Sabtu, 9 Mei 2015

KATA TUGAS KBAT



KATA TUGAS KBAT
(KATA TUGAS: kata kerja yang terdapat pada sesuatu item yang berfungsi untuk menyatakan tugasan yang hendak disampaikan oleh penulis item.)
BIL.
KATA TUGAS
KETERANGAN KATA TUGAS
1.             
Analisiskan
Membuat pernyataan terperinci tentang suatu aspek atau perkara yang dikomunikasikan.
2.             
Anggarkan
Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan konteks berdasarkan pertimbangan/ciri sesuatu pengetahuan tetentu.
3.             
Apakah
Memberikan maklumat yang khusus atau spesifik.
4.             
Bagaimanakah
Memperihalkan/memberi penerangan tentang cara/keadaan/langkah kejadian.
5.             
Bandingkan
Membandingkan atau menjelaskan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih perkara.
6.             
Bangunkan
Menghasilkan satu atur cara/program menggunakan perisian/kaedah yang sesuai mengikut langkah tertentu.
7.             
Bezakan
Menyatakan kelainan/ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara.
8.             
Bilakah
Menyatakan masa/waktu/urutan prosedur.
9.             
Binakan
Membuat sesuatu menggunakan kaedah/alat tertentu.
10.          
Bincangkan
Memberi penerangan/pandangan daripada pelbagai aspek.
11.          
Buktikan
Menyatakan kebenaran dengan dalil/contoh/fakta sebagai sokongan-sokongan.
12.          
Buatkan
Mengemukakan pernyataan yang boleh diuji akan hipotesis kesahihannya.
13.          
Bundarkan
Membuat penghampiran bagi suatu nilai kepada kejituan tertentu.
14.          
Cadangkan
Memberi pandangan/idea/pendapat dengan mempertimbangkan perkara positif atau negatif.
15.          
Cari
Memberikan suatu nilai/kedudukan/perkara secara mengenal pasti dengan menggunakan kaedah tertentu atau pemghitung secara ringkas.
16.          
Catatkan
Merakamkan atau merekodkan sesuatu maklumat.
17.          
Ciptakan
Menghasilkan/mewujudkan/menerbitkan sesuatu dengan daya fikiran atau imaginasi atau kreativiti.
18.          
Cerakinkan
Menghuraikan sesuatu kepada bahagian.
19.          
Deduksikan
Membuat kesimpulan berdasarkan sesuatu.
20.          
Definisikan
Memberi keterangtan yang singkat tetapi jelas tentang makna sesuatu perkataan khusus/istilah/terminologi.
21.          
Di manakah
Menyatakan tempat/kedudukan.
22.          
Fokuskan
Memberi penerangan/pernyataan dengan menumpukan kepada sesuatu aspek tertentu.
23.          
Formatkan
Menyediakan/menyusun maklumat mengikut sesuatu prinsip/prosedur/peraturan tertentu.
24.          
Galurkan
Menghuraikan peristiwa atau fakta secara kronologi.
25.          
Gambarkan kisahkan
Memberi penerangan dengan menggunakan gambar rajah.
26.          
Gariskasarkan
Memberi ciri penting secara umum untuk sesuatu proses/tindakan.
27.          
Hitungkan
Memberi nilai kuantitatif dengan melaksanakan algoritma (langkah-langkah tertentu) ataumenggunakan rumus.
28.          
Hubungkaitkan
Membuat sesuatu pertalian berdasarkan beberapa ciri/faktor.
29.          
Huraikan
Memperihalkan/menceritakan sesuatu dengan panjang lebar/terperinci.
30.          
Ilustrasikan
Menjelaskan dengan contoh/gambar rajah /rajah.
31.          
Interpretasikan
Memberi maklumat atau makna lain bagi sesuatu komunikasi.
32.          
Isikan
Memenuhkan maklumat yang spesifik di ruang yang betul.
33.          
Jadualkan
Membuat sesuatu tentang perkara/maklumat/acara mengikut ciri-ciri atau urutan tertentu yang telah ditetapkan.
34.          
Jelaskan
Memberi penerangan tentang sesuatu dengan sokongan supaya mudah difahami.
35.          
Kemukakan
Memberi pendapat sama ada menyokong atau membangkang.
36.          
Kenal pasti
Memberi petunjuk atau makluman terhadap suatu perkara/benda/pernyataan yang dikenali atau dicam dengan jelas.
37.          
Klasifikasikan
Mengumpulkan/membahagi-bahagikan/melabelkan sesuatu kepada sesuatu kumpulan/kategori berdasarkan kesmaan kualiti/kriteria/ciri/sifat.
38.          
Labelkan
Menandakan dan/atau memberikan panggilan yang spesifik terhadap suatu rujukan pada rajah /graf/carta/ilustrasi dan sebagainya.
39.          
Lakar
Memberi persembahan berbentuk rajah/gambar rajah/peta secara kasar dan tidak memerlukan perincian.
40.          
Laporkan
Memberitahu maklumat tentang sesuatu keadaan secara lisan atau bertulis.
41.          
Laraskan
Menyesuaikan dengan sesuatu supaya sama dengan penunjuk/tolok.
42.          
Lengkapkan
Mengisikian maklumat/nilai yang spesifik pada ruang kosong pada jadual/rajah/ayat yang diberikan.
43.          
Lorekkan
Melukis dengan garisan/corengan/coretan pada kawasan/rantau/ruangan tertentu.
44.          
Lukis
Memberi persembahan bebentuk grafik/rajah/gambar rajah/graf bagi menggambarkan suatu benda atau perkara dengan menggunakan alat dan mengikut ukuran atau sakala tertentu.
45.          
Manakah
Menyatakan pilihan.
46.          
Mengapakah
Memberi sebab.
47.          
Namakan
Memberi panggilan yang spesifik terhadap suatu benda/istilah/terminologi/proses.
48.          
Nilaikan
Membuat eprtimbangan terhadap sesuatu perkara.
49.          
Nyatakan
Memberi jawapan yangt spesifik tanpa memerlukan penerangan lanjut/huraian/sokongan.
50.          
Organisasikan
Membuat sesuatu ebrdasarkan apa yang telah dirancang untuk dilaksnakan.
51.          
Orkestrakan
Menyusun skor untuk alat muzik orkestra berdasarkan skor yang ada.
52.          
Padankan
Membuat penyesuaian yang setara berdasarkan rajah/simbol/maklumat tentang pernyataan berhubung spesifik/fungsi/aplikasi atau sebaliknya.
53.          
Pamerkan
Menunjukkan persembahan terhadap penguasaan dalam sesuatu perkara.
54.          
Pasangkan
Mencantumkan bahagian sesuatu mengikut susunan prosedur yang betul.
55.          
Paterikan
Melakukan proses menyambung dengan menggunakan set pematri.
56.          
Peringkatkan
Membuat pemeringkatan beberapa eprkara mengikut aras/tahap tertentu.
57.          
Pilih
Menentukan maklumat yang terbaik.
58.          
Plot
Menanda/melukis titik-titik graf.
59.          
Ramalkan
Memberi sesuatu nilai yang dijangka munasabah berdasarkan pola atau corak tertentu.
60.          
Rakabentukkan
Membuat garis kasar/lakaran/plan tindakan/prototaip/model.
61.          
Rekodkan
Mencatatkan dapatan kajian/eksperimen/data/pemerhatian mengikut format.
62.          
Ringkaskan
Menyatakan sesuatu ungkapan/pernyataan/petikan secara pendek/padat dan mengekalkan kandungan utama yang asal.
63.          
Rumuskan
Membuat sesuatu kesimpulan berdasarkan data/maklumat/petikan.
64.          
Sarankan
Memberi pandangan/idea yang boleh diaplikasikan dalam sesuatu situasi.
65.          
Sediakan
Mengadakan/mewujudkan/menyiapkan/melengkapkan/menyusun sesuatu mengikut format dan prinsip tertentu.
66.          
Selesaikan
Memberi beberapa fakta/ciri/konsep/prinsip/teori secara spesifik/berbentuk point tanpa memberi hubungan/perkaitan/penerangan lanjut bagi setiap satunya.
67.          
Siapakah
Mengenal pasti individu dalam konteks tertentu.
68.          
Susun
Membuat sesuatu urutan dengan menggunakan kaedeah/prinsip/keperluan/keutamaan.
69.          
Syorkan
Memberi pandangan/pendapat yang boleh diaplikasikan dalam sesuatu situasi dengan mempertimbangkan perkara positif atau negatif.
70.          
Tafsirkan
Mengulas sesuatu berdasarkan maklumat yang diberi.
71.          
Takrifkan
Memberi ketrangan yang singkat tetapi jelas tentang makna sesuatu perkataan khusus/istilah/terminologi.
72.          
Tandakan
Meletakkan simbol yang dikehendaki.
73.          
Tentukan
Membuat sesuatu keputusan selepas mengambil kira beberapa perkara sebagai asas pertimbangan.
74.          
Tentusahkan
Menyatakan kebenaran/ketepatan sesuatu dengan memberikan bukti.
75.          
Terangkan
Menyatakan fakta dengan sokongan atau menjelaskan sesuatu dengan sebab.
76.          
Terbitkan
Membina sesuatu dengan menunjukkan cara/kaedah untuk menemuinya.
77.          
Terjemahkan
Menukarkan suatu bentuk komunikasi kepada suatu bentuk komunikasi lain tanpa mengubah dan memperihalkan makna komunikasi tersebut.
78.          
Transposisikan
Mengubah kedudukan not kepada nada yang baharu.
79.          
Tukarkan
Mengubah sesuatu kepada bentuk/unit lain.
80.          
Tulis
Mencatat huruf/angka/symbol yang khusus atau menghasilkan maklumat/idea berbentuk teks.
81.          
Tunjukkan
Menyatakan sesuatu dengan bukti.
82.          
Ubahsuai
Membuat sesuatu perubahan dengan menggunakan kaedah/prinsip tertentu.
83.          
Ukur
Menggunakan alat pengukur untuk mendapatkan nilai ukuran beserta unitnya.
84.          
Ulas
Memberi pandangan/pendapat/komen/kritik.
85.          
Ungkapkan
Menyatakan sesuatu secara muktamad dalam bentuk yang dikehendaki.
86.          
Unjur
Membina garisan mengikut unjuran sudut yang ditetapkan.
87.          
Wajarkah
Membuat pertimbangan terhadap sesuatu perkara dengan mengambil kira pelbagai aspek sama ada kebaikan, keburukan, kelebihan atau kekurangan.
(Dipetik daripada Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi;
Lembaga Peperiksaan, KPM 2013)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan