Khamis, 16 Julai 2009

PENULISAN KREATIF 2 - SAJAK

PESANAN ABADI Oleh RAMLI BIN YAHYA SMKS, BP.

Pesan pemimpin kepada kita
carilah ilmu kandil kehidupan
di desa
di kota
sememangnya di situ ada cahaya.

Pesan pemimpin kepada kita
jagalah susila milik bangsa
di hati
di mata
sememangnya di situ ada rahsia.

Pesan pemimpin kepada kita
kejarlah cita pasti jaya
di utara
di selatan
sememangnya di situ ada bahagia.

Pesan pemimpin kepada kita
taburlah budi dan jasa
di mana kita berada
kerana
sememangnya di situ ada waadah
antara
kita dan dia.

ikhlas daripadaku:
RAMLI BIN YAHYAGURU CEMERLANG BM
SMK. SENGGARANG, BATU PAHAT.
ramliyah@yahoo.com.my

2 ulasan:

  1. Ramli,
    Salam puisi. Tumpang baca sajak, 'Pesan Pemimpin Kepada Kita'.

    BalasPadam
  2. Terima kasih tuan atas kesudian baca sajak ini. Saya tak pandai bersajak jauh sekali untuk berkolek dan bersajak (pesan arwah JM Aziz)...Semoga tuan sentiasa diberkati Allah SWT.

    BalasPadam