Khamis, 2 April 2009

CADANGAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BM TINGKATAN EMPAT

CONTOH PENULISAN RANCANGAN MENGAJAR BAHASA MELAYU TINGKATAN 4
TING/TARIKH/MP
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
BM 4A
730 - 850
Tajuk: Erti Bahagia Sebuah Senyuman Ibu
Obj: Pada akhir p&p ini, pelajar dapat:
i. menjawab 3 soalan pemahaman berdasarkan petikan dengan tepat.
ii. menulis ayat daripada 3 kata berimbuhan apitan yang dipilih dengan tepat.
FU: 7.2 (Mencatat isi tersurat daripada bahan)
FS: 6.2(Menggunakan perkataan untuk mendapatkan perkhidmatan/barangan)
Aras: 2.1 (Menyusun isi berdasarkan bahan)
Aktiviti:
1.Pelajar mendengar rakaman lagu ”Ibu” nyanyian asal P. Ramlee dan bersoal jawab tentang jasa-jasa ibu.
2.Pelajar membaca petikan Dewan Siswa Jun2007 ms 8 (Erti Bahagia Sebuah Senyuman Ibu) secara senyap. Beberapa orang pelajar membaca secara kuat dengan intonasi yang betul dan sebutan baku.
3.Pelajar berbincang dalam kumpulan:
Kumpulan 1 & 2 Cara-cara meringankan tugas ibu
Kumpulan 3 & 4 Cara-cara menghargai jasa ibu
Kumpulan 5 & 6 Menulis sajak bertemakan ”Kasih ibu”
4.Wakil kumpulan membentangkan tugasan dan pelajar memberikan pandangan mereka.
5.Pelajar menulis ayat berdasarkan imbuhan apitan.
6.Pelajar menjawab soalan pemahaman dan menulis sajak yang dibentangkan oleh rakan mereka
7.Guru membimbing pelajar.
Refleksi:


KB:
Mengesan isi
KBT:
KMD – Senario Masa Depan
Ilmu:
Agama (Kedudukan ibu dalam agama)
Kesusasteraan Melayu
Nilai:
Kasih sayang (Hubungan anak dan ibu bapa)
Sistem Bahasa:
Imbuhan Apitan
BBM:
Dewan Siswa Jun 2007
Kertas Mahjung
Lagu.
Disediakan oleh: Ramli bin Yahya, Guru Cemerlang Bahasa Melayu, SMK. Senggarang, Batu Pahat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan