Selasa, 6 Oktober 2009

PMR 2009

KEPADA SEMUA CALON PMR 2009,
Anda sebahagian daripada 248 000 calon yang akan menduduki peperiksaan awam yang amat penting ini. Bermula esok, andalah yang boleh menentukan kecemerlangan diri anda. Saya yakin semua persiapan telah dilakukan. Semua guru telah memberikan panduan terbaik untuk mempersiap diri dalam menjawab soalan peperiksaan. Sebagai guru yang mengajarkan Bahasa Melayu di sekolah, saya berharap semua calon PMR di negara ini akan menjawab semua soalan yang dikemukakan. Sebagai maklumat tambahan:
BM Kertas 1 ada 40 soalan (30 soalan tatabahasa, 5 soalan pemahaman prosa: prosa moden atau prosa tradisional, dan 5 soalan pemahaman puisi: puisi moden atau puisi tradisional). Jawablah semua 40 soalan dengan teliti dalam tempoh 60 minit. Bagi yang beragama Islam, pilihlah jawapan dengan membaca Bismillah dan selawat ke atas nabi dalam hati.
BM Kertas 2 ada Bahagian A(i) dan A(ii), Bahagian B, Bahagian C (lima pilihan-pilih satu) dan Bahagian D. Jawab semua soalan yang dikemukakan. Tulisan biarlah kemas dan semak ejaan, tanda baca, serta isi. Insya-Allah, calon pasti mendapat kejayaan yang cemerlang.
Bagi semua calon; cikgu ucapkan selamat menjawab soalan peperiksaan PMR 2009 dengan baik dan berhati-hati. Cikgu doakan anda akan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan ini nanti. Kepada ibu bapa atau penjaga; marilah kita membaca surah Yassin atau solat hajat ketika anak-anak sedang menjawab soalan peperiksaan. Biarlah perjuangan anak-anak kita menghadapi rintangan peperiksaan dapat diatasi dengan kekuatan doa tuan-tuan dan puan-puan. Sekian, terima kasih.

Jumaat, 25 September 2009

LATIHAN RUMUSAN SPM 2004: LATIHAN CUTI RAYA

Soalan 1:Rumusan (SPM2004)
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

Dari masa ke masa kita dihadapkan dengan kes-kes pesakit kronik yang merayu simpati orang ramai supaya memberikan bantuan kewangan bagi membolehkan mereka mendapatkan rawatan segera. Kita berbangga kerana ramai dermawan yang sanggup memberikan sumbangan kemanusiaan sumpama ini. Namun begitu, cara ini bukanlah langkah yang terbaik dalam kalangan masyarakat penyayang. Hal ini demikian kerana pesakit-pesakit kronik yang memerlukan rawatan segera terpaksa meminta bantuan daripada individu atau dermawan tertentu. Golongan pesakit kronik ini juga biasanya berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai melalui media elektronik atau media cetak.

Kita percaya bahawa adalah lebih wajar diwujudkan badan khas untuk membolehkan pesakit-pesakit kronik mendapat bantuan kewangan. Badan khas ini juga dapat membiayai rawatan segera supaya mereka tidak perlu membuat rayuan kepada orang ramai. Di samping itu, orang ramai atau badan-badan yang ingin menderma dapat menyalurkan sumbangan secara sistematik kepada badan berkenaan supaya dapat disampaikan kepada pesakit kronik yang memerlukan bantuan. Kita percaya bahawa dengan cara ini, bantuan akan dapat disalurkan secara lebih tersusun, terhormat, dan telus. Pesakit kronik pula tidak perlu memainkan sentimen simpati orang ramai melalui media. Dengan cara ini, gagasan masyarakat penyayang akan dapat dilihat lebih adil, proaktif, dan komprehensif. Semua penghidap penyakit akan memperoleh manfaat dan bukan hanya pesakit kronik yang mempunyai kedudukan tertentu sahaja. Namun begitu, orang ramai yang ingin menyumbangkan derma ini haruslah digalakkan. Langkah mereka akan mengurangkan beban badan yang dicadangkan supaya badan ini dapat menumpukan perhatian kepada golongan yang tidak berupaya untuk mendapatkan bantuan daripada pihak lain.

Dalam pada itu, kita sedar bahawa telah banyak badan kebajikan dan badan amal, baik yang ditubuhkan oleh kerajaan mahupun yang ditubuhkan orang ramai. Kita harus bersyukur kerana badan-adan ini telah banyak memberikan sumbangan kepada kebajikan rakyat di negara ini. Namum begitu, jika ada dasar penyelarasan yang lebih berkesan, kita percaya lebih banyak anggota masyarakat yang memerlukan bantuan akan menfapat manfaat. Sememangnya kerajaan dan badan-badan amal tidak dapat membantu semua orang yang memerlukan bantuan tersebut. Kita berharap agar penyelarasan yang berkesan akan mampu memberikan manfaat kepada golongan yang berkenaan seluas-luasnya.

Penubuhan badan ini dapat menentukan keperluan bantuan sebenar pesakit dari segi jenis, kos, dan tempat rawatan. Secara tidak langsung, badan ini dapat memastikan bahawa wang yang disumbangkan ktu dimanfaatkan sepenuhnya. Sesusngguhnya, kewujudan masyarakat penyayang yang mampu melindungi kebajikan anggotanya yang daif merupakan salah satu cirri penting sesebuah negara penyayang.
(Diubahsuaikan daripada rencana pengarang Utusan Malaysia, Badan Bantu Pesakit Kronik, 30 Julai 2002)

Ahad, 30 Ogos 2009

PERKEMBANGAN PEPERIKSAAN DI MALAYSIA


PERKEMBANGAN PEPERIKSAAN


1956
Unit Peperiksaan ditubuhkan
Peperiksaan Overseas Senior Cambridge (OSC) dimansuhkan

1957
Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE) diperkenalkan
Peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) diperkenalkan
Peperiksaan School Certificate (SC)/Federation of Malaya Certificate (FMC) diperkenalkan

1960
Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) diperkenalkan

1962
Peperiksaan Sijil Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu (SPPTM) diperkenalkan

1963
Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE) dimansuhkan

1964
Peperiksaan Malaysia Certificate of Education (MCE) menggantikan peperiksaan Peperiksaan Federal of Malaya Certificate (FMC)Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menggantikan peperiksaan SPPTM

1967
Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (PPDL) diperkenalkanKertas peperiksaan bentuk objektif mula digunakan dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran /Lower Certificate of Education (SRP/LCE) dan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (PPDL)Pemprosesan menggunakan komputer diperkenalkan

1968
Kertas tunggal Bahasa Melayu/Malay diperkenalkan dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP)/Lower Certificate Education (LCE) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Malaysia Certificate Education (MCE)

1969
Peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM)/ Malaysia Certificate of Vocational Education (MCVE) diperkenalkan Kertas Bahasa Melayu/Malay ditukar nama kepada Bahasa Malaysia dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran(SRP)/Lower Certificate of Education (LCE)

1970
Kertas Bahasa Melayu/Malay ditukar nama kepada Bahasa Malaysia dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Malaysia Certificate Education (MCE)

1972
Ujian Lisan Bahasa Malaysia bagi peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) diperkenalkanUjian Lisan Bahasa Inggeris bagi peperiksaan SRP diperkenalkanPeperiksaan Sijil Perdagangan Malaysia (SPDM)/ Malaysia Commercial Certificate Examination (MCCE) diperkenalkan

1973
Ujian Darjah Tiga (UDT) dan Ujian Lisan Bahasa Malaysia bagi SPM/MCE diperkenalkan

1976
Peperiksaan Bahasa Malaysia (Julai) diperkenalkan
1978
Tanggungjawab mengendalikan MCE diambil alih oleh Lembaga Peperiksaan daripada Cambridge. Semua murid tingkatan tiga di sekolah menengah di Semenanjung dan Sabah mengambil peperiksaan SRP sahaja

1980
Peperiksaan SPM menggantikan MCE di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah
1981
Peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SPVM) menggantikan peperiksaan Malaysia Certificate of Vocational Education (MVVE) diperkenalkan

1982
Ujian Darjah Tiga (UDT) dimansuhkan

1983
Ujian Lisan Bahasa Malaysia bagi LCE dan Ujian Lisan Bahasa Inggeris bagi SRP dimansuhkan

1985
SRP menggantikan LCE sepenuhnya

1986
Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (PPDL) dimansuhkan. Peperiksaan SPM Menggantikan peperiksaan MCE Sepenuhnya

1988
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diperkenalkan di semua sekolah. Peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM) ditukar menjadi Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV)

1992
Kertas Bahasa Malaysia ditukar nama balik kepada Kertas Bahasa Melayu dalam peperiksaan SRP dan SPM

1993
Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menggantikan SRP sepenuhnya mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

1995
Peperiksaan SPM (Julai) bagi mata pelajaran tunggal Matematik diperkenalkan

1996
Peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) diperkenalkan

1997
Kertas Sains Bertulis dan Penilaian Kerja Amali (Peka) dalam UPSR diperkenalkan

1998
Peperiksaan Amali bagi mata pelajaran Sains Tulen dalam SPM diganti dengan PEKA

1999
Peperiksaan SPDM dimansuhkan

2000
Peperiksaan SPM (Julai) ditukar menjadi Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU (U))Sistem Pensijilan Terbuka diperkenalkan di peringkat SPM

2001
Penilaian Tahap Satu (PTS) dimansuhkan

2002
Ujian Lisan Berdasarkan Sekolah (ULBS) bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SPM diperkenalkan dan dimulakan dalam Tingkatan

2003
Mata Pelajaran Vokasional (MPV) diperkenalkan dalam peperiksaan SPMMata pelajaran Matematik, Sains dan Teknikal bagi peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM ditaksir dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

2006
Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV) diperkenalkan dan dimulakan dalam Tingkatan 4

PERBINCANGAN LANJUTAN
BAHASA MELAYU SPM 2009
OLEH
RAMLI BIN YAHYA
GURU CEMERLANG BM
SMK. SENGGARANG, BATU PAHAT.
KERTAS 1

BAHAGIAN A
Tema diberikan secara tersurat / tersirat berdasarkan bahan rangsangan
Isi dalam bahan rangsangan membantu pelajar merangka dan menulis karangan
Pelajar perlu meneliti tugasan soalan (huraikan / jelaskan / bincangkan dll)
JUMLAH ISI YANG DICADANGKAN 3 ISI LENGKAP
HURAIAN ISI : 5W1H
CONTOH LEBIH DARIPADA 2 SETIAP ISI PENTING
PERIBAHASA / SIMPULAN BAHASA / COGAN KATA

BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B

TAJUK PENTING SPM 2009
NILAI-NILAI MURNI
KEBERSIHAN DIRI
GENGSTERISME
GOTONG-ROYONG
PENGGUNAAN KOMPUTER
AKTIVITI SUKAN
MEMBACA
KEGIATAN KOKURIKULUM
PELAJAR CEMERLANG
BUDI BAHASA

CARA MENGHURAIKAN ISI KARANGAN
Pendahuluan
Ayat 1 – Isu semasa tentang bahan (kitar semula)
Ayat 2 – Huraian (mengapa )- mengapa program ini perlu diwujudkan secara umum
Ayat 3 – Huraian (bagaimana)- bagaimana proses kitar semula dan kesan secara umum
Ayat 4 – Kaitkan kehendak soalan (kata kunci soalan)
*Masukkan peribahasa yang sesuai

Bahagian isi
Ayat 1 – Idea utama (Isi 1@2@3)
Ayat 2 – Huraian (mengapa)
Ayat 3 – Huraian (bagaimana/kesan)
Ayat 4 – Contoh / bukti
Ayat 5 – Rumusan terhadap isi 1@2@3
*Masukkan peribahasa yang sesuai

Bahagian penutup
Ayat 1 – Kesimpulan ( tegaskan tema atau kata kunci soalan)
Ayat 2 – Cadangan terhadap tema
Ayat 3 – Harapan terhadap cadangan yang diberikan
Ayat 4 – Peribahasa/cogan kata/kata-kata hikmat dan sebagainya.




KERTAS 2
RUMUSAN
FORMULA PENDAHULUAN

u FP + 1 UL + KS
– FRASA PENDAHULUAN + SATU UNSUR LAIN + KETERANGAN SOALAN
u Petikan membincangkan (FP) PERANAN (1UL) penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik (KS).

TEMA DAN KATA KUNCI SOALAN:
(TEMA SAMA DENGAN CADANGAN TAJUK KARANGAN)

u NILAI-NILAI MURNI (KAEDAH PENERAPAN)
u KEBERSIHAN DIRI (CARA PENJAGAAN)
u GENGSTERISME (LANGKAH PENGAWALAN)
u GOTONG-ROYONG (KEBAIKAN AKTIVITI)
u PENGGUNAAN KOMPUTER (FAEDAH)
u AKTIVITI SUKAN (KEPENTINGAN)
u MEMBACA (CARA MENGGALAKKAN)
u KEGIATAN KOKURIKULUM (FAEDAH)
u PELAJAR CEMERLANG (CARA MELAHIRKAN)
u BUDI BAHASA (USAHA UNTUK

SOALAN PEMAHAMAN PROSA MODEN
(CADANGAN SOALAN YANG BELUM KELUAR)

u CERPEN TG. 4
– LAMBAIAN MALAR HIJAU
u PENGORBANAN GURU
– ANYYS SHOPILEA
u NILAI PERSAHABATAN
u DRAMA TG. 4
– SERUNAI MALAM
u CINTA AKAN TANAH AIR

u CERPEN TG. 5
– VIRUS ZEL UNTUK ABAH
u DRAMA TG. 5 (JUN 2009)
– KERUSI

PEMAHAMAN PROSA TRADISIONAL
(CADANGAN SOALAN YANG BELUM KELUAR)

u TINGKATAN LIMA
– SABOR
u PERWATAKAN SABOR
u TINDAKAN TANPA USUL PERIKSA

u CERITA BAYAN TIADA MENURUT KATA IBU BAPANYA (T4)
u ASAL USUL RAJA KECIL
u KEZALIMAN MEMBAWA PADAH
u KEPAHLAWAN TUN BERAHIM BAPA




PEMAHAMAN PUISI
(CADANGAN SOALAN YANG BELUM KELUAR)
TG 4
u ANAK LAUT
u JALAN-JALAN RAYA KOTAKU
u MANUSIA DAN KESEJAHTERAAN
u SELOKA PAK KADUK
TG. 5
u DUHAI PENTAKSIR
u SYAIR KELEBIHAN ILMU

PENGETAHUAN TATABAHASA

JENIS-JENIS AYAT
u AYAT AKTIF
u AYAT PASIF
u AYAT SONGSANG
u AYAT MAJMUK
u AYAT TUNGGAL
– AYAT PENYATA
– AYAT SERUAN
– AYAT PERMINTAAN
– AYAT TANYA

BENTUK SOALAN 3(b)
MENYAMBUNG AYATDARIPADA 10 AYAT MENJADI 3 AYATMEMISAHKAN AYATDARIPADA 3 AYAT MENJADI 10 AYATMENUKARKAN AYATCAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAHCAKAP PINDAH KEPADA CAKAP AJUKDIOLOG KEPADA LAPORANLAPORAN KEPADA DIALOGAKTIF KEPADA PASIFPASIF KEPADA AKTIFSONGSANG KEPADA BIASABIASA KEPADA SONGSANG

15 KATA MAJMUK YANG DIEJA SECARA BERCANTUM

ANTARABANGSA, BERITAHU, BUMIPUTERA, JAWATANKUASA, KAKITANGAN, KERJASAMA, OLAHRAGA, MATAHARI, SETIAUSAHA, SUKARELA, SURUHANJAYA, TANDATANGAN, TANGGUNGJAWAB, WARGANEGARA, PESURUHJAYA

PENGGUNAAN FRASA ADJEKTIF SEBAGAI DARJAH PENGHABISAN
PENGGUNAAN KA BERSAMA DARJAH PENGHABISAN MENGIKUT CARA:
u se+KA+gandaan+KN (sepandai-pandai tupai)
u ter-+KA (terpandai, terbaik, tercantik)
u paling + KA (paling lazat, paling tinggi)
u KA+sekali (tinggi sekali, baik sekali)
u ter- + amat/sangat + KA (teramat pandai)
u amat/sungguh/sangat + KA + sekali (amat pandai sekali, sangat merdu sekali
KEKELIRUAN:
u ter- + KA = Tidak perlu diikuti ‘sekali’
u paling + KA = Tidak perlu diikuti “sekali’
KATA NAFI DALAM BAHASA MELAYU

u UNSUR YANG MENYATAKAN MAKSUD NAFI ATAU NEGATIF KEPADA UNSUR UTAMA DALAM PREDIKAT ITU.
u TERDAPAT DUA BENTUK UNSUR NAFI IAITU:
u bukan
u tidak
u KATA NAFI bukan BOLEH MENAFIKAN FN DAN FSN.
u KATA NAFI tidak BOLEH MENAFIKAN FK DAN FA
u KATA NAFI bukan BOLEH JUGA HADIR BAGI MENAFIKAN MAKSUD FK DAN FA, JIKA KEDUA-DUANYA MENDUKUNG MAKSUD “PERTENTANGAN MAKLUMAT”.
CONTOH AYAT: ‘bukan”
u Itu bukan sekolahnya.
u Projek itu bukan usaha saya.
u Wang itu bukan daripadanya.
u Kereta api itu bukan dari Kulai.
u Hadiah itu bukan untuk bapa.
u Faedahnya bukan bagi saya sahaja.
u Buku itu bukan daripada cikgu.
CONTOH AYAT: ‘tidak”
u Mereka tidak datang semalam.
u Dia tidak menjemput saya.
u Bapa saya tidak kuat lagi.
u Suratnya tidak berapa panjang.
u Sekolah itu tidak ramai pelajar.
u Bangunan itu tidak mendapat kelulusan kerajaan.
CONTOH AYAT: ‘maksud pertentangan”
u Budak-budak itu bukan hendak belajar, tetapi hendak bermain sahaja.
u Ali bukan pandai sangat, tetapi rajin.
u Mereka datang bukan hendak bermusuh sebaliknya hendak berbaik-baik.
u Ucapannya bukan menghina kita, tetapi menyatakan kebenaran.
u Perangainya bukanlah buruk sangat, hanya sekadar tidak manis.

SUSUNAN AYAT BIASA
u KEDUDUKAN SUBJEK DI HADAPAN PREDIKAT
u CONTOH:
– Cikgu itu telah memenangi hadiah pertama.
– Setengah-setengah bangunan lama itu masih kukuh lagi.
– Kebanyakan calon peperiksaan tidak memahami soalannya.

SUSUNAN AYAT SONGSANG
u KEDUDUKAN PREDIKAT DI HADAPAN SUBJEK
CONTOH:
u Baik sungguh perangainya. (Perangainya baik sungguh)
u Berjaya juga akhirnya pendaki itu. (Pendaki itu berjaya juga akhirnya)
u Masih belum sampai pegawai itu. (Pegawai itu masih belum sampai)

KAJIAN NOVEL
(CADANGAN SOALAN)
u Persamaan nilai murni yang dimiliki watak utama kedua-dua novel
u Persamaan pengajaran yang ada pada watak utama kedua-dua novel
u Perbandingan latar masa dalam kedua-dua buah novel
u Penggunaan gaya bahasa dalam kedua-dua buah novel
u Perwatakan watak utama yang boleh kita teladani dalam novel yang anda kaji
u Peranan watak wanita selain watak utama dalam novel yang anda kaji
u Peranan watak lelaki selain watak utama dalam novel yang anda kaji
CONTOH ASPEK GAYA BAHASA DALAM NOVEL
u DIKSI
u AYAT
u PERSONIFIKASI
u SIMILE
u METAFORA
u HIPERBOLA
u SINKOF
CONTOH ASPEK BINAAN PLOT DAN TEKNIK PLOT
u BINAAN PLOT
u EKSPOSISI
u PERTENGAHAN
u PENGAKHIRAN
u TEKNIK PLOT
u IMBAS KEMBALI
u IMBAS MUKA
u SASPENS/SUSPENS
u KONFLIK
u DIALOG/MONOLOG/MONOLOG DALAMAN

ANDAIAN SOALAN YANG BELUM KELUAR
u NOVEL DI HADAPAN PULAU
u NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN

LATAR MASA ?
GAYA BAHASA?
TEKNIK PLOT?
PERBANDINGAN DUA BUAH NOVEL?
PERSAMAAN DUA BUAH NOVEL ?

SEMOGA ANDA BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM BM SPM.
RAMLI BINYAHYA
ramliyah@yahoo.com.my
http://ramlibinyahya.blogspot.com

Jumaat, 28 Ogos 2009

ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE-52:UCAPAN KPPM

PERUTUSANKETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIATAN SRI DATO’ HJ AMINUDDIN BIN HJ MOHD DOMSEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUNKEMERDEKAAN NEGARA KALI KE-52
Bismillahir Rahmannir Rahim,Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan SalamSejahtera.
1. Marilah kita bersama-sama bersyukur kepada Ilahi keranadengan limpah kurnia-Nya kita dapat menyambut UlangTahun Kemerdekaan Kali Ke-52 pada tahun ini.Sesungguhnya, kemerdekaan ini amat bermakna kepada kitakerana kemerdekaan, kedaulatan dan kemakmuran negaraterus terpelihara. Nikmat yang sedang kita kecapi ini tidakternilai harganya dan bukanlah diperoleh dengan cara yangmudah tetapi hasil daripada pengorbanan dan perjuanganpara pemimpin kita pada masa lampau.
2. Kemerdekaan yang dinikmati kini dapat dikekalkan melaluiperpaduan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum.Kepentingan perpaduan rakyat ini juga ditegaskan olehPerdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib TunRazak melalui konsep 1MALAYSIA yang juga Tema HariKebangsaan kali ini “Rakyat didahulukan Pencapaiandiutamakan.” 1 MALAYSIA ini akan mewujudkankesejahteraan dan kemakmuran rakyat dan negara. Selainitu, konsep ini dapat menimbulkan semangat patriotik iaituperasaan kasih, sayang dan cinta akan negara.
3. Melalui 1MALAYSIA, pendidikan dan pengetahuan adalahantara prasyarat penting kelangsungan hidup (survival)negara untuk mencapai kemajuan. Peluang murid-muriduntuk berinteraksi berasaskan kurikulum dan penekanannilai-nilai murni akan dapat menemukan rakyat Malaysiapada satu titik persamaan iaitu perpaduan. Perpaduan yang dipupuk sejak di bangku sekolah ini akan dapat menjanakeharmonian hidup bermasyarakat dan sekali gus kita dapatsama-sama berganding bahu membangunkan negara supayadapat duduk sama rendah, ke arah sebuah negara maju.
4. Selain itu, pendidikan dan pengetahuan dapat diperolehmelalui pembacaan. Budaya membaca mampu memperkayadan membuka minda dengan ilmu pengetahuan danseterusnya membangunkan masyarakat. Bermula denganamalan membaca, akan bercambahlah minda yang kreatif daninovatif . Sesuatu tamadun mampu dirancang dan dibinadengan hebat serta dilonjakkan dengan pemikiran yangrasional di samping iltizam yang konsisten untuk memacukegemilangan. Oleh itu, murid-murid perlu mengamalkanbudaya ilmu ini untuk memastikan kecemerlangan diri dalampembentukan modal insan minda kelas pertama kerana”Bangsa Membaca Bangsa Berjaya”.
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi,
5. Kemerdekaan yang dicapai ini mempunyai kaitan denganrakyat yang berjiwa kental dan inginkan kedaulatan. Rakyatyang berjiwa merdeka ialah rakyat yang mempunyai sifatsifatberdikari, berdaya maju, berdaya saing dan mempunyaiminda yang terbuka.
6. Pencemaran nilai budaya dan bangsa merupakan cabaranyang berat yang perlu ditangani oleh guru. Lantaran itu,kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni merupakan agendapenting untuk menyemarakkan dan menyemaikannya kedalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Di peringkat sekolah,guru-guru perlu mendidik murid-murid termasuklah budibahasa dan berakhlak mulia. Berdisiplin, bertegur sapa,hormat-menghormati, tutur kata yang sopan, bersedia memohon maaf, mentaati peraturan sekolah danmengutamakan kebersihan serta kesihatan adalah antarasikap yang patut diamalkan.
7. Terdapat segelintir murid yang melanggar peraturan dandisiplin sekolah malah mula terlibat dengan kegiatan jenayahseperti mencuri, peras ugut serta menagih dadah. Separuhdaripada kes pelanggaran disiplin yang berlaku ini adalahberpunca daripada murid itu sendiri seperti sentiasa bersifatmenentang, nakal, malas dan bertindak mengikut perasaan.Kebiasaannya rakan sebaya sangat berpengaruh dalamtingkah laku murid. Di luar rumah pula, murid berdepandengan pelbagai situasi yang banyak mempengaruhi corakkehidupan mereka. Oleh itu, pembinaan jati diri yang kukuh perlu diterapkan ke dalam diri setiap murid sebagai benteng yang mampu mengawal mereka dari melibatkan diri dalamsebarang kegiatan negatif.
8. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran memperkenalkan konsep “Sekolah Penyayang” bertujuan melahirkan muridyang berketrampilan, sekali gus membendung salah lakumurid. Konsep “Sekolah Penyayang” menekankan nilaisayang-menyayangi dan mewujudkan kemesraan antara gurudengan murid serta warga sekolah dengan ibu bapa sertamasyarakat setempat. Apabila wujudnya kemesraan ini,murid akan sentiasa berasa seronok berada di sekolahdisamping menimbulkan rasa sayang terhadap sekolahjusteru merasa bertanggungjawab menjaga nama baik sertareputasi sekolah.
9. Memandangkan penularan wabak H1N1 kini, warga sekolahperlu menjaga kesihatan dan kebersihan diri. Berdasarkan laporan terkini, saban hari ada sahaja kes baru yang dikesansama ada virus yang diimport manpan kes jangkitan di dalamnegara, kita perlu sama-sama melakukan sesuatu untuk mengelakkan diri daripada ancaman H1N1 ini. Oleh hal yang demikian, warga sekolah tidak perlu cemas dan mestimematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagimengelakkan penularan wabak yang asalnya tercetus diAmerika Syarikat dan Mexico ini.
10. Generasi yang sihat dan berjiwa merdeka adalahgenerasi yang sensitif terhadap maruah dan martabatnegaranya. Justeru, mereka sanggup berkorban dalam apabentuk jua demi tanah air tercinta supaya sejarah lama tidakberulang kembali. Generasi inilah yang akan menjana kekuatan dan kemajuan negara pada masa hadapan. Oleh itu,besarlah harapan negara agar murid-murid sebagai generasi yang diharapkan dapat mengisi kemerdekaan negara dengan penuh bermakna.
11. Akhir kata, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Kali Ke-52. Marilah kita bersama-sama mengukuhkan perpaduan sesama kita. Di samping itu, kita memperbaharu tekad untuk menghayati erti kemerdekaan yang kita nikmati ini agar dapat menjadikan negara kita berada di mercu kegemilangan.
1MALAYSIA“Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.” MERDEKA…MERDEKA…MERDEKA...!

ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE-52:UCAPAN MENTERI PELAJARAN

PERUTUSAN HARI KEBANGSAAN
Y.A.B. TAN SRI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
MENTERI PELAJARAN MALAYSIASEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KALI KE-52 TAHUN 2009
Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan SalamSejahtera.
1. Alhamdulillah, pada tahun ini kita menyambut ulang tahunkemerdekaan kali ke-52. Sepanjang 52 tahun negara kita merdeka,kita telah dilimpahi dengan nikmat kebebasan, keamanan danperpaduan di kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaumdan agama. Dengan nikmat kemerdekaan ini, kita telah berjayamemajukan negara dan menempa pelbagai bentuk kejayaan sebagaisebuah bangsa yang merdeka. Sempena dengan sambutan HariKebangsaan pada tahun ini, marilah kita bersama-sama merafakkansyukur di atas segala nikmat kemerdekaan yang telah dianugerahkankepada kita selama ini.
2. Perpaduan kaum merupakan prasyarat utama dalam usaha kitauntuk membina sebuah negara bangsa yang aman, maju danbersatu-padu. Kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini merupakan manisfestasi semangat perpaduan jitu masyarakatberbilang kaum yang telah diamalkan sejak sekian lama. Semangatkerjasama, toleransi dan pemuafakatan yang kukuh ini menjadi titiktolak kepada keharmonian dan keamanan negara yang berterusan.Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita semua sebagai rakyatnegara ini untuk memastikan perpaduan yang kita nikmati terusdipelihara dan diperkukuhkan lagi demi memastikan keamanan,kemajuan dan kemakmuran negara negara yang berterusan.
3. Sebagai institusi yang bertanggungjawab untuk menjayakanagenda membina negara bangsa, Kementerian Pelajaran sentiasaberusaha gigih untuk memperkukuhkan perpaduan di kalangangenerasi muda sejak dari bangku sekolah lagi. Ini termasuklahdengan melaksanakan program berteraskan perpaduan sepertiRancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). Programyang bertujuan untuk menyemai semangat perpaduan di kalanganmurid ini adalah jambatan kepada integrasi nasional dan perpaduankaum yang akan dapat membantu kita mencapai aspirasi 1Malaysia.
4. Sambutan Hari Kebangsaan yang bertemakan 1Malaysia padatahun ini juga menyuntik semangat baru kepada KementerianPelajaran untuk melebarkan akses pendidikan kepada seluruh rakyatMalaysia, termasuklah mereka yang berada di kawasan luar bandardan pedalaman. Fokus Kementerian Pelajaran sekarang ini ialahuntuk memastikan setiap kanak-kanak di negara ini mendapat akseskepada pendidikan yang berkualiti tanpa mengira kaum dan lokaliti.Selaras dengan hasrat ini, Kementerian Pelajaran sedang3melipatgandakan usaha untuk meningkatkan kadar penyertaankanak-kanak di peringkat pendidikan pra-sekolah di seluruh negaraserta merapatkan jurang pendidikan antara murid bandar dan luarbandar. Walaupun tugas ini bukanlah mudah, saya percaya bahawaianya boleh dilaksanakan dengan adanya komitmen dan tindakanbersepadu seluruh warga pendidik di negara ini.
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi,
5. Peranan utama guru ialah untuk mengisi makna sebenarkemerdekaan. Dalam menghadapi persaingan era globalisasi danmemenuhi keperluan untuk menjadi sebuah negara maju pada hariini, peranan guru menjadi semakin mencabar. Sesungguhnya guruguruberada di barisan paling hadapan untuk melahirkan modal insanyang berpengetahuan, berkemahiran dan berintegriti bagi memacukemajuan negara ke tahap yang lebih tinggi. Lebih-lebih lagi, dalamusaha kita untuk melakukan anjakan daripada ekonomiberpendapatan sederhana kepada ekonomi berpendapatan tinggiyang berasaskan pengetahuan, peranan guru untuk melahirkanmodal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi menjadisemakin penting.
6. Dalam melaksanakan tugas yang amat penting ini, para guruperlu sentiasa bersedia untuk melakukan anjakan paradigma selaridengan perkembangan semasa di peringkat global. Anjakan iniadalah penting bagi memastikan agenda pendidikan negara kita4untuk membina sebuah negara bangsa yang maju dan bersatu-padudapat dicapai sebagaimana dihasratkan.
7. Bagi para murid, anda adalah pemimpin negara pada masahadapan. Sebagai pewaris kepimpinan negara, anda perlumempersiapkan diri dengan menguasai pelbagai bidang ilmu dankemahiran. Hanya melalui penguasaan ilmu dan kemahiran, andadapat menyumbang sesuatu yang berharga kepada negara dansekaligus mengisi makna sebenar kemerdekaan.
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi,
8. Sempena ulangtahun kemerdekaan pada tahun ini, marilah kitabersama-sama memperingati perjuangan dan pengorbanan parapemimpin dan pejuang kemerdekaan yang terdahulu. Mereka telahberjaya meletakkan asas-asas penting sebuah negara bangsa yangmerdeka dan bersatu padu melalui semangat toleransi danpemuafakatan yang tinggi. Alhamdulillah, asas-asas perpaduan inisemakin diperkukuhkan lagi melalui konsep penerimaan antara kaumyang merupakan sebahagian daripada gagasan 1Malaysia yangdicetuskan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib TunAbdul Razak.
9. Kita seharusnya bersyukur kerana dengan nikmatkemerdekaan yang kita kecapi, rakyat Malaysia telah berjayamencipta kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan mengharumkannama negara di persada antarabangsa. Sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ini, marilah kita bersama-sama mengucapkansyabas kepada para saintis, ahli ekonomi, kumpulan profesional danjaguh-jaguh sukan kita yang telah menempa kejayaan dalam bidangyang diceburi. Saya berharap agar rakyat Malaysia akan terusmencipta kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang.
10. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untukmengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan Kali Ke-52 kepada semua warga pendidik dan murid di seluruh negara. Marilahkita berganding bahu dan melangkah sehaluan menuju kegemilanganberbekalkan semangat perpaduan, persefahaman dan pemuafakatanyang jitu. Marilah kita sama-sama berdoa agar negara kita Malaysia terus bebas, aman, makmur dan sejahtera.
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Sekian.
Wabillahi al-taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE-52:TITAH YDPA

TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDINIBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUDAL-MUKTAFI BILLAH SHAHSEMPENA ULANGTAHUNSAMBUTAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA KALIKE-52

1Bismillahir Rahmannir Rahim,Al-hamdulillahi Rabbil ‘Alamin,Wabihi Nasta’in .Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan salam sejahtera.Alhamdulillah, Beta memanjatkan rasa syukur ke hadrat AllahSubhanahu Wata’ala, atas limpah kurnia-Nya, dapat Beta dan seluruhrakyat menyambut dan meraikan Ulang Tahun Kemerdekaan NegaraKali Ke-52 pada tahun ini. Besarlah harapan Beta semoga sambutankemerdekaan pada tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran dankeinsafan daripada seluruh rakyat jelata, khususnya warga pendidik danmurid-murid sekolah.
2. Beta berasa syukur dan berbangga kerana rakyat jelata masihdapat meraikan sambutan kemerdekaan dalam suasana yang penuhharmoni dan semangat perpaduan. Beta percaya bahawa perpaduandalam kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum merupakantonggak keamanan dan kesejahteraan negara. Oleh itu, Beta berharapsupaya nilai-nilai murni yang kita amalkan selama ini dikekalkan bagimelahirkan insan yang berakhlak mulia dan berbudi pekerti.
3. Beta juga berharap agar negara kita menjadi model kepadanegara-negara lain khususnya dalam kebebasan mengamalkan ajaranagama. Justeru, keharmonian yang dikecapi ini melambangkan2kesefahaman dan toleransi dalam kalangan rakyat yang terdiri daripadapenganut agama yang berbeza. Kesefahaman ini bukanlah mudahuntuk kita perolehi. Tetapi berkat pengorbanan dan sikap bertolakansur dalam kalangan rakyat mengamalkan ajaran agama masingmasing,maka kita berjaya mewujudkan sebuah negara yang makmur.
4. Justeru, Beta berharap para pendidik dan murid-murid perlumenghayati erti kemerdekaan supaya menjadi bangsa yang mendokongcita-cita perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang terdahulu.Kesedaran ini akan menyemarakkan semangat cinta akan negara dankesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Hal ini bertepatan denganperibahasa Melayu yang berbunyi Di mana bumi dipijak, di situ langitdijunjung. Sehubungan dengan itu, sejarah kemerdekaan negara perludifahami dan dihayati. Beta berharap para pendidik meneruskan usahamurni ke arah melahirkan generasi muda yang celik sejarah. Beta yakin,apabila generasi muda kita celik sejarah, kita berupaya mewujudkanmodal insan yang bertanggungjawab dan berhemah tinggi.
5. Dalam mengekalkan kemerdekaan selama 52 tahun, kita telahdapat menghayati satu kelangsungan amalan yang termaktub dalamPerlembagaan Negara. Hasilnya, tanpa mengira perbezaan kaum danagama, kita berupaya mengekalkan hak kehidupan di dalam negarayang berdaulat ini. Beta berharap agar para pendidik dan murid-muridmenjadikan Perlembagaan Negara sebagai satu wahana ke arahmengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan negara. Oleh itu, kita mampu mengangkat martabat negara ke arah negara maju di mata dunia.
6. Kemajuan yang dinikmati tidak mampu dikekalkan sekiranyakestabilan politik tidak dapat diwujudkan. Justeru, Beta berharap rakyatdapat berpadu tenaga dan fikiran ke arah mewujudkan kestabilan dankeamanan negara yang berterusan. Oleh itu, Beta menyeru agar rakyatdan pemimpin tanpa mengira ideologi politik dan agama bersama-samaseia-sekata merungkai kesejahteraan hidup demi negara tercinta.Hubungan yang erat antara pemimpin dan rakyat, hendaklah “Bagai aurdengan tebing” supaya tiada jurang yang memisahkan rakyat. Betaamat berkenan dengan slogan “Rakyat Didahulukan, PencapaianDiutamakan”. Kesungguhan para pemimpin membela hak rakyatmestilah diutamakan dalam agenda perjuangan memartabatkan negara.Sehubungan dengan itu, negara akan terhindar daripada ancamananasir-anasir jahat yang sentiasa mengintai peluang untuk memecahbelahkanperpaduan rakyat.
7. Beta juga bersyukur kerana negara kita berjaya mengharungi kegawatan ekonomi dengan tabah. Walaupun tempiasnya masihdirasai, namun berkat doa dan usaha gigih para pemimpin negara danrakyat, kita masih mampu mengekalkan kestabilan ekonomi dan dayasaing negara di mata dunia. Dalam hal ini, kita perlu bersyukur keranakesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran negara masih dapatdinikmati sepenuhnya. Oleh itu, Beta menyeru rakyat supaya bersama4sama menggembleng tenaga dan usaha memajukan ekonomi negara.Beta percaya, berkat kerjasama semua pihak, negara dan rakyat akanterus menikmati tahap prestasi ekonomi yang memberangsangkan.
8. Untuk memastikan kemerdekaan negara terus berkekalan, Betaberharap agar rakyat terus berpegang teguh kepada prinsip-prinsipRukunegara. Hal ini demikian kerana apabila kelima-lima prinsip yangterkandung dalam Rukunegara diamalkan, kesedaran, kepatuhan dankesetiaan kepada negara akan terus terpahat di hati sanubari rakyat.Impaknya, akan lahirlah rakyat yang berjiwa patriotik danmengamalkan nilai-nilai murni. Beta juga inginkan rakyat terusmengekalkan perpaduan dan saling menghormati serta bekerjasama,bak kata pepatah Melayu “Yang berat sama dipikul, yang ringan samadijinjing”, dan “Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni”.
9. Generasi hari ini perlulah mempunyai minda kelas pertamaselaras dengan aspirasi negara iaitu menjadi bangsa yang Cemerlang,Gemilang dan Terbilang. Beta percaya bahawa rakyat yang berakhlakmulia mampu menangkis gejala-gejala negatif seperti rasuah,penyalahgunaan dadah, pecah amanah, gejala sosial dan sikapantinasional. Hal ini amat relevan dengan dasar negara yang mahukannilai-nilai integriti diterapkan dalam kehidupan. Oleh itu, Beta menyerurakyat supaya dapat mengelakkan sikap antisosial yang bolehmenghancurkan keamanan dan kesejahteraan negara.
10. Pada hari ini, dunia menghadapi pelbagai ancaman akibatdaripada pelbagai kesilapan yang dilakukan oleh manusia yang tidakbertanggungjawab. Pelbagai isu berkaitan alam sekitar, penyakit dankeamanan sejagat sering diperkatakan. Oleh itu, Beta menyeru agarrakyat dapat menangani masalah ini secara positif dan rasional. Sikapdan amalan yang berhikmah semestinya mendasari setiap tindakanyang dilakukan. Dalam hal ini, rakyat mestilah sentiasa berfikiranrasional yang Beta yakin menjadi indikator ke arah kejayaan negarabangsa.
11. Harapan Beta agar Ulang Tahun Kemerdekaan kali ini menjadisambutan yang mencetus dan menyemarakkan semangat ‘1MALAYSIA’menjadi kenyataan. Kerukunan hidup mestilah kita utamakan bagimenjamin hidup yang sejahtera dan berkekalan. Oleh itu, Beta jugaberharap para guru dan murid-murid memahami erti kemerdekaandalam erti kata yang sebenarnya. Perjuangan memartabatkan bangsadan negara dalam mengekalkan kelangsungan kemerdekaan negaraperlu diteruskan. Justeru, keberkesanan guru-guru melaksanakantanggungjawab mendidik anak bangsa ialah satu amanah yang mestiditunaikan dengan penuh iltizam.
12. Akhir titah, Beta berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala agarsambutan ulang tahun kemerdekaan yang kita raikan ini dapatmerealisasikan matlamat mewujudkan keamanan dan kemakmurannegara, selaras dengan tema Ulang Tahun Sambutan Kemerdekaan Kali Ke-52 iaitu 1MALAYSIA. Oleh itu, tema ini mempunyai pengertian yangamat bermakna ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negaramaju mengikut acuan kita sendiri.Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-52 •
Sekian , Wabillahi Taufik Walhidayah WassalamualaikumWarahmatullaahi Wabarakaatuh •

Khamis, 27 Ogos 2009

PEMERGIAN ALLAHYARHAM SATU KEHILANGAN BESAR BUAT NEGARA

Prof Ismail Salleh meninggal akibat serangan jantung
Oleh Suhana Roslanbhnews@bharian.com.my

KAJANG: Pakar ekonomi, Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan dari China ke Singapura, awal pagi semalam. Isteri Allahyarham, Datin Hasnah Wahab yang turut berada dalam penerbangan itu menemani suaminya mendapati Ismail yang sedang tidur di kerusi sebelahnya tiba-tiba terlentuk kepalanya ke atas bahunya. "Saya dapati suami saya sudah tidak bernyawa dan bila saya pegang, tangannya sudah sejuk," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Masjid Ba'alwie di Jalan Lewis di sini sementara menunggu jenazah Ismail diuruskan.
Hasnah berkata, suaminya meninggal dunia dalam kapal terbang kira-kira 2.30 pagi iaitu kira-kira sejam suku sebelum pesawat itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura. Beliau berkata, Ismail, 61, ke China kerana menghadiri satu mesyuarat mengenai urusan universitinya, International University College of Technology Twintech. Mereka bertolak 25 Ogos dan pulang malam 26 Ogos serta dijadual tiba di Singapura pada 3.45 pagi.
Sebaik tiba di Singapura, jenazah Ismail dibawa ke Hospital Besar Singapura kira-kira 8 pagi untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Jenazah kemudian dibawa ke Lapangan Terbang Senai, Johor untuk diterbangkan oleh pesawat ke Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang di sini. Hasnah berkata, jenazah suaminya akan dibawa ke rumah mereka di Kajang.
Beliau terkilan kerana arwah suaminya tidak sempat melihat majlis perkahwinan pertama anak mereka pada hujung tahun ini. Abangnya, Zakaria Md Salleh, 64, berkata adiknya memang mempunyai penyakit buah pinggang dan beliau mengetahui mengenai kematian Allahyarham jam 3 pagi selepas dihubungi seorang anaknya. Di KAJANG: Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Kantan, di sini, pada jam 10.30 malam tadi. Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan sekali lagi selepas solat tarawih sebaik tiba di rumahnya kira-kira jam 9 malam dari Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang.

Selasa, 11 Ogos 2009

H1N1: SANGAT BAHAYA

KUALA LUMPUR 7 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, wabak selsema babi atau influenza A (H1N1) kini telah menjadi ancaman serius kepada negara dan menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri majlis perhimpunan di tempat-tempat awam.
Beliau meminta semua rakyat mengambil langkah pencegahan secara menyeluruh ekoran angka kematian H1N1 meningkat kepada 15 sehingga hari ini dan banyak sekolah serta institusi pendidikan tinggi ditutup kerana terdapat kes jangkitan.
“Kalau (majlis) perhimpunan itu tidak perlu, tidak perlulah melainkan ada sesuatu mendesak. Tapi bila ada perhimpunan, kita akan tambah risiko kita kerana penyakit ini akan merebak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Industri Sukan Malaysia di sini hari ini.
Selain menangguhkan kegiatan di kawasan umum, Najib berkata, langkah pencegahan daripada segi kebersihan boleh dilakukan seperti membasuh tangan dan memakai topeng terutama ketika berada atau hadir dalam majlis yang terbuka.
“Dari segi kesihatan kebersihan, kita hendaklah selalu mencuci tangan. Sebelum saya masuk tadi, saya telah cuci tangan sebab saya telah bersalaman dengan begitu ramai orang.
“Kalau kita perlu memakai topeng, pakailah. Tidak ada apa-apa kerugian,” katanya. - Bernama.
Saya berpendapat alangkah baiknya jika kita rakyat Malaysia mematuhi arahan yang diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan supaya apa juga perhimpunan dilarang termasuklah:
1. Menutup semua sekolah untuk sementara sehingga penularan H1N1 berkurangan.
2. Menutup semua pusat pengajian tinggi awam @ swasta untuk sementara.
3. Jualan Murah di pusat membeli belah utama seluruh negara.
4. Demonstrasi jalanan oleh semua parti politik @ NGO.
5. Semua pertandingan sukan @ rekreasi yang melibatkan orang ramai.
6. Majlis kenduri kahwin.
7. Majlis Anugerah.

Khamis, 6 Ogos 2009

PERIBAHASA

Peribahasa
Menurut
Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa
kiasan dalam budaya Melayu.
Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa banyak peribahasa seperti robot.
Peribahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan peribahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan peribahasa masing-masing.
Selain itu, peribahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh sebarang pihak.
Sebagai contoh (ciptaan sendiri):
Seperti tetikus tanpa wayar / Seperti tetikus lepas tambatan.
Penjelasan:Tetikus dahulu terikat kepada komputer dan tidak bebas bergerak. Bagaimanapun, tetikus moden tanpa wayar bebas bergerak tanpa perlu terikat dengan komputer.
Ertinya: Seseorang yang dahulunya terikat kini bebas hendak kemana-mana sahaja.
Contoh penggunaan: Aminah kini bebas pergi ke disko semenjak dia keluar dari rumah keluarganya dan berpindah di kampung ke bandar, seperti tetikus lepas tambatan.

Rabu, 5 Ogos 2009

MASIH ADA LAGI RAKAN YANG KELIRU

Buat rakanku yang budiman!
Baru sekejap tadi, ada seorang rakan memanggilku melalui telefon bimbit bertanya khabar dan dalam khabar itu ada pertanyaan yang cukup penting tentang nilai jati diri dan bangsa diselitkan: salah satunya penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Malaysia. Ada orang guna bahasa Malaysia dan ada orang guna bahasa Melayu. Tapi, saya yakin guru yang mengajarkan Bahasa Melayu di Malaysia masih menggunakan mata pelajaran Bahasa Melayu dan masih mengajarkan subjek Bahasa Melayu dengan bahasa pengantar bahasa Melayu. Tak tahulah, cikgu subjek lain: harap-harap mereka suka menggunakan bahasa Melayu daripada bahasa Malaysia. Hal ini kerana, orang Cina, India, dan bangsa lain di Malaysia yang sedang makan, sedang minum, sedang berbual, sedang tidur sebilik, atau apa juga bersama-sama orang Melayu, pastinya sedang bertutur menggunakan bahasa Melayu bukannya bahasa Malaysia. Setakat ini, saya belum jumpa lagi bidang fonologi, bidang morfologi, bidang sintaksis, dan bidang semantik dalam bahasa Malaysia (mungkin bahasa Malaysia ini ada campuran fonologi bahasa Melayu + Cina + India + Kadazan-dusun+ lain-lain). Kalau ada bentuk baharu ini, mungkin kita boleh cuba-cuba gunakan. Kalau mantap, kita aplikasikan di peringkat prasekolah dulu, sekolah rendah tahap satu, sekolah rendah tahap dua, peringkat menengah rendah. peringkat menengah atas, peringkat IPT, peringkat menteri, dan sebagainya. Macam masa kita nak perkenalkan PPSMI dulu tu. Kalau berjaya ok, kalau tak berjaya...nak buat macam mana: tapi kawan kita dah banyak kumpul duit BISP. Tapi tak lama lagi dah tak ada PPSMI, kena bayar balik ke BISP tu, bayar balik tak mungkin kok...
Pada saya, bahasa Melayu itu cukup sinonim dengan bangsa Melayu dan bangsa lain yang pernah menerima pendidikan di Malaysia dan belajar subjek Bahasa Melayu: lagipun bahasa Melayu ada sistem tatabahasanya yang semakin hari semakin mantap (bangsa lain tak sibuk pun nak ubah-ubah kita pulak nak ubah). Tak perlulah saya mengaitkan bahasa Melayu dengan Perkara 152 Perlembagaan Peresekutuan dan Akta Bahasa. Biarlah orang lain membicarakannya. Bagi saya, seronok kalau semua penduduk Malaysia tak kira menteri, guru, atau sesiapa sahaja yang diwartakan sebagai warganegara tahu bagaimana fonem [a], [e], [i], [o], [u] diujarkan dengan betul dan tepat: janganlah kita membicarakan soal nama bahasa Malaysia atau bahasa Melayu: manakah yang betul? kerana masih ada antara kita yang gagal mengujarkan aksara ini dengan betul dan tepat. Biarlah nama bahasa Melayuku, menjadi kekal di Tanah Melayu, milik bangsa Melayu yang satu dan menjadi penyatu buat semua bangsa yang pernah menyebut aksara ini dalam bahasa Melayu suatu ketika dulu (mungkin masa di darjah satu, atau di tingkatan satu, atau di tahun satu di universiti). Wahai sahabatku, teruslah menyebut, merangkaikan aksara itu hingga menjadi kata, frasa, ayat yang bernilai untuk dijaja di peringkat global. Terima kasih bahasa Melayu.

Khamis, 16 Julai 2009

PENULISAN KREATIF 2 - SAJAK

PESANAN ABADI Oleh RAMLI BIN YAHYA SMKS, BP.

Pesan pemimpin kepada kita
carilah ilmu kandil kehidupan
di desa
di kota
sememangnya di situ ada cahaya.

Pesan pemimpin kepada kita
jagalah susila milik bangsa
di hati
di mata
sememangnya di situ ada rahsia.

Pesan pemimpin kepada kita
kejarlah cita pasti jaya
di utara
di selatan
sememangnya di situ ada bahagia.

Pesan pemimpin kepada kita
taburlah budi dan jasa
di mana kita berada
kerana
sememangnya di situ ada waadah
antara
kita dan dia.

ikhlas daripadaku:
RAMLI BIN YAHYAGURU CEMERLANG BM
SMK. SENGGARANG, BATU PAHAT.
ramliyah@yahoo.com.my

PENULISAN KREATIF 1 - CERPEN

CERPEN: AKU, DIA DAN DS OLEH RAMLI BIN YAHYA

PELAJAR-PELAJAR Tingkatan Lima Cemerlang masih lagi menunggu di kerusi masing-masing. Di atas meja mereka terletak senaskhah majalah. Majalah pendidikan yang tidak asing bagi pelajar di kelas ini. Sementara menunggu, pelajar membelek-belek halaman majalah. Tidak kurang juga hanya memerhatikan gambar warna yang menghiasi muka depan majalah pendidikan terbitan bulan Jun ini. Kalau dihitung, masuk hari ini sudah tiga kali cikgu mata pelajaran Bahasa Malaysia menggunakan majalah yang sama. Muka surat yang sama. Malah tajuk juga sama. Sama seperti semalam. Sama juga seperti kelmarin. Semalam cikgu berpesan supaya pelajar membawa majalah pendidikan ini. Cikgu akan menghuraikan tajuk pada halaman ini. Halaman yang menarik minat pelajar semua di kelas ini sejak dua hari lalu. Itulah janji cikgu sebelum keluar dari kelas setelah mengakhiri pembelajaran semalam. Pembelajaran yang menyeronokkan. Masa satu jam dua puluh minit berlalu tanpa disia-siakan. Kerana majalah itu jugalah, pelajar masih setia untuk datang pada awal-awal pagi hari ini. Kalau semalam, hampir semua pelajar melibatkan diri dalam aktiviti. Aktiviti mencatat. Mengakses maklumat. Membuat capaian internet. Yang pasti setiap wakil kumpulan telah berjaya membentangkan hasil kumpulan. Ada yang menyampaikan maklumat macam pakar motivasi. Ada yang macam menteri berbahas di parlimen. Ada yang macam ahli panel forum perdana. Dalam setiap pembentangan, ada sahaja unsur kecindan dibawa bersama. Semua orang tak kering gusi semasa pembentangan itu. Suasana di Makmal Komputer Semarak sentiasa riuh-rendah dengan gelak ketawa dan diselang-seli pula tepukan pelajar. Semuanya itu kerana majalah DS.
Hari ini, seperti hari semalam aku dan rakan masih di Makmal Komputer Semarak. Aku duduk di barisan paling hadapan dalam kumpulan yang telah ditetapkan sejak dua hari lalu. Aku bersemangat untuk belajar hari ini. Menunggu seseorang dengan penuh semangat. Halaman majalah DS yang digunakan sejak dua hari lalu aku selak satu persatu. Aku juga sempat membaca sekali lagi petikan yang digunakan cikgu semalam. Petikan sepuluh perenggan aku baca dengan teliti. Empat keping gambar warna di bahagian bawah petikan itu aku tatap satu persatu. Aku sudah tidak sabar untuk menunggu guru Bahasa Malaysia. Juga tidak sabar untuk belajar bersama-sama majalah DS. Lebih-lebih lagi, cikgu Laili telah berjanji sesuatu kepadaku. Berjanji untuk membawa melawat keluar negara hari ini. Mungkin ke beberapa buah negara. Cikgu Laili tidak pernah mungkir. Kita pasti akan ke luar negara besama cikgu Laili. Bersama-sama rakan sekelas. Bersama-sama senaskhah majalah DS.

Aku masih di Makmal Komputer Semarak. Rakanku masih membelek-belek majalah DS. Semuanya bersedia untuk menikmati sekali keseronokan semalam. Tetapi kali ini, d luar negara. Shikin, Amalina, Chee Leong, dan Gunabudi, baru sahaja sampai ke makmal komputer. Mereka juga nampak bersemangat seperti aku. Cerita semalam masih hangat. Masih meniti di bibir mereka. Aku hanya tersenyum apabila namaku juga disebut-sebut dalam perbualan itu.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Tiba-tiba terpancul satu suara dari arah pintu masuk Makmal Komputer Semarak. Cikgu Razak muncul di hadapan makmal sambil membimbit sebuah laptop.
“Saya menggantikan cikgu Laili hari ini. Cikgu Laili tidak dapat hadir ke sekolah. Dia mengalami satu musibah,” terang cikgu Razak dengan tenang. Aku terkejut apabila mendengar keterangan daripada cikgu muda itu. Macam tidak percaya. Aku memandang ke arah Amalina. Shikin. Chee Leong dan Gunabudi. Kedua-dua tapak tangan menutup muka seperti tidak percaya dengan kenyataan itu. Suara rakan di belakang juga semacam tidak percaya dengan berita itu.
“Boleh cikgu ceritakan bagaimana kemalangan itu berlaku?” Tiba-tiba terpancul suaraku tanpa terduga. Mataku tepat ke arah cikgu yang baru sahaja sebulan menjagar di sekolah ini. Aku masih berdiri menanti jawapan. Jawapan yang boleh menghilangkan keraguanku. Juga keraguan rakanku yang lain.
“Semasa mesyuarat panitia Bahasa Malaysia petang semalam. Cikgu Laili terjatuh dari kerusi di Bilik Mesyuarat Info-BM. Kepalanya terhantuk tiang batu di tepi tangga. Dia tidak sedarkan diri. Banyak darah mengalir di kepalanya.”
“Saya sendiri yang membawa cikgu Laili ke hospital petang semalam. Bajunya dipenuhi darah. Setakat malam tadi, dia masih belum boleh banyak bergerak. Badannya pun masih lemah. Marilah kita sama-sama doakan agar cikgu Laili cepat sembuh dan kandungannya yang baru berusia dua bulan itu selamat. Jika pelajar berkesempatan, silalah melawat cikgu Laili di hospital,” jelas cikgu Razak dengan nada agak perlahan. Mungkin juga simpati apa yang telah menimpa rakan sejawat itu. Semua pelajar Lima Cemerlang terpaku. Diam. Tunduk. Sedih. Aku melihat wajah Amalina dan Shikin. Pipi mereka basah. Begitu juga dengan Chee Leong dan Gunabudi. Kedua-dua belah matanya hampir merah. Aku tahu mereka sedang menahan rasa sedih atas apa yang berlaku kepada guru kelas yang amat disayangi mereka.
“Oleh sebab cikgu Laili tidak dapat mengajar kamu ketika ini. Saya akan mengambil alih kelas Bahasa Malaysia buat sementara waktu,” cikgu Razak memberikan penjelasan.

Aku hanya diam apabila mendengar penjelasan daripada cikgu Razak. Pelajar lain juga diam. Semangatku dan semangat rakan yang lain berubah serta merta. Kalau tadi, mereka berbual tentang pembentangan hasil kerja semalam dengan gelak ketawa. Ada yang menepuk-nepuk bahu rakan mereka. Tak kurang juga yang bercakap tentang lawatan ke luar negara hari ini. Meraka sudah membuat persiapan rapi untuk ke luar negara. Tetapi hari ini tidak seperti hari semalam. Kemeriahan semalam telah diragut tanpa diduga. Keseronokan semalam hilang sekelip mata. Kini suasana dalam Makmal Komputer Semarak cukup berbeza dari semalam. Semua pelajar membisu. Macam masih tidak percaya dengan berita yang baru didengari mereka. Mereka memandang antara satu sama lain. Majalah DS yang selalu dibelek-belek oleh mereka sejak semalam hanya dibiarkan saja di atas meja.
Dalam kesayuan melanda emosi pelajar Lima Cemerlang, cikgu Razak mengeluarkan pendrive daripada poketnya dan menyambungkan pada laptop. Tidak lama selepas itu, satu paparan terbentuk pada skrin LCD. Gambar Perdana Menteri Malaysia sedang bersalaman dengan seorang pelajar sempena penyampaian hadiah pelajar cemerlang SPM peringkat kebangsaan. Mataku terus terlekat pada gambar seorang pelajar perempuan sedang memegang sekeping sijil penghargaan dan bersalaman dengan Perdana Menteri Malaysia. Pemandanganku kali ini melewati skrin putih yang terpampang gambar pemimpin nombor satu negara bersama seorang pelajar cemelang itu.
“Pelajar yang saya kasihi, sila dengan dengar teliti lagu yang akan saya mainkan ini. Lepas itu, saya akan akan kemukakan beberapa soalan daripada kandungan lagu ini” pesan cikgu Laili dengan suara yang lembut tapi tegas. Pelajar diam.
.
Ibu bapa dan kaum keluarga
Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyanyangi bertegur sapa
Ketulusan ikatan sepanjang usia.

Para guru rakan sekolah
Turut warnai kehidupan kita
Ilmu ditimba pengalaman bertambah
Pergaulan sihat peribadi ceria

Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah mesra dan elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindugi
Bertimbang rasa hormat-menghormati

Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
Budi bahasa budaya kita.


Tiba-tiba dendangan lagu “Budi Bahasa Budaya Kita” yang dinyanyikan oleh penyanyi nombor satu negara masa kini, Dato’ Siti Nurhaliza telah memecah suasana sunyi Makmal Komputer Semarak. Semua pelajar Tingkatan 5 Cemerlang terpaku di kerusi. Lagu ciptaan Pak Ngah atau nama sebenarnya Suhaimi Md. Zain dan lirik pula ditulis oleh Habshah Hassan begitu menghiburkan. Bukan sahaja lagunya merdu, malah klip video yang dipaparkan telah menambahkan daya tarikan siapa sahaja yang mendengar dan menontonnya. Kami sana-sama menyanyikan lagu “Budi Bahasa Budaya Kita” apabila aku meminta cikgu Laili memutarkan lagu itu sekali lagi. Lagu itu berkahir dengan satu tepukan daripada pelajar. Akulah yang mula-mula bertepuk tangan diikuti Chee Leong dan Gunabudi.

“Terima kasih daun keladi kerana telah memberikan kerjasama untuk mendengar lagu tadi. Lagu tadi dirakam oleh cikgu seminggu lalu untuk digunakan dalam pembelajaran Bahasa Malaysia hari ini. Cikgu, sangat meminati lagu ini,” jelas cikgu Laili.
“Soalan pertama saya, apakah yang dimaksudkan dengan budi bahasa dalam lagu tadi?” soal cikgu Laili kepada pelajar. Matanya bergerak ke semua arah dan semua sudut di makmal ini. Cikgu Laili masih menunggu jawapan daripada pelajar.
“Cikgu, izinkan saya cuba menjawab soalan ini,” tiba-tiba aku bersuara di tengah-tengah kumpulan Geliga. Cikgu Laili mengangguk tanda memberikan keizinan. Aiman bangun dengan hormat dan terus melemparkan senyuman kepada cikgu Laili.
“Pada pendapat saya, budi bahasa merujuk kepada adat, tutur kata, tatatertib, tatahidup, kelakuan, sopan santun, amalan nilai murni atau perbuatan baik yang dilakukan kepada diri sendiri dan orang lain.”
“Mengamalkan budi bahasa bermakna kita telah mengamalkan prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Melaluinya, setiap warganegara harus menjaga tatasusila masing-masing dengan tidak menyinggung perasaan sesuatu golongan lain,” sambungku dengan lancar dan yakin. Amalina memandang ke arahku dengan tepat. Shikin juga begitu. Begitu juga Chee Leong dan Gunabudi
“Terima kasih dan tahniah kepada Aiman kerana berjaya memberikan satu definisi budi bahasa dengan tepat,” kata cikgu Laili sambil menyampaikan satu bungkusan jajan kepadaku. Aku menerima satu tepukan gemuruh daripada rakan sekelas setelah menerima jajan daripada cikgu Laili. Cikgu Laili sentiasa memberikan jajan kepada pelajar yang berjaya menjawab dengan tepat soalan yang dikemukakannya. Kalau dibandingkan dengan rakan-rakan lain, akulah orang yang paling banyak menerima jajan daripada cikgu Laili sepanjang tahun ini. Boleh dikatakan setiap kali cikgu menyoal, akulah orang pertama yang akan mencuba untuk menjawab soalan itu. Aku pasti akan mendapat hadiah jajan setiap kali menjawab soalan.
“Di tangan saya terdapat empat sampul surat yang mengandung soalan bagi aktiviti seterusnya. Wakil setiap kumpulan diminta membaca soalan dan menyelesaikan satu tugasan berdasarkan arahan soalan. Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti ini selama empat puluh minit,” jelas cikgu Laili lagi. Setelah memperoleh sampul surat itu, aku terus kembali kepada kumpulan Geliga. Satu kumpulan yang cukup aktif dan sentiasa menang dalam pertandingan di peringkat kelas dan di peringkat sekolah. Aku dan rakan-rakan dari kumpulan ini sentiasa terpilih dalam aktiviti bahasa. Lebih-lebih lagi, Amalina seorang yang pandai mendeklamasikan sajak. Chee Leong pula seorang pemidato yang tidak asing lagi di sekolah ini. Shikin dan Gunabudi pula cekap dalam kuiz Bahasa Malaysia.

“Nyatakan satu adat resam bagi kaum Melayu, kaum Cina, dan kaum India di negara kita. Anda boleh menggunakan semua kemudahan yang ada di Makmal Komputer Semarak untuk menyelesaikan tugasan ini,” aku membaca soalan yang tercatat pada skeping kertas dalam sampul yang diambil daripada cikgu Laili tadi.
“Saya cadangkan Amalina dan Shikin menyediakan slide power-point untuk pembentangan nanti. Chee Leong dan Gunabudi, ditugaskan untuk melayari laman web yang berkaitan dengan adat resam di negara kita. Saya pula akan mencari bahan termasuk gambar yang sesuai dalam majalah DS untuk discankan dan ditayangkan nanti,” aku memberikan pandangan. Semua ahli kumpulan bersetuju dengan pendapat itu. Semua tugas yang diamanahkan terus dijalankan tanpa membuang masa.

“Aim, saya dapat membuat capaian melalui laman web
http://www.dbp.gov.my untuk mencari definisi adat resam,” kata Chee Leong sambil memandang ke arah mukaku. Jari tangannya masih terletak di papan kekunci komputer.

“Saya juga berjaya ni. Laman web
http://www.kekkwa.gov.my boleh membantu kita mencari contoh adat resam masyarakat Melayu, Cina, dan India di Malaysia. Ada gambar warna sekali. Saya rasa maklumat ini boleh membantu kita nanti,” tiba-tiba Gunabudi bersuara sambil tersenyum. Amalina sibuk menyiapkan bahan dalam power-point. Shikin tetap setia di sisi Amalina untuk menyiapkan tugasan ini.

Suasana dalam Makmal Komputer Semarak agak bising sedikit. Tetapi terkawal. Aku melihat cikgu Laili bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan. Dari Kumpulan Permata dia bergerak ke kumpulan Kristal. Dia akan memberikan nasihat dan idea untuk membantu pelajar menyiapkan tugasan kumpulan ini. Tak lama selepas itu, cikgu Laili menghampiri kumpulanku. Chee Leong dan Gunabudi bangun. Amalina dan Shikin bersalaman dengan cikgu Laili. Aku terus mempersilakan cikgu Laili duduk bersebelahan denganku.

“Kami akan menggunakan kemudahan internet, LCD, dan laptop yang ada di makmal ini untuk pembentangan nanti. Kami juga berjaya melayari dua laman web yang telah banyak membantu. Kandungan majalah DS ini juga akan kami gunakan sebagai bahan rujukan kepada pelajar lain apabila pulang ke rumah nanti,” jelasku kepada ckgu Laili. Amalina, Shikin, Chee Leong, dan Gunabudi mengangguk-angguk tanda setuju Cikgu Laili tersenyum. Setuju dengan pandangan aku.

Loceng tamat masa pertama telah berbunyi. Masa yang diberikan kepada setiap kumpulan untuk menyediakan bahan pembentangan telah tamat. Aku melihat rakan-rakan daripada kumpulan lain telah berjaya menyiapkan tugasan ini. Mereka juga nampak ceria dan bersemangat. Mungkin sudah bersedia untuk membentangkan hasil perbincangan.

“Saya meminta ketua kelas ke hadapan untuk mencabut undi bagi memilih giliran kumpulan dalam aktiviti pembentangan ini. Setiap kumpulan hanya diberikan masa selama dua puluh minit untuk menyampaikan isi perbincangan. Semasa pembentangan pelajar boleh mengemukakan soalan dan mencatat maklumat yang disampaikan oleh pembentang,” pesan cikgu Laili kepada semua pelajar.

“Setelah undian dibuat, saya mengumumkan bahawa kumpulan Geliga telah terpilih sebagai kumpulan pertama untuk membentangkan hasil perbincangan ini,” umum cikgu Laili dengan gembira. Semua pelajar bertepuk tangan. Aku dan rakan-rakan daripada kumpulan Geliga merupakan orang yang paling gembira. Diberi penghormatan untuk menyampaikan hasil kumpulan. Semua ahli kumpulan Geliga telah mengambil tempat di hadapan dan menyediakan peralatan komputer. Aku berada di bahagian paling hadapan.

“Berdasarkan slide power-point dan tayangan klik video ini, kita dapati ibu yang baru melahirkan anak dalam adat dan budaya masyarakat Melayu akan ‘berpantang’ selama empat puluh hari dengan mengurangkan makan, gerakan badan, dan tidak mengambil makanan yang sejuk. Ibu juga akan berdiang iaitu memanaskan badan di tepi unggun api atau tungku, diurut oleh tukang urut, dan memakan jamu. Maklumat ini terdapat di mka surat enam belas dalam majalah DS,” terangku dengan jelas sambil mataku memandang tepat ke arah Amalina dan Shikin. Mereka berdua tunduk. Malu tersipu-sipu apabila aku mengulang-ulang perkataan jamu dan bersalin. Chee Leong bangkit mengambil tempatku di barisan hadapan.

“Bagi masyarakat Cina pula, ibu yang bersalin digalakkan tidur dan makan dengan sempurna. Mereka digalakkan membaca buku-buku yang mempunyai teladan yang baik dan melihat benda-benda yang cantik. Pada hari kedua puluh sembilan, bayi akan dicukur dan rambutnya dibungkus dengan kain berwarna merah serta digantung berdekatan bantalnya selama seratus hari sebelum dibuang ke sungai,” Chee Leong menunjukkan bakatnya sebagai pemidato sekolah dengan penuh keyakinan. Chee Leong juga sempat menjeling manja ke arah beberapa orang pelajar perempuan sebangsa dengannya yang ada di dalam makmal. Cikgu Laili hanya memerhatikan sahaja gelagat pembentang dari arah belakang makmal. Dia cukup faham dengan sikap dan tingkah laku pelajarnya. Mereka sekelas terlalu friendly. Macam satu keluarga. Cikgu Laili masih berada di belakang dan memantau perjalanan aktiviti perbincangan ini.

“Saya akan menceritakan sedikit tentang adat dalam masyarakat saya apabila seseorang ibu itu bersalin,” bangun pula Gunabudi dengan penuh semangat sambil menunjukkan beberapa keping gambar bayi dan ibu yang baru bersalin ditayangkan di skrin.
“Apabila seorang bayi dilahirkan, saudara mara dan keluarga terdekat akan diberitahu lebih awal. Selama enam belas hari keluarga ibu yang bersalin tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Selepas upacara memberikan nama kepada bayi itu, rumah akan dihiasi cantik-cantik. Buaian akan dihias cantik dan jiran-jiran dijemput bersama-sama meraikan bayi yang baru dilahirkan itu. Semua maklumat ini kami peroleh daripada laman web
http://kekkwa.gov.my. Manakala gambar itu pula, kami scan daripada majalah DS terbitan bulan ini dan bulan lepas,” Gunabudi memberikan penjelasan dengan ringkas dan padat.
“Rakan-rakan boleh mendapat maklumat lanjut daripada tajuk ini dengan melayari laman web
http://kekkwa.gov.my dan http://dbp.gov.my. Saya mewakili rakan-rakan daripada kumpulan Geliga mengucapkan terima kasih kepada cikgu Laili, Ketua Kelas, dan rakan-rakan kerana telah membantu menjayakan pembentangan ini,” aku bangun sejurus sahaja Gunabudi menamatkan penjelasannya. Tepukan daripada cikgu Laili dan semua pelajar Lima Cemerlang telah memecah kesunyian pagi itu. Pagi yang cukup ceria buatku. Buat rakan-rakanku. Mindaku juga telah melepasi pagi di Makmal Komputer Semarak.

Tiba-tiba bahuku rasa ditepuk oleh seseorang. Cikgu Razak telah berada di sisiku. Aku terkejut. Malu rasanya. Rakan-rakanku yang lain memandang ke arahku. Wajah Amalina dan Shikin masih sayu. Chee Leong dan Gunabudi juga sama. Aku masih lagi di kerusi. Masih bersama-sama cikgu Razak. Gambar Perdana Menteri bersalaman dengan pelajar cemerlang SPM juga masih terpampang di situ. Cerita cikgu Razak masih bermain di mindaku. Mindaku terus bermain dengan emosi suram ini hingga ke penghujung masa. Aku, Amalina, Shikin, Chee Leong, dan Gunabudi merancang untuk ke hospital setelah tamat waktu persekolahan. Aku sudah tidak sabar untuk ke hospital. Tidak sabar untuk bertemu cikgu Laili.

Pintu bilik Wad Lima Selatan, hospital terkemuka itu aku tolak dengan perlahan. Aku terus menuju ke arah cikgu Laili. Di belakangku, Amalina. Shikin, Chee Leong dan Gunabudi. Kami memberi salam kepada cikgu Laili. Cikgu Laili sedikit terkejut apabila melihat aku dan rakan muncul dengan tiba-tiba. Amalina dan Shikin terus meluru ke arah cikgu Laili. Mereka berdua memeluk dan mencium tangan cikgu. Kedua-duanya menangis terisak-isak. Tanpaku sedari air mataku juga membasahi lantai Wad kelas Satu ini. Sudah lama aku tidak menangis. Kali terakhir aku menangis ketika ayahku disahkan meninggal dunia akibat pelanggaran bot nelayan di perairan Selat Melaka lima tahun yang lalu. Setahun selepas itu, ibu pula meninggal dunia akibat sakit jantung dan darah tinggi. Semua kenangan itu aku simpan dalam kamus perdana yang menjadi milik peribadiku sehingga ke akhir hayat.

“Aiman, Amalina, Shikin, Chee Leong, Guna. Terima kasih kerana datang melawat cikgu. Sebenarnya cikgu dah sihat. Esok mungkin cikgu boleh pulang ke rumah. Lusa bolehlah cikgu mengajar kamu semula,” kata cikgu Laili dengan suara yang sedikit perlahan tetapi kaya dengan senyuman. Kedua-kedua belah tangannya memegang erat tangan Amalina dan tangan Shikin. Mata cikgu Laili tepat memandang ke arahku. Hanya sesekali menjeling ke arah Chee Leong dan Gunabudi yang masih lagi mengesat air mata dengan sapu tangan.

“Cikgu dah janji untuk membawa kamu melawat ke luar negara hari ini. Tapi tak dapat. InsyaAllah, esok atau lusa cikgu akan membawa kamu sekelas melawat ke luar negara meninjau adat dan budaya masyarakat Eropah dan Asia Timur selepas melahirkan anak. Cikgu sudah berjaya mendapatkan laman web beberapa buah negara Eropah dan Asia Timur. Ini memudahkan kita ke sana dengan cepat,” jelas cikgu Laili dengan bersemangat. Aku juga sempat melihat senaskhah majalah DS yang pernah dibawa ke kelas semalam berada di atas meja sebelah katil cikgu Laili.

Setengah jam berlalu. Pintu bilik cikgu Laili dibuka. Wajah seorang lelaki segak muncul di dalam bilik dan terus menuju ke katil cikgu Laili. Tersenyum. Matanya tepat memandangku. Lelaki itu terus menuju ke arah cikgu Laili dan menghampirinya. Cikgu Laili terus mencapai tangan lelaki itu. Dia mencium tangannya.
“Ini saya kenalkan, suami cikgu. Cikgu Mizan,” cikgu Laili memperkenalkan suaminya, seorang pensyarah Bahasa Malaysia di Institut Perguruan. Aku terus bersalaman dan mencium tangan cikgu Mizan. Diikuti Chee Leong dan Gunabudi. Aku berbangga dapat bersalaman dan berkenalan dengan suami cikgu Laili. Kami seronok dapat berbual-bual tentang diri masing-masing. Cikgu Mizan seorang yang peramah. Lebih banyak bercakap daripada kami. Seorang yang penyanyang dan baik hati. Sama macam cikgu Laili.
“Cikgu, kami nak minta izin untuk beredar dahulu. Lagipun hari sudah petang. Terima kasih kerana cikgu dapat melayan kami petang ini. Kami sungguh seronok dapat bertemu cikgu hari ini. Kami doakan cikgu cepat sembuh dan dapat mengajar kami secepat mungkin. Kami akan membantu cikgu untuk melayari internet ke luar negara itu nanti,” kataku sambil tersenyum melihat wajah cikgu Laili yang bertambah ceria. Lebih ceria dari tadi. Maklumlah buah hatinya dah sampai.
“Cikgu jangan lupa makan ubat. Jaga baik-baik anak saudara saya yang ada di dalam tu. Kami dah tak sabar untuk mendapat adik,” usik Amalina dan Shikin sambil bersalaman dengan cikgu Laili. Cikgu Laili sempat mencubit manja pipi Amalina dan Shikin.
“Cikgu juga jangan lupa mengamalkan adat dan pantang larang yang kami bincangkan semalam tu,” sampuk Gunabudi sambil memandang cikgu Laili.
“Juga jangan lupa makan jamu dan berdiang, cikgu,” Chee Leong pula mencelah. Cikgu Laili ketawa dan tersenyum. Matanya memandang suami dengan manja sekali. Lepas itu, dia beralih memandangku. Aku tunduk malu. Chee Leong dan Gunabudi sudah bergerak untuk keluar. Amalina dan Shikin mengekorinya. Dari jauh aku mendengar mereka menyanyikan lagu “Budi Bahasa Budaya Kita”. Aku memandang ckigu Laili sekali lagi. Dia tersenyum melihat gelagat anak muridnya yang nakal tetapi pintar.
“Cikgu, jangan lupa bawa balik majalah DS tu” kataku sebelum keluar dari bilik cikgu Laili. Aku sempat bersalaman kali kedua dengan cikgu Mizan yang menemaniku hingga ke pintu bilik. Aku sempat menoleh sekali lagi ke arah cikgu Laili sebelum melangkah keluar bilik. Langkahanku kali ini cukup bersemangat kerana majalah DS masih ada bersama-sama cikgu Laili. Esok aku pasti dapat ke luar negara bersama cikgu Laili dan bersama majalah DS.

BIODATA PENULIS
RAMLI BIN YAHYA, dilahirkan pada 1.6.1963 di Kampung Geliga, Kemaman, Terengganu Darul Iman. Anak nelayan ini telah melanjutkan pelajaran di peringkat sekolah rendah di SK. Kuala Kemaman, Kemaman dan di peringkat menengah di SMK. Chukai, Kemaman. Seterusnya, menyambung pelajar dalam bidang perguruan di Maktab Perguruan Mohd. Khalid (MPMK), Johor Bahru. Setelah itu, melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan memperoleh Bacelor Pendidikan (PMBP). Beliau menyambung pelajaran di Fakulti Bahasa Moden di universiti yang sama, dan berjaya memperoleh Master Bahasa Melayu. Dalam bidang penulisan, beliau pernah menghasilkan cerpen “Kepulangan” (1984), “Pengorbanan” (1985), “Mencari Rahmat” (1987), cerpen “Kehilangan” (1991), “Sebuah Dompet Kulit” (2000) dan cerpen “Satu Memorabilia...2020” (2005). Masih menyimpan satu perasaan besar untuk menghasilkan sebuah novel yang berlatarbelakangkan pengalaman hidup yang bertarikan ulit mayang hingga berjaya menunggang kuda kepang. Beliau merupakan Munsyi Dewan, DBP dan Guru Cemerlang Bahasa Melayu. Kini mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

Rabu, 15 Julai 2009

MANGKUK TERTUA DI DUNIA?

Kepingan-kepingan tembikar yang baru-baru ini ditemukan oleh para pakar ilmu purbakala di Gua Yuchanyan di Cina telah sekali lagi merobohkan pemikiran evolusionis mengenai sejarah. Menurut sebuah laporan di BBC News, usia pecahan-pecahan tersebut yang telah ditentukan dengan menggunakan 40 macam teknik Karbon-14 yang berbeda berkisar antara 17.500 dan 18.300 tahun. Keberadaan periuk setua itu merupakan sebuah kekalahan penuh, dalam istilah evolusinis, karena mereka menyatakan bahwa manusia memulai kehidupan beradab dan menetap pada masa yang mereka sebut sebagai Zaman Batu.
Evolusonis menyatakan bahwa manusia pertama adalah makhluk setengah-kera yang bentuk tubuh dan kemampuan akalnya berkembang seiring dengan perjalanan waktu, bahwa mereka mendapatkan keterampilan baru, dan bahwa peradaban berevolusi disebabkan oleh hal tersebut.Menurut pernyataan ini, yang didasarkan pada ketiadaan bukti ilmiah apa pun, nenek moyang purba kita yang diduga ada itu menjalani hidup sebagai binatang, lalu menjadi beradab hanya setelah mereka menjadi manusia, dan menunjukkan kemajuan budaya seiring dengan bertambah majunya kemampuan akal mereka. Gambar-gambar khayalan dari apa yang disebut sebagai Manusia purba, dengan tubuh yang seluruhnya tertutupi bulu binatang, atau sedang membuat api sembari jongkok di bawah kulit binatang, tengah berjalan di sepanjang tepi wilayah perairan sembari memanggul hewan yang baru saja dibunuh, atau sedang berusaha berkomunikasi dengan sesamanya menggunakan gerakan isyarat dan bersungut-sungut, adalah gambar rekayasa yang dilandaskan pada pernyataan tidak ilmiah ini.amun, temuan-temuan purbakala yang dihasilkan hingga kini dari Zaman Batu, di mana evolusionis menyatakan bahwa “manusia waktu itu baru saja belajar berbicara”, menunjukkan bahwa manusia di masa itu sudah menjalani hidup berkeluarga, melakukan bedah otak dan memahami seni lukis dan musik.Oleh karena serpihan periuk berusia sekitar 18.000 tahun yang ditemukan di Gua Yuchanyan di Cina juga menampakkan tanda-tanda kehidupan yang berperadaban, maka ini pun membantah “urutan zaman-zaman sejarah” karangan evolusonis. Kepingan-kepingan mangkuk ini, yang usianya ditetapkan antara 17.500 dan 18.300 tahun, adalah sisa-sisa peninggalan tembikar tertua yang pernah ditemukan. Menurut pernyataan evolusionis, manusia semestinya belum menjalani hidup menetap di masa yang disebut sebagai Zaman Batu, dan mestinya hidup di gua-gua sebagai pemburu purba yang menggunakan perkakas yang terbuat dari batu. Namun temuan-temuan purbakala secara ilmiah membuktikan justru sebaliknya. Pecahan-pecahan barang yang terbuat dari tanah liat yang ditemukan di Gua Yuchanyan itu secara telak menyingkap ketidakabsahan pernyataan evolusonis, yang sejatinya tidak lebih dari khayalan.Biji-bijian padi juga ditemukan di gua yang sama di tahun 2005. Secara keseluruhan, temuan-temuan ini menunjukkan bahwa manusia yang hidup 18.000 tahun lalu telah bertani dan hidup berperadaban sebagaimana yang dilakukan manusia masa kini. Kemajuan dan temuan seperti ini yang terjadi di cabang-cabang ilmu pengetahuan seperti arkeologi dan antropologi menyingkapkan bahwa “gagasan evolusi budaya dan masyarakat manusia” adalah sesuatu yang palsu. Temuan yang dihasilkan selama penggalian-penggalian purbakala dengan jelas menampakkan bahwa sejarah ditafsirkan oleh para ilmuwan Darwinis berdasarkan prasangka ideologi materialis. Dongeng “Zaman Batu” tidaklah lebih dari upaya kalangan materialis dalam rangka menampilkan manusia sebagai sebuah makhluk hidup yang berevolusi dari binatang yang tidak berakal dan memaksakan dongeng yang mereka yakini ini pada ilmu pengetahuan.

SOALAN SETENGAH TAHUN SBP PANTAI TIMUR 2009

SEKOLAH BERASRAMA PENUH ZON TIMUR

PENILAIAN BERSAMA PERTENGAHAN TAHUN 2009 TINGKATAN LIMA

BAHASA MELAYU Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.


2. Jawab semua soalan.


3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks
Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.


4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak.



Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengawal kes keracunan makanan di sekolah dan punca-punca keracunan makanan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan


Makanan, kesihatan dan pembelajaran saling berkait rapat. Makanan yang berkhasiat dapat menjana kecergasan badan supaya sentiasa sihat. Kecerdasan minda yang pelbagai sebenarnya hasil pemakanan yang berkhasiat. Tetapi, sejak akhir-akhir ini negara kita digemparkan dengan berita kes keracunan makanan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Saban hari ada sahaja paparan tentang kes keracunan di sekolah sama ada dalam media cetak atau media elektronik. Kesal dengan kejadian inilah, Kementerian Pelajaran tidak teragak-agak akan menamatkan kontrak pengusaha kantin jika terbukti mereka bersalah.

Perkara yang berlaku itu mewujudkan kekesalan kepada pihak kementerian dan pelbagai cara telah difikirkan seperti mengedarkan Buku Panduan Khas Pengendalian Kantin Sekolah kepada semua pengusaha kantin sekolah. Pihak kementerian juga bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dengan memohon agar mereka melakukan pemantauan yang berkala di semua kantin sekolah.Pemantauan yang dilakukan perlu teliti dan cermat agar tidak terlepas pandang. Untuk meminimumkan kes keracunan ini juga, pihak sekolah patut memberikan maklum balas keadaan kantin kepada Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing. Selain itu, guru kesihatan yang dilantik oleh pihak sekolah perlu melakukan pemeriksaan terus ke kantin setiap bulan.

Pihak Kementerian Kesihatan juga perlu menggariskan langkah sewaktu pengendalian makanan oleh pengusaha kantin sekolah. Dengan garis panduan ini, setidak-tidaknya memberi pedoman kepada pengusaha kantin untuk mengetahui tatacara yang betul tentang pengurusan kantin sekolah. Kursus-kursus pengurusan kantin sekolah juga patut dilaksanakan memandangkan jika hanya pengetahuan teori sahaja tidak begitu efektif berbanding secara praktikal.

Pihak sekolah juga disaran membuat tindakan susulan jika didapati keadaan kantin tidak memuaskan. Sehubungan dengan itu, pengusaha kantin sendiri perlu mengutamakan kebersihan setiap masa. Soal pemakanan murid amatlah penting kerana murid perlu sihat untuk belajar kerana badan yang sihat dapat menjana minda yang cerdas. Makanan yang berkhasiat penting untuk tumbesaran kita.


(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Fokus, PENDIDIK : Ariff Awang
Majalah Pendidik MAC 2008)






Soalan 2 : Pemahaman

[35 markah]


Soalan 2 (a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata pemantauan yang berkala. [2 markah]

(ii) Nyatakan kebaikan makan makanan berkhasiat? [3 markah]

(iii) Sebagai ibu bapa, apakah yang boleh anda lakukan untuk mengawal kes keracunan di
sekolah anak anda? [4 markah]





Soalan 2(b) — Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SAFIAH: (Terhenti, menjeling masam pada Umar, terdiam seketika, tapi bersemangat semula)
Kalau you bercita-cita hanya nak jadi guru, tak payah masuk universiti pun you
boleh jadi guru. Apa susahnya? Tengok, berapa banyak orang yang boleh jadi guru,
tak payah pandai cakap Inggeris pun boleh jadi guru.

UMAR: (Sedikit kesal)You terlalu memikirkan dirisendiri. I suka jadi guru dan kita pun
memang kekurangan guru.

SAFIAH: (Tak sabar) You ni nasionalis sangat...

UMAR: (Memandang penuh pada Safiah) Ya, nasionalis tak nasionalis, cuba you tengok. Tiap
tahun beribu-ribu murid masuk sekolah, tapi berapa orang guru bertambah? Berapa
orang mahasiswa-mahasiswa yang mahu jadi guru?

SAFIAH: (Cepat geram) You terlalu statis!

UMAR: (Berpaling dari Safiah, perlahan tapi pahit) You terlalu ingin nak main salji sahaja,
mahu duduk-duduk di London atau Amerika (membisu beberapa lama).

SAFIAH: (Terdiam, memandang Umar, kemudian membongkok kehadapan, menyentuh sedikit
tangan Umar, dan berkata dengan nada baru, logik dan lembut) I tahu you nak
berkhidmat dalam negeri, I tahu you bercita-cita nak berjasa kepada bangsa. I hargai.
Tapi I bercakap sebagai tunang you, yang ikut sama memikirkan masa depan
kita...

(Dipetik daripada drama Serunai Malam oleh Usman Awang
dalam antologi Anak Laut.)


(i) Apakah pandangan Safiah terhadap profesion perguruan?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah Umar bersungguh-sungguh hendak menjadi guru? [3 markah]

(ii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan dan dua pengajaran lain daripada keseluruhan drama.
[4 markah]






Soalan 2(c) — Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka sahut Jebat, “Hai Laksamana, bahawa aku tiada takut akan engkau! Kudengar engkau sudah dibunuh oleh Bendahara; sebab itulah maka aku hairan.” Maka kata Laksamana, “Akulah Hang Tuah dititahkan Duli Yang Dipertuan membunuh engkau, kerana aku tiada mati; aku ditaruh oleh Bendahara di Hulu Melaka.”

Setelah Hang Jebat mendengar kata Laksamana demikian, maka ia pun hairan, seraya berkata, "Hai orang kaya Laksamana, keranamulah maka aku berbuat pekerjaan ini! Pada bicaraku, engkau tiada dalam dunia ini lagi. Jika aku tahu akan engkau ada hidup, demi Allah dan Rasul-Nya, tiada aku berbuat pekerjaan ini.” Maka kata Laksamana, “Hai Si Jebat, menyesalkah engkau?” Maka kata Hang Jebat, “Hai Laksamana, sekali-kali tiada aku menyesal dan takut akan mati, tetapi aku sudah tahu akan kematianku ini pada tanganmu, di mana dapat kusalahi lagi? Tetapi tuan hamba lihatlah tikam Si Jebat derhaka ini, empat puluh hari orang Melaka membuangkan bangkai dalam negeri Melaka ini dan tiada menderita bau busuk bangkai. Sepala-pala jahat jangan kepalang; kuperbuat sungguh-sungguh.”

(Dipetik daripada Pertarungan Tuah dengan Jebat dalam antologi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Apakah maksud di mana dapat kusalahi? [2 markah]

(ii) Nyatakan sebab Laksamana hendak membunuh Hang Jebat. [2 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Bendahara mengingkari titah Duli Yang Dipertuan supaya membunuh Laksamana? [4 markah]


Soalan 2(d) – Petikan Puisi

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.


DUHAI PENTAFSIR

Pentafsir, sebenarnya telah lama ku cari
suaramu yang sarat
ke mana jatuhnya gema itu?
Di manakah tempat istirahat
setelah pengembaraan yang penat
di manakah telah kurakamkan
pertemuan matahari, rimba dan lautan?

Senja ini menemuiku
dengan lusuh catatanmu
angin sedang cuba mengoyak-ngoyakkan lembar-lembar buku
sedang aku belum ketemu
surat yang kautuliskan padaku.

telah hilangkah ia
atau kau tidak pernah menulisnya
ah, aku tidak bisa tidur dan melupakan
racun keresahan telah membunuh lenaku
sejak kudahagai penawar dalam lautan nota-notamu
kiranya terdampar dalam angin yang ragu
yang tidak mengenal arah tiupannya
angin tanpa sabar yang telah melunturkan
kehijauan dalam keriangan masa kecilku.

Pentafsir, musim telah terlalu tua
kaca jendela menjadi kelabu
dan aku telah terlalu lesu
untuk menari bersama bayang-bayangmu
senja pun semakin larut
lembar-lembar jadi semakin kuning
apakah aku harus mengebumikan buku-buku ini
di samping pusaramu yang sepi.


Hentikan ejekanmu
biar kupecahkan kaca ini
melihat keluar. Lalu mengenal
rumpun-rumpun yang redup
adalah pengakuanmu, Tuhanku!
yang menjernihkan mataku.


(Dipetik daripada Antologi Kerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004)


(i) Apakah yang dimaksudkan dengan senja pun semakin larut? [ 2 markah ]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah penyajak kehilangan arah tujuan setelah lama hidup?
[ 3 markah ]
(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak.
[ 4 markah ]


Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaanya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa
dan nama khas.

(i) indah – endah
(ii) celik – cekik
(iii) hambar – hampar [6 markah]

(b) Tulis cakap ajuk di bawah ini dalam bentuk cakap pindah.

(i) “Tauke, berapakah harga sejambak bunga ros yang berwarna kuning itu?” Kata ibu kepada Tauke Wong.

(ii) “Kamu semua tidak boleh bising dan bercakap-cakap ketika saya sedang
mengajar,” kata Cikgu Amnah kepada pelajar 5 Al-Ittihad.

(iii) “Silalah datang ke rumah baru saya di Taman Beringin jika awak ada
kelapangan,”kata Aliya kepada Sarah.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Makahmah mendapati bahawa keterangan saksi pendakwa adalah tidak mencukupi untuk menyabitkan semua tertuduh.

(ii) Semua ahli jawatan kuasa diharapkan dapat bermain peranan masing-
masing mengikut senarai tugas yang telah diberikan.

(iii) Sebuah pusat snoker telah diserbu dan disita oleh pasukan menguat kuasa
malam semalam kerana disyaki menjalankan kegiatan perjudian atas
maklumat orang awam
[6markah]


(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Sebagai persediaan menghadapi peperiksaan, semua pelajar-pelajar diberikan latihan insentif oleh guru pada hujung minggu.

(ii) Suraya terpaksa memansuhkan rancangan untuk melawat kawannya di
hospital jika hujan turun dengan lebatnya.

(iii)Yuran hendaklah semua penumpang bas bayar sebelum bas itu
memulakan perjalanan.

[6 markah]

(e) Baca peribahasa di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan satu peribahasa yang hampir sama maksud.

(i) Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

(ii) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

(iii) Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan

[6markah]



Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang telah anda kaji dalam tingkatan 4 dan tingkatan 5.

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh
(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusuf
(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii) Julia karya Abu Hassan Morad
(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad


(a) Nilai tanggungjawab terdapat dalam novel yang telah anda kaji. Buktikan pernyataan tersebut.
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan persamaan perwatakan watak utama dalam novel tersebut.
[8 markah]



KERTAS SOALAN TAMAT