Rabu, 22 Disember 2010

RE-UNION MPMK UNTUK SEMUA BATCH

Tahniah buat semua teman yang sudi melapangkan masa demi sebuah pertemuan di Kukup Golf Resort, Pontian, Johor, 22-23 Disember 2010. Pertemuan yang hanya menghimpunkan hampir 30 keluarga telah berjaya mengimbau kembali kenangan silam dalam satu Arca Memorabilia. Tepatlah temanya "MPMK-Satu Arca Memorabilia" yang dipilih oleh JK Pengelola. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Encik Azman Alos, En. Asmuni, En. Abu Hassan, dan beberapa orang guru daerah Pontian yang sudi membantu menjayakan program murni ini. Teristimewa buat Man Kidai yang telah sudi bersama-sama dari pagi hingga larut malam untuk memeriahkan majlis kami ini. Terima kasih daun keladi buat semua teman yang telah datang dari jauh dan dekat untuk menikmati satu pertemuan yang indahnya merentas kata dan emosi. Terima kasih kepada AJK Pengelola yang telah melantik saya sebagai wakil/presiden untuk satu pertemuan ini dan jurucakap serta pembaca sajak. Semoga kita menterjemahkan impian Man Kidai agar pertemuan ini diteruskan pada masa akan datang sebagai kelangsungan MPMK-Satu Arca Memorabilia 2 pada masa akan datang. Untuk teman yang teristimewa; saya sertakan sajak yang saya deklamasikan malam tadi di Dewan Kukup Golf Resort diiringi petikan gitar oleh penyanyi terkenal tanah air, Man Kidai. Terima kasih juga buat seorang teman yang cukup istimewa tetapi sudah lama terpisah jauh, akhirnya singgah sementara di ruang latar emosi dan perasaan dalam pertemuan singkat ini. Terima kasih re-union MPMK. Terima kasih daun keladi buat semua temanku.


MPMK – Satu Arca Memorabilia
Oleh: Ramli bin Yahya

Maktab Perguruan Mohd Khalid,
Jalan Abdul Samad, 80100 JB

Telah memorikan satu perjalanan jauh
Telah memorikan satu pertemuan yang dekat
Telah mendekatkan satu pertemuan yang rapat
Telah mendekatkan satu perjalanan yang singkat
Telah memahatkan seribu kenangan mendatang
Telah memahatkan sejuta pengalaman merintang
Itulah
MPMK satu arca memorabilia

FASA 2
MPMK
Manis buat si teruna bertemu jodoh
Manis buat sijejaka bermadu kasih
Manis buat sidara berbual bicara
Manis buat digadis dilamun cinta sejati
Manis buat anak muda sedang mengejar cita
Manis buat kita yang mencari sesuatu untuk dijaga
Itulah
MPMK satu arca memorabilia

FASA 3
MPMK
Dari ruang legar kantin, kita menjamu selera
Dari ruang ke satu ruang blok papan, kita menadah tinta
Dari ruang sejuk bilik pengetua, kita menitik kota janji
Dari ruang rimas bilik pensyarah, kita melunas setia sekata
Dari ruang Dewan Besar, kita berjanji mengukir arca jaya
Dari Pintu Pagar, kita meneropong jauh merentas Tebrau
Itulah
MPMK satu arca memorabibila

FASA 4
MPMK
Kita telah mengenal dunia ini bermula di sini
Kita telah seribu menapak juga bermula di sini
Kita telah menggapai impian murni juga bermula di sini
Kita telah menikmati kejayaan ini juga bermula di sini
Kita telah menyalakan obor pendidikan negara juga bermula di sini
Kita juga telah menjadi semakin dewasa sebenarnya juga bermula di sini
Itulah
MPMK satu arca memorabilia

FASA 5
MPMK
Kini,
Kami berhimpun semula di bumimu
Jauh dan dekat, utara dan selatan
Timur dan barat, pulau dan daratan
Kami Mengikat satu janji satu ikatan
Kami Merapat satu pertemuan satu harapan
Kami Melunas seribu kerinduan seribu kecintaan
Kami Menabur sejuta pengalaman sejuta keikhlasan
Marilah kita,
Melangsaikan segala kenangan terpahat di hati
Rindu terurai sudah
Marilah kita,
Menyusun doa buat teman yang pergi meninggalkan kita
Sendirian di saujana sana
Marilah kita,
Mengukirkan intan dan permata buat
Teman yang masih setia bersama kita
Mengeratkan silaturahim dalam satu gelungan kejap
Untuk
Melangsai segala kenangan abadi di bumi tercinta ini
Itulah,
MPMK satu arca memorabilia.

RAMLI BIN YAHYA
GURU CEMERLANG BM
SMK. SENGGARANG, BATU PAHAT.
http://ramlibinyahya.blogspot.com

Selasa, 10 Ogos 2010

PERCUBAAN SPM 2010

Kepada semua calon SPM 2010 di negeri Johor Darul Takzim, bermula 12.8.2010 hingga 3.9.2010 bermulalah satu lagi perjuangan untuk kita menghadapi peperiksaan percubaan SPM 2010. Peperiksaan ini akan menjadi menjadi kayu ukur sebenar pencapaian SPM 2010. Cikgu mendoakan kepada semua calon SPM 2010 di seluruh negeri Johor sentiasa siap siaga dala menghadapi peperiksaan ini. Biarlah kita korbankan sedikit masa hari ini untuk menikmati sebuah kejayaan pada hari esok...Selamat menempuh peperiksan percubaan SPM 2010.

Sabtu, 10 Julai 2010

MALAM GURU JUARA RAKYAT 2010

Malam tadi (10.07.2010) malam yang sangat menggembirakan hatiku setelah diumumkan sebagai penerima anugerah Guru Berprestasi Tinggi di SK Parit Bilal, Batu Pahat. Anugerah julung kali diperkenalkan ini telah disampaikan oleh YB. Dr. Mohd. Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Haji Supaat bin Tumin, Pengarah Pelajaran Johor, Haji Shafie bin Mohd. Sharif, Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat, ketiga-tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Parlimen Batu Pahat (Dun Senggarang, DUN Rengit, dan DUN Penggaram). Anugerah ini merupakan satu penghormatan tertinggi kepadaku setelah berkecimpung dalam dunia pendidikan sebagai guru sekolah rendah, sekolah menengah, dan guru prauniversiti. Kejayaan ini telah meningkatkan semangatku untuk menyumbangkan tenaga demi mencapai kecemerlangan pendidikan anak bangsa di sekolah, daerah, dan negeri. Aku juga ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan sekerja yang telah memberikan sokongan dan dorongan. Kejayaan ini bukan milikku seorang, kejayaan ini adalah milik kita semua yang masih mencari ramuan terbaik untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan anak-anak bangsa di persada. Hadiah sebuah notebook ACER ASPIRE 4741Z dan Sijil Penghargaan yang telah disampaikan oleh YB Dr. Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada malam tadi telah memberikan aspirasi baharu kepadaku untuk melangkah lebih laju dan melonjak lebih tinggi agar kecemerlangan kita dalam akademik di peringkat DUN, sekolah, dan negeri tertunai tanpa mengurangkan kecemerlangan sahsiah anak bangsa. Terima kasih tuhan, terima kasih semua. Inilah, Memorabilia satu lagi memorabilia yang tercatat dalam sejarah hidupku di bumi yang bertarikan tarian kuda kepang.

Isnin, 31 Mei 2010

TERIMA KASIH DAUN KELADI : LAWATAN SAMBIL KERJA 2010

Sebagai Pengerusi Kelab Bilik Guru dan Kakitangan SMK. Senggarang, Batu Pahat, Johor, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kerjasama semua peserta lawatan yang telah menjayakan lawatan sambil kerja ke negeri Kelantan Darul Naim, Terengganu Darul Iman, dan Pahang Darul Makmur pada 27 MEI 2010 hingga 30 MEI 2010. Terima kasih kepada Encik Khairul Izad bin Abd Rahman (Penyelaras Lawatan), Tuan Haji Arbai (Bendahari), Tuan Haji Ayob Rosdi (Timbalan Pengerusi Kebiru) dan Tuan Haji Omar bin Ponamin (GPK Kokurikulum). Terima kasih daun keladi diucapkan kepada:
a. YB Dato' Mustafa bin Mohamad (Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan) yang memberikan sumbangan makan tengah hari pada 28.5.2010
b. YAB Dato' Ahmad Said (Menteri Besar Terengganu) yang memberikan sumbangan makan malam pada 28.5.2010
c. YB Dato' Sabree bin Cheek (Menteri Belia dan Sukan/ Ahli Parlimen Kemaman) yang telah memberikan sumbangan makan tengah hari pada 29.5.2010
d. YAB Dato' Sri Adnan Yaakob (Menteri Besar Pahang) yang memberikan sumbangan makan malam pada 29.5.2010
e. YAB Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia / Ketua UMNO Bahagian Pekan) memberikan sumbangan makan tengah hari pada 30.5.2010.
f. Puan Khadijah Selamat dan semua kakitangan BTPN Pahang, beserah kerana memberikan ruang untuk bermalam di asrama BTPNP pada 29.5.2010
Semoga lawatan sambil kerja ini memberikan impak yang besar dalam meningkatkan kualiti kerja peserta lawatan. Sekian, terima kasih.

Ahad, 30 Mei 2010

KERJA MASA CUTI BAHASA MELAYU TINGKATAN 5 PERTENGAHAN JUN 2010

Kepada semua pelajar Tingkatan 5 Bestari, 5 Jed, dan 5 Intan SMK. Senggarang, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

Soalan 1.
Andaikan bahawa anda seorang bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang telah menerima anugerah peserta terbaik dalam program tersebut. Anda dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang kebaikan progran ini kepada semua pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah. Sediakan ceramah anda selengkapnya. (Tulis karangan anda dalam buku latihan karangan)

Soalan 2.
a) Berdasarkan novel Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji Muhammad, jelaskan TIGA peristiwa yang menunjukkan nilai murni cinta akan tanah air.
b) Berdasarkan novel Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said, huraikan LIMA pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut.
c) Berdasarkan kedua-dua buah novel yang anda kaji, jelaskan TIGA persamaan nilai murni yang dimiliki oleh watak wanita dalam novel tersebut.
Tulis ketiga-tiga soalan ini dalam buku kajian novel.
Peringatan:
Semua latihan kerja masa cuti ini mesti dihantar ke meja saya pada 21.6.2010 (hari Isnin) selewat-lewatnya pukul 10.30 pagi.

Jumaat, 7 Mei 2010

SETAHUN BERLALU: AKU MAKIN TERPISAH JAUH

Buat semua sahabatku,
16 Mei datang lagi...banyak kenangan, banyak rintangan merintang dalam perjalanan ini,
16 Mei datang lagi...setiap luka yang tercalar telahpun pulih bersama usia berlalu,
16 Mei datang lagi...aku makin merindui zaman meniti malam bersama kenangan,
16 Mei datang lagi...kali ini aku menunggu berita darimu untuk coretan setahun lagi.

Sabtu, 13 Mac 2010

RE-UNION MPMK JOHOR BAHRU

Buat semua sahabat bekas pelatih MPMK Johor Bahru:

Saya memohon maaf kerana tidak dapat hadir dalam satu mesyuarat re-union MPMK JB yang dicadangkan pada 13/3/2010 jam 10.00 pagi di JB kerana masalah tempat mesyuarat yang belum diputuskan. Mesyuarat itu telah dirancang begitu lama. Mungkin rancangan untuk mengadakan pertemuan MPMK pada bulan Jun ini juga belum pasti dapat diadakan. Saya memohon kemaafan atas kegagalan untuk mengadakan mesyuarat ini. Walau bagaimanapun, saya berharap hubungan yang sedia ada antara kita sama ada melalui pertemua secara langsung, facebook, blogspot, atau apa juga cara dan bentuk dapat diteruskan agar hubungan silaturahim kekal abadi hingga ke anak cucu. saya berharap rakan-rakan lain dapat meneruskan agenda mulia ini. Terima kasih daun keladi kepada Encik Asmuni dan Puan Zenu yang telah banyak membantu peringkat awal mesyuarat ini.

Khamis, 4 Mac 2010

KERJA RUMAH MASA CUTI UNTUK PELAJAR TINGKATAN 5B, 5J, DAN 5I DARI 13/3/2010 HINGGA 21/3/2010

Soalan 1 - Soalan Karangan Respons Terbuka

Tulis satu karangan berdasarkan tajuk di bawah. Panjang karangan anda mestilah lebih daripada 350 patah perkataan. Tulis karangan anda dalam buku latihan karangan.

Sesuai dengan zaman teknologi maklumat dan komunikasi, komputer telah menjadi alat yang sangat penting dalam kehidupan. Huraikan faeda-faedah yang akan diperoleh jika anda mahir menggunakan komputer.

Soalan 2 - Kajian Novel (Putera Gunung Tahan)

Jawab kedua-dua soalan di bawah dalam buku latihan Kajian Novel.

a. Huraikan DUA peristiwa yang menyayat hati anda apabila membaca novel Putera Gunung Tahan
b. Huraikan TIGA unsur nasihat yang terdapat dalam novel Putera Gunung Tahan.

Soalan 3 - Tatahabasa

Jawab soalan tatabahasa di bawah dalam buku latihan Tatabahasa
Tulis satu ayat daripada setiap perkataan atau rangkai kata di bawah. Sila gunakan kamus untuk menyelesaikan tugasan anda ini.

1. sauk
2. sauh
3. timba
4. timpa
5. tempoh
6. tempuh
7. selekeh
8. selekoh
9. orang besar
10. orang besar-besar
11. kata putus
12. kata hikmat
13. nilai tambah
14. tambah nilai
15. sabung-mmenyabung
16. jongkang-jongket
17. gilang-gemilang
18. generasi pascamerdeka
19. dasar langit terbuka
20. pendidikan berkualiti

ARAHAN:

Semua latihan ini perlu dihantar ke meja saya pada 22.3.2010 sebelum jam 12.00 tengah hari. Sekian, terima kasih. Sila hubungi Cikgu Ramli bin Yahya di talian 0137242909 jika anda menghadapi sebarang masalah.

Rabu, 24 Februari 2010

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GC ANJURAN MGC BATU PAHAT 2010

Tahniah untuk Puan Nursidah binti Ab. Hamid, Yang Dipertua MGC Batu Pahat dan AJKnya kerana berjaya menganjurkan Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Cemerlang Batu Pahat 2010. Kursus sehari yang diadakan pada 25 Februari 2010 di Hotel Katerina, Batu Pahat. Ucaptama dan perasmian disempurnakan oleh Haji Shapie bin Md Sharif (Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat). Seramai 134 orang GC di daerah Batu Pahat telah hadir dalam kursus ini. Antara pengisiannya, NKRA dalam Pendidikan oleh Encik Zainal bin Mohamad (Timbalan Ketua Nazir, JNJK Johor), Percambahan Minda melalui Perkongsian Pintar oleh Encik Mohsin bin Ibrahim (Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat). Encik Azizul Rahman bin Abd. Rahman, GC Gred Khas C, pula menyampaikan ceramah bertajuk Ular Menyusur Akar tidak akan Hilang Bisanya. Kursus ini diakhiri dengan ceramah Pembinaan Item Berdasarkan JSU oleh Hajah Asmah bin Hj Damin, GC Kemahiran Hidup.
Sebagai Timbalan Yang Dipertua Majlis Guru Cemerlang Johor (MGCJ) dan Penasihat 1 program ini, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua GC daerah Batu Pahat kerana sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk menjayakan program ini. Majlis Guru Cemerlang Batu Pahat akan terus menyumbangkan bakti kepada PPD Batu Pahat tanpa mengira sama ada ketika susah atau ketika senang (susah apabila peruntukan tidak ada tapi sanggup adakan program mulia ini, senang apabila peruntukan ada tapi jarang MGC dapat faedahnya). Kami akan terus berjuang demi sebuah kecemerlangan yang belum lagi nampak hasilnya. Tapi majlis-majlis lain yang berada di bawah PPD mana pergi?...marilah kita sama-sama membantu PPD Batu Pahat untuk menjadi juara pendidikan negeri Johor.

Selasa, 16 Februari 2010

36 JAM AKU DI PANGKUANMU, GELIGAKU.

Assalamualaikum buat semua sahabat setia yang melayari blog ni:
13 Februari 2010 (Sabtu)-jam 3.00 petang aku dan keluarga sampai di perkampungan tempat lahirku 46 tahun lalu. Pukul 5.00 petang aku terus memandu kereta bersiar-siar di kawasan yang pernah meninggalkan banyak memori suka dan duka. Aku berehat sebentar di tepi pantai Teluk Mak Nik, Geliga (nama baharu yang dibenarkan oleh kerajaan Terengganu...Monica Bay; sebagai Munsyi Dewan aku langsung tidak bersetuju dengan nama itu...teluk itu sendiri ada sejarah yang perlu dikaji oleh anak-anak Geliga). Hampir dua jam aku berehat di bangku tepi pantai Geliga, belakang INTAN Wilayah Timur. Sebenarnya, 1981 aku pernah bekerja membancuh simen untuk membina bangunan INTAN ini bersama-sama sahabatku Razali Mohd. Amin (aku sendiri pun tak tahu di mana dia sekarang?). Sudah maju rupanya kampungku ini. 14 Februari 2010, sebelah petang aku dan keluarga singgah sebentar untuk menikmati makanan sata, otak-otak, keropok, kudus di warung milik sahabatku Ripin (dulu seorang nelayan, kini seorang usahawan berjaya). Dah lama tak menikmati makanan tradisi ini. Aku cukup suka makan sata. Sebenarnya, masa aku darjah 3,4,dan 5 (sekitar tahun 1973-1975); di kampung Geliga hingga ke kampung Kuala Kemaman...suara akulah yang akan melaung-laung setiap petang untuk menjual sata ke rumah-rumah di seluruh kampung...wang upah menjual sata (50 sen hingga 80 sen setiap hari) aku simpan untuk membeli buku latihan sekolah. Pernah, aku melihat ayahku menangis kerana mendengar suaraku meminta simpati orang kampung untuk membeli sata yang dijual...Ayahku menjauhkan diri daripadaku. Hingga kini pun dia tidak menceritakan hal itu kepada ku...Tapi peristiwa masih segar dalam ingatan ini. Bukan dia tidak mampu untuk membiayai pelajaran ku...tapi aku sengaja untuk emrasai susahnya hidup di kampung nelayan ini. Tetapi kini, banyak warung yang menjual sata, otak-otak, dan beberapa jenis makanan tradisional Terengganu menjadi kegemaran pelancong dari luar yang singgah sebentar di bumi Geliga ini. Ada yang makan di situ, ada yang bungkus untuk dibawa pulang ke kampung halaman. Harga makanan melambung naik, harga keropok juga melambung naik. Orang lain tetap membelinya. Rupanya, rakan-rakanku di Geliga ini...pandai juga berniaga...sudah maju rupa mereka. 15 Februari 2010, petang aku ke Kuala Kemaman...aku ke jeti perikanan Kuala Kemaman untuk mengimbau kenangan silam. Lama juga aku duduk seorang diri di atas jeti ini. Tahun 1981-1984 akulah orang yang banyak menghabiskan masa di sini. Menjadi seorang nelayan yang ke luar ke laut pukul 3.00 petang dan balik ke daratan pukul 9.00 pagi. Itulah kehidupanku sebelum berjaya dipilih ke Maktab Perguruan Mohd. Khalid, JB. Mengalir air mataku mengenangkan kisah silam dan sukarnya untuk memperoleh wang. Bukannya emak dan ayahku tak mampu untuk memberi makan pada anaknya ini, tapi aku yang sengaja untuk merasa betapa susahnya hidup seorang nelayan. Kini, hidup rakan-rakanku sebagai nelayan tidak lagi sesukar zamanku dulu. Semuanya ada bantuan daripada pihak kerajaan, swasta, industri hiliran yang bercambah seperti cendawan di bumi Geliga ini. Rupanya, sudah maju kampungku ni. Esok, 16 Februari 2010 aku akan meninggalkan sementara kampungku ini untuk mencari sebutir Geliga di sebuah perjalanan yang jauh ini. Terima kasih buat semua yang pernah menjejaki kaki di bumi kelahiranku di Geliga, Kemaman, Terengganu Darul Iman.

Khamis, 11 Februari 2010

RINDU PADA SEBUAH KENANGAN SILAM

BUAT SEMUA SAHABAT YANG MENGENALIKU...

Demi perjalanan jauh,
biarlah geliga yang ku bawa,
mengubat sebuah kerinduan,
yang terjelma di dulang kehidupan,
hingga terpahat di sebuah perhentian.

AKU MASIH MENCARI SEBUAH PERJALANAN
DARI TARIAN ULIT MAYANG KE RENTAK KUDA KEPANG

Khamis, 4 Februari 2010

SURAT KIRIMAN RASMI SPM

A. Jenis surat rasmi:
i. Surat aduan – sampah, gejala sosial, kafe siber, masalah pencemaran, kilang haram dan sebagainya.ii. Surat permohonan – pekerjaan, kemudahan asas, kemudahan sekolah dan sebagainya.iii. Surat bantahan – bantahan sesuatu perkara yang mendatangkan masalah atau kesan negatif.iv. Surat cadangan – cadangan mengadakan sesuatu, cadangan mengatasi sesuatu masalah dan sebagainya.v. Surat jemputan – perkahwinan, menghadiri majlis dan sebagainya.
B. Penerima dan alamat surat rasmi.i. Penerima surat rasmi – penerima perlu sesuai dengan situasi surat yang ditulis. Contohnya, jika kebakaran (bomba – Ketua Balai Bomba), kecurian (polis – Ketua Balai Polis XXXXXX), sampah sarap (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur – Ketua Penguat Kuasa), jabatan kerajaan (Pengarah) dan sebagainya.ii. Alamat penerima – Jika anda tidak pasti alamat penerima, jangan bimbang kerana anda boleh menciptanya sendiri. Contohnya, jika alamat individu (ada nombor rumah, ada nama jalan, ada nama taman, ada poskod, ada nama bandar, ada negeri). Jika alamat jabatan kerajaan atau agensi kerajaan (ada tingkat, ada nama bangunan, ada nama jalan, ada poskod, ada nama bandar, ada nama negeri).Contoh : Masalah sampah sarap tidak diangkut.Ketua Penguat KuasaDewan Bandaraya Kuala Lumpur,Tingkat 5, Bangunan Menarajaya,Jalan Bunga Raya,56000 Kuala Lumpur.
B. Format Surat Rasmi:
1. Nama dan alamat pengirim – di sudut kiri surat.(Selepas itu langkau sebaris dan lukis garisan panjang)(Sebaiknya selepas setiap perenggan berakhir, langkau satu baris)2. Penerima dan alamat penerima – di sudut kiri surat.3. Tarikh dengan huruf besar – di kanan dan selari dengan baris terakhir alamat penerima.4. Panggilan hormat (Tuan/ Puan/ Datuk dan sebagainya yang sesuai) – di kiri dan tanda koma.5. Tajuk surat – Semua perkataan awal dengan huruf besar, kecuali untuk kata hubung, sendi dan kata bantu. Garisi tajuk dan jangan letak tanda titik pada akhir ayat.6. Pengenalan surat – nyatakan siapa anda + mewakili siapa (jika anda sebagai wakil) + tujuan surat ditulis. (tulis rapat di kiri surat dan jangan letak sebarang nombor)7. Isi surat: (Bermula dari perenggan kedua dan seterusnya, letak nombor bermula dengan 2 dan seterusnya pada setiap perenggan dan mulakan perenggan agak ketengah – 2 ½ sm dari nombor)i. Huraian isu atau huraian masalah yang ditulis (di mana + sejak bila + nama pihak penyebab masalah + masa masalah berlaku + siapa terlibat + dan apa-apa juga maklumat awal tentang isu atau masalah itu yang dapat digunakan bagi membantu pihak yang anda beritahu)ii. Kesan daripada isu atau masalah itu kepada anda atau orang yang anda wakili. Kesan ini mesti diulas, sama seperti anda menulis karangan biasa (ada isi, huraian, contoh dan kesimpulan kecil) Sebaik-baiknya, 1 kesan ditulis dalam satu perenggan)iii. Cadangan mengatasi masalah – anda boleh memberi cadangan awal untuk mengatasi masalah atau isu yang anda tuliskan.8. Penutup surat – tuliskan harapan anda dan iringan terima kasih.9. Tulis ucapan terima kasih – di kiri dan rapat dengan garisan. (Jangan letak nombor)(Selepas itu, langkau 3 hingga 4 baris)10. Tulis pengesahan:- “Yang menjalankan tugas” (jika tujuan rasmi) dan “Yang benar” (jika tujuan persendirian)- Tandatangani-(NAMA) dengan huruf besar dan dalam kurungan-Nama jawatan (Ikut kehendak soalan jika dinyatakan), jika tidak tulislah Setiausaha. Jika tujuan persendirian, tidak perlu menulis jawatan.-Nama institusi, persatuan atau taman perumahan yang anda wakili.11. Pastikan anda menggunakan frasa gramatis, peribahasa atau kata-kata hikmat seperti anda menulis karangan yang lain.
...................................................................................................................................
CONTOH: MENULIS SURAT KIRIMAN RASMI
Soalan :Di kawasan tempat tinggal anda terdapat pelbagai masalah keselamatan yang timbul berpunca daripada pendatang asing yang terlalu ramai di kawasan itu. Sebagai wakil penduduk di tempat anda. tulis sepucuk surat kepada pihak yang berkuasa bagi mengadukan hal tersebut agar masalah ini dapat diselesaikan.
Contoh jawapan surat rasmi.Lin Cheng Heng,No.6, Jalan Limau Purut 3,Taman Cheras Perdana,52400 Kuala Lumpur.____________________________________________________________________
Ketua Balai,Balai Polis Cheras,Jalan Ikan Emas 2,53000 Cheras,Kuala Lumpur…… ……………………………………………………………………….16 JULAI 2008
Tuan,
Aduan Tentang Masalah Pendatang Tanpa Izin di Taman Cheras Perdana
Merujuk perkara di atas, saya Lin Cheng Heng selaku setiausaha penduduk Taman Perdana, ingin membuat aduan tentang masalah pendatang tanpa izin yang begitu ramai bilangannya di kawasan tempat tinggal kami. Akibat bilangannya yang terlalu ramai, pelbagai masalah sosial telah timbul sehingga mengganggu ketenteraman hidup penduduk di kawasan ini.
2.……………Untuk makluman pihak tuan, kawasan ini menjadi tumpuan pendatang tanpa izin kerana banyak bangunan baru didirikan di kawasan ini. Hal ini menyebabkan ramai pekerja tanpa izin bertumpu di kawasan ini untuk bekerja sebagai pekerja bangunan kerana di mana ada gula, di situ ada semut. Kebanyakan daripada pendatang tanpa izin itu tertumpu di Jalan Limau Manis 4 dan Jalan Tembikai 3. Mereka tinggal di dalam pondok-pondok sementara yang disediakan oleh pemaju dan didirikan daripada kayu. Perkara yang membimbangkan kami ialah sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut melakukan pelbagai jenayah dan mengancam keselamatan penduduk tempatan di kawasan ini.
3.………….Sebelum kedatangan mereka di kawasan ini, kehidupan kami amat aman dan makmur. Namun begitu, kehadiran mereka sejak lima bulan yang lalu telah mengubah segala-galanya. Kejadian kecurian dan rompakan sering kali berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Sehingga kini terdapat 6 kejadian pecah rumah dan rompakan yang telah diadukan kepada pihak polis. Kebanyakan rompakan tersebut melibatkan senjata tajam seperti parang dan senjata tajam yang lain. Hal ini menyebabkan kami berasa takut sekiranya kejadian seperti itu berulang semula. Kami juga percaya bahawa kejadian jenayah tersebut melibatkan pendatang tanpa izin melalui pertuturan mereka semasa kejadian jenayah itu berlaku. Hal seperti ini amat merungsingkan penduduk di kawasan ini.
4.………….Selain itu, sebahagian pendatang tanpa izin di kawasan ini turut berkelakuan tidak sopan terhadap penduduk tempatan di sini. Beberapa orang gadis yang pulang lewat daripada bekerja telah diganggu dengan kata-kata yang tidak menyenangkan. Mereka juga sering mengeluarkan kata-kata berbau lucah kepada penduduk di kawasan ini sehingga pernah menyebabkan pergaduhan di antara pendatang tanpa izin dengan penduduk di taman ini. Sebagai ibu bapa di kawasan ini, kami berasa bimbang jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini ke atas keluarga kami. Justeru, kami berharap agar pihak tuan mengambil tindakan awal seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Kami tidak mahu ada di antara penduduk di kawasan ini yang akan menjadi mangsa akibat kelewatan kita mengambil tindakan kerana nasi sudah menjadi bubur.
5.………….Pada masa yang sama, sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut juga melakukan pelbagai jenayah seperti berjudi dan menyalahgunakan dadah. Hal ini telah kami maklumi melalui beberapa orang penduduk yang pernah terserempak dengan mereka ketika melakukan jenayah tersebut. Sebelum ini, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku di kawasan tempat tinggal kami. Keadaan ini juga amat membimbangkan penduduk di kawasan ini kerana kami takut sekiranya ada di antara anak-anak kami yang akan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat tersebut. Justeru kami meminta agar pihak tuan mengambil tindakan awal kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.
6.………….Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan agar pihak tuan dapat mengambil tindakan dengan secepat mungkin. Antara cadangan kami termasuklah meminta pihak tuan membuat serbuan dan menangkap pendatang tanpa izin di kawasan kediaman kami. Kami juga mencadangkan agar pihak tuan dapat membuat rondaan dengan lebih kerap supaya kejadian jenayah yang membimbangkan kami tidak berlaku di sini. Sekiranya pihak tuan memerlukan bantuan dan kerjasama daripada penduduk di kawasan ini, kami sedia menghulurkan bantuan yang diperlukan.
7.………….Akhir kata, saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera demi keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
Linchengheng
...................(LIN CHENG HENG)Setiausaha,Persatuan Penduduk Taman Cheras Perdana.
.................................................................................................................................LATIHAN: SURAT KIRIMAN RASMI
Soalan 1:Kawasan tempat tinggal anda masih tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awam. Hal tersebut amat menyukarkan penduduk yang tinggal di kawasan ini. Selaku wakil penduduk, tulis sepucuk surat kepada pihak terbabit untuk memohon kemudahan pengangkutan awam itu.
Rangka jawapan:
Isi 1:- di mana kedudukan kawasan tersebut + berapa ramai penduduk + sejak bila dibuka + bagaimana penduduk keluar masuk ke kawasan itu + nyatakan kesukatan penduduk secara umum + bandingkan dengan taman lain yang berhampiran yang memiliki kemudahan tersebut.Isi 2:- kesukaran yang dihadapi + sukar ke tempat kerja pada waktu ditentukan + sering terlewat dan menjejaskan prestasi kerja + terpaksa menaiki kereta sapu + keselamatan tidak terjamin + menaiki motosikal + selalu berlaku kemalangan + menyukarkan penduduk.Isi 3:- Sukar apabila menghadapi kecemasan + terpaksa meminta bantuan jiran tetangga + menyusahkan jiran tetangga + contoh kejadian pesakit lewat di bawa ke hospital kerana tiada pengangkutan awam + membebankan kerana ada kereta sapu yang disewa mengenakan tambang yang keterlaluan dan cekik darah + menyukarkan penduduk yang kebanyakannya berpendapatan miskin.Isi 4:- sukar dikunjungi oleh saudara mara kami kerana tidak ada pengangkutan awam + juga menyukarkan warga tua yang hendak ke bandar atau hospital mendapatkan rawatan + kanak-kanak sekolah terpaksa menaiki van tanpa permit + keselamatan tidak terjamin + keadaan lebih parah apabila musim tengkujuh (hujan) + sukar untuk bergerak kerana tiada kenderaan awam.Isi 5:- Mencadangkan agar pihak terbabit menyediakan beberapa buah bas awam + serta pondok menunggu bas yang secukupnya + jumlah bas perlu mencukupi kerana ramai penduduk memerlukannya + memohon perkhidmatan dijalankan tiap-tiap setengah jam sekali.
....................................................................................................................................
Soalan 2:Persatuan yang anda sertai di sekolah ingin mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang. Selaku setiausaha persatuan tersebut, tulis sepucuk surat kepada pengusaha kilang tersebut untuk memohon kebenaran agar persatuan anda dapat melawat kilang berkenaan.
Rangka karangan:
Pengenalan:- Siapa anda + mewakili siapa + tujuan anda menulis + member sebab mengapa kilang ini dipilih + terkenal/ terbaik + berhampiran dengan sekolah.Isi 1:- Tarikh lawatan + jumlah peserta + jumlah guru + masa lawatan + jangkaan berada di kilang berkenaan.Isi 2:- Tujuan lawatan 1 – menambah pengetahuan + mengetahui teknologi terbaharu + berguna kerana anda mengambil pelajaran yang berkaitanIsi 3:- Tujuan lawatan 2 – ingin mendapat maklumat tentang apa? + dikehendaki menjalankan kajian tentang apa? Oleh guru + maklumat tepat hanya dapat diperoleh melalui lawatan itu.Isi 4:- Cadangan lawatan + tempat yang ingin dilawati di kilang itu (tempat pengeluaran/ tempat pembungkusan/ pentadbiran dan lain-lain) + meminta kebenaran mengambil gambar berkaitan + untuk dimasukkan dalam laporan.Isi 5:- memohon bantuan seorang kakitangan kilang + untuk memberi tunjuk arah di kawasan kilang + member penerangan yang diperlukan + memohon sebarang bahan-bahan maklumat tambahan tentang kilang itu + untuk rujukanIsi 6:- Janji anda – mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak kilang + mematuhi disiplin + akan bertanggungjawab sekiranya timbul masalah yang disebabkan oleh lawatan tersebut.Penutup:- harapan anda + ucapan pendahuluan terima kasih.

Sabtu, 30 Januari 2010

TAMATNYA SATU PERTEMUAN AWAL

Kursus Membina Laman Blog berakhir hari ini 31 Januari 2010. Malam tadi ada peserta yang seronok menyiapkan blog majlis guru cemerlang daerah masing-masing hingga tidak sedar jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Rasanya macam tak cukup pula untuk masa yang diberikan selama tiga hari dua malam ini untuk menyiapkan satu laman blog dan pengisian maklumat awal. Sebagai wakil kepada Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor, saya bersyukur kursus yang diadakan ini cukup memberikan impak besar kepada setiap majlis guru cemerlang daerah. Melalui blog yang sudah tersedia dengan wajah baharu ini akan memberikan kesegaran minda kepada semua guru cemerlang di setiap daerah untuk mengakses seberapa banyak maklumat berguna daripada blog ini. Mereka dapat mengakses maklumat perjawatan, bahan pengajaran dan pembelajaran serta soalan peperiksaan. Selain guru cemerlang, semua pelajar dapat mencari dan menggunakan maklumat dalam blog ini untuk meningkatkan kemahiran belajar. Menyiapkan blog bukanlah satu perkara yang terlalu sukar untuk dilaksanakan, tetapi mengisi 'keperluan' dalam blog itu lebih sukar dan pastinya memerlukan komitmen jitu daripada setiap jurulatih hari ini untuk memastikan blog yang sudah tersedia dan terbentang indah ini dimanfaatkan oleh setiap insan. Terima kasih daun keladi kepada Encik Ismail Yon dan Encik Jamal Ali, yang telah berjaya menggerakkan minda dan emosi jurulatih blog guru cemerlang di negeri Johor ini. Pastinya ilmu yang dibekalkan ini akan diceritakan pula kepada setiap anak buah di peringkat daerah nanti. Kepada jurulatih, marilah kita persiapkan diri untuk memastikan pengisian maklumat dalam bolg ini lebih bermutu, menarik, terkini dan berterusan agar matlamat kita menjadi agen penyebar ilmu yang cemerlang dan berterusan. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan ilmu, sumbangan kasih, dan sumbangan material demi menjayakan sebuah pengisian yang akan menjadi satu memorabilia dalam dunia pendidikan kita - ikhlas daripada: Ramli bin Yahya, Timbalan Yang Dipertua, Majlis Guru Cemerlang Johor.

Jumaat, 29 Januari 2010

LATIHAN KERJA RUMAH MASA CUTI SEKOLAH SEMPENA TAHUN BAHARU CINA 2010

Soalan 1 (Karangan)
Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.
Tajuk
Ibu bapa memainkan peranan penting untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pembentukan disiplin serta sahsiah pelajar. Berikan pendapat anda.

Soalan 2 (Kajian Novel)
Berdasarkan novel Putera Gunung Tahan, huraikan peranan:
a. Ratu Bongsu
b. Perempuan Tua
c. Tuan Robert
d. Tuan Willian

Soalan 3 (Pengetahuan dan Kemahiran Tatabahasa)
Bina ayat daripada frasa di bawah:
a. mengejar cita-cita
b. mencatat sejarah
c. mencari rezeki

KENANGAN MGCJ 2008

MGC Johor telah memulakan program tahun 2008 dengan membuat modul-modul P&P bagi semua mata pelajaran peringkat UPSR, PMR dan SPM. Slot pembinaan modul peringkat pertama bermula pada 20-22 Mac 2008 melibatkan 65 guru cemerlang peringkat UPSR. Manakala peringkat PMR dan SPM bermula pada 10-14 April 2008 bertempat di Klebang Beach Resort Melaka.YDP Mgc Johor En Mohd Saudi Abdullah mengucapkan terima kasih kepada semua guru cemerlang Johor kerana berjaya menghasilkan modul-modul untuk membantu pelajar-pelajar di negeri Johor meningkatkan prestasi dalam pelajaran mereka. Beliau menambah program ini akan diseminarkan pada bulan Jun 2008 untuk mendedahkan kepada pelajar kaedah menjawab soalan dengan kaedah yang berkesan.Mgc Johor akan mengadakan konvesyen Guru Cemerlang pada ogos 2008 yang akan diadakan di Rompin Pahang selama 3 hari 2 malam. Dalam konvesyen tersebut, beberapa slot ceramah yang berkisar tentang protokol, profesional Guru Cemerlang, Kerjaya Guru Cemerlang dan sebagainya akan disampaikan kepada peserta.Dalam pada itu juga, YDP Mgc Johor menambah, satu Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang akan diadakan pada 7 - 10 Julai tahun 2008 di Melaka dimana 24 wakil Guru Cemerlang Johor akan menghadiri pesidangan tersebut yang akan dirasmikan oleh YB Dato Seri Hisamuddin Tun Husin Onn.

WATAK SAMPINGAN NOVEL MELUNAS RINDU

Watak Sampingan
Farhana
Pengarang menggambarkan Farhana bertubuh kecil molek, berkulit putih dan cantik orangnya. Farhana berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris dari universiti luar negara. Farhana berumur dua puluh empat tahun.Farhana bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia. Di sekolah itu dia diamanahkan untuk menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan membantu Pengetua dan Penolong Kanan dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris.Farhana ialah seorang yang periang, mudah ketawa dan mudah untuk diajak berbual. Dia juga seorang yang nakal dan lincah.Dia juga seorang yang dedikasi dan komited terhadap tugasnya sebagai guru, contohnya dia tidak pernah ponteng kelas lanjutan seperti yang dilakukan oleh ikgu Zamani. Dia berusaha untuk membantu anak-anak muridnya untuk lulus dalam peperiksaan Bahasa Inggeris. Selain itu, Farhana turut digambarkan sebagai seorang yang penyayang, contohnya dia sayang akan emak dan adik-adiknya. Di samping itu, dia juga menyimpan perasaan sayang terhadap Fuad. Akhirnya perasaan sayang itu bertukar menjadi perasaan sayang kepada abang kandungnya sendiri.Selain itu, Farhana digambarkan sebagai seorang anak yang bertanggungjawab terhadap keluarganya sendiri. Sebagai contohnya, Farhana segera pulang ke Kuantan untuk menjaga ibunya yang sakit lelah dan dimasukkan ke hospital. Dia sanggup tidur di hospital semata-mata untuk menjaga ibunya yang sakit itu.Walau bagaimanapun Farhana juga digambarkan sebagai seorang yang tegas pendirian contohnya, dia tetap mempertahankan pendapat ketika bertengkar dengan Cikgu Zamani yang suka ponteng kelas di sekolah.Selain itu, Farhana juga seorang yang berani menegakkan kebenaran, contohnya dia berani berhujah dengan Cikgu Zamani yang selalu ponteng kelas dan suka mengkritiknya.Walaupun perwatakannya nampak kasar dan tegas tetapi Farhana sebenarnya seorang yang sensitif dan beremosi contohnya, dia menangis dan berasa sedih apabila Fuad memberitahunya tentang hubungan mereka sebenarnya ialah adik-beradik. Dia agak sukar untuk menerima kenyataan itu pada peringkat awalnya.

SATU CATATAN RINGKAS: WATAK UTAMA NOVEL MELUNAS RINDU

Fuad (Joshua atau Abdul Halim)

Watak Fuad digambarkan oleh pengarang sebagai seorang anak muda yang kacak, tubuhnya tinggi, berdarah kacukan Cina dan Melayu, iaitu ayahnya berketurunan Cina dan emaknya pula berketurunan Melayu.Selain itu, Fuad memiliki kelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari universiti ternama di Amerika Syarikat. Fuad bekerja sebagai guru sementara yang mengajarkan Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia. Dia juga seorang yang dedikasi terhadap tugasnya sebagai guru, contohnya dia tidak pernah ponteng kelas dan sanggup pulang lewat untuk membimbing anak-anak muridnya yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.Fuad ialah seorang yang taat akan perintah agama dan sebagai buktinya dia tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam perjalanan jauh atau sebagai musafir dia menunaikan solat qasar. Sebagai contohnya, Fuad berhenti di sebuah masjid untuk menunaikan soalat qasar ketika dia dan Farhana dalam perjalanan ke Kuantan.Fuad ialah seorang anak muda yang tabah menghadapi cabaran hidup yang penuh dengan liku dan dia tidak pernah mengesali nasibnya itu, contohnya dia tabah menghadapi hidupnya tanpa ibu dan bapa di sisinya. Dia cuma menumpang kasih sayang daripada bapa dan ibu saudaranya iaitu Patrik Lim dan Swee Lan. Selain itu, dia juga menumpang kasih sayang daripada keluarga angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah. Bukti lain ialah dia tabah menghadapi kenyataan bahawa Farhana ialah adik kandungnya sendiri yang berlainan bapa.Fuad juga digambarkan sebagai seorang yang penyayang, contohnya dia sayang akan apaknya dan juga adik-adik sepupunya. Buktinya dia sanggup memberikan wang dan menanggung persekolahan Ah Soh yang sedang belajar di tingkatan enam atas.Fuad turut digambarkan sebagai orang yang suka menolong orang lain. Sebagai contohnya, dia membantu Farhana untuk menjaga ibunya yang sakit di hospital dan mengambil berat akan adik-adik Farhana. Selain itu, Fuad seorang yang murah hati dalam menghulurkan sebarang bantuan, contohnya dia dengan murah hati membayar bil rawatan anak rakannya, iaitu Borhan yang demam panas. Di samping itu, Fuad juga murah hati dengan membelikan Pak Ismail sebuah motosikal untuk kegunaannya seharian. Fuad juga murah hati dengan memberi jagung yang ditanamnya sendiri kepada Farhana dan guru-guru di sekolahnya.Selain itu, Fuad digambarkan sebagai seorang yang menghormati orang lain, contohnya dia menghormati Pak Ismail dengan Mak Salmah dan tidak pernah meninggikan suaranya ketika berbicara. Contoh yang lain ialah dia menghormati Cikgu Zamani dengan memenuhi jemputan untuk makan malam di rumahnya.

KURSUS MEMBINA LAMAN BLOG MGC JOHOR 2010

MAJLIS GURU CEMERLANG JOHOR (MGCJ) dan JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR (JPNJ) telah menganjurkan Kursus Membina Laman Blog di Hotel Landmark, Batu Pahat, Johor pada 29 Januari hingga 31 Januari 2010. Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada Setiausaha dan Penolong Setiausaha Majlis Guru Cemerlang Daerah seluruh negeri Johor telah mengikuti kursus ini. Dalam ucapan alu-aluan Encik Ramli bin Yahya (Timbalan Yang Dipertua MGC Johor) wakil rasmi Yang Dipertua MGC Johor (Puan Norizah binti Rahmat)berharap kursus ini menjadi tapak penting untuk membuka ruang seluas-luasnya kepada semua guru cemerlang sama ada di daerah, negeri, atau negara untuk mengakses maklumat dengan cepat dan terkini. Melalui blog yang akan dibina oleh setiap MGC daerah ini akan memberikan ruang kepada jabatan pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah, atau sekolah-sekolah memperoleh maklumat tentang kepakaran guru cemerlang, aktiviti MGC daerah, dan sumbangan yang disediakan untuk membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru serta membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPM di negeri Johor. Beliau juga berharap selepas ini semua guru cemerlang di negeri Johor akan diberikan pendedahan untuk memastikan pengisian maklumat seperti nota, soalan, dan bahan pengajaran dan pembelajaran dapat dimuatkan dalam laman tersebut. Melalui cara ini, guru dan pelajar akan memperoleh satu lagi saluran untuk mendapatkan maklumat yang berguna dengan cepat.
Kursus selama tiga hari ini telah dikendalikan oleh Encik Ismail bin Yon (Pengerusi MGC Kluang) dan Encik Jamal bin Ali (AJK MGC Batu Pahat). Kedua-dua fasilitator ini merupakan guru cemerlang yang mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia di negeri Johor. Terima kasih kepada, Encik Ahmad bin Rukiman (Naib Yang Dipertua MGC Johor) dan Puan Nursidah binti Ab. Hamid (Pengerusi MGC Batu Pahat) yang bertindak sebagai urus setia dan penyelaras kursus ini. Semoga kursus ini memberikan manfaat berganda untuk peningkatan kecemerlangan diri guru cemerlang dan pencapaian akademik pelajar di seluruh negeri Johor pada masa akan datang.

Sabtu, 9 Januari 2010

GURU CEMERLANG BM-KOMITMEN JITU DIPERLUKAN

Untuk Semua Guru Cemerlang BM

Dalam mesyuarat GC BM baru-baru ini, kita telah melihat paparan jelas kedudukan kita dalam Keputusan PMR 2009. Dari setahun ke setahun kedudukan kita semakin ke bawah jika dibandingkan dengan PPD lain di negeri Johor. Jika tidak dirancang dengan teliti dan sistematik, pastinya tidak mustahil PPD kita akan berada paling bawah suatu hari nanti dalam apa juga keputusan peperiksaan awam. Walaupun bukan BM yang menjadi penyebab utama kepada kedudukan itu, tapi usaha menjadikan BM sebagai tali untuk subjek lain bergantung harus disiapsiagakan. Tapi, sepanjang kepimpinan saya menerajui Majlis Guru Cemerlang daerah atau kepimpinan sebelumnya atau kepimpinan selepasnya; kami tetap berusaha untuk merencanakan keinginan kecemerlangan pendidikan di peringkat daerah. Tapi perlu diingat, bukan MGC sahaja yang ada di daerah ini...banyak lagi majlis yang berlindung di sini...berlindung atau melindungi diri apabila keputusan jatuh; menunjukkan muka atau mendabik dada apabila keputusan daerah naik...di sini kita ada MGS (Majlis Guru Sarjana). MGB (Majlis Guru Besar), PKPSM (Pengetua), M4P (Pemimpin Pelapis), MGK (Kaunseling)...banyak lagilah. JK Panel Perunding Peringkat pun ada...ke mana? Membentangkan data PMR 2009 bolehlah dijadikan panduan agar sejarah tidak berulang...sepatutnya perlu juga membentangkan TOV 2010 (peperiksaan akhir tahun tingkatan 2 atau peperiksaan akhir tahun tingkatan 4 2009 jika perlu TOV tahun 5 untuk UPSR)...data ini perlu dikelek, dibimbit atau dilekatkan di papan-papan kenyataan di sekolah. Biar pengetua atau guru besar melihat kekuatan dan kelemahan semasa yang perlu dibaiki segera dalam tempoh 5 atau 6 bulan mendatang. TAPI ingat, untuk menentukan TOV kita jangan sembarangan melihat keputusan akhir tahun sekolah...TANPA melihat adakah soalan yang dibina itu setara di peringkat daerah...jika setara ok lah: barulah buat perbandingan standardisasi antara sekolah di daerah. Jika soalan tak setara jangan buat perbandingan; malu kita nanti...sekolah A buat soalan akhir tahun tahap senang (maka TOV nya tinggi melambung, manakala sekolah B buat soalan tahap susah (maka TOV jatuh merudum) ...kan macam kartun tu...kita pun kata sekolah A hebat, sekolah B tak mencapai tahap dikehendaki...kalau soalan setara dibina: banyak perkara boleh diselesaikan:
1. TOV standard peringkat daerah boleh ditentukan
2. Kawasan cakupan kemahiran / soalan yang belum dikuasai oleh pelajar boleh ditingkatkan oleh guru mata pelajaran secepat mungkin sebelum peperiksaan awam mendatang
3. Merancang program segera untuk daerah, zon atau sekolah terpilih mengikut subjek lemah
4. Banyak perkara boleh dibuat daripada data yang dikeluarkan.
Marilah kita berjuang bersama-sama membantu anak bangsa menggerakkan minda mencapai wawasan mulia. GC BM bantulah anak-anak kita untuk merealisasikan impian mereka...GC mata pelajaran lain...teruskan usaha agar tidak ada lagi subjek yang perlu bergantung kepada mata pelajaran lain untuk melonjak naik ke paras tertinggi di negeri bertuah ini. Sekian, terima kasih...pandangan peribadi; dah banyak juga kita bantu jika dibandingkan dengan orang lain yang setara kita...tapi tiada tk yang diterima...

INGATLAH KEPADA TOKOH ISLAM YANG PERNAH BERJASA KEPADA KITA

TOKOH-TOKOH SAINTIS ISLAM
AL-KHAWARIZMI & SUMBANGAN
Artikel ini disumbangkan oleh:
Nur Amalina binti Ramli
SMK. Tun Aminah, Batu Pahat.

LATAR BELAKANG TOKOH
Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.

Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.

PENDIDIKAN

Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad.

Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.


PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

Gelaran Al-Khawarizmi
Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-gorism telah dikenali pada abad pertengahan. Negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya
Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :
Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang.
Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.

Hasil Karya Al-Khawarizmi

Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong dalam bidang matamatik. Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.
Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :
Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum.
‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.
Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia mengenai algebra.
Al-Amal bi’ Usturlab’
Al-Tarikh
Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

Ketokohan al-Khawarizmi

Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri. Ketokohan al-Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi. Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji.

Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah ‘Mafatih al-Ulum’. Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam.

Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri. Masaalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri.

Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang].

Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah satu daripadanyatelah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan orangSpanyol dan Kristian.

Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja.

Peribadi al-Khawarizmi

Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat. Al-Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh orang Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan “pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur....” Maka temasuklah al-Khawarizmi itu sendiri.

Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar. Menurut Wiedmann pula berkata....’ al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains’. Setiap apa yang dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam.

Strategi Pengislaman Sains Matematik
Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara iaitu, ia hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak. Ini kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh yanh beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut undang-undang Islam.

Tauhid
Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu Islam yang lain. Mengikut matlamat Islam, semuanya Ayyatullah [tanda-tanda Allah iaitu symbol kebesaran, kewujudan dan keEsaan Tuhan. Ungkapan yang wujud sewajarnya mencorakkan kegiatan matematik. Setiap falsafah dan epistemology sains matematik kita tidak harus diterima bulat-bulat tanpa syarat.

Syariah
Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat. Keharmonian dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri. Dari sudut ini, ahli matematik Islam yang cuba menyelesaikan masaalah yang melibatkan perbuatan hukum syariah seperti judi, riba dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama samawi untuk memperkukuhkan lagi Institusi. Oleh itu, matematik Islam hendaklah berkembang selari dengan keperluan manusia dan perkembangan ini juga harus di dalam sudut syariah.


Akhlak
Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia perlu dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai murni. Ilmu yang dipelajari contahnya akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini adalah penemuan aljabar yang melambangkan keadilan. Ini kerana keadilan itu dituntut oleh agama Islam itu sendiri. Melalui asas pradigma tauhid dan sya’iyah itu dapat memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak.

Cabang Matematik

Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-Khawarizmi seperti geometri, algebra, aritmetik dan lain-lain.

Geometri
Ia merupakan cabang kedua dalam matematik. Isi kandungan yang diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu ‘geo’ bererti bumi dan ‘metri’ bererti sukatan. Dari segi ilmunya pula geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat ruang. Geometri ini mula dipelajari sejak zaman firaun [2000SM]. Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Grik sebagai satu sains dedukasi dalam kurun ke6SM. Seterusnya sarjana Islam telah mengemaskanikan kaedah sains dedukasi ini terutamanya pada abad ke9M.

Algebra/aljabar
Ia merupakan nadi untuk matematik algebra. Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-12. sebelum munculnya karya yang berjudul ‘Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M. Sebelum ini tak ada istilah aljabar.

Sabtu, 2 Januari 2010

SELAMAT TAHUN BAHARU 2010

Kepada semua guru di negara ini, saya mengucapkan selamat kembali untuk menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab, berintegriti, dan cekap. Tahun 2010 merupakan tahun yang cukup mencabar dan menguji ketanggungjawaban kita sebagai seorang guru sama ada di peringkat prasekolah, sekolah rendah, ataupun di peringkat sekolah menengah. Rakan-rakan yang saya hormati, marilah kita berganding bahu untuk meneruskan amanah yang dipikul bagi menjamin kelangsungan pendidikan generasi cemerlang Malaysia. Selamat bertuga buat semua rakan sejawatku di seluruh pelosok tanah air.