama sekali belum membalas kebaikannya." Ayahnya menjawab, "Ayah yakin kau takkan bisa membalas kebaikan hati orang yang telah memberikan telinga itu." Setelah terdiam sesaat ayahnya melanjutkan, "Sesuai dengan perjanjian, belum saatnya bagimu untuk mengetahui semua rahasia ini." Tahun berganti tahun. Kedua orangtua lelaki itu tetap menyimpan rahasia. Hingga suatu hari tibalah saat yang menyedihkan bagi keluarga itu. Di hari itu ayah dan anak lelaki itu berdiri di tepi peti jenazah ibunya yang baru saja meninggal. Dengan perlahan dan lembut, sang ayah membelai rambut jenazah ibu yang terbujur kaku itu, lalu menyibaknya sehingga tampaklah bahwa sang ibu tidak memiliki telinga. "Ibumu pernah berkata bahwa ia senang sekali bisa memanjangkan rambutnya," bisik sang ayah. "Dan tak seorang pun menyadari bahwa ia telah kehilangan sedikit kecantikannya bukan?" Kecantikan yang sejati tidak terletak pada penampilan tubuh namun di dalam hati. Harta karun yang hakiki tidak terletak pada apa yang bisa terlihat, namun pada apa yang tidak dapat terlihat. Cinta yang sejati tidak terletak pada apa yang telah dikerjakan dan diketahui, namun pada apa yang telah dikerjakan namun tidak diketahui. "Kasihilah ibumu selagi ia masih hidup. Tidak ada kasih dan cinta yang lebih dari segalanya selain kasih dan cinta seorang ibu untuk anaknya. Ibumu akan berbuat apa saja untuk melindungi dan menolong engkau saat dalam bahaya"."Sekali lagi, kasihilah ibumu selagi ia masih hidup. Esok mungkin terlambat"

Jumaat, 3 Julai 2009

TAHUN MELAWAT MALAYSIA


Pesta Flora Jamu mata anda dengan pertunjukan flora dan fauna yang mempesona! Kota raya ini menjelma seakan taman yang indah dipenuhi bunga-bungaan berwarna-warni. Dengan tema ‘Warna-warna Harmoni’, acara ini merupakan pengalaman yang menyeronokkan untuk para peserta mahu pun pelawat. Acara kemuncak merupakan Perarakan Bunga yang memaparkan kereta berhias yang indah dari seluruh Malaysia dan negara jiran. Pelbagai acara sampingan seperti bazar jualan, pertandingan, pameran, serta bengkel juga turut diadakan.

Pesta Air Bulan Pesta Air yang disambut setiap tahun dipenuhi pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Peminat aktiviti sukan air berpeluang menikmati aktiviti seperti luncur air, berkayak, lumba kenu dan sebagainya serta pertandingan berunsur air yang lain di sepanjang pesta yang berlangsung selama satu bulan di seluruh negara.

Warna-warna Malaysia Acara yang memikat hati ini memaparkan persembahan kebudayaan, kraf dan makanan yang terhebat di Malaysia. Saksikan perarakan yang penuh berwarna-warni, serta pertunjukan tarian dan muzik; rasai keenakkan juadah tempatan di pesta makanan dan lawati pameran kebudayaan yang menarik di seluruh negara.

Pesta Makanan dan Buah-Buahan Pesta Makanan dan Buah-Buahan disambut di seluruh negara bagi meraikan kepelbagaian rasa dan gaya makanan Malaysia. Bermacam-macam pilihan rasa dan perisa yang mencerminkan pengaruh pelbagai kaum dan kumpulan etnik negara ini menanti anda. Penduduk tempatan dan pelawat asing dijamu dengan pelbagai pilihan makanan Asia dan masakan antarabangsa, serta berbagai-bagai jenis buah-buahan iklim tropika dan iklim sederhana.

Karnival Jualan Hujung Tahun Malaysia Rebut peluang menikmati diskaun menarik dan tawaran istimewa di sepanjang karnival jualan tahunan Malaysia yang hebat ini! Dari barangan berjenama, hinggalah ke barangan elektronik, kosmetik dan kasut, pasti ada sesuatu untuk semua di pusat membeli-belah serta kedai di seluruh negara.

Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Malaysia (MIFC) Acara ini mempersembahkan panorama yang mengagumkan dari Jambatan Seri Gemilang di tasik Putrajaya. Di MIFC, pasukan bunga api antarabangsa dari serata dunia berkumpul di Malaysia untuk bertanding di dalam salah satu Pertandingan Bunga Api yang terunggul di dunia. Pertandingan bunga api ini jauh lebih mempesona daripada pertunjukan bunga api yang biasa anda saksikan.

Pesta Gourmet Antarabangsa Malaysia Pesta Gourmet Antarabangsa Malaysia merupakan pentas utama bagi Malaysia menonjolkan pilihan pelbagai gaya makanan antarabangsa. Acara ini mendokong aspirasi kerajaan untuk mempromosikan Malaysia sebagai Dapur Asia Sebenar - gabungan yang terbaik dari gaya masakan Barat, Asia dan Malaysia. Selama hampir sebulan, restoran-restoran ternama di Malaysia mempersembahkan menu, tawaran, serta acara yang hebat.

Perlumbaan A1 Grand Prix Malaysia (Grand Prix of Nations) A1GP merupakan teraju pentas sukan bermotor bagi mana-mana negara untuk bertanding di peringkat antarabangsa. Ia lebih dari sekadar fenomena lumba motor yang biasa; ia adalah suatu konsep yang amat berlainan. Acara yang menguja peminat sukan lumba kereta ini berlangsung di Litar Lumba Antarabangsa Sepang dan menghimpunkan para pelumba terkemuka dunia.

Piala Monsun Terengganu Pulau Duyong tersohor di seluruh dunia kerana industri pembinaan kapalnya, dan kini ia menjadi tuan rumah Pertandingan Lumba Kapal Layar Antarabangsa di bawah liga Swedish Match Tour. Pelbagai acara menarik yang lain turut diadakan sempena Piala Monsun bagi memaparkan warisan kebudayaan Terengganu yang kaya.

Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) Pameran Antarabangsa Maritim dan Udara Langkawi (LIMA) yang dianjurkan setiap dua tahun ini merupakan salah satu pertunjukan maritim dan udara yang terunggul di dunia. Acara ini amat dinanti-nantikan sebagai pentas utama bagi memaparkan produk dan perkhidmatan pertahanan maritim yang terkini. LIMA menghimpunkan teknologi serta produk terkini dalam industri aeroangkasa. LIMA kini terkenal sebagai salah satu pameran udara utama di dunia, yang pasti disertai oleh syarikat utama industri aeroangkasa.

INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur - selepas China dan Hong Kong.* Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan.

Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini.

Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia.

Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga sedikit sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita’ (pengalaman-pengalaman) para pelancong yang sudah melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi galakan yang terbaik.

· Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden pelancong ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan, kelemahan sistem pengangkutan awam, pencemaran sungai dan kawasan rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak menyumbang kepada pengalaman yang baik kepada para pelancong.

· Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk memajukan industri pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap perlu berlaku dalam memberi layanan terbaik kepada pelancong.

· Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua kementerian, jabatan, agensi dan sektor swasta bagi merangka perancangan dan program bersepadu bagi memajukan industri pelancongan tempatan. Usaha-usaha menggalakkan pelancongan tidak akan membuahkan hasil jika setiap pihak di dalam industri berkenaan tidak menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya.

· Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan di negara ini dijalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang mempunyai pengaruh besar dalam industri pelancongan di rantau ini telah mengadakan persidangan tahunannya di sini. Forum Pelancongan Majlis Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan. Begitu juga dengan Pesta Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa Malaysia (MATTA) 2001 telah dianjurkan di sini.

· Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk memajukan industri pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepada usaha pacuan sektor swasta dengan sokongan sektor awam. Usaha sektor awam atau kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa digerakkan dan didorong oleh sektor swasta. Sektor swastalah yang menggerakkan perniagaan pelancongan sama ada daripada kalangan ejen pelancongan, pengangkutan, perhotelan, rekreasi, penyusun acara, ataupun pusat-pusat membeli-belah.

· Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti mengadakan pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkan infrastruktur.

· Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar industri pelancongan memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia sendiri. Selain pihak kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk memajukan pelancongan, rakyat juga harus bersedia untuk memiliki sikap menyumbang kepada industri ini.

· Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat-tempat awam hinggalah kepada mengambil kira soal pelancongan negara dalam membuat sebarang keputusan semasa menjalankan kerja-kerja seharian.Untuk lebih memahami keperluan pelancong, rakyat negara ini juga harus sendiri menjadi pelancong dalam negeri.

· Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkan kualiti hidup diri sendiri dan keluarga melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga dapat mengukuhkan kekuatan ekonomi industri itu.

· Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih kukuh, maka ini dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya yang akan memudahkannya menerima pelancong luar negara. Selain itu, dengan sering kali melakukan perjalanan, seseorang itu akan memperoleh idea-idea baru bagaimana hendak meningkatkan industri pelancongan di negara ini.

· Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang luar ke negara ini dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia di mata dunia.Pelancongan berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman kepada pengguna merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadi melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan sebagainya.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN SESUATU KAWASAN BERPOTENSI SEBAGAI KAWASAN PELANCONGAN

Bentuk muka bumi:Bergunung ganang; Aktiviti mendaki gunung / tracking+cth gunung.Udara yang nyaman dengan suhu yang rendah dan tumbuhan semulajadi yang menghijau.Jeram dan air terjun untuk mandi manda + cth lokasi.Gizar / kawah gunung berapi + cth gunung berapi.Pantai yang berpasir sesuai untuk bersantai + cth lokasi.Pulau / Laut yang jernih dan mempunyai terumbu karang sesuai untuk selam skuba +cth lokasi.Kawasan paya yang kaya dengan reptilia spt buaya.Tasik buatan manusia / semula jadi sesuai untuk memancing/ berperahu+ cth tasik.Sungai yang sesuai untuk berkayak / memancing + cth sungai.
Iklim:Suhu 27 0C dan panas sepanjang tahun sesuai untuk mandi-manda +cth nama pantai.Suhu bawah 0° C pada musim dingin menyebabkan salji turun dan sesuai untuk ski.
Pemandangan yang menarik:Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan spt terdapat bunga reflesia.Pandangan batu kapur spt stalaktit dan stalakmit.Gua yang menarik + cth gua.Kesan sejarah + cth lokasi.Haiwan spt penyu bertelur +cth pantai.Zoo yang menarik minat pelajar sekolah; muzium + cth.Pusat Sains spt roket ke angkasa, astronomi + ctli lokasi.
Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi spt hotel bertaraflima bintang + cth, padang golf,pusat membeli-belah + cth; penukar wang asing.

Ketersampaian - kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya keretapi /jalan laut:, feri / lapangan terbang +cth lapangan terbang / pelabuhan.
Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong.
Peranan agensi + (nama agensi + peranan).
Peranan kerajaan spt intensif cukai dari kerajaan, persidangan antarabangsa.
Kerjasama serantau spt Tahun Melawat ASEAN .
Kedudukan yang strategik / laluan perdagangan timur-barat.
Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet dari pelabur tempatan / swasta +
Kebudayaan tempatan / seni, budaya,perayaan+cth.
Harga barangan yang murah/ dikecualikan cukai menarik pelancong.
Keselamatan terjamin/ pelancong merasa selamat/keselamatan pelancong.
KEPENTINGAN PELANCONGAN
Pendapatan negara + RM?
.Memajukan bandar-bandar pelancongan spt Melaka, Kuala Kangsar.Peluang pekerjaan bagi penduduk sekitar +cth.
Pemangkin kepada pembangunan kawasan pelancongan spt infrastruktur / kemudahan asas.
Memajukan / menaikkan taraf jalan raya / keretapi / pelabuhan / lapangan terbang.
Menggalakkan industri kraftangan / desa.
Memajukan bekas lombong spt dijadikan padang golf, rekreasi +cth.Hubungan dua hala dengan negara asal pelancong.

KESAN PELANCONGAN TERHADAP ALAM SEKITAR
Penebangan hutan untuk membuka kawasan pelancongan spt membina hotel, jalan raya, taman rekreasi padang golf telah mengakibatkan pelbagai.Kepupusan pokok berharga + cth pokok.Peningkatan kadar suhu kerana kurangnya proses fotosintesis yang menyebabkan bertambahnya kandungan karbon dioksida, kurangnya proses sejat peluhan; muka bumi terdedah kepada sinaran matahari.Habitat haiwan terganggu rantaian makanan haiwan terganggu -haiwan pupus + cth haiwan.Kemusnahan kawasan tadahan hujan.Tanah terdedah kepada hakisan hujan dan matahari; berlaku tanah runtuh gelangsar tanah.Bahan terhakis dialirkan ke sungai menyebabkan sungai keruh, sungai cetek, banjir kilat mudah berlaku.Sungai/pantai tercemar kerana pembuangan sampah oleh pelancong / hotel + cth sungai / pantai.Pembinaan hotel di tepi pantai telah menyebabkan laut tercemar dengan bahan hakisan.Kumbahan dari hotel dan chalet yang dialirkan ke sungai dan laut telah mencemarkan sungai dan laut berkenaan + cth lokasi / sungai.Terumbu karang pupus kerana diambil sebagai cenderamata.Kenderaan yang membawa pelancong mengeluarkan karbon monoksida yang mencemarkan udara; menyumbang kepada kesan rumah hijau; bunyi bising.Pelancongan di kawasan gua / kawasan batu kapur telah mengganggu hidupan spt kelawar.

USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI PELANCONGAN
Membanyakkan kawasan pelancongan spt pulau-pulau yang airnya jernih dan berbatu karang + cth.Membina banyak hotel yang bertaraf lima bintang, padang golf + cth.Menambah lesen agensi pelancongan.Pemuliharaan kawasan-kawasan bEsejarah, kawasan pelancongan sedia ada+cth.Membuka kawasan hutan simpan untuk trekking + cthMembuka kawasan tasik untuk aktiviti memancing,bermain bot + cth tasik.Membina chalet yang sewanya rendah untuk menarik pelancong.Promosi oleh agensi kerajaan (agensi + usaha).Mengadakan persidangan / pameran antarabangsa + cth.Membaiki jalan raya / keretapi / lapangan terbang / pelabuhan supaya kawasan pelanconan mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi spt keretapi Express Langkawi penerbangan MAS ke destinasi antarabangsa.Memberi pengurangan cukai kepada syarikat pelancongan untuk memajukan kawasan baru / membina hotel kos sederhana.Mengadakan kedai bebas cukai + cth lokasi, polis pelancong untuk menjamin keselamatan pelancong.