Jumaat, 19 September 2014

MAJLIS PERTEMUAN MATA DAN HATI SMC 1980

MAJLIS PERTEMUAN MATA DAN HATI SMC80
TARIKH        : 6.10.2014 (HARI RAYA HAJI KE-2)
HARI             : ISNIN
MASA            : 3.00 PETANG
TEMPAT       : SURIA RESORT, CHERATING, PAHANG
BAYARAN     : RM40.00 SEORANG
SEMOGA PERTEMUAN INI MENGERATKAN SILATURAHIM

Ahad, 14 September 2014

CATATAN - HIDUP BIARLAH BERJASA

Satu catatan:
1. Menjadi Pengawas SM Chukai
2. Menjadi Ketua Murid SM Chukai
3. Menjadi Kapten Asrama SM Chukai
4. Menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Geliga
5. Menjadi Pengerusi PIBG TADIKA Kg Baharu Felda Neram 1
6. Menjadi Pengerusi Kelab Bilik Guru SK Kg Baharu Felda Neram 1
7. Menjadi Timbalan Pengerusi JK Penduduk Taman Pandan Jaya 2
8. Menjadi Pengerusi JK Penduduk Taman Panda Jaya 2
9. Menjadi Pengerusi Kelab Bilik Guru SMK Senggarang
10. Menjadi Setiausaha Majlis Guru Sarjana Batu Pahat
11. Menjadi Pengerusi Majlis Guru Cemerlang Batu Pahat
12. Menjadi Penasihat Majlis Guru Cemerlang Batu Pahat
13. Menjadi Timbalan YDP Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor
14. Menjadi Munsyi Dewan
15. Menjadi Ketua SISC+

CATATAN : HIDUP MENGUMPUL PENGALAMAN

Setelah tamat alam persekolahan:
1. Menjadi buruh kasar membina INTAN Wilayah Timur, Kemaman
2. Menjadi buruh kasar di kilang papan Kemaman
3. Menjadi pembancuh simen di Kampung Geliga
4. Menjadi nelayan di Kuala Kemaman
5. Menjadi pembanci sementara FAMA di seluruh Terengganu
6. Menjadi peniaga buah-buahan di Pasar Kedai Payang Kuala Terengganu
7. Menjadi penolong pegawai pemasaran kedai koperasi Kuala Terengganu
8. Menjadi pegawai pemasaran kedai koperasi Kuala Terengganu
9. Menjadi guru sekolah rendah
10. Menjadi guru sekolah menengah
11. Menjadi pegawai SISC+ BM di PPD
Buat semua yang mengenaliku:
ILMU TIDAK TERBATAS DI PAPARAN INI, CARILAH, KUMPULLAH, DAN TERJEMAHKANLAH DALAM PAPARAN YANG LEBIH BAIK DEMI KECEMERLANGAN DIRI. Mencari ilmu ibarat mendayung sampan menuju pangkalan. Sampan yang baik dan lengkap disertakan dayungan yang sistematik mampu meluncur laju menuju satu destinasi - Destinasi Ilmu, Destinasi Iman, dan Destinasi Amal 

CATATAN - SATU PERJALANAN YANG JAUH (MENCARI ILMU):

1. SK KUALA KEMAMAN, KEMAMAN, TERENGGANU - belajar darjah 1 hingga darjah 6
2. SM CHUKAI, KEMAMAN, TERENGGANU - belajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5
3. GRAMMAR SCHOOL, KUALA TERENGGANU - belajar tuisyen malam untuk STPM
4. MAKTAB PERGURUAN MOHD KHALID, JOHOR BAHRU - guru pelatih
5. SK. ULU TIRAM, JOHOR BAHRU - rancangan orientasi sekolah
6. SK. ST JOSEPH, JOHOR BAHRU - latihan mengajar
7. SK. KG. BAHARU FELDA NERAM 1, KEMAMAN, TERENGGANU - menjadi guru tahun 1 hingga tahun 6
8. SK. KAMPONG BAHARU, KUALA LUMPUR - latihan mengajar KDP14M
9. SK. TUANKU MARIAM, BENTONG, PAHANG - latihan mengajar KPK 1 TAHUN
10. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA - mahasiswa bacelor pendidikan PBMP
11. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA - mahasiswa master bahasa dan linguistik Melayu
12. SMK. SENGGARANG, BATU PAHAT - menjadi guru tingkatan 1 hingga tingkatan 6
13.  PPD Batu Pahat - menjadi Pegawai SISC+ Bahasa Melayu Menengah


Sabtu, 13 September 2014

LATIHAN MINDA 1 - EJAAN DAN FRASA



LATIHAN MINDA 1 : EJAAN DAN FRASA
ARAHAN:
1.     Tandakan ( /  ) jika perkataan atau frasa tersebut betul dan tandakan ( x ) jika perkataan atau frasa itu salah
2.     Sila tulis ejaan yang betul bagi setiap perkataan atau frasa yang ditanda (x)

BIL
PERKATAAN
/   ATAU     x
EJAAN YANG BETUL
1.       
Delegasi


2.         
Deraf


3.         
Fax


4.         
Injin


5.         
Isytihar


6.         
Urusetia


7.         
Tandatangan


8.         
Merbahaya


9.         
kelingking


10.     
Profession


11.     
Manafaat


12.     
Kemaskini


13.     
Lanskap


14.     
Memperindahkan


15.     
Email


16.     
Prosedur


17.     
Setor


18.     
Pilihanraya


19.     
Minimum


20.     
Ekpress



Ulasan:



JUMLAH YANG BETUL



OLEH:
RAMLI BIN YAHYA
PEGAWAI SISC+ BMM, PPD BATU PAHAT
MUNSYI DEWAN, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

LATIHAN MINDA UNTUK CALON PT3 DAN SPM 2014 - PEMANTAPAN TATABAHASA


PILIH SALAH SATU JAWAPAN YANG PALING TEPAT
 
1. "Antara kami tiada ________ yang perlu diragui, hanya sekadar kawan biasa," kata Encik Zawawii kepada isterinya.
1.         mana-mana
2.         siapa-siapa
3.         bila-bila
4.         apa-apa
2.       "Kalau ada ________ bahagian yang rosak, boleh saya tolong baiki," kata Raveer menawarkan khidmatnya.
1.         mana-mana
2.         apa-apa
3.         bila-bila
4.         siapa-siapa
3.       Untuk __________ awak begitu bersusah payah membantu Rohana?
1.         mengapakah
2.         siapakah
3.         apakah
4.         bilakah
4.       Kerana merajuk, Ashikin bertekad untuk tidak ke rumah Sulaiman sampai _______.
1.         mana-mana
2.         bila-bila
3.         siapa-siapa
4.         apa-apa
5.       __________ agaknya ekspedisi kita ini akan berakhir ke puncak Gunung Tahan itu?
1.         Mengapakah
2.         Siapakah
3.         Bagaimanakah
4.         Bilakah
6.       _____________ awak akan bertolak dari Kuala Lumpur?
1.         Bagaimanakah
2.         Berapakah
3.         Manakah
4.         Bilakah
7.       Kemudahan awam yang disediakan di negara ini boleh digunakan oleh _________ sahaja.
1.         siapa-siapa
2.         apa-apa
3.         mana-mana
4.         bila-bila
8.       Rumah Siti adalah yang ke __________ jika dari sini?
1.         berapakah
2.         manakah
3.         apakah
4.         siapakah
9.       Pencuri itu kehampaan kerana tidak ada ______ yang berharga ditemuinya di rumah di atas bukit itu.
1.         bila-bila
2.         siapa-siapa
3.         apa-apa
4.         mana-mana
10.    "Saya tidak kisah sangat ___________ kumpulan pun saya boleh masuk," kata Zambri kepada kawannya Ahmad Fuad.
1.         apa-apa
2.         siapa-siapa
3.         mana-mana
4.         bila-bila
11.    ________ pun tidak mengetahui bahawa selama ini Azman menghidap penyakit barah.
1.         siapa-siapa
2.         mana-mana
3.         apa-apa
4.         bila-bila
12.    __________ nama perempuan jelita di sebelah rumah kamu itu?
1.         Bagaimanakah
2.         Mengapakah
3.         Siapakah
4.         Apakah
13.    "Jikalau kamu ada ___________ masalah dalam pelajaran, hubungilah saya," pesan cikgu Hamsiah.
1.         mana-mana
2.         siapa-siapa
3.         bila-bila
4.         apa-apa
14.    _____________ antara kamu yang tahu menyanyi lagu "Putera Puteri"?
1.         Manakah
2.         Siapakah
3.         Apakah
4.         Berapakah

15.    Yang _________ satukah perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tadi?
1.         apa
2.         bila
3.         mana
4.         siapa
16.    "Di dalam Makmal Komputer ini ada _________ buah komputer, Wei Lee?" tanya Cikgu Faridah.
1.         mana
2.         berapa
3.         apa
4.         siapa
17.    "Apabila berkawan, pilih _______ yang boleh dijadikan teman buat menumpang senang dan susah," pesan ayah kepadaku.
1.         apa-apa
2.         bila-bila
3.         siapa-siapa
4.         mana-mana
18.    ___________ manusia memerlukan amalan pemakanan yang seimbang?
1.         Siapakah
2.         Apakah
3.         Bagaimanakah
4.         Mengapakah
19.    __________ orang yang akan datang ke Majlis Graduasi malam nanti?
1.         Berapakah
2.         Bilakah
3.         Siapakah
4.         Bagaimanakah
20.    “______ dokumen yang sudah tidak diperlukan, awak buang sahaja ke dalam tong sampah," kata Encik Muthuvelu.
1.         apa-apa
2.         mana-mana
3.         bila-bila
4.         siapa-siapa
21.    Lori yang dipandu oleh Ah Leong _____________ kerana terlanggar pembahagi jalan ketika melalui selekoh yang tajam itu.
1.         terbalik
2.         berbalik
3.         membalik
4.         membaliki
22.    Abang kedua Amin bekerja sebagai ___________ tetamu di sebuah hotel terkemuka di Langkawi.
1.         menyambut
2.         penyambut
3.         bersambut
4.         sambutan
23.    Penduduk Kampung Sentosa bergotong-royong _________ sungai di kampong mereka untuk mengelakkan banjir.
1.         mendalam
2.         kedalaman
3.         mendalami
4.         mendalamkan
24.    Kamal _______ apabila disuruh oleh ibunya membersihkan halaman rumah.
1.         meradang
2.         merengek
3.         merenguh
4.         merungut
25.    Beberapa ekor kerbau sedang ________ di dalam sawah.
1.         berkabung
2.         berkubang
3.         bertelagah
4.         bergaduh
26.    "Walaupun bukan pada musim perayaan, rumah saya sentiasa _____________ kepada orang ramai," kata wakil rakyat di kampung saya kepada penduduk kampung.
1.         pembukaan
2.         membuka
3.         berbuka
4.         terbuka
27.    Para pengunjung begitu tertarik oleh ________ air Perigi Hang Tuah itu.
1.         keputihan
2.         kekeruhan
3.         kejernihan
4.         keharuman
28.    Ahmad ______________ seribu bahasa apabila ditanya oleh guru matematiknya.
1.         terbisu
2.         berbisu
3.         pembisu
4.         membisu
29.    Sekolah yang mempunyai pelajar yang berbilang kaum disarankan supaya mengamalkan nilai saling __________ dalam kehidupan seharian.
1.         mengasihi
2.         mengamati
3.         menyayangi
4.         menghormati
30.    Pertandingan sayembara puisi di dewan itu ____________ hingga pukul 12.00 tengah malam.
1.         terlarut
2.         berlarut
3.         berlarutan
4.         dilarutkan
31.    Mary telah dinobatkan sebagai _____________ yang paling cemerlang kerana berjaya menggondol sepuluh pingat emas yang dipertandingkan dalam acara balapan kegemarannya.
1.         olahragawan
2.         olahragawati
3.         peragawati
4.         peragawan
32.    Bubur gandum yang panas itu ___________ sehingga membasahi dapur.
1.         membuak
2.         melimpah
3.         merembes
4.         menumpah
33.    Tan Sri Zulkarnain sangat ______________ akan nasib mangsa banjir yang terpaksa tinggal di khemah sementara.
1.         bersimpati
2.         berkasihan
3.         bersedihan
4.         bergusaran
34.    Mak Limah sering __________ di sekeliling rumahnya supaya nampak cantik dan kemas.
1.         dirumputkan
2.         merumputkan
3.         merumput
4.         berumput
35.    Setelah berlari 10 kilometer, para pelajar meminta agar guru mereka membenarkan mereka berehat kerana _______________.
1.         keletihan
2.         kelesuan
3.         kehausan
4.         kepanasan
36.    Lagu 'Negaraku' dan lagu sekolah _____________ oleh pelajar setiap kali perhimpuan rasmi.
1.         nyanyian
2.         dinyanyikan
3.         nyanyi
4.         menyanyi
37.    Kakak _____________ surat dari abang yang belajar di luar negara itu untuk ayah kerana mata ayah sudah kabur.
1.         membaca
2.         dibaca
3.         membacakan
4.         bacaan
38.    Tuan Pengetua mengucapkan ______________ tahniah kepada para pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan yang lalu.
1.         tinggi
2.         meninggikan
3.         ditinggikan
4.         setingi-tinggi
39.    Pelbagai golongan ___________ telah menghadiri Simposium Intelek Melayu yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka hujung minggu lalu.
1.         hartawan
2.         dermawan
3.         bangsawan
4.         cendekiawan
40.    Badan Pencegah Rasuah sentiasa berusaha untuk menangani ____________ rasuah dalam kalangan kakitangan kerajaan.
1.         penggiat
2.         kegiatan
3.         ketergiatan
4.         menggiatkan