Rabu, 14 Mei 2014

KECEKALAN DIRI DALAM SISC+ BM

Bulan Mei 2014 - Banyak aktiviti bengkel bimbingan yang telah dirancang oleh Unit Akademik PPD Batu Pahat dan SISC+ BM PPD BP untuk guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah di daerah Batu Pahat.  Antaranya:
1.  Pembugaran Tatatbahasa BM kepada 144 orang guru sekolah rendah pada 10.5.2014
(Penceramah: Encik Ramli Yahya)
2.  Majalah Dalam Kelas - Guru Kreatif Pelajar Aktif kepada 100 orang guru sekolah menengah pada 15.5.2014 (Penceramah: Encik Ramli Yahya)
3.  Pembugaran Tatabahasa BM kepada 100 orang guru sekolah menengah pada 22.5.2014 (Penceramah: Encik Ramli Yahya)
4. Majalah Dalam Kelas - Guru Kreatif Pelajar Aktif kepada 144 orang guru sekolah rendah pada 24.5.2014 (Penceramah: Encik Ramli Yahya)

Menyampaikan ceramah, berkongsi ilmu, berbincang dari hati ke hati melalui pertemuan ini menjadi pemangkin kejayaan PPPM.

Isnin, 17 Februari 2014

SISC+ DAN SEBAHAGIAN TUGASKU



Apa itu SISC+? 
School Improvment Specialist Coaches +
Program SISC ataupun dikenali sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches) telah dimulakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak awal tahun 2011 di bawah inisiatif sub NKRA GTP 1.0. Guru-guru yang telah dilantik sebagai Pegawai SISC+ ini akan mendapat latihan berterusan dalam memantapkan lagi ilmu pedagogi dan kurikulum. Mereka ini ditugaskan memantau dan membimbing guru-guru di sekolah-sekolah (khususnya sekolah berprestasi rendah) iaitu dalam band 6 dan 7.


Apa perbezaan SISC dan SISC+?
Rentetan daripada kejayaan program SISC di bawah GTP 1.0, kelangsungan bidang keberhasilan utama NKRA diteruskan di bawah GTP 2.0 dan jawatan SISC+ diperkenalkan secara sepenuh masa dan bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah, dengan 2 negeri rintis telah pun berjalan sepenuhnya di Kedah dan Sabah pada tahun 2013. Menjelang 2014, program ini akan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara.


Bagaimana SISC+ dapat menjadi agen mengupaya JPN dan PPD?
Kewujudan jawatan ini juga adalah di bawah anjakan ke 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu Mengupaya JPN dan PPD. Guru-guru yang terpilih akan ditempatkan sepenuh masa di PPD, tetapi tidak akan terlibat langsung dengan pengurusan PPD. SISC+ ini akan memantau sekolah di bawah jagaan nya 4 hari untuk seminggu. Manakala 1 hari lagi diperuntukkan untuk berada di pejabat, membuat laporan dan juga bermesyuarat. Buat sementara waktu ini, SISC+ ini hanya dibuka untuk 3 subjek teras sahaja, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Bidang tugas mereka adalah untuk membimbing guru dalam aspek pedagogi, PBS, KSSR dan sebagai penghubung terus pihak Kementerian dengan sekolah

Ahad, 16 Februari 2014

AKU DAN SISC+ (sempena hari pertama menjawat jawatan baharu)

Semalam secara rasmi saya bertugas sebagai SISC+ di Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat.  Tugas yang lebih mencabar dan tanggungjawab yang lebih besar memerlukan komitmen yang lebih tinggi untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.  Ya Allah, berikan kekuatan fizikal, mental, emosi, dan spritual untuk terus mengharungi cabaran dunia pendidikan hari ini dan hari esok.

Selasa, 11 Februari 2014

GELIGA VS RENGIT

12.2.2014 jam 6.15 pagi, Dari sebuah bilik yang sunyi di sebuah rumah yang kecil, di sebuah pekan yang riuh di Rengit, aku teringatkan kampung halaman di sebuah kampung yang nyaman di Geliga, Kemaman, Terengganu. Jika dihitung hari yang berlalu, rupanya sudah hampir 20 tahun aku telah berada di bumi Johor ini.  Sudah lama juga rupanya aku berada di sini...SEMUANYA MASIH MENYEDIAKAN JALAN YANG LUAS UNTUK AKU LALUI...

Rabu, 22 Januari 2014

DEKLAMASI SAJAK SEMPENA PELANCARAN PROGRAM BAHASA SMKS 2014



Sajak Bahasa Itu Ilmu
oleh Ramli Yahya


Bahasa itu ilmu
Bahasa boleh tunjuk ajar
Bahasa boleh menunjuk-nunjuk
Bahasa boleh merajuk-rajuk
Bahasa juga boleh dibuat pujuk-memujuk


Bahasa itu indah
Bahasa terbina dalam sia sekata
Bahasa terhurai dalam fikiran
Bahasa terjelma dalam ucapan
Bahasa terbentuk dalam tamadun bangsa



Biarlah;
Bahasa itu tetap anggun dalam komunikasi
Biarlah;
Bahasa itu tetap bijak meneroka desa dan kota
Biarlah;
Bahasa itu tetap sebati bersama nakhoda
          Melayari samudera dengan bahasa alam
Merentas dunia dengan penuh wawasan.
Bersatulah bahasaku dan bahasamu.

Selasa, 21 Januari 2014

BIJAK BICARA ANGGUN KOMUNIKASI











"Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pelajar SMK. Senggarang, sempena pelancaran Program Bahasa 2014 ini, saya ingin mencoretkan untaian kata sebagai wadah setia pembugar minda:

“Mencari ilmu ibarat mendayung sampan menuju pangkalan. Sampan yang baik dan lengkap disertakan dayungan yang sistematik mampu meluncur laju menuju satu destinasi - Destinasi Ilmu, Destinasi Iman, dan Destinasi Amal" – Ramli bin Yahya, Guru Cemerlang BM.

Selasa, 12 November 2013

MAKLUMAT TAMBAHAN: KERJA RUMAH MACA CUTI TINGKATAN 4 BESTARI DAN TINGKATAN 4 CEMERLANG

Semua pelajar perlu menulis karangan yang diberikan dalam buku latihan karangan tingkatan empat.