Kemahiran
Penutup
1.0 OBJEKTIF
Di akhir
pengajaran pelajar dapat mempelajari dan memahami:
1.1. Penutup Kognitif dan sosial
1.2. Prinsip- prinsip penggunaan kemahiran penutup
1.3. Kesan penutup ke atas pengajaran- pembelajaran.
1.4. Objektif kemahiran penutup.
1.5. Komponen kemahiran penutup.
1.6. Cara pengendalian pengajaran mikro.
2.0 KEMAHIRAN PENUTUP.
Untuk
menentukan bahawa pengajaran guru itu berkesan dan berjalan lancar, kemahiran
penutup pelajaran sama juga pentingnya dengan kaedah memulakan pengajaran.
Penutupan pengajaran yang baik akan meninggaalkan kesan yang berkesan dilubuk
hati para pelajar.
2.1.Ia merupakan bahagian akhir sesuatu pelajaran.
2.2.Aktiviti-aktiviti rumusan, pengukuhan dan penilaian
biasanya diadakan dalam
bahagian penutup ini.
2.3.Oleh itu, guru boleh menggunakan bahagian ini untuk membantu
pelajar-pelajar mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru sahaja dipelajari
dengan merumuskan semua isi penting atau memberikan aktiviti susulan kepada
mereka
2.4.Di samping itu, guru juga boleh menggunakan bahagian penutup ini untuk
menilai pencapaian objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
telah dilaksanakan.
2.5.Hasil penilaian akan digunakan untuk membuat
pengubahsuaian terhadap
pelajaran yang berikutnya.
2.6.Terdapat dua jenis penutup iaitu penutup kognitif
dan penutup social.
2.6.1.Penutup Kognitif
- Bertujuan untuk mengukuhkan segala isi pelajaran dan kemahiran yang telah
dipelajari.
- Ia boleh digunakan sebagai aktiviti susulan, rumusan dan pengukuhan.
2.6.2. Cara melaksana.
- Membuat rumusan atau kesimpulan tentang apa yang telah
dipelajari melalui aktiviti mencatat isi-isi penting di papan tulis atau
papan gulung.
- Memberikan
kerja bertulis dalam buku latihan atau lembaran kerja kepada pelajar-pelajar.
- Memberikan
aktiviti pengayaan kepada pelajar-pelajar.
- Menyoal
pelajar-pelajar tentang isi-isi penting yang telah dipelajari.
2.6.3. Penutup Sosial.
- Bertujuan untuk memberi satu
perasaan pencapaian kepada pelajar-pelajar supaya mereka ingin terus belajar.
- Penutup
sosial ini biasanya dilakukan dengan menggunakan teknik peneguhan
- Misalnya ;
“Murid-murid
telah boleh menyelesaikan semua masalah luas dengan memuaskan. Dalam pelajaran
yang akan datang, cikgu akan mengajar kamu topik isipadu”
3.0. PRINSIP-PRINSIP
PENGGUNAAN KEMAHIRAN PENUTUP
3.1.Aktiviti penutup haruslah sesuai dengan objektif, isi pelajaran dan
kemahiran
pelajar yang baru dipelajari pada peringkat perkembangan.
3.2.Aktiviti rumusan, aktiviti pengukuhan atau aktiviti susulan harus dirancang
dengan teliti supaya penutup kognitif dapat dilaksanakan dengan licin dan
berkesan.
3.3.Di samping penutup kognitif, penutup sosial juga harus disediakan untuk
peringkat akhir pelajaran.
3.4.Kecuali aktiviti pengukuhan atau aktiviti susulan yang hendak
dijalankan
dalam kelas, tempoh masa untuk melaksanakan penutup kognitif dan penutup
sosial tidak harus melebihi 5 minit.
3.4.Aktiviti penilaian juga boleh diadakan pada peringkat penutup dengan
tujuan
untuk
mengukur hasil pencapaian objektif pelajaran.
4.0 OBJEKTIF-OBJEKTIF KEMAHIRAN PENUTUP.
4.1 Menarik perhatian pelajar terhadap apa yang baru dipelajari supaya
mereka mendapat satu gambaran yang lebih jelas dan menyeluruh.
4.2 Mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru dipelajari
dengan merumuskan fakta-fakta penting atau memberikan kerja bertulis.
4.3. Mewujudkan perasaan pencapaian dan kejayaan di
kalangan pelajar dengan menggunakan teknik peneguhan.
4.4.Menggunakan aktiviti penilaian untuk menilai
pencapaian objektif pelajaran serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya
pelajar dapat membuat pengubahsuaian serta membaiki pelajarannya pada masa
depan.
4.5 Dengan adanya bahagian penutup ini, aktiviti-aktiviti susulan akan
dapat
diadakan supaya pelajar diberi peluang mengaplikasikan konsep dan kemahiran
yang mereka baru pelajari.
5.0 KESAN PENUTUP KE ATAS PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
-Jika objektif-objektif penutup dapat dicapai dengan
memuaskan, maka beberapa
kesannya dapat
diperlihatkan seperti berikut :-
5.1 Melalui aktiviti susulan, pelajar-pelajar dapat
mengukuhkan kemahiran atau konsep yang baru dikuasai.
5.2 Dengan menggunakan kesimpulan kognitif, pelajar-pelajar
dapat membuat rumusan terhadap fakta-fakta penting yang dipelajari.
5.3 Dengan menggunakan kesimpulan sosial, seperti memberi
pelajar suatu perasaan pencapaian, mereka telah dimotovasikan supaya terus
berusaha dan mencuba.
5.4 Melalui aktiviti penilaian, guru dapat mentafsirkan
pencapaian objektif pelajaran yang ditentukan. Keputusan penilaian ini akan
membolehkan guru membuat pengubahsuaian untuk rancangan pelajaran yang akan
datang.
6.0 KOMPONEN –KOMPONEN KEMAHIRAN PENUTUP.
6.1 Kemahiran penutup mengandungi dua komponen yang utama
iaitu komponen perkaitan kognitif dan komponen perkaitan sosial.
7.0. CARA PENGENDALIAN PENGAJARAN MIKRO
7.1 Guru pelatih
yang memilih latihan penguasaan kemahiran penutup dalam sesi pengajaran mikro
harus merancang aktiviti penutup yang berasaskan andaian bahawa pelajar-pelajar
baru sahaja selesai menguasai satu-satu konsep atau kemahiran.
8.0 BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN PENUTUP
.
Komponen dan Kriteria Kemahiran Penutup
|
Ada
(sesuai)
|
Ada
(Tidak sesuai)
|
Tidak
ada
|
Perkaitan kognitif
|
|||
1. Membuat rumusan
2. Mengulangi isi-isi penting
3. Menjalankan aktiviti penilaian
|
|||
4. Mencadangkan aktiviti susulan
|
|||
5. Menjalankan
aktiviti pengukuhan
|
|||
Perkaitan
sosial
|
|||
1.
Menimbulkan perasaan pencapaian pelajar
|
|||
2.Memberi
peneguhan posoitif
|
|||
3.
Mewujudkan perasaan ingin tahu
|
|||
4.
Memotivasikan perasaan ingin belajar
|
|||
5.
Mengaitkan dengan pelajaran yang akan datang
|
|||
Tandakan ( /
) pada ruang yang berkenaan
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan