16 MEI 2011 saya di beri peluang sekali lagi untuk mendeklamasikan sajak. Kali ini agak berbeza sedikit situasinya. Saya akan menyampaikan sajak ini di SMK. Banang Jaya, Batu Pahat sempena sambutan hari guru peringkat sekolah. Buat teman seperjuangan dan buat anak didik SMK. Banang Jaya, kugagahi dan kutunaikan hasrat ini demi cinta dan sayangku pada SMK. Banang Jaya. Sajak Obor Hemah karya Sasterawan Negara A. Samad Said akan saya deklamasikan pada hari tersebut.
OBOR HEMAH
Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.
Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.
Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan
manusia menyelami rahsia khazanahnya.
Guru - minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kemball semua buku,
sempat ditinggalkan asas i1mu.
Guru
adalah batin suci hatinurani,
Guru
penjunjung budi, manusia yang takwa,
Guru
obor hemah kehidupan bangsa.
A. SAMAD SAID
2 APRIL 1988
Selamat Hari Guru Cikgu Ramli saya ucapakan yang akan tiba pada 16 Mei 2011,Isnin ni...saya doakan semoaga ckgu terus cemerlang dalam arena perguruan cikgu dalam mendidik anak bangsa.=)
BalasPadam