Isnin, 11 Mac 2013

SET INDUKSI: SATU KEPERLUAN @ SATU PEMBAZIRAN OLEH: RAMLI BIN YAHYA, GURU CEMERLANG BM, SMK. SENGGARANG. BATU PAHAT.



(satu perkongsian ilmu dalam aspek pedagogi di Bilik Kesidang, SMKS pada 14.3.2013 jam 7.00 – 7.30 pagi)
PENGENALAN                                                                       
•       Set induksi mengambil masa lebih kurang 3 - 5 minit sahaja tetapi memainkan peranan yang sangat besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
•       Set induksi membolehkan guru mengawal:
–      disiplin pelajar
–      memastikan pelajar bersedia untuk pelajaran seterusnya
–      menarik minat pelajar langkah pelajaran yang seterusnya.
–      membantu menuetralkan emosi pelajar
CIRI UTAMA SET INDUKSI
1. Menarik perhatian
2. Mewujudkan motivasi
3. Membuat perkaitan
Menarik Perhatian
•       mewujudkan nada suara yang sesuai.
•       menggunakan ABM/BBM/BBB yang menarik.
•       menggunakan gerakan, konteks mata, dan isyarat.
•       menunjukkan suatu aktiviti yang menarik dan tidak pernah terfikir oleh pelajar.
Mewujudkan Motivasi
•       membangkitkan rasa ingin tahu.
•       menggunakan teknik bercerita.
•       menunjukkan suatu aktiviti yang berguna.
•       menggunakan soalan yang mencabar - HOTS / KBAT
Membuat Perkaitan
•       mengaitkan pengetahuan lepas murid.
•       mengaitkan isi pelajaran baharu.
•       mengaitkan peristiwa semasa.
•       mengaitkan minat dan pengalaman murid.
•       menceritakan pengalaman guru
TUJUAN SET INDUKSI
·         Memulakan setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang baharu.
·         Memperkenalkan sesuatu konsep kepada pelajar.
·         Mewujudkan hubungan awal yang baik dan mesra.
·         Memulakan sesi komunikasi dan menggalakkan pelajar berinteraksi.
·         Memulakan kerja-kerja amali di makmal atau di padang.
CONTOH SET INDUKSI
•       Set induksi yang dilakukan selalunya berkaitan dengan topik yang diajar oleh guru.
•       Set induksi boleh dibuat dalam bentuk cerita, teka teki, menyusun kata/puzzle, nyanyian,  lakonan, simulasi, isu yang mencabar minda pelajar, isu semasa yang berkaitan tajuk/tema, pengalaman murid, pengalaman guru,  dan sebarang cara yang mengambil masa yang pendek.
S.O.P SET INDUKSI…satu cadangan
•       Guru beri salam dan pelajar jawab salam
•       Seorang pelajar baca doa…pelajar lain ikut membacakan doa bukan meng-amin-kan doa.
•       Susun meja, pungut sampah, susun buku dan alat tulis atas meja.
•       Mulakan set induksi dan langkah pengajaran seterusnya.
PERHATIAN
•       Kesilapan utama semasa melaksanakan set induksi
•       menjadikan tajuk atau isi kandungan sebagai set induksi kerana set induksi bukan tajuk atau isi kandungan TETAPI  SET INDUKSI merupakan momentum yang bakal dikaitkan dengan tajuk yang akan diajar.
•       Set induksi dilaksanakan tidak melebihi 5 minit. sekiranya kurang lebih baik.. namun biarlah menarik dan menggembirakan pelajar
SET INDUKSI SAYA…
•       Di hujung sebuah kampung…suami, isteri, dua orang anak…hari-hari isterinya suka membebel dan cerewet…tangkap isteri dan buang dalam perigi lama.
•       Dua minggu, ayah dan anak-anak tadi rasa sunyi..menyesal atas tindakan mereka…ambil tali ke perigi lama… supaya rumah mereka ceria semula.
•       Terkejut…

MESEJ UNSUR KECINDAN…
•       Ada unsur lucu
•       Memperkasakan kecerdasan interpersonal dan intrapersonal (keperluan diri sendiri dan keperluan orang lain dalam komuniti)
•       Kecerdasan logik dan ruang (faktor masa, keluasan perigi)
•       Soalan provokasi…adakah tindakan suami/anak betul?...beri pendapat dan kaitan EQ (kecerdasan emosi)…catat pandangan, tampal…kaitkan dengan pembelajan akan datang.
•       Pada pendapat anda, apakah yang berlaku akhirnya?
KESIMPULAN
•       Percayalah 1…melalui set induksi KITA boleh menimbulkan minat dan menggerakkan pelajar supaya bersedia untuk terus belajar dalam tempoh 40 atau 80 minit bersama-sama KITA.
•       Percayalah 2…set induksi membuka ruang kepada pelajar untuk bersedia belajar dan berfikir daripada aspek pengetahuan, kemahiran, dan nilai yang akan KITA persembahkan.
•       Percayalah 3… melalui set induksi, KITA dapat menjadi guru yang sentiasa ditunggu oleh pelajar di dalam kelas, di makmal, di padang, di bilik ICT, di bilik ERT, di bilik KH, di bilik Sains Pertanian, atau di mana-mana sahaja.

Khamis, 7 Mac 2013

BIODATA



RAMLI BIN YAHYA, dilahirkan pada 1.6.1963 di Kampung Geliga, Kemaman, Terengganu.  Mendapat pendidikan awal di SK. Kuala Kemaman, Kemaman dari 1970 hingga 1975.  Dalam Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (1974) beliau tidak mendapat keputusan yang baik dan semua mata pelajaran mendapat gred C.  Menyambung pelajaran di peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Chukai, Kemaman dari 1976 hingga 1980.  Beliau mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran pada tahun 1978 dan mendapat keputusan 4 Kepujian dan 3 Lulus.  Pada 1979 beliau telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah dan Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu dan Persatuan Agama Islam. Pada 1980 beliau telah dilantik sebagai Ketua Murid dan Kapten Asrama Putera SM Chukai Kemaman.  Beliau juga telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun yang sama dan mendapat 5 Kepujian dan 3 Lulus dengan pencapaian Bahasa Melayu mendapat peringkat Gred 7 (Lulus) sahaja.  Beliau mengambil peperiksaan SPM Bahasa Melayu Kertas Julai pada 1981 (masih Gred 7 - Lulus), 1982 (Gred 7 - Lulus) dan 1983, akhirnya mendapat Gred 6 (Kepujian).  Pada 1985 beliau telah diterima masuk ke Maktab Perguruan Mohd. Khalid, Johor Bahru dan mengambil Kursus Perguruan Asas dalam bidang Pengajian Melayu – Pengajian Sekolah Rendah (PSR-PM) sehingga 1987.  Beliau telah mendapat Pangkat Cemerlang.  Bermula Januari 1988, beliau telah mula menjadi guru terlatih dan mengajar murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di SK. Kampung Baharu Felda Neram 1, Kemaman hingga Jun 1994.  Pada 1990 dan 1991 beliau menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu Pengayaan Bahasa Melayu di Institut Bahasa Melayu Kuala Lumpur dan Kursus Perguruan Khas Bacaan dan Penulisan Bahasa Melayu di tempat yang sama dengan mendapat keputusan Pangkat Cemerlang.  Beliau juga telah mengambil peperiksaan STP dan STPM sebagai calon persendirian sebanyak 7 kali antara 1985 hingga 1994.  Bermula Julai 1994 hingga Julai 1997 beliau telah  melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa di peringkat Bacelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama) di Universiti Putra Malaysia.  Beliau telah dianugerahkan Anugerah Dekan oleh Fakulti Pengajian Pendidikan UPM 1994.  Bermula 16.9.1997, beliau ditempatkan di SMK. Senggarang, Batu Pahat, Johor.  Pada masa yang sama juga beliau telah menyambung pelajaran di peringkat Master secara luar kampus dan berjaya memperoleh Master Bahasa dan Linguistik Melayu di Fakulti Bahasa Moden UPM pada 1999.  Sepanjang mengajar di SMK. Senggarang, beliau telah mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan satu hingga tingkatan enam.

PERKARA YANG SANGAT DIBANGGAKAN SEPANJANG DI SMKS
1.    Memperkenalkan Program GELIGA Bahasa Melayu sejak 2001 hingga kini.
2.    Memperkenalkan Buletin Memorabilia SMKS
3.    Menjadi Jurulatih Utama BM Tingkatan 4 dan 5 peringkat daerah dan negeri 2000
4.    Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2001
5.    Menerima Anugerah Munsyi Dewan, DBP 2001
6.    Menerima Anugerah Guru Cemerlang Bahasa Melayu Gred DG44 2006
7.    Menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010
8.    Menerima Anugerah Guru Berprestasi Tinggi 2011

HASIL PENULISAN
1.    Cerpen Kehilangan dalam Antologi “Kehilangan” terbitan Badan Book Store, Johor. 1993
2.    100 Hari Menjelang SPM terbitan Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2004
3.    Kecaknaan Mahathir dalam Salam Buat Mahathir terbitan PGI Cipta Sdn. Bhd. 2005
4.    Cerpen Mencakna Impian dalam Antologi Terima Kasih Tuhan” terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2008
5.    Cerpen Memorabilia dalam Antologi “Memorabilia” terbitan Tree Q Communication (M) Sdn. Bhd. 2009
6. Cerpen Semarak Kasih dalam Antologi ‘Selagi Masih Muda’ terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2010
7.    Cerpen Mengulitlah Mayang dalam Antologi ‘Selamat Pagi Cikgu’ terbitan MDK Intelek Enterprise Sdn. Bhd. 2011
8.    Cerpen Hati Guru dalam Antologi Taman Kasihku terbitan Percetakan Maju Jaya Sdn. Bhd. 2012

Dalam bidang penulisan, beliau berjaya menghasilkan banyak cerpen yang menggarap dunia kehidupan manusia yang terdiri daripada  himpunan pengalaman pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, seorang nelayan, seorang guru, seorang ahli masyarakat dan sebagainya.  Masih menaruh harapan untuk menghasilkan sebuah novel kisah perjalanan jauhnya dari Pantai Timur yang kaya dengan  tari lembut  tarian Ulit Mayang ke Selatan Tanah Air yang begitu kaya dengan gerak geri Kuda Kepang.



FALSAFAH HIDUP

“AKU MEMINJAM MASA UTK BELAJAR MENARI SEPERTI KUDA KEPANG, WALAUPUN KUTAHU JIWA INI TETAP MENARI SEPERTI ULIT MAYANG, BIARLAH ALUNAN INI MENJADI SATU MEMORABILIA PERJALANAN JAUHKU SEBELUM SINGGAH DI PANGKALAN CITA BERSAMA SEBUTIR GELIGA YANG TERPAHAT DI HATI”

MOTO KEHIDUPAN

“UNTUK MENGGAPAI SATU TITIK SINAR DI HADAPAN PASTI MEMERLUKAN SATU ANJAKAN DARIPADA BEBERAPA TITIK BAYANG DI BELAKANG”

JAWATAN YANG DIPEGANG HINGGA 2013
1.    Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Pandan Jaya 2
2.    Yang Dipertua Majlis Guru Cemerlang Batu Pahat
3.    Timbalan Yang Dipertua Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor
4.    Penasihat Majlis Guru Cemerlang Batu Pahat


IKHLAS DARIPADA:

RAMLI BIN YAHYA

Selasa, 5 Februari 2013

LATIHAN KAJIAN NOVEL MASA CUTI SEMPENA TAHUN BAHARU CINA 2013

KEPADA SEMUA PELAJAR 5 BESTARI, 5 MUTIARA, 4 BESTARI, DAN 4 CEMERLANG TAHUN 2013 SMK. SENGGARANG, BATU PAHAT


TINGKATAN EMPAT
SOALAN:
Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah, huraikan lima nilai dan nilai pengajaran yang terdapat dalam novel tersebut.
Panduan:
1.  Jawab dalam buku latihan Komsas
2.  Setiap nilai dan pengajaran perlu dikemukakan bukti atau contoh yang tepat
3.  Jawapan dalam bentuk esei
4.  Hantar jawapan yang lengkap pada atau sebelum 18 Februari 2013 jam 12.00 tengah hari.

TINGKATAN LIMA
SOALAN:
Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah, huraikan lima nilai dan nilai pengajaran yang terdapat dalam setiap novel tersebut.
Panduan:
1.  Jawab dalam buku latihan Komsas
2.  Setiap nilai dan pengajaran perlu dikemukakan bukti atau contoh yang tepat
3.  Jawapan dalam bentuk esei
4.  Hantar jawapan yang lengkap pada atau sebelum 18 Februari 2013 jam 12.00 tengah hari.

Sabtu, 22 September 2012

GURU KREATIF PASTINYA PELAJAR AKTIF...SATU ANJAKAN



GURU KREATIF MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR
1.    Guru perlu kreatif semasa pembelajaran dan pengajaran:
i.              Menguruskan papan kenyataan di dalam bilik darjah
a.    Banyak bahan grafik, isi penting, formula, gambar, senarai laman sesawang
b.    Sentiasa menukarkan bahan dalam tempoh tertentu
c.    Mengaktifkan papan kenyataan melalui aktiviti pembelajaran
d. Mengaktifkan jawatankuasa mata pelajaran di bilik darjah untuk menguruskan papan kenyataan di bilik darjah.
ii.             Menguruskan aktiviti yang melibatkan pelajar
a.    Mewujudkan aktiviti kelas (penglibatan semua pelajar), aktiviti kumpulan (penglibatan dalam kumpulan), aktiviti rakan sebaya (aktiviti secara berpasangan), dan aktiviti individu (membantu pelajar secara individu)
b.    Ahli kumpulan boleh terdiri daripada kumpulan tahap pencapaian yang sama atau hampir sama ATAU ahli kumpulan yang terdiri daripada pelbagai tahap pencapaian
c.    Memudahkan guru mengesan tahap kebolehan ahli dalam kumpulan
iii.            Menguruskan teknik penyoalan di bilik darjah
a.    Menyoal menggunakan teknik penyoalan secara bercapah atau bertumpu
b.    Menyoal secara kelas atau individu
c.    Teknik penyoalan yang menekankan KBKK dan pemikiran tinggi
d.    Penyebaran soalan mencakupi semua ruang pembelajaran di bilik darjah.
iv.           Menguruskan bahan bantu belajar  
a.    Pelbagai dan mencabar
b.    Meliputi kecerdasan pelbagai (muzik, kenistetik, logik-metametik, alam sekitar, sastera, dll)
c.    Akses daripada Internet (U-Tube, iklan televisyen, gambar akhbar, majalah, dll)
d.    Penggunaan Majalah Dalam Kelas yang meliputi pelbagai bahan pengajaran daripada pelbagai subjek.
2.    KESAN KEPADA PELAJAR DAN GURU
  1. Pembelajaran menjadi aktif, pantas, seronok, membantu pelajar dan membolehkan mereka sentiasa beredar dari tempat duduk mereka, berlegar-legar dan melahirkan perasaan mereka secara berani.
  2. Pembelajaran yang aktif diperlukan bukan sahaja untuk menambah keseronokan tetapi juga untuk menghormati individu dan tahap kecerdasan pelajar yang berbeza-beza.
  3. Membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai   kemahiran belajar melalui pengalaman dan pengetahuan yang boleh dikongsi.
  4. Selari dengan pembelajaran masteri yang menekankan pelbagai keperluan dan kecerdasan serta memastikan  murid dapat menguasai hasil  pembelajaran yang ditetapkan.
  5. Murid diberikan peluang untuk maju mengikut kadar  keupayaan mereka sendiri.
  6. Menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar dan belajar.
  7. Guru boleh memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid.
  8.  Meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran dan kesediaan untuk menerima input melalui perubahan strategi pembelajaran.
  9.  Keberkesanan pengajaran bergantung pada pengolahan  teknik dan penggunaan bahan bantu dan teknologi yang merangsang serta menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi dan berinteraksi.
  10. Penggunaan perpustakaan, pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan dalam p & p.
  •    Akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, Internet, perisian bahan pengajaran serta bahan sastera dan bukan sastera hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.Bahan itu juga boleh dijadikan aktiviti pengayaan dan bahan bacaan tambahan serta bacaan luas.
  • Menggalakkan pelajar mengakses maklumat melalui laman sesawang guru-guru yang cemerlang untuk mendapatkan maklumat tambahan:  contoh: http://ramlibinyahya.blogspot.com

3          MATLAMAT AKHIR
  •  Melahirkan pelajar yang cemerlang dan mampu berfikir, bertindak, serta menyelesaikan masalah dengan cepat, sistematik, dan memberikan impak positif kepada diri, masyarakat, dan negara.
  •  Memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan awam di sekolah
  •  Membentuk disiplin diri dan mampu mengatasi masalah dalam situasi yang mencabar
  •  Memperteguh akidah dan nilai murni melalui penghayatan agama dan moral serta pembentukan sahsiah yang cemerlang

KEJAYAAN KITA PADA MASA HADAPAN...
  • Menyokong penuh Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025) untuk meningkatkan kualiti kepemimpinan sekolah demi melahirkan pengurusan sekolah yang berkualit
  • Menggunakan tenaga guru yang berkualiti di sekolah atau di PPD untuk membantu guru-guru meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran yang lebih efisyen ketika di bilik darjah.
  • Mewujudkan pembelajaran yang lebih menekankan kepada Pendekatan Didik-Hibur bagi merangsang pembelajaran yang menyeronokkan kepada semua pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah.