Isnin, 29 Jun 2009

AKTIVITI KUMPULAN P&P : SATU CADANGAN

KUMPULAN : 1

Baca petikan yang telah diedarkan kepada semua ahli dalam kumpulan anda kemudian sila selesaikan tugasan di bawah:

1. Senaraikan DUA kata adjektif dalam petikan tersebut dan bina ayat yang lengkap daripada kata tersebut.

2. Anda ingin menghadiahkan sebuah sajak kepada ibu anda sempena Hari Ibu tahun ini. Tulis sajak itu selengkapnya.

3. Apakah pendapat orang tua-tua tentang ‘ibu’ dalam petikan ini.
……………………………………………………………………………………………...............................

KUMPULAN : 2

Baca petikan yang telah diedarkan kepada semua ahli dalam kumpulan anda kemudian sila selesaikan tugasan di bawah:

1. Senaraikan DUA kata berimbuhan apitan dan bina ayat yang lengkap daripada kata tersebut.

2. Senaraikan LIMA jasa yang telah dilakukan oleh ibu anda yang tidak dapat anda lupakan hingga hari ini.
3. Apakah yang telah disaksikan oleh penulis tentang ketabahan seorang ibu?
………………………………………………………………………………………….................................

KUMPULAN : 3

Baca petikan yang telah diedarkan kepada semua ahli dalam kumpulan anda kemudian sila selesaikan tugasan di bawah:

1. Senaraikan DUA kata berimbuhan awalan dan bina ayat yang lengkap daripada kata tersebut.

2. Kalau anda sebagai seorang ibu, senaraikan LIMA perkara yang anda akan lakukan untuk menambahkan kasih sayang antara ibu dan anak.

3. Mengapakah penulis ingin membalas segala kepayahan dan keperitan ibunya?
…………………………………………………………………………………………….............................

KUMPULAN : 4

Baca petikan yang telah diedarkan kepada semua ahli dalam kumpulan anda kemudian sila selesaikan tugasan di bawah:

1. Senaraikan DUA kata kerja dan bina ayat yang lengkap daripada kata tersebut.
2. Anda baru sahaja dilantik sebagai Menteri Pembangunan Keluarga dan Wanita. Senaraikan LIMA perkara yang anda akan lakukan untuk mengangkat martabat ibu-ibu di negara kita.

3. Apakah yang dilakukan oleh penulis sempena Hari Ibu dalam petikan ini?
……………………………………………………………………………………………............................

KUMPULAN : 5

Baca petikan yang telah diedarkan kepada semua ahli dalam kumpulan anda kemudian sila selesaikan tugasan di bawah:

1. Senaraikan DUA kata sendi nama ‘di’ dan bina ayat yang lengkap daripada kata tersebut.

2. Anda telah berjaya mencapai cita-cita anda dan memiliki kerjaya yang baik. Senaraikan LIMA perkara yang akan anda lakukan untuk membalas jasa ibu setelah anda berjaya dalam kehidupan.
3. Apakah nasihat penulis kepada kita untuk menyatakan penghargaan terima kasih kepada ibu?

PENUTUP P&P - LAGU JASA BONDA (WARISAN)

Jasa Bonda - Warisan

Tajuk Lagu: Jasa BondaPenyanyi/Artis: Warisan

Kau dibuai mimpi dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untukmu tiada terbatas
Memberi tak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu

Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur

Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan-pesan

Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

(*)

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya

Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

(Ulang *)

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan-pesan

Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
Marah bukan kebencian

Tapi tanda sayang

Submitted by admin · Artist Warisan

Ahad, 28 Jun 2009

DLEMA BAHASA MELAYU KINI

Dilema Bahasa Melayu
Dalam sistem hidup manusia, bahasa berperanan sebagai pengawal kepada proses ketamadunan. Ibnu Khaldun dalam ‘Mukaddimah’ menyatakan bahawa sesebuah negara wujud akibat daripada wujudnya bahasa dan budaya dalam proses pembinaan tamadun dan peradaban manusia.
Sesuatu bangsa itu tidak teguh jika tidak dipertahankan bahasa dan budayanya. Kedua-duanya merupakan agen utama perpaduan di antara sesuatu bangsa. Dalam konteks negara Malaysia yang terdiri daripada beberapa kaum utama ini, sebagai langkah memastikan masyarakat pelbagai kaum di negara ini bersatu padu, adanya bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan adalah sangat penting.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia melalui Perkara 152 (1) memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen. Seksyen 2 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 pula menghendaki bahasa kebangsaan digunakan untuk maksud rasmi.
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebanggaan bangsa Melayu sejak zaman-berzaman. Begitulah sepatutnya. Keagungannya tidak dapat disangkal seawal abad pertama Masihi lagi apabila ia menjadi bahasa ekonomi yang pada ketika itu disebut sebagai ‘bahasa pasar’ kerana sifatnya sebagai ‘lingua franca’ ekonomi perdagangan dan sosial di bumi Nusantara. Pada ketika itu, tidak kiralah dari hemisfera sebelah mana, asal sahaja berhajat untuk meluaskan jalan dagangan, wajib mempelajari Bahasa Melayu.
Bukan sahaja sebagai bahasa ekonomi, Bahasa Melayu turut menjadi bahasa ilmu yang unggul sejak tahun 673 Sebelum Masihi di mana Pendeta I Tsing yang ingin mempelajari agama Buddha telah menuntut di Sriwijaya dan perlu mempelajari Bahasa Melayu untuk tujuan itu.
Itu semua sejarah. Masa-masa lalu yang pernah dibangga-banggakan sebelum ini. Kini, Bahasa Melayu seakan ‘melayu’ di bumi sendiri. Pelbagai langkah telah diambil untuk mengembalikan semula keagungannya, namun tidak kurang juga langkah-langkah yang ‘tersilap langkah’ seakan merendahkannya pula. Bahasa Melayu yang dahulunya dipandang sebagai ‘lingua franca’ dunia perdagangan dan ilmu, kini dikelaskan sebagai ‘bahasa kampungan’ yang tidak mampu membawa pengamalnya ke arah kemajuan.
Bertitik-tolak dari ini, keagungan bahasa Melayu terus merudum dan dipandang sepi. Bahasa ilmu dan perdagangan atau kini disebut sebagai bahasa kemajuan dirampas oleh bahasa Inggeris akibat daripada suatu peralihan pesat yang dipanggil globalisasi. Lebih mendukacitakan, wujud pula satu golongan yang digelar ‘Inggerisofili’ yang muncul dengan nostalgia mereka yang amat tebal terhadap bahasa Inggeris; budaya ‘pelacuran’ bahasa wujud dan berleluasa tanpa sebarang sekatan.
Di kalangan golongan elit Malaysia juga telah timbul satu perasaan kecurigaan tentang kemampuan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa penghantar ilmu sains dan teknologi. Selain itu penggunaan bahasa Inggeris yang memang berleluasa dalam sektor swasta juga tidak pernah tergugat atau digugat (Hashim Musa 1996).
Satu lagi titik besar yang merubah martabat dan kedudukan bahasa Melayu adalah Akta Pendidikan 1996, tafsiran Seksyen 2 yang menerangkan bahawa bahasa kebangsaan hendaklah dijadikan bahasa penghantar di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Walau bagaimanapun, menurut Seksyen 17(1) Menteri ada kuasa mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di mana-mana institusi pendidikan lain.
Perkara 152(1)(a) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan iaitu dengan syarat bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain.
Nik Safiah Karim (1984) pernah mengatakan bahawa pencapaian taraf keintelektualan bahasa Melayu akan menjadi lebih nyata apabila bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa ilmiah. Namun, dengan pengecualian ini, wujudlah idea pembelajaran ilmu sains dan metametik dalam bahasa Inggeris sebagai syarat kononnya bagi mempersiapkan generasi pelapis negara dengan ilmu kemajuan; menerusi bahasa yang dipanggil ‘bahasa kemajuan’.
Terbaru, tiga langkah utama yang dirangkum daripada 13 syor telah ditetapkan bagi memperkasakan bahasa Melayu iaitu meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), mengiktiraf peranan Jawatankuasa Induk Memperkasa Bahasa Kebangsaan (JKIMBK) dan usaha merancakkan industri buku kebangsaan.
Enam jawatankuasa dibentuk bagi melaksanakan program dan tindakan daripada 13 syor tersebut yang terdiri daripada Jawatankuasa Dasar Buku Negara, Jawatankuasa Dasar Bahasa dan Garis Panduan Pelaksanaan, Jawatankuasa Kerja Media Massa dan Jawatankuasa Penggalakkan /Pemupukan dan Kegiatan, Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam dan Jawatankuasa Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta.
Tidak cukup dengan itu, Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sebagai berkata Kabinet telah bersetuju untuk memberi kuasa kepada DBP mendenda pencemar bahasa di negara ini. Denda RM1,000 itu akan dilaksanakan apabila Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 dipinda dan diluluskan Parlimen yang akan menyambung persidangan selepas Hari Raya ini. Namun, tumpuan hanya pada papan iklan dan notis awam.
Satu Khidmat Nasihat Bahasa untuk orang ramai dibuka bagi merujuk penggunaan bahasa yang betul untuk mengelakkan pencemaran bahasa kebangsaan (penulis lebih setuju jika dirujuk sebagai bahasa Melayu) terhadap paparan di tempat umum yang dibuat oleh pihak berkenaan. Kaedah pemantauan yang digunapakai oleh pihak DBP adalah dengan menggunakan jaringan kerja sedia ada yang terdiri daripada 159 munsyi bahasa (guru atau penulis yang berdaftar dengan DBP) di seluruh negara untuk melaporkan sebarang paparan awam yang mencemar bahasa.
Langkah-langkah ini diambil mungkin kerana sudah timbul kesedaran akibat daripada pengamatan sejarah lampau ataupun pengamatan ke arah hemisfera yang tidak luntur kecintaan pada bahasa natifnya, namun masih lagi mampu bergelar negara maju seperti Jepun, Korea Selatan dan Jerman mungkin. Kerana ini kita benar-benar bersyukur.
Perlu diperhalusi, bahasa Melayu telah menjalankan fungsinya sebagai bahasa perpaduan dengan amat baik dan berkesan sehingga dapat mewujudkan persefahaman di kalangan penduduk pelbagai etnik di negara ini. Faktor ini tidak harus dilupakan kerana dengan adanya perpaduan inilah, maka negara dapat dibangunkan dan dimajukan seperti yang ada sekarang ini.

BAHAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BULAN JULAI

ERTI BAHAGIA SEBUAH SENYUMAN IBU
Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku,
Bila ku berduka, engkau hiburkan selalu,
Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku...

Petikan daripada lirik lagu ”ibu”, nyanyian asal P.Ramlee ini kerap berkumandang suatu ketika dahulu. Mendengarkan lirik sahaja, boleh dibayangkan betapa pentingnya sentuhan kasih seorang ibu terhadap anaknya. Bagi saya, tanpa ibu, belum pasti kebahagiaan dan pencapaian hari ini dapat saya miliki. Hanya ibulah tempat bermanja, bergantung kasih, dan tempat mengadu ketika kita berduka. Tetapi, seandainya seorang ibu berada dalam keadaan berduka, dapatkah penawar dicari bagi menghilangkan rasa dukanya itu? Seperti pendapat orang tua-tua, seorang ibu mampu memberikan kasih sayang dan tunjuk ajar kepada sepuluh orang anaknya. Tetapi mampukah sepuluh orang anaknya itu memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada ibunya itu kelak? Kata-kata inilah yang harus kita berikan perhatian dan diambil iktibar agar segala pengorbanan seorang ibu tidak diabaikan.

Sebagai seorang anak lelaki yang lahir dalam keluarga yang sederhana, saya amat bersyukur kerana mendapat kasih sayang dan tunjuk ajar yang secukupnya daripada kedua-dua ibu bapa saya. Sejak kecil, saya menjadi saksi kepayahan seorang bapa dan ketabahan seorang ibu yang terpaksa bersekang mata dan sanggup menahan lapar dan dahaga demi membesarkan anak-anaknya supaya mendapat kasih sayang dan pendidikan yang sempurna. Dahulu, saya mungkin tidak mengerti sepenuhnya ajaran dan suruhan ibu saya. Menjadi hal biasa semasa kecil, ada masanya patuh kepada arahan, dan ada masanya sempat juga melarikan diri daripada disuruh oleh ibu bapa. Tanpa mengira sesiapapun, perselisihan pendapat pasti akan berlaku antara saya, abang, adik, ibu dan ayah. Termasuklah saya yang pernah dimarahi oleh ibu dengan begitu teruk sekali kerana tidak mahu menghadiri kelas mengaji. Sudah pasti, melentinglah ibu saya yang memang memberikan penekanan dan mengambil berat pembelajaran saya terutamanya ilmu dunia dan ilmu akhirat.

Ketika membesar dan menjadi dewasa, tanpa saya sedari, segala yang dititikberatkan dalam kehidupan saya dahulu telah memberikan perubahan dan pengajaran dalam kehidupan saya hari ini. Sedikit demi sedikit, sehari ke sehari,saya mula menyedari betapa pentingnya tunjuk ajar yang diberikannya selama ini. Semuanya banyak memberikan manfaat yang berguna kepada diri saya. Saya pernah bercita-cita untuk menyara keluarga dengan tulang empat kerat ini jika itulah yang mampu mengurangkan beban ibu bapa saya. Alhamdulillah, dengan rezeki yang dikurniakan oleh-Nya, saya mula berusaha untuk mencapai impian saya. Saya mula mengorak langkah mengejar cita-cita yang saya idamkan dahulu. Saya ingin membalas segala kepayahan dan keperitan ibu bapa saya yang telah saya saksikan sejak kecil dahulu. Tetapi saya sedar segalanya tidak mungkin terbayar dengan nilai jutaan ringgit kerana jasa mereka tidak mungkin dapat dihitung dengan wang ringgit dan tidak dapat diukur dengan hasta.

Jasa ibu tetap di hati saya. Hanya doa, kasih sayang dan perhatian sahaja yang dapat saya berikan untuk mereka. Pada saya, cukuplah sebuah senyuman yang terukir di wajah ibu saya yang menyatakan beliau bahagia dengan kehidupan yang saya kecapi hari ini. Tanpamu ibu, pasti jalan yang terbentang hari ini tidak akan terang untuk saya menitinya. Hanya tuhan sahaja yang dapat membalas jasamu. Insya-Allah saya tetap akan cuba menjadi anak yang baik bagi membahagiakan hati seorang ibu yang sangat saya kasihi. Bersempena sambutan Hari Ibu yang baru berlalu, saya telah mengadakan majlis untuk ibu-ibu. Majlis yang telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara baru-baru ini telah mendapat sambutan yang amat meriah. Saya sendiri telah menyambut kedatangan mereka dengan senyuman. Majlis itu telah diserikan lagi dengan nyanyian lagu ”Untukmu Ibu” daripada kumpulan Exist, Siti Nurhaliza menyanyikan lagu ’Ibu’ dan saya sendiri telah menyanyikan beberapa buah lagu popular masa kini. Sempena mengenang jasa ibu yang telah banyak berkorban, saya namakan rumah saya ”Teratak Bonda” sebagai hadiah buat semua ibu di negara tercinta ini.

Melalui cara ini, dapatlah saya menyatakan penghargaan jutaan terima kasih kepada segala pengorbanan dan jasa ibu yang menjaga dan mendidik saya sejak lahir hingga dewasa. Sentiasalah berhubung dan bertanya khabar dengan ibu kita ketika mereka masih hidup. Ibu kita amat merindui kita. Mujurlah teknologi moden yang dicipta pada hari ini boleh menyelesaikan banyak masalah perhubungan apabila kita berjauhan dengan ibu. Telefon, e-mel, sms, mms merupakan antara kaedah untuk bertanya khabar tentang kesihatan ibu di samping menjalankan tanggungjawab kita sebagai anak jika kita tinggal berjauhan. Bantulah ibu dengan melaksanakan tugas-tugas rutin di rumah jika kita tinggal bersama-sama mereka. Mereka semakin tua dan tenaga juga semakin lemah, sudah sampai masanya kita yang mempunyai kekuatan fizikal dan mental pula membantu ibu melaksanakan tugas harian ini. Peluk dan ciumlah ibu kita selagi beliau masih hidup. Ibu, engkaulah ratu di hatiku. Tanpamu, siapalah aku di bumi bertuah ini. Terima kasih, ibu.

Sabtu, 27 Jun 2009

LAGU: UNTUKMU IBU - EXIST


ExistUntuk Mu Ibu

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamuIbu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi
Tuhan Yang EsaAmpuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
Ibu...

LAGU - JASA BONDA

Jasa Bonda
Artist:
Warisan Song Category: Nasyid

Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang
Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda

IBU - JASAMU TETAP DI HATI


Emak, Kamulah Ibu Mithali Yang Sejati
Hari Ibu adalah hari peringatan / perayaan terhadap peranan seorang ibu dalam keluargan, baik untuk suami, anak-anaknya, mahu pun antara lingkungan sosialnya. Hari Ibu juga disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Khususnya di Malaysia Hari Ibu disambut pada hari Ahad minggu ke-2 pada bulan Mei pada setiap tahun.
Peringatan dan perayaan biasanya dilakukan dengan tidak membenarkan ibu daripada membuat tugas domestik yang biasa dilakukan seharian dianggap merupakan kewajibannya, seperti memasak, menjaga anak, dan urusan rumah tangga lainnya. Sila renungkan petikan artikel ini…

Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu
Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. Ibu
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. IbuYang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahkan bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu

Renungkan:
Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah. Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah.
Al-Fatihah juga kepada saudara-saudaraku yang telah kehilangan Ibu tercinta.
Kasihnya ibu membawa ke syurga.

Aku suka sekali dengan petikan ini, walaupun mungkin anda sudah baca di-e-mel atau di blog-blog lain. Aku sendiri amat tersentuh dengan setiap ayat-ayat artikel ini, sungguh menyentuh hati aku sebagai seorang anak yang selalu leka dan cuai.
Marilah kita buka mata dan mata hati kita.
Sesungguhnya sayangilah dan hargailah emak kita sepanjang hidupnya, sementara ada nafas lagi di badan. Aku pun tidak dapat bayangkan macam mana hidup aku apabila tiada diri emak di sisi aku. Entah macam mana keadaan dan cara hidup aku nanti.

Jumaat, 26 Jun 2009

PERAKMAN : ORANG PERAK - SATU PENEMUAN UNIK

Orang Perak
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Orang Perak atau Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di
Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.
Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Malaysian Archaeological Research Centre
USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid, dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000-11,000 tahun.
Perak Man adalah rangka tulang manusia dari zaman batu era Palaeolithic hampir sempurna yang ditemui di
Asia Tenggara dan merupakan tulang prasejarah yang mempunyai congenital deformity yang dikenali sebagai Brchymesophalangia. Perak Man telah dikebumikan dengan posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan tangannya memegang beberapa jenis daging. Ia dikebumikan dengan beberapa peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai.
Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak merupakan ahli penting bagi puaknya.
Perak Man adalah lelaki berumur antara 40-45 tahun dengan ketinggian 154cm, menjalani kehidupan sihat, memakan makanan berfiber dan berjalan dengan membongkok.
Gua Teluk Kelawar terletak di gunung batu kapur Kepala Gajah. Gua ini telah membentuk beberapa tempat berteduh yang didiami oleh beberapa keluarga sejak 10,000 tahun dahulu seperti yang didapati melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM.

Perak Woman pula telah ditemui pada
2004. Ia merupakan tulang berumur 8,000 tahun yang dijumpai di dalam Gua Teluk Kelawar di Lenggong.

Khamis, 25 Jun 2009

BAHASA MELAYU KUNO

Bahasa Melayu Kuno
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Sebelum kedatangan pedagang India ke Kepulauan Melayu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat setempat dikenali sebagai Bahasa Melayu Purba. Bahasa ini kemudiannya dinamakan Bahasa Melayu Kuno setelah mendapat pengaruh India. Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman
kerajaan Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yang bertutur bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu (Kini Semenanjung Malaysia), Kepulauan Riau dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana:
Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding
bahasa Jawa.
Isi kandungan
1 Pengaruh Sanskrit dan Hindu
1.1 Awalan ni- menjadi di-
1.2 Awalan mar- menjadi ber-
1.3 Akhiran -na menjadi -nya
1.4 Ringkasan
2 Batu bersurat dan candi
3 Bahasa Melayu Kuno dan Kerajaan Melayu
4 Lihat juga
5 Pautan luar
//

Pengaruh Sanskrit dan Hindu
Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem
bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi. Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa asing seperti sanskrit diterima. Ini boleh dibuktikan daripada pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang datang dari India, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit. Kesan daripada bahasa sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata Bahasa Melayu Kuno. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya. Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.
Perkaitan antara Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Moden dapat dilihat daripada perkataan perkataan yang kekal daripada dulu sehingga sekarang seperti curi, makan, tanam, air dan sebagainya, serta perkataan yang mempunyai bentuk atau format yang serupa seperti dalam jadual jadual di bawah:

Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu
vulan bulan
nasyik asyik
mangalap mengambil
mamava membawa
saribu seribu
dangan dengan
vanakna banyaknya
sukhacitta sukacita
ko ke

Awalan ni- menjadi di-
Penggunaan awalan di- dalam Bahasa Melayu Moden sama dengan awalan ni- dalam Bahasa Melayu Kuno dan awalan diper- sama seperti nipar-.
Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu
nimakan dimakan
niminumna diminumnya
niparvuat diperbuat

Awalan mar- menjadi ber-
Awalan ber- dalam Bahasa Melayu moden hampir sama dengan awalan mar- dalam Bahasa Melayu Kuno.
Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu
marvanum berbangun
marvuat berbuat

Akhiran -na menjadi -nya
Akhiran -na yang digunakan dalam Bahasa Melayu Kuno sama dengan -nya pada masa kini.
Bahasa Melayu Kuno Bahasa Melayu
vinina bininya
vuahna buahnya

Ringkasan
Secara ringkasnya berikut merupakan ciri ciri Bahasa Melayu Kuno
Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit seperti tatkala, air dan sebagainya
Bunyi b ialah v dalam Bahasa Melayu Kuno. Contohnya bulan ialah vulan
Bunyi e pepet tidak wujud. Contoh: dengan - dngan atau dangan
Awalan ber- ialah mar- dalam Bahasa Melayu Kuno (contoh: berlepas-marlapas)
Awalan di- ialah ni- dalam Bahasa Melayu Kuno (Contoh: diperbuat - niparvuat)
Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua - samuha; saya - sahaya)

Batu bersurat dan candi
Salah satu bukti sejarah bahasa Melayu yang penting ialah batu bersurat. Beberapa batu telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara (alphabet)
Pallawa iaitu sejenis tulisan yanb berasal dari selatan India. Berikut adalah antara batu bersurat yang ditemui.
Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 M. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava.
Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M. Batu
Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M.
Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M.
Batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.
Batu Bersurat Pagar Ruyung (1356 M)
Pengaruh agama
Hindu dan Buddha cukup kuat dalam bahasa dan budaya pada zaman bahasa Melayu kuno. Bahkan banyak candi yang dibina di Alam Melayu yang dipengaruhi oleh budaya Hindu dan Buddha dari India, seperti candi-candi di Lembah Bujang, Muara Takus dan Pagarruyung di Sumatera, dan candi Borobodur dan Prambanan di Pulau Jawa.

Bahasa Melayu Kuno dan Kerajaan Melayu
Bahasa Melayu juga merupakan bahasa yang diguna pakai dalam kerajaan Melayu kuno. Kerajaan-kerajaan Melayu kuno yang diketahui adalah (tidak menurut sebarang susunan) ialah
Oc-eo
Lembah Bujang
Ko-ying
Kerajaan Funan
Srivijaya
Kerajaan Angkor
Majapahit
Kedah Tua
Melaka

SEJARAH SISTEM EJAAN RUMI BM

Sebelum abad ke-19, sistem ejaan bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan bahasa Arab. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan kepada batu-batu bersurat yang ditemui di sekitar Nusantara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai medium untuk menyampaikan maklumat. Oleh hal yang demikian, untuk mengkaji sistem ejaan bahasa Melayu sebelum kurun ke-19 eloklah dikaji berdasarkan batu-batu bersurat tersebut.

Antara batu-batu bersurat tersebut ialah batu bersurat yang bertarikh 683 masihi. Batu bersurat itu ialah Batu Bersurat Kedukan Bukit yang dijumpai di Palembang. Seterusnya Batu Bersurat Talang Tuwo yang bertarikh 684 masihi. Diikuti oleh Batu Bersurat Karang Berahi yang di jumpai di Sg. Merangin, Hulu Sg. Jambi bertarikh 686 masihi. Batu bersurat yang bertarikh 686 masihi iaitu Batu Bersurat Kota Kapur di jumpai di Bangkahulu. Di ikuti Batu Bersurat Kertanagara pada tahun 1285 masihi. Batu Bersurat Pagar Ruyong pula bertarikh 1356 masihi. Batu bersurat yang terakhir telah dijumpai bertarikh 1375 masihi iaitu Batu Bersurat Surawasa yang dijumpai di Hulu Sg. Batang hari.

Bagi mengkaji dengan lebih terperinci bentuk dan sistem ejaan bahasa Melayu sebelum kurun ke-19 terutamanya bahasa Melayu kuno, berikut ditunjukkan teks tulisan yang dijumpakan pada batu bersurat tertua iaitu batu bersurat Kedukan Bukit yang dijumpakan di Palembang. Antara ayat yang terdapat pada teks pada batu bersurat tersebut adalah itu ialah ‘Swasti Shri’ yang bermaksud selamat dan bahagia. ‘Shokawarsatito 605 Ekadoshi’ pula bermaksud dalam syaka 605, pada sebelas. ‘Shuklapaksa Wulan Waishokha Dapunta’ telah diberi makna sebagai hari bulan terang dari bulan. ‘Hiyang naik disambau mengalap Siddhayantra’ pula bermaksud waisyakha Baginda naik kapal mencari untungnya. ‘Di Sartami Shuklapaksa Wulan’ bermaksud pada tujuh hari bulan terang dari bulan. ‘Jyestha dapunta hiyang marlapus dari Minanga Tamwan’ membawa maksud Jyestha Baginda berangkat dari muara Tamvan (Tamvar?).

‘Mamawa jang bala dua laksa’ pula bermaksud membawa bala dua laksa. ‘Dangan…. dua ratus’ pula di maknakan dengan dengan...dua ratus. ‘Tsyara disambau dangan jalan’ pula dimaksudkan dengan pawang di kapal yang jalan kaki. Manakala ‘Saribu tlu ratus sapuloh dua’ bermaksud seribu dua ratus tiga belas. ‘Datang Di matajap’ bermaksud datang di Matajap (Mataya). ‘Sukhotshitta’ bermaksud sukacita. ‘Di pantshami shluklapaksa Wulan’ bermaksud pada lima hari bulan terang dari bulan. ‘…..loghu mudik datang’ bermaksud belajar mudik datang. ‘Marwuat manuo…Syriwijaya’ bermaksud membuat benua … Sriwijaya’. ‘Jayasiduhayatia subhiksa’ pula di maksudkan dengan kota yang jaya, yang bahagia, dan yang makmur.
Ismail Hamid dalam bukunya Masyarakat dan Budaya Melayu merumuskan bahawa tidak terdapat letupan bilabial bersuara tetapi digunalkan vokal bilabial, misalnya perkataan wulan (bulan), wanyak (banyak) dan wuat (buat) dalam teks yang ditemukan pada batu bersurat tersebut. Kedua, huruf e pepet tidak digunakan atau ditulis dengan vokal a, misalnya dengan ditulis dngan atau dangan. Ketiga awalan ber- ditulis dalam bahasa Melayu kuno dalam bentuk mar-, misalnya marlepas (berlepas) dan marwat (berbuat).Keempat, awalan ni- dahulu adalah sama dengan awalan di- sekarang misalnya niparwat (diperbuat) dan nikenai (dikenai). Jadual di bawah menunjukkan perbandingan antara ejaan pada Batu Bersurat Kedukan Bukit dengan ejaan bahasa Melayu moden.

Secara amnya, teks pada batu-batu bersurat membuktikan perkataan bahasa Melayu kuno banyak dipinjam dari bahasa Sanskrit. Tulisan pada batu bersurat ini menggunakan tulisan Kawi dan Nogori yang berasal dari Pallava di India. Namun pada kurun ke-13 & ke-14, tulisan bahasa Melayu telah menggunakan huruf arab yang dikenali sebagai tulisan jawi. Hal ini dapat dibuktikan dengan terjumpanya batu bersurat Kuala Berang.
Huruf-huruf jawi terdiri daripada 29 huruf-huruf arab dan 5 huruf yang dicipta oleh orang Melayu. Ejaan-ejaan jawi telah disesuaikan dengan lidah orang melayu. Menurut Prof. S.M Naquib Al-Attas, 5 huruf tersebut ialah ‘ca’, ‘nga’, ‘pa’, ‘ga’, dan ‘nya’. Menurut Omar Awang pula huruf ‘ca’ dan ‘ga’ diambil dari huruf parsi.

Bermula kurun ke-16, rujukan tentang ejaan bahasa Melayu telah diperkaya oleh sarjana asing dan tempatan. Pada1521, Pigafetta, seorang kelasi Itali telah berlayar bersama dengan Magellan dan singgah di Pulau Tidora dan menyusun daftar kata Melayu-Itali iaitu daftar kata bahasa Melayu tertua.

Pada 1603 pula, Spraeck Ende Wood, gabenor Belanda di Ambon telah menerbitkan ‘Book in do Malaysche ende Madagaskar Talen o Frederick De Houtman. Buku ini ditulis dalam bahasa Belanda dan mengandungi senarai BM dan Madagascar. Tun Seri Lanang telah merawikan Sejarah Melayu pada 1612.

Pada 1613, Paderi Dovie Haex telah menyusun sebuah kamus Melayu-Latin dan Latin-Melayu untuk tujuan penyebaran agama kristian. Kamus ini dikenali sebagai Pretionarium Malaicum-Latinum et Latinum. Kamus ini juga membicarakan tentang tatabahasa misalnya imbuhan meN-, peN-, beR-, dan sebagainya. Kamus Belanda-Melayu dan Melayu-Belanda telah ditulis oleh Caspar Wittans dan Sebastian Danckaerts di The Hague 1623.

BATU BERSURAT KOTA KAPUR

Batu Bersurat Kota Kapur
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Batu Bersurat Kota Kapur.
Pada Batu Bersurat Kota Kapur perkataan/
bahasa Melayu telah lebih banyak ditemui dan unsur bahasa Sanskrit semakin berkurang. Beberapa perkataan bahasa Melayu Kuno sebahagian telah memperlihatkan irasnya dan sebahagian lagi kekal digunakan hingga kini, seperti: abai, aku, batu, banyak, benua, beri, buat, bulan, bunuh, datu, dengan, di dalam, dosanya, durhaka, gelar, hamba, jahat, jangan, kait, kasihan, kedatuan, keliwat, kita, lawan, maka, mati, merdeka, mula, orang, pahat, persumpahan, pulang, roga, sakit, suruh, tapik, tambal, tatkalanya, tetapi, tida, tuba, ujar, ulang, ulu, dan yang. Imbuhan awalan ialah: ni-, di-, mar-, par-, ka-. Imbuhan akhiran pula ialah: -i dan -an.
Batu bersurat ini ditemukan oleh J.K. van der Meulen di Kota Kapur, sebuah pekan di Pulau Bangka, pada tahun 1892. Berbeza daripada Batu Bersurat Kedukan Bukit dan Batu Bersurat Talang Tuwo, Batu Bersurat Kota Kapur dijumpai jauh dari Palembang. Batu bersurat ini dipercayai dibawa ke Pulau Bangka kerana tidak ada batu lain seperti itu di pulau tersebut. Batu Bersurat ini bertarikh 608 tahun Saka (686 Masihi) dan mengandungi 10 baris ayat.
Secara ringkasnya, kandungan Batu Bersurat Kota Kapur berkisah tentang sumpahan raja Sriwijaya terhadap kerajaan di Pulau Jawa sebelum Sriwijaya menyerang kerajaan tersebut.

Terjemahan teks Batu Bersurat Kota Kapur:
Bahagia...(diikuti perkataan jampi) hai kamu sekalian dewa yang mulia yang hadir menjaga kedatuan(kerajaan) Sriwijaya, dan kamu juga sekalian dewa yang menjadi permulaan segala sumpah. Apabila ada orang di bumi di bawah kedatuan ini berpakat dengan orang jahat, menegur orang jahat, mendengar kata orang jahat,mengenali orang jahat, tidak menghormati, tidak tunduk, tidak setia akan daku dan akan dia, yang kuberi kedudukan (menjadi) datu,sangat (busuklah) perbuatan orang itu, biarlah mereka ini dibunuh sumpah. Rombongan di bawah perintah datu Sriwijaya akan dihantar ke padang untuk menghukum mereka, sanak saudara mereka dan keluarga mereka. Begitu juga sekalian orang yang berbuat jahat, seperti mengganggu (merosakkan) fikiran orang, membuat orang sakit, membuat orang menjadi gila, menggunakan mantera guna-guna dan racun, upas, tuba, sirih setangkai (yang telah dibubuh guna-guna), pengasih, paksaan dan lain-lain lagi. Semoga perbuatannya yang keji (jahat) itu gagal dan pulang kembali kepada yang berdosa berbuat jahat itu. Tambahan lagi, biar mereka yang menyuruh berbuat jahat itu dibunuh sumpah. Sesiapa yang menyuruh orang memusnahkan batu yang dipasang ini, maka mudah-mudahan mereka pula dibunuh sumpah dan dihukum segera. Mereka yang membunuh, memberontak, tidak setia akan daku, sangat (busuklah) perbuatan mereka. Semoga mereka dibunuh sumpah ini! Tetapi jika mereka tunduk, setia akan daku dan akan dia yang kuberi kedudukan menjadi datu, perbuatan mereka, sanak saudara mereka dan keluarga mereka direstui. Untunglah mereka, selamatlah mereka! Mereka tidak akan ditimpa penyakit dan bencana, makmur pula seluruh negeri mereka. Pada tahun Saka 608 hari pertama bulan terang bulan Waisaka sumpah ini telah diumumkan dan telah dipahat di perbatasan sewaktu tentera Sriwijaya dihantar untuk menakluk bumi Jawa yang tidak tunduk kepada Sriwijaya.

Kesimpulannya:
Batu Bersurat Kota Kapur menyeru dewa-dewa dan makhluk-makhluk tinggi yang lain supaya melindungi kerajaan Sriwijaya dan memberikan kebahagian kepada sesiapa yang mengabdikan diri kepada kerajaan itu dan mengutuk mereka yang tidak setia. Menurut Chhabra dan Slametmuljana, batu bersurat ini merupakan piagam persumpahan daripada permerintah Sriwijaya terhadap kerajaan di Pulau Jawa sebelum Sriwijaya melakukan operasi serangan ke atas kerajaan tersebut.
Diambil daripada "
http://ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Bersurat_Kota_Kapur"

BATU BERSURAT TALANG TUWO

Batu Bersurat Talang Tuwo
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Batu Bersurat Talang Tuwo merupakan sebuah batu bersurat yang dijumpai di Sumatera Selatan dan dipercayai dituis sekitar 684.

Kandungan
Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat Talang Tuwo yang telah ditransliterasikan ini:
Svasti.cri cakavarsatita 606 dim dvitiya cuklapaksa vulan caitra.sana tatkalana parlak Criksetra ini.niparvuat parvan dapunta hyang Cri Yayanaca (-ga) ini pranidhanan dapunta hyang savanakna yang nitanam di sini.niyur pinang hanau rumviya dngan samicrana yang kayu nimakan vuahna.tathapi haur vuluh pattung ityevamadi.punarapi yang varlak verkan dngan savad tlaga savanakna yang vualtku sucarita paravis prayojanakan punyana sarvvasatva sacaracara.varopayana tmu sukha di asannakala di antara margga lai.tmu muah ya ahara dngan air niminumna.savanakna vuatna huma parlak mancak muah ya manghidupi pacu prakara.marhulun tuvi vrddhi muah ya jangam ya niknai savanakna yang upasargga.pidana svapnavighna.varang vuatana kathamapi.anukula yang graha naksatra pravis diya.Nirvyadhi ajara kavuatanana.tathapi savanakna yam khrtyana satyarjjava drdhabhakti muah ya dya.yang mitrana tuvi janan ya kapata yang vivina mulang anukala bharyya muah ya.varamsthanana lagi curi ucca vadhana paradara di sana punarapi tmu ya kalyanamitra. marvvangun vodhicitta dngan maitridhari di dang hyang ratnaraya jangan marsarak dngan dang hyang ratnaraya.tathapi nityakala tyaga marcila ksanti marvvangun viryya rajin tahu di samicrana cilpakala paravis.samahitacinta.tmu ya prajna smrti medhavi.punarapi dhairyyamani mahasattva vajracarira.anubamacakti.jaya tathapi jatismara.avikalendriya.mancak rupa.subjaga hasin halap.ade yavakya vrahmasvara.jadi laki.svayambtu.puna (ra) pi tmu ya cintamaninidhana tmu janmavacita. karmmavacita clecavacitaavasana tmu ya anuttarabhisamyaksam vodhi.

Bahasa Melayu Kuno yang dapat kita kesan daripada batu bersurat di atas di antara lain ialah:

vulan = bulan
tatkalana = tatkalanya
nivarbuat = diperbuat
savanakna = sebanyaknya
nitanam = ditanam
niyur = nyiur
hanau = enau
rumvia = rumbia
dngan = dengan
nimakan = dimakan
vuahna = buahnya
tathapi = tetapi
haur = aur
vuluh = buluh
pattung = betung
tlaga = telaga
punyana = punyanya
tmu = temu, bertemu
margga = marga
sukha = suka
niminumna = diminumnya
savanakna = sebanyaknya, sebanyak-banyaknya
vuatna = buatnya
manghidupi = menghidupi
prakara = perkara
varang = barang
vuatana = buatannya
marvvangun = membangun
Harun Aminurrashid mengutip terjemahan Slametmuljana berkenaan dengan bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat Talang Tuwo tersebut adalah seperti yang berikut ini:

Bahagia! Tahun Saka 606 pada hari kedua bulan terang caitra, itulah waktunya taman Sriksetra ini diperbuat, milik Dapunta Hyang Sri Jayanaga. Ini Pesan Dapunta Hyang: Semuanya yang ditanam di sini; nyiur, pinang, enau, rumbia dan lain-lain yang (berupa) pohon, dimakan buahnya, serta aur, buluh betung dan yang semacam itu. Demikian pula taman-taman lainnya dengan tebat telaga, semuanya yang kuperbuat, semua perbuatan baik, dimaksud untuk kebahagiaan semua makhluk yang bergerak dan tidak bergerak. Hendaklah daya upaya beliau yang sangat baik itu mendapat kesukaan di kemudian hari dengan jalan lain. Semoga beliau mendapatlah makanan dan air untuk minumnya. Semuanya yang dibuatnya; ladang, kebun luas, menghidupi binatang-binatang, ramai para abdi suburlah. Jauhkanlah beliau dari segala bencana, siksaan dan penyakit tidak dapat tidur. Bagaimanapun barang usahanya hendaknya berhasil baik, binatang-binatang lengkap semua, beliau dari sakit, dibuat awet muda. Dan lagi hendaklah semua yang disebut abdi setia baktilah mereka pada beliau. Yang menjadi sahabat beliau janganlah mereka itu menderhaka pada beliau; yang menjadi bini beliau hendaklah tetap setia sebagai isteri pada beliau. Di manapun beliau berada, janganlah dilakukan curi, curang, bunuh dan zina di situ. Dan lagi, hendaklah beliau bertemu dengan khalyanamitra, membangun bodhichita dengan maitri, menjadi pertapa pada dang hyang Ratnatraya, melainkan sentiasa teguh bersila dengan senang membangun tenaga, keuliten, pengetahuan tentang perbezaan semua sipakala dan pemusatan fikiran. Mudah-mudahan beliau memperoleh pengetahuan, ingatan dan kecerdasan dan lagi ketetapan mahasatwa badan manikam vajracarira yang sakti tanpa upama, kemenangan, dan lagi ingatan kepada kelahiran yang sudah lampau, indria lengkap, rupa penuh, kebahagiaan, kegembiraan, ketenangan, kata manis, suara Brahma, jadi lelaki kerana kekuatannya sendiri, hendaklah beliau memperoleh cintamaninidhara, memperoleh janmawacita, karmmawacita, akhirnya beliau mendapat anuttarabisamyaksambodhi.

BATU BERSURAT KEDUKAN BUKIT

Batu Bersurat Kedukan Bukit
Batu Bersurat Kedukan Bukit dijumpai oleh M. Batenburg pada 29 November 1920, di Sumatera Selatan, di Kedukan Bukit di tepi Sungai Tatang yang mengalir ke sungai Musi. Batu Bersurat "Prasasti" ini berbentuk batu kecil, berukuran 45 x 80 centimeter. Tarikh batu bersurat ini ialah 683 masehi menggunakan bahasa Pallava.

Isi Kandungan

Batu Bersurat Kedukan Bukit
Walaupun kandungannya batu bersurat kedukan ini adalah di dalam bahasa Melayu namun keseluruhan kandungan tersebut diterjemah dengan menggunakan sejenis bentuk tulisan dari negara
Pallava (sebuah negara Tamil dari India selatan)

Alihaksara diplomatis
svasti śrī śakavaŕşātīta 605 (604 ?) ekādaśī śu
klapakşa vulan vaiśākha dapunta hiya nāyik di
sāmvau mangalap siddhayātra di saptamī śuklapakşa
vulan jyeşţha dapunta hiya maŕlapas dari minānga
tāmvan mamāva yam vala dualakşa dangan ko-
duaratus cāra di sāmvau dangan jālan sarivu
tlurātus sapulu dua vañakña dātam di mata jap
sukhacitta di pañcamī śuklapakşa vula….
laghu mudita dātam marvuat vanua …..
śrīvijaya jaya siddhayātra subhikşa .....
(Catatan: /v/ dalam bahasa Melayu modern menjadi /b/).

Penterjemahan
Selamat bahagia pada tahun saka 605 hari kesebelasdari bulan terang bulan waisaka daputabaginda naik perahu mencarirezekipada hari ketujuh bulan terangbulan jyesta dapunta baginda berlepasdari muara Kamparmembawa askar dua laksadua ratus orang di perahuyang berjalan seribu tiga ratus dua belas banyaknyadatang di matada dengan suka citapada hari kelima bulan terang bulan asadadengan lega datangmembuat negeri ...
Srivijayayang berjaya, yang bahagia, yang makmur
Om swasti astu! Salam sejahtera. Pada
tahun Saka 605, hari ke 11, paruh terang bulan Waisaka, Sri Baginda naik sampan untuk mendapatkan “siddhayatra” (1). Pada hari 7, hari ke 15 paruh terang bulan Jyestha, Sri Baginda melepaskan dirinya dari minga tamban (?). Beliau membawa bala tentara dua laksa dengan … banyaknya dua ratus di sampan dengan pejalan seribu tiga ratus duabelas . Mereka datang di … Sungguh bersukacita pada hari ke 15 paruh terang bulan…, ringan, gembira dan datang melawat daerah … Sriwijaya jaya! sukses dan kaya …(1) Menurut Coedes siddhayatra berarti semacam losen anjaib atau “cairan bertuah”. Tetapi menurut kamus Jawa Kuna Zoetmulder (1995): kejayaan dalam perjalanan. Oleh itu, ayat di atas ini boleh difahamkan sebagai: “Sri Baginda naik sampan untuk menyerang, berjaya dalam perjalanannya.”

Maksud
"Pada suatu tempat Raja Jayanasya naik ke kapal untuk mencari untungnya dan sampai dengan angkatannya ke muara Sungai Musi . Sesudah beberapa lama isytirehat, ia mudik dengan kapal-kapalnya; waktu itu bahagian terbesar daripada bala tenteranya tinggal di kapal dengan 200 orang pawang sedangkan gerombolan yang 1312 orang banyaknya menyusur tepi sungai ( untuk mencari tempat yang baik untuk mendirikan negeri) . Di Matayap( ?) berhenti dan berisytirehat , kemudian terus pula pula mudik , sampai didirikan kota Seriwijaya"

atu keramat
Batu bersurat ini telah dijadikan batu keramat oleh penduduk di tepi Sungai Musi bagi mendapatkan kekuatan semasa mereka berlumba perahu dengan para pendayung dari kampung-kampung lain.

BATU BERSURAT TERENGGANU

Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah dipersembahkan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan di atas Bukit Puteri.
Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di
Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian disebe lah atasnya dan ditulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah.
Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium
Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura.
Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di
Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu

Kandungan
Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut
Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum di pindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60-an.

Muka pertama
RasululLah dengan yang arwah santabi mereka
Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
Dengan benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
Di Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.
Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
Bumi penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
Lika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
Bicara berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
Tuhan menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
Jumaat di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
Baginda RasululLah telah lalu tujuh ratus tua.

Muka kedua
Keluarga di Benua jauh kan
Datang berikan.keempat orang berpiutang.
Jangan mengambil....(a)mbilhilangkanemas.
Kelima derma barang orang....(mar)dika.
Jangan mengmbil tugas buat temasnya.
Jika ia ambil hilangkan emas.Keenam derma barang.
Orang berbuat bala cara laki-laki perempuan satitah.
Dewata Mulia Raya jika merdeka bujang palu.
Seratus ratun jika merdeka beristeri.
Atawa perempuan bersuami ditanam hinggakan.
Pinggang dihambalang dengan batu matikan.
Jika inkar (bala cara) hambalang jika anak mandalika.....

Muka ketiga
Bujang dandanya sepuluh tengan tiga jika ia.........
Menteri Bujang dandanya tujuh tahil se (paha)....
Tengah tiga, jika tetua bujang dandanya lima (tahil....
Tujuh tahil sepaha masuk bandara, jika O (rang).....
Merdeka. Ketujuh derma barang perempuaan hendaak..........
Tiada dapat bersuami, jika ia berbuat balabicara..............

Muka keempat
..........tiada benar dendanya setahil sepaha kesembilan derma.
..........Seri Paduka Tuhan (Tuan) siapa tiada harta dendanya.
..........Ke sepuluh derma jika anakku, atawa pemaainku atawa cucuku atawa keluarga ku atawa anak.
..........tamra ini segala isi tamra barang siapa tiada menurut tamra ini laknat Dewata Mulia raya.
...........di jadikan Dewata Mulia Raya bagi yang langgar acara tamra ini.

[sunting] Tarikh tepat
Tarikh tepat bagi penulisan batu bersurat ini tidak dapat ditentukan dengan tepat. Teks pada batu bersurat ini ada menyatakan mengenai tarikh ia ditulis, iaitu "
Jumaat di bulan Rejab di tahun saratan di sasanakala Baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua". Namun begitu, mesej teks ini agak kabur dan menimbulkan keraguan dalam kalangan sejarawan.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof. Dr.
Syed Muhammad Naguib Al-Attas, tarikh bagi batu bersurat ini ialah Jumaat, 4 Rejab 702 H, bersamaan dengan 22 Februari 1303

Lirik Lagu Oh, Ibu : Exist

Untuk Mu Ibu
by Exist ( 3816 views)[ print lyric tell a friend ]
Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi
( 1 )
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
( 2 )
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
( 3 )
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

( ulang 1, 2, 3 )
Ibu...

Rabu, 24 Jun 2009

BM SPM: SATU CADANGAN

Ahad, Jun 14, 2009

SOALAN KBKK - PECUTAN AKHIR BM JUN 2009
Cerpen Virus Zel untuk Abah .

1. Kepentingan komputer dalam kehidupan harian.

2. Cara-cara membantu ibu tunggal di Malaysia

3. Cara-cara anak menangani tekanan akibat perceraian ibu bapa

4. Cara-cara merapatkan hubungan kekeluargaan yang retak.

5. Peranan rakan untuk membantu orang yang bermasalah.

6. Cara-cara mewujudkan keluarga bahagian/ tidak bercerai-berai.

7. Usaha menambah bilangan usahawan wanita di Malaysia.

8. Cara-cara membanyakan usahawan dalam bidang teknologi maklumat.



Cerpen Lambaian Malar Hijau.

1. Kepentingan pemuliharaan hutan.

2. Kepentingan hutan

3. Sebab orang asli kurang mementingkan pelajaran

4. Cara-cara untuk membantu masyarakat orang asli supaya menjadi lebih maju/ moden / mengeluarkan mereka daripada kemiskinan.


Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 02:23 0 ulasan

Baca petikan drama di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

IBU : Eh, duduklah Bang Majid!

MAJID :Ya, ya. Baik, terima kasih. (Duduk) Umar tak datang?

IBU : (Duduk berhadapan) Ya, dia datang tadi, baru juga keluar.Kejap lagi baliklah dia. (Diam sebentar) Apa khabar di kampung?

MAJID : Alhamdulillah, baik semuanya. Nampaknya tahun ini padi jadi benar, tak tertuai kita. Rambutan dah berputik. Tak lama lagi adalah orang memajaknya.

IBU : (Teringat)Bang Majid tentu haus...! (Bangkit berjalan ke pintu, memanggil) Piah!

SAFIAH : (Dari dalam) Yaa! Apa mak!IBU : Bawakan air untuk pakcik kau ni, jauh jauh datang, haus....

SAFIAH : (Masih dari dalam) Nanti kejap, mak! (Diam sebentar) Kopi, ya mak?

IBU : Tengah-tengah hari ini, buatkan air limau sahaja. (Kembali duduk di kerusinya menyambung bual) Kata, kebun yang di baruh tu nak dijual?

MAJID : Begitulah, dah banyak yang menawarnya. Kebun tu pun tak begitu jadi. Dekat sangat dengan hutan. Buah-buah tak bersisa dibaham kera, monyet. (Diam sesaat) Hajat hati kalau dapat duitnya, kami nak ke Mekah.

IBU : (Cepat menoleh memandang Pak Majid, terkejut dan rung) Ya? Syukur kalau begitu.

MAJID: (Senyum memandang bakal besannya) Dik Limah bila pula, takkanlah tak ada rancangan.
(Dipetik daripada Serunai Malam, dalam Antologi Anak Laut,Dewan Bahasa dan Pustaka)

Soalan Konteks :( Jawaban dipilih daripada petikan yang diberi )

Apakah alasan Majid menjual tanahnya di baruh ?
Isi jawapan :

MAJID : Begitulah, dah banyak yang menawarnya. Kebun tu pun tak begitu jadi. Dekat sangat dengan hutan. Buah-buah tak bersisa dibaham kera, monyet. (Diam sesaat) Hajat hati kalau dapat duitnya, kami nak ke Mekah.

1. Sudah banyak orang yang berminat untuk membelinya/ bertanya tentang tanah di baruh itu
2. Kebun itu tak begitu jadi/ hasil kebun itu tidak memuaskan/ hasil tanaman tidak seperti diharapkan.
3. Dekat sangat dengan hutan/ kebun itu jauh dari petempatan Majid/ kedudukan tidak strategik.
4. Buah-buahan tak bersisa dibahan kera dan monyet/ hasil kebun dimakan oleh kera dan monyet sehingga habis.
5. Hajat hati kalau dapat duitnya, kami nak ke Mekah/ Daripada hasil jualan tanah itu Majid ingin pergi ke mekah.

Skema :
Jika "isi cukup" ialah 2,
maka calon boleh mengemukakan dua isi maksimum.
Dicadangkan supaya pelajar memberi lebih isi jawaban kerana ditakuti salah satu jawaban yang diberi tidak tepat/ salah.
Jawab dalam ayat yang lengkap dengan memasukkan predikat soalan.

Majid menjual tanahnya di baruh kerana ..............., ................ dan........................... . ( Pelajar boleh memasukkan tiga isi dalam satu ayat majmuk. )

Soalan KBKK .
Pada pendapat anda apakah langkah-langkah untuk membantu golongan petani di malaysia ?Jawab/ beri isi mengikut skop yang berbeza.

Contoh isi dalam skop sama :
1. Bank/ institusi kewangan sediakan pinjaman mudah
2. Agensi kerajaan sediakan skim bantuan modal untuk petani
Contoh isi mengikut skop berbeza :1. KEWANGAN - agensi kerajaan/ bank/ NGO beri pinjaman kewangan.
2. Agensi yang membantu memasarkan hasil pertanian dengan efektif - FAMA
3. Menghasilkan penyelidikan baka baru hasil pertanian - MARDI
4. Sediakan ruang niaga yang strategik untuk menjual hasil pertanian - peranan MARA dan UDA membeli bangunan dan rumah kedai untuk disewakan.
5. Kursus berterusan - membangunkan modal insan - pengurusan kewangan.

SOALAN KOMSAS :Untuk soalan petikan cerpen/ drama ( S2b iii)... beri fokus kepada perwatakan, nilai dan pengajaran. Tema dan persoalan juga perlu diberi perhatian.
Contoh : 1. Satu nilai daripada petikan drama dan dua nilai daripada drama keseluruhan.
2. Pemikiran dalam drama
3. Perwatakan Safiah dalam petikan dan drama.

PEPERIKSAAN SPM(U) JUN 2009 - TEKS PERLU DIBERI TUMPUAN
Teks yang belum digunakan dalam peperiksaan SPM.
CERPEN
1. Annyss Sophillea
2. Lambaian Malar Hijau
3. Virus Zel Untuk Abah
DRAMA
1. Serunai Malam
2. Kerusi

PROSA KLASIK
1. Sabor

SAJAK
1. Duhai Pentafsir
2. Di Ruang Gemanya
3. Anak Laut
4. Derita Pertama
5. Jalan jalan raya kotaku

PUISI TRADISIONAL
1. Pantun Kiasan
2. Seloka Pak Kaduk
3. Pantun Enam Kerat
4. Syair Kelebihan Ilmu


MEMBERI ATAU MEMBERIKAN

Soalan:Assalamualaikum cikgu Ghalib,Cikgu, antara 2 ayat berikut yang manakah lebih tepat.
i) Perkembangan sektor pelancongan memberi kesan yang positif kepada pengusaha hotel dan chalet.
ii) Perkembangan sektor pelancongan memberikan kesan yang positif kepada pengusaha hotel dan chalet.

Bagaimanakah cara yang mudah untuk membezakan sesuatu ayat itu sama ada perlu ada imbuhan akhiran -kan atau tidak?
Terima Kasih.Drp:Cikgu Fakrya

Jawaban:
Ayat (i) tidak gramatis,
manakala ayat (ii) gramatis.
Untuk mengetahui awalan men- dan apitan men—kan dan me---i dengan tepat, seseorang itu mestilah mengetahui apitan men—kan dan men---i yang mempunyai dua objek. Sebagai contohnya, perkataan memberi sebenarnya berasal daripada apitan me---i, iaitu memberii. Apitan ini memerlukan dua objek, iaitu memberi kucing makanan. Frasa ini boleh diparafrasakan dengan frasa memberikan makanan kepada kucing.Banyak bentuk apitan men—kan dan men—i yang berbentuk seperti ini:
menghadiahi ibu sehelai kain batik --> menghadiahkan sehelai kain batik kepada ibu.
menganugerahi beliau pingat kebesaran---> menghadiahkan pingat kebesaran kepada beliau.
menawari beliau jawatan itu ---> menawarkan jawatan itu kepada beliau.

mengajar (i) mereka Matematik Tambahan --->mengajarkan Matematik Tambahan kepada mereka.
mengirimi kakak sepucuk surat --> mengirim (kan) sepucuk surat kepada kakak.

Kesimpulannya, perkataan yang berapitan me---i yang mempunyai dua objek dalam bahasa Melayu diikuti oleh objek bernyawa atau objek yang tidak bergerak atau lokatif. Perkataan yang berapitan men—kan pula biasanya diikuti oleh objek yang tidak bernyawa atau objek bergerak atau kausatif. Jika sukar untuk memahami rumus di atas, sila fahami rumus yang berikut:Me----i (siapa) (apa) --> menghadiahi (ibu) (sehelai kain batik).Me—kan (apa) kepada (siapa)---> menghadiahkan (sehelai kain batik) kepada (ibu). Sumber : Blog Cikgu Ghalib ...Tuan/puan juga boleh mendapatkan maklumat tambahan daripada Buku Bingkisan Lembar Bahasa Selatan, terbitan DBP Wilayah Selatan yang ditulis Munsyi Dewan DBP WS.

Selasa, 23 Jun 2009

TAHNIAH, BUAT SEMUA GURU CEMERLANG YANG DINAIKKAN PANGKAT KE GRED YANG LEBIH BAIK

Tahniah kepada semua guru cemerlang atas kenaikan pangkat ke gred yang lebih baik. Terima kasih kepada pihak kerajaan yang begitu prihatin terhadap kerjaya perguruan. Kenaikan pangkat ini semestinya akan disusuli dengan peningkatan keiltizaman untuk terus mendidik anak bangsa agar cemerlang di bumi sendiri dan cemerlang di peringkat antarabangsa. Anugerah ini satu penghargaan besar buat semua guru cemerlang yang sudah bertahun-tahun berada dan berjuang sebagai guru cemerlang. Bagi rakan-rakan yang baru dilantik ke kategori guru cemerlang, marilah kita berganding bahu untuk sama-sama mencari kaedah terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah atau di luar bilik darjah. Kecemerlangan Berterusan, cogan kata Majlis Guru Cemerlang Malaysia akan terus kita junjung sehingga ke akhir hayat kita. Tahniah sekali lagi buat semua rakan guru cemerlang di Malaysia.

Sabtu, 20 Jun 2009

KPM HADKAN JUMLAH MATA PELAJARAN SPM

Kementerian Pelajaran mungkin akan mengehadkan jumlah mata pelajaran yang boleh diambil oleh pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Khamis.Ini bagi memastikan keadilan dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, katanya."Patut diselaraskan jumlah mata pelajaran yang setiap pelajar boleh ambil...kenapa mereka perlu ambil 20 mata pelajaran sedangkan ada yang tidak diajar di sekolah dan hanya belajar di kelas tuisyen," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Puteri Umno di pejabatnya di sini.Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata sistem sedia ada dalam pemberian biasiswa berdasarkan jumlah A yang diperoleh pelajar patut diubah.Sebagai contoh, katanya pelajar yang mendapat 14A akan mempunyai peluang lebih cerah untuk mendapat biasiswa tetapi ini adalah tidak adil kepada mereka yang hanya dibenarkan mengambil sembilan mata pelajaran walaupun mereka mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran."Pastinya, pelajar di sekolah berasrama penuh yang hanya dibenarkan mengambil sembilan atau 10 mata pelajaran tidak dapat bersaing dengan mereka yang memperoleh lebih banyak keputusan A," katanya.Muhyiddin berkata beliau tidak mempertikaikan mereka yang memperoleh banyak A tetapi keadaan itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelajar yang hanya dibenarkan mengambil jumlah mata pelajaran tertentu.Katanya perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat khas yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak paad 25 Mei.

Rabu, 17 Jun 2009

STPM : MODULAR GANTI TERMINAL

Majlis Peperiksaan Malaysia akan melaksanakan sistem modular bagi menilai prestasi pelajar mengikut semester menggantikan kaedah terminal sedia ada untuk calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).Ketua Eksekutifnya, Omar Abu Bakar, berkata pihaknya sedang menyiapkan sistem itu dan pelaksanaannya akan diumumkan Menteri Pelajaran tidak lama lagi.Beliau berkata, sistem digunakan sedia ada dilaksanakan sejak 1982 menggantikan Higher School Certificate (HSC) itu perlu diubah bagi memenuhi keperluan pendidikan semasa supaya terus berdaya saing.Kajian semula sistem sedia ada itu juga katanya, dilaksanakan berikutan kemerosotan jumlah calon yang mengambil peperiksaan berkenaan sejak beberapa tahun lalu.Pencapaian pelajar Tingkatan Enam dikaji sepanjang tempoh pengajianKaedah taksiran modular yang akan dilaksanakan itu, kata Omar mengambil kira empat komponen iaitu:
penilaian berasaskan kurikulum dengan amalan peperiksaan biasa,
projek sekolah, kerja amali, dan ujian berasaskan sistem peperiksaan 'open book'."Berbanding sistem peperiksaan terminal ini, pelajar perlu mengikuti pengajian selama tiga semester sebelum melayakkan mereka menduduki peperiksaan STPM."Sistem baru ini akan menilai pencapaian pelajar berdasarkan prestasi mereka mengikut semester sepanjang tempoh pengajian Tingkatan Enam bawah dan atas."Pendekatan sedemikian lebih berdaya saing dalam usaha melahirkan generasi muda yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah. Ia selaras hasrat kerajaan mewujudkan sistem pendidikan holistik," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.Berikutan perubahan itu, Omar berkata, kos taksiran dijangka meningkat dan pihaknya akan mengemukakan peruntukan baru kepada kerajaan bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar.Beliau berkata, markah pelajar setiap semester dikumpul dan kecemerlangan mereka berdasarkan pencapaian tertinggi bagi ketiga-tiga penilaian.(Sumber: Berita Harian - 27/04/2009)

KOUTA GURU CEMERLANG DITAMBAH

Kerajaan telah meluluskan pertambahan kuota Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD) sebagai Guru Cemerlang bagi Gred DGA32 dan DGA34 selain mewujudkan gred baru DGA 38.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran berkata ianya berkuat kuasa serta-merta."Ini berita baik bagi guru-guru yang terlibat, jadi saya harap mereka semua berpuas hati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Khamis.Menurut Muhyiddin, sebanyak 600 kuota jawatan Guru Cemerlang ditambah untuk Gred DGA32 menjadikan 3,800 manakala bagi Gred DGA34, sebanyak 150 kuota ditambah menjadikan jumlahnya 950.Gred DGA38 pula melibatkan pengwujudan 237 kuota jawatan Guru Cemerlang, katanya.Muhyiddin berkata kerajaan memperuntukkan 10 peratus daripada kuota setiap gred kepada PPLD yang berkhidmat di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Pendidikan Daerah."PPLD Gred DGA32 diperuntukkan sebanyak 380 jawatan, PPLD Gred DGA34 sebanyak 95 jawatan manakala PPLD Gred DGA38 pula sebanyak 24 jawatan," katanya.Mengenai keputusan berhubung pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, Muhyiddin berkata beliau akan mengumumkannya "dalam tempoh yang tidak terlalu lama"."Saya pun, kalau boleh nak cepat, tapi saya baru masuk (kementerian). Bagi saya peluang sedikit," katanya

Selasa, 9 Jun 2009

BM MODEN DAN BM PASCAMERDEKA

BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA

NAMA: HALIMAH BINTI MOHD SIRI ( 6 ATAS BESTARI )
GURU : EN. RAMLI BIN YAHYA

1.0 PENDAHULUAN

BM moden pascamerdeka mengutamakan perancangan bahasa iaitu usaha memupuk bahasa ke arah taraf yang lebih maju. Perancangan bahasa telah dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) setelah ditubuhkan pada 22 Jun 1956. DBP berperanan untuk memajukan bahasa kebangsaann dan kesusasteraan, mencetak dan menerbitkan buku, menyusun dan menerbitkan kamus dan menyeragamkan sebutan,ejaan dan istilah.

1.1 PERANCANGAN BAHASA MELAYU

Perancangan BM terbahagi 2:
ü Perancangan taraf
ü Perancangan korpus bahasa

PERANCANGAN TARAF

Selepas kemerdekaan perlembagaan persekutuan perkara 152 menetapkan BM sebagai bahasa kebangsaan.
BM melambangkan identiti dan kedaulatan Negara. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan juga BM sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan.

PERANCANGAN KORPUS BAHASA
Perancangan korpus bahasa bermaksud pembinaan bahasa. Korpus bahasa terbahagi kepada pengekodan dan pemupukan bahasa.

PENGEKODAN BAHASA
Pengekodan bahasa bermaksud penyeragaman iaitu proses menghasilkan satu variasi bahasa standard dari aspek ejaan, tatabahasa, istilah dan perkamusan.

EJAAN
Penyatuan sistem ejaan rumi antara Malaysia dengan Indonesia telah menghasilkan system ejaan baharu.
DBP telah menerbitkan risalah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu untuk rujukan masyarakat.
MBIM dan kini MABBIM telah menghasilkan Daftar Ejaan Baharu:
ü Terdapat 26 huruf iaitu melambangkan 6 huruf bunyi vokal dan 26 bunyi konsonan.
ü Vokal a,i,e,o,u melambangkan 6 bunyi vokal yang mempunyai
e-pepet dan e-taling.
ü Terdapat huruf diftong iaitu gabungan 2 huruf vokal yang disebutkan sebagai satu bunyi.

Huruf diftong
sebutan
contoh
ai
/ai/
aidilfitri, ghairah, pantai
au
/au/
aurat, saudara, harimau
oi
/oi/
Boikot. sepoi


TATABAHASA
Melibatkan penyeragaman dari segi morfologi dan sintaksis.
contohnya, dalam bidang morfologi
ü imbuhan pen- + perkataan “tolak” = penolak
Menerima imbuhan asing seperti maha-,pra-,anti-, -wan, dan –man
ü Contohnya maha- + perkataan “siswa” = mahasiswa
Dalam bidang sintaksis
ü Contohnya; akhbar itu dibaca oleh beliau. Ganti nama diri ketiga hadir selepas kata kerja pasif.

ISTILAH
1. Pembentukan istilah dilakukan oleh Jawatankuasa Istilah (JKI)
2. Pembentukan istilah kemudiannya diletakkan di bawah Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM)
3. JKTBM menghasilkan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu dan dijadikan asas untuk menggubal istilah.
4. Antara istilah yang dibentuk ialah bidang media, falsafah. sains sosial, sains asas dan kesusasteraan.
ü Contohnya;
ISTILAH
BIDANG
Psychology
Ilmu jiwa
Mathematic
Ilmu hisab
geomorphology
Kaji bumi

PERKAMUSAN
Penyusunan kamus yang dilakukan oleh DBP melibatkan kamus ekabahasa, dwibahasa dan istilah.
Bertujuan untuk merakamkan kosa kata BM Moden.

PERKAMUSAN
CONTOH
Ekabahasa
Kamus Dewan
Dwibahasa
Kamus dwibahasa Inggeris- BM
Pelajar
Kamus BM edisi pelajar
Istilah
Kamus istilah kimia KBSM


PEMUPUKAN
Pemupukan bermaksud usaha untuk mengembangkan bahasa agar saling menterjemah dengan beberapa bahasa moden lain. Dilaksanakan dengan pemupukan beberapa istilah dalam bidang teknikal.

1.2 FUNGSI BM MODEN

Secara umumnya BM Moden berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, dan bahasa ilmu.


BAHASA KEBANGSAAN

Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan perkara 152. Bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan kaum. Bahasa Kebangsaan melambangkan identiti yang sama bagi semua kaum.

BAHASA RASMI

Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan untuk urusan rasmi Negara. BM digunakan dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran, perundangan, pendidikan dan perusahaan.

BAHASA ILMU

Bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam bidang pendidikan. Melalui Dasar Pendidikan Negara, bahasa kebangsaan telah digunakan sejak tahun 1981 di semua peringkat persekolahan. Bahasa melayu digunakan untuk mengungkapkan pelbagai ilmu.

BAHASA PERPADUAN

Bahasa perpaduan bertujuan untuk menyatukan dan memberikan identiti masyarakat Malaysia. Peranan bahasa melayu sebagai bahasa perpaduan disalurkan menerusi Dasar Pelajaran Kebangsaan.