Khamis, 2 April 2009

BIODATA PENULIS BLOG ramlibinyahya.blogspot.com


GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU
MUNSYI DEWANSEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SENGGARANG,
JALAN PARIT JABAR,
83200 SENGGARANG,
BATU PAHAT,
JOHOR DARUL TAKZIM.

074291675 (PEJ) 0137242909(TB) 074291234(FAKS)
ramliyah@yahoo.com.my

RAMLI BIN YAHYA, dilahirkan di Kampung Geliga, Kemaman, Terengganu pada 01 JUN 1963. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Kemaman, Kemaman, Terengganu pada tahun 1970 hingga 1976. Seterusnya, melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Chukai, Kemaman, Terengganu hingga tahun 1980. Menyambung pelajaran dalam bidang perguruan di Maktab Perguruan Mohd. Khalid, Johor Bahru, Johor dari 1985 hingga 1987 dalam bidang Pengajian Sekolah Rendah dan Pengajian Melayu. Menjadi tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Felda Neram 1, Kemaman, Terengganu pada 1988 hingga 1993. Pernah menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu dalam bidang Pengayaan Bahasa Melayu pada Januari 1991 dan Kursus Perguruan Khas 1 Tahun dalam bidang Bacaan dan Penulisan Bahasa Melayu pada tahun 1992 di Institut Bahasa Kuala Lumpur. Melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda di Universiti Putra Malaysia dan memperoleh Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama) dari 1994 hingga 1997. Menyambung pelajaran di peringkat sarjana dan memperoleh Master Bahasa dan Lingusitik Melayu di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1999. Dianugerahkan sebagai Munsyi Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2002 dan Jurulatih Utama Bahasa Melayu Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum pada tahun 2002 dan 2003. Dianugerahkan Guru Cemerlang Bahasa Melayu oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada 1 MAC 2006. Berminat dalam penulisan cerpen. Kini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Senggarang, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

1 ulasan:

  1. TAHNIAH, org Trg yg berjaya!Saya juga pernah beljr di tmpt2 cikgu belajr, cuma thn & bidang yg berbeza...

    BalasPadam