Selasa, 7 April 2009

KERTAS CADANGAN RINGKAS PROGRAM SATU MAJALAH SATU DUNIA


KERTAS CADANGAN


Tajuk :
Program Satu Majalah Satu Dunia

Objektif:
Pada akhir program ini, pelajar dapat:
1 Menjadikan aktiviti membaca sebagai budaya kehidupan.
2 Meluaskan pengetahuan dalam pelbagai bidang melalui pembacaan.
3 Melatih pelajar supaya cekap berkomunikasi secara lisan, bacaan dan penulisan.
4 Menjadi pelengkap kepada program DEAR anjuran PPD Batu Pahat.

Tarikh pelaksanaan:
15 APRIL 2009 hingga 15 OKTOBER 2009 (7 bulan)
APRIL, MEI, JUN, JULAI, OGOS, SEPTEMBER, dan OKTOBER

Tempat pelaksanaan:
Semua kelas Tingkatan Lima dan Tingkatan Tiga
Tujuh kelas tingkatan lima dan lapan kelas tingkatan tiga (15 Kelas)

Kos:
RM3.80 senakhah X 15 kelas X 7 bulan = RM 399.00

Sumber:
Sumbangan peribadi Guru Cemerlang Bahasa Melayu

Proses pelaksanaan:
1 Semua ketua tingkatan tiga dan tingkatan lima akan mengambil majalah Dewan Siswa di bilik Info-BM dan meletakkan majalah di sudut bacaan di kelas masing-masing.
2 Pelajar membaca majalah di bilik darjah pada waktu lapang sebagai bahan bacaan tambahan.
3 Pelajar mencatat maklumat berguna dalam buku latihan BM atau buku latihan mata pelajaran lain jika berkaitan.
4 Pelajar menjadikan majalah Dewan Siswa sebagai bahan rujukan
5 Pelajar menyusun majalah yang telah digunakan di sudut bacaan untuk rujukan pada masa akan datang.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

RAMLI BIN YAHYA
GURU CEMERLANG BM
SMK. SENGGARANG, BP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan