Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah
yang diperoleh daripada bidang bioteknologi di negara ini dan halangan-halangan yang dihadapi untuk menjayakan bidang tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebih
120 patah perkataan.
Selepas era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), dunia sekarang menumpukan
perhatian pula kepada bidang bioteknologi. Bidang ini lebih menjurus dan menekankan aspek
penyelidikan. Hal ini bertepatan dengan takrifan bioteknologi itu sendiri yang berasal daripada
gabungan biologi dan teknologi yang bermaksud penggunaan sains untuk penghasilan bahan
lain yang boleh dimanfaatkan bersama. Bidang ini mengaplikasikan ilmupengetahuan demi
kesejahteraan manusia.
Dalam usaha memajukan sektor pertanian, semua pihak perlu melipatgandakan usaha
bagi membuktikan sektor pertanian bukannya sektor ‘lembap’ yang sebelum ini sentiasa
dikaitkan dengan kemiskinan. Kerajaan mahu menjadikan sektor pertanian maju dan dinamik
serta mampu memberi nafas baru selari dengan perkembangan arus globalisasi. Aspirasi
murni kerajaan ini terserlah dengan pelancaran Dasar Bioteknologi Negara (DBN). DBN
memanfaatkan sumber kepelbagaian biologi di negara ini seperti flora dan fauna serta sumber
lain seperti mikro dan organisma marin untuk penyelidikan. DBN memastikan rakyat
mendapat faedah dengan wujudnya pelbagai bentuk aktiviti industri berasaskan bioteknologi.
Bidang ini menjadi kunci pemacu kemajuan yang diperlukan untuk mengubah proses
pertanian ke arah dimensi yang lebih moden, justeru meningkatkan imej sektor pertanian
yang sekian lama dilihat sebagai sektor kelas kedua dibandingkan dengan sektor pembuatan
dan automotif. Pendekatan baharu DBN juga membolehkan industri herba yang dikatakan
bernilai RM50 bilion setahun akan terus berkembang. Pastinya penyelidikan bioteknologi
bukan sekadar memproses Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, tetapi juga mencakupi aspek
penghasilan enzim dan makanan berfungsi serta penghasilan tumbuhan dan haiwan ternakan
baka baharu. Penambahbaikan secara agresif oleh pihak kerajaan menerusi Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani akan memastikan bidang ini akan terus berkembang maju.
Dalam aspek yang lain, menerusi bidang bioteknologi industri bahan buangan atau
sisa industri dapat diberikan nilai tambah untuk menghasilkan produk baharu yang boleh
dimanfaatkan. Bidang ini dianggap sebagai ilmu sains yang membawa kekayaan dan
kemakmuran kepada manusia. Penyelidikan yang dilakukan dalam bidang ini tidak
menggunakan unsur kimia untuk menghasilkan sesuatu penemuan, sebaliknya hanya
menggunakan mikroorganisma, sel, dan molekul untuk tujuan tertentu.
Tidak dapat dinafikan masa depan negara ini antara lain bergantung pada kejayaan
bidang bioteknologi dan keberkesanan pelaksanaan DBN. Kita telah menyaksikan komitmen
yang diberi oleh pihak kerajaan untuk menggapai kesejahteraan dan kemakmuran negara
melalui bidang yang semakin penting ini. Justeru peluang untuk menikmati faedah daripada
bidang bioteknologi ini tidak harus dilepaskan begitu sahaja.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Bidang Bioteknologi: Malaysia Mula
Mengukir Nama, Dewan Masyarakat, Ogos 2005)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan